Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

SYATIBI BERMUSAFIR SMASID


(LAWATAN KELAS 3 SYATIBI)
TAHUN 2023

1. PENGENALAN

Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan lagi pengetahuan
dan pengalaman murid kelas 3 Syatibi terhadap sesuatu perkara dengan mengalaminya
sendiri dalam siri lawatan ini. Ia adalah bagi wadah untuk membentuk dan melahirkan
murid kelas 3Syatibi yang mempunyai kemahiran bersosial, komunikasi di kalangan pelajar
dengan rakan sebaya , guru-guru dan masyarakat amnya. Melalui Lawatan Sambil Belajar
Syatibi SMASID Tahun 2023 ini diharapkan agar murid kelas 3 Syatibi dapat mengambil
pengajaran dan ibrah serta lebih bertanggungjawab, bersopan santun, mesr , tolong
menolong dan pengalaman. Kerjasama dan saling memahami dalam melaksanakan
tanggungjawab adalah perkara asas kepada pembentukan imej diri sebagai seorang murid
yang cemerlang di dunia dan akhirat.

2. MATLAMAT

Bagi melahirkan murid kelas 3 Syatibi yang mempunyai kemahiran social, berketrampilan
dan meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalamn murid kelas 3 Syatibi secara amali.

3. OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan dan pengalaman bermakna dengan melawat ke tempat-tempat
yang boleh memberi inspirasi kepada murid kelas 3 Syatibi.
3.2 Membentuk diri murid kelas 3 Syatibi yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
3.3 Mempunyai kemahiran sosial, berketrampilan serta mempunyai wawasan dalam bidang
yang diminati.
3.4 Mengamalkan budaya tolong menolong, sepakat dalam berinteraksi dengan rakan
sebaya mereka dan masyarakat.

4. ANJURAN

Unit Pengurusan Kelas 3 Syatibi SMA Sultan Ismail Dungun Kerjasama Jabatan Pendidikan
Islam Negeri Terengganu (JPNT)

5. TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 9 Februari- 11 Februari 2023


Tempoh : 3 hari 2 malam
Hari : Khamis- Sabtu

6. TEMPAT/LALUAN LAWATAN/AKTIVITI

Kembara pergi : SMASID terus ke Pulau Pinang


: Dari Pulau pinang ke Ipoh, Perak
Kembara pulang : Dari Ipoh, Perak ke SMASID

7. NAMA PROGRAM

“ SYATIBI BERMUSAFIR SMASID TAHUN 2023 ”


8. TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk perjalanan di Lampiran A

9. SASARAN
9.1 Pelajar lelaki : 13 orang
9.2 Pelajar perempuan : 19 orang
9.3 Guru : 2 orang

Jumlah : 34 orang

10. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tn Hj. Mohd Sabri bin Ali


Pengetua SMASID

Naib pengerusi : Tn Hj. Ghazali bin Abdullah


GPK HEM SMASID

Penyelaras : En Razaly bin Ghani


Guru kelas 3 Syatibi

Setiausaha : Nur Aien Nadhirah binti Azlie

AJK kawalan pelajar : Wan Nur Aina Batrisyia binti Wan Mohd Fauzi

AJK Pengembaraan : Farisha Awanis binti Mohd Zackry

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

11.1 Makan dan minum : RM 46 x 34 orang = RM 1564.00


11.2 Perbelanjaan aktiviti : RM 93 x 34 orang = RM 3162.00
11.3 Pengangkutan bas : RM 750 x 2 hari x 1 bas = RM 1500.00
JUMLAH : RM 6226.00

12. ANGGARAN PENDAPATAN


12.1 Yuran peserta : RM 150.00 x 32 orang = RM 4800.00
12.2 Yuran guru : RM 200.00 x 2 orang = RM 400.00
Jumlah : RM 5200.00

13. PENUTUP

Dengan terlaksananya program “SYATIBI BERMUSAFIR SMASID TAHUN 2023” ini


sebagaimana yang telang dirancang, adalah diharapkan berlakunya perubahan dalam diri
pelajar kelas 3 Syatibi agar dapat mengambil sebanyak yang mungkin ilmu dan pengetahuan
sepanjang kembara ini serta merasai panorama dan pengalaman suasana kehidupan
masyarakat setempat. Seterusnya dapat mengajar hidup dalam bekerjasama untuk
mencapai sesuatu. Kerjasama dan perhatian dari semua pihak adalah diharapkan bagi
menjayakan program ini.

Disediakan oleh : Disokong oleh:

EN.RAZALY BIN GHANI


GURU KELAS
EN.GHAZALI BIN ABDULLAH
GPK HEM SMASID
Diluluskan oleh:
………………………………..
TN HAJI MOHD SABRI BIN ALI
Pengetua SMASID
LAMPIRAN A
TENTATIF PERJALANAN
SYATIBI BERMUSAFIR SMASID TAHUN 2023

KHAMIS : 9 FEBRUARI 2023


3.00 ptg : Semua peserta berkumpul di Dataran Wahyu , SMASID
: Taklimat proram oleh penyelaras program
6.00 ptg : Bertolak ke bandar Georgetown, Pulau Pinang

JUMAAT : 10 FEBRUARI 2023


6.00 pagi : Dijangka tiba di Masjid Kapitan Keling Georgetown, Pulau Pinang
: solat subuh/bersih diri/sarapan
10.00 pagi : Lawatan ke The Top Komtar, Georgetown, Pulau Pinang
2.00 ptg : Lawatan ke Dark Mansion, Georgetown, Pulau Pinang
4.00 ptg : Bertolak ke Ipoh, Perak
8.00 mlm : Dijangka tiba di Ipoh Night Market, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh,Perak
: makan malam
11.00 mlm : Tiba di rumah penginapan

SABTU : 11 FEBRUARI 2023


7.00 pagi : sarapan/taklimat aktiviti
9.00 pagi : Bertolak ke Pasar Karat Ipoh (Memory Lane), Kampung Jawa, Ipoh, Perak
12.00 tnghri : Lawatan ke Kallie’s Castle
: makan tengahari/solat zohr asar
2.00 ptg : bertolak pulang ke SMASID, Dungun,Terengganu
11.00 mlm : Dijangka tiba di SMASID
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ISMAIL
DUNGUN, JALAN NIBONG,23000 DUNGUN,
TERENGGANU

KERTAS KERJA
SYATIBI BERMUSAFIR
(KELAS 3 AS-SYATIBI)
TAHUN 2023

ANJURAN:
UNIT PENGURUSAN
KELAS 3 AS-SYATIBI

Anda mungkin juga menyukai