Anda di halaman 1dari 1

1.1.

1 Pemampat Udara

Berfungsi untuk mengumpulkan udara dan memampatkannya dari tekanan udara


kasa ketekanan tertentu. Contohnya Pemampat Putaran dan Pemampat salingan.

1.1.2 Pengering Udara

Berfungsi untuk mengeringkan udara yang telah dimampatkan daripada wap air
sebelum udara dihantar ke sistem untuk mengelakkan komponen pneumatik dari
berkarat. Contohnya Pengeringan Serapan dan Pengeringan Jerapan.

1.1.3 Penerima Udara

Berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampat dan dikeringkan sebelum
dihantar ke sistem. Penerima udara juga dikenali sebagai tabung udara. Ia juga
boleh mengawal tekanan angin yang terdapat di dalamnya.

1.1.4 Unit Servis

Unit servis terdiri dari tiga komponen iaitu pengatur tekanan, tolok tekanan dan
pelincir. Ianya berfungsi untuk mengawal tekanan dan melincirkan udara sebelum
dihantar ke sistem.

1.1.5 Injap Kawalan Arah


Ianya berfungsi untuk mengawal arah gerakan penggerak.

1.1.6 Penggerak
Ianya merupakan komponen terakhir yang terdapat dalam sistem ini. Berfungsi
untuk melakukan kerja sebagaimana yang telah dikehendaki. Terdapat pelbagai
jenis penggerak seperti rod keluar masuk, putaran dan nyalaan.

Anda mungkin juga menyukai