Anda di halaman 1dari 1

Tema 1: Kejiranan kami

Tulis karangan bertajuk berpindah ke rumah baru.

Sabtu lepas adalah hari yang gembira untuk Marcus dan Marie. Pada hari itu, keluarga mereka telah
berpindah ke rumah baru. Marcus dan Marie bangun awal. Mereka melihat pekerja memuatkan kotak-
kotak ke dalam dua lori. Kotak-kotak itu dibawa ke rumah baru.

Di rumah baru, Marcus dan Marie melihat pekerja memunggah semua kotak. Tidak lama kemudian,
rumah baru mereka penuh dengan kotak-kotak. Marcus dan Marie cepat-cepat mencari kotak yang
berisi permainan mereka. Ayah telah melabel kotak itu dengan pen marker hitam supaya mereka senang
mencarinya.

Keluarga Marcus dan Marie mengeluarkan kotak-kotak mereka selepas makan tengah hari. Marcus
dan Marie menarik keluar alat-alat permainan Dan buku-buku mereka dari kotak dan mengaturkannya
dengan kemas di atas rak-rak di bilik masing-masing. "Oh, Marcus, saya tidak sangka kami mempunyai
begitu banyak mainan!" kata Marie apabila dia membawa patung-patung mainannya ke dalam bilik.
Ayah dan ibu ketawa terbahak-bahak di bilik tetamu. Ibu sedang sibuk menggantung gambar di dinding
sementara ayah sedang memasang televisyen.

Tiba-tiba loceng pintu berbunyi." Siapakah yang mungkin datang?" Ibu berfikir apabila membuka
pintu. Tetamu itu ialah Encik dan Puan Singh dari rumah sebelah. Anak lelaki mereka, Raj, juga bersama
mereka. Keluarga Singh yang peramah telah datang untuk menyambut jiran baru mereka. Semua orang
berjabat tangan dan memperkenalkan diri masing-masing. Marie berada malu dan bersembunyi di
belakang ibunya. Nasib baik, Raj ada membawa gula-gula. Tidak lama kemudian, Marcus, Marie dan Raj
tersenyum dan makan gula-gula dengan riang.

Keluarga Lim telah memulakan kehidupan baru di kediaman baru mereka. Marcus dan Marie amat
menyukai rumah baru dan bilik baru mereka. Mereka juga berkawan dengan jiran mereka, Raj.
Hubungan mereka bertiga bagai isi dengan kuku. Mereka bermain permainan tingting dan berlumba
kereta mainan di kaki lima setiap hari. "Saya sukakan rumah baru kami, Ayah!" Marcus berkata suatu
petang. Seluruh ahli keluarga Lim bersetuju.

Anda mungkin juga menyukai