Anda di halaman 1dari 3

Teks cerita

Selamat pagi salam sejahtera, yang berusaha tuan pengerusi


majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan, guru
besar, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin sekalian.

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk


“Baik Hati”.

Malik berumur lapan tahun.Dia rajin belajar. Malik juga


ada sikap baik yang lain. Dia suka membantu orang lain.

Di sekolah, Malik berkawan baik dengan Hau Keong dan


Rajan. Mereka selalu ke sekolah Bersama-sama.

Hari ini Malik, Hau Keong dan Rajan pulang dari sekolah
Bersama-sama. Mereka hendak ke Bandar. Mereka berjalan
pulang dari sekolah. Mereka terpandang seorang lelaki buta
mahu melintas jalan. Jalan raya sesak ketika itu dengan
kenderaan. Mereka berasa belas kasihan melihat keaadan lelaki
buta itu. Malik, Hau Keong dan Rajan telah bersepakat untuk
membantu lelaki itu melintas jalan raya.

“Biar saya pimpin abang melintas jalan “, kata Malik


sambal memegang tangan lelaki buta itu. Apabila tiada kereta
mereka pun melintas. Lelaki buta itu mengucapkan terima kasih
kepada mereka bertiga.

Mereka terus berjalan pulang ke rumah. Kali ini, mereka


melalui sebuah pasar. Ada ramai orang di pasar. Mereka
terpandang seorang perempuan tua menjinjing sebiji bakul
yang berat. Bakulnya berisi ikan dan sayur-sayuran. Mereka
berasa kasihan kepada perempuan tua itu. Mereka telah
menjinjing bakul yang berat itu secara bergilir-gilir ke
perhentian teksi yang berdekatan.

Pada keesokan harinya, Malik, Hau Keong dan Rajan telah


dipanggil ke bilik guru besar. Sikap mereka yang suka
membantu orang lain telah sampai kepada pengetahuan Guru
besar.guru besar telah memuji mereka kerana sikap baik hati
dan suka menolong mereka telah memberikan nama baik kepada
pihak sekolah.

Pihak sekolah juga telah memaklumkan perbuatan tersebut


kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka sungguh bangga
dengan sikap baik mereka .

Malik, Hau Keong dan Rajan semakin bersemangat dan


berusaha untuk menjadi murid yang lebih baik. Mereka lebih
rajin belajar kerana peperiksaan akhir tahun semakin hampir.
Hari ini mereka menduduki peperiksaan akhir tahun. Mereka
dapat menjawab soalan dengan baik.

Pada pagi Isnin itu, cikgu Hasnah menyerahkan rekod


kemajuan. Malik gembira kerana Berjaya mendapat nombor
satu di dalam kelasnya. Manakala rajan mendapat nombor dua,
Hau Keong pula mendapat nombor tiga. Mereka tidak sabar
untuk menunjukkan kepada ibu bapa mereka. Apabila pulang ke
rumah Malik terus menunjukkan kepada ibunya.

Ibu Malik berasa bangga dan gembira di atas kejayaan


Malik dalam pelajarannya. Pada malam itu, ibu dan bapa Malik
memanggil Malik ke ruang tamu. Malik terkejut dan berasa
sangat gembira apabila melihat hadiah kereta mainan yang
diberi oleh ibu dan ayahnya. Malik mengucapkan terima kasih
sambil memegang kereta mainan tersebut.

Rakan-rakan kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan


berjaya dalam pelajaran untuk mengembirakan dan
membanggakan ibu bapa serta mengharumkan nama sekolah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai