Anda di halaman 1dari 2

KEPADA,

TUAN PEGAWAI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN
JALAN GAMBUT
25000 KUANTAN 17 JANUARI 2023
(U/P: EN. MOHD SABRI B. JUSOH)

MELALUI DAN SALINAN,

GURU BESAR
SEK KEB BALOK
26100 KUANTAN

TUAN,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Badan Amal Guru Dan Staff
(BAGUSS) Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan akan mengadakan lawatan sepertimana
ketetapan berikut :

2.1 TAJUK : LAWATAN SOSIAL SAMBIL MELANCONG


2.2 TARIKH : 18 FEBUARI 2023
2.3 HARI : SABTU
2.4 TEMPAT : KUALA LUMPUR
2.5 BIL. AHLI : 44 ORANG (GURU DAN STAFF)

3. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengisi masa hujung minggu
dengan aktiviti yang bermanfaat serta mengeratkan silaturahim di antara guru-guru, staff
dan kakitangan SK Balok. Disamping itu juga, dengan adanya lawatan seperti ini, para guru
dan staff akan dapat didedahkan dengan tempat-tempat menarik yang ada disekitar
Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Oleh yang demikian, kami warga SK Balok amat berbesar hati dan berterima kasih
sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memberi kebenaran dan meluluskan permohonan kami ini
bagi mendapatkan khidmat pengangkutan bas daripada pihak Tuan.
Kerjasama Tuan/Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, untuk perhatian dan Tindakan Tuan/Puan.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………………
(WAN SHAHRIZAN BIN WAN SAYED)
Pengerusi,
Badan Amal Guru & Staff (BAGUSS)
Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan

Anda mungkin juga menyukai