Anda di halaman 1dari 9

MANUAL PENGGUNA

PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI eZAKAT PAYMENT FPX


VERSI 3.0

DISEDIAKAN OLEH :
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK
TINGKAT 1, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
30000 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
1.1 PENGENALAN

Sistem eZAKAT PAYMENT ini dibangunkan adalah untuk memudahkan pembayaran zakat
kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) melalui pentas internet oleh
individu Muslim yang mempunyai akaun di rangkaian bank tempatan khusunya rakyat negeri
Perak, yang berkerja di negeri Perak atau luar negeri Perak atau rakyat Islam di Malaysia amnya
sama ada berada di dalam atau luar negara.

1.2 LANGKAH –LANGKAH PENGGUNAAN SISTEM eZAKAT PAYMENT FPX

Sila masukkan alamat url https://ezakat.maiamp.gov.my/ diruangan alamat pada web


browser. Skrin halaman utama sistem eZAKAT PAYMENT akan dipaparkan. Sila rujuk rajah 1.2
dibawah.

Rajah 1.2

1.2.1 Pembayaran zakat untuk pertama kali

Langkah 1 Sila masukkan maklumat yang dikehendaki di bahagian maklumat


pembayar. Maklumat yang perlu adalah seperti berikut :-
• Nama pembayar
• Jenis dokumen
• Nokp baru
• Alamat surat menyurat
• Poskod
• Bandar
• Negeri
• Negara
• Email – untuk mendapatkan maklumat butiran transaksi pembayaran
zakat
• No tel – untuk memudahkan pihak majlis agama berurusan dengan
pengguna pada masa hadapan.

Rajah 1.2.1 (1)

Langkah 2 Silih pilih cara bayaran dan bank pembayar pada bahagian cara
pembayaran. Cara bayaran yang disediakan adalah FPX Internet Banking
(B2C). Sila rujuk rajah 1.2.1(2).

Rajah 1.2.1 (2)


Langkah 3 Sila masukkan maklumat jenis zakat, tahun/bulan - tahun dan jumlah
bayaran(RM) pada maklumat butiran zakat. Sila tekan butang Bayar
Sekarang. Sila rujuk Rajah 1.2.1 (3).

Rajah 1.2.1 (3)

NOTA : -
1. Bagi setiap transaksi anda dibenarkan membuat bayaran terhad kepada 4 jenis
pembayaran ZAKAT dan jumlah pembayaran tidak melebihi RM30ribu dan tidak kurang
RM7.
2. Jika anda membuat pembayaran lebih RM30ribu, anda perlu membuat lebih dari satu
transaksi berikutnya.

Langkah 4 Paparan pengesahan bayaran dan niat zakat akan dipaparkan. Sila tekan
butang Bayar Sekarang jika setuju dan butang Batal jika tidak setuju. Sila
rujuk rajah 1.2.1 (4).

Rajah 1.2.1 (4)


Langkah 5 Skrin untuk log masuk ke sistem internet banking untuk bank akan
dipaparkan. Antara contoh paparan skrin utama untuk internet banking
adalah seperti berikut.

Skrin Bank Islam Skrin Bank Affin Bank

Skrin Bank Maybank Skrin CIMB Bank

Skrin Bank Ambank Skrin Bank Rakyat

NOTA : Setiap bank proses untuk pembayaran internet banking adalah berbeza.

Langkah 6 Sila membuat bayaran mengikut proses bank yang telah dipilih sehingga
selesai proses pembayaran.
Langkah 7 Maklumat Butir Transaksi pembayaran zakat akan dipaparkan. Sila tekan
butang Cetak untuk mencetak Butir Transaksi. Sila rujuk rajah 1.2.1 (5).

Rajah 1.2.1 (5)

Langkah 8 Skrin resit akan dipaparkan. Sila klik butang Print untuk mencetak resit.
Sila rujuk rajah 1.2.1 (6).

Rajah 1.2.1 (6)


1.2.2 Pembayaran Zakat Untuk Pembayar Yang Berulang

Langkah 1 Sila masukkan no kad pengenalan dan tekan butang untuk carian
maklumat pengguna sistem. Sila rujuk rajah 1.2.2 (1).

Rajah 1.2.2 (1)

Langkah 2 Maklumat peribadi pengguna sistem akan dipaparkan dan pengguna


boleh mengemaskini maklumat jika terdapat perubahan. Sila rujuk rajah
1.2.2 (2).

Rajah 1.2.2 (2)

NOTA : Proses untuk pembayaran zakat untuk pengguna kali kedua adalah sama seperti
langkah-langkah yang telah di nyatakan untuk pengguna kali pertama.
1.2.3 Cetak Semula Resit

Langkah 1 Sila tekan butang cetak semula resit. Sila rujuk rajah 1.2.3 (1).

Langkah 2 Paparan Skrin untuk cetak semula resit akan dipaparkan. Sila masukkan
no kad pengenalan dan tekan butang untuk carian maklumat
pengguna sistem. Sila rujuk rajah 1.2.3 (2).

Rajah 1.2.3 (2)

Langkah 3 Maklumat transaksi pembayaran zakat akan dipaparkan. Sila tekan


maklumat pada ruangan No Pesanan. Sila rujuk rajah 1.2.1 (3).

Rajah 1.2.3 (3)


Langkah 4 Resit pembayaran zakat akan dipaparkan. Sila tekan butang Cetak Resit
untuk mencetak resit. Sila rujuk rajah 1.2.3 (4).

Rajah 1.2.3 (4)

Langkah 5 Skrin resit akan dipaparkan. Sila klik butang Print untuk mencetak resit.
Sila rujuk rajah 1.2.1 (6).

Rajah 1.2.3 (5)

Anda mungkin juga menyukai