Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN / FACULTY OF EDUCATION

Rujukan : UKM.FND.500-5/2
Tarikh : 27 Mei 2022

CEO/ Pengarah/Pengurus
Institusi/Agensi/Jabatan
Organisasi Yang Berkenaan

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN


(KEPUJIAN) FAKULTI PENDIDIKAN UKM MENGIKUTI LATIHAN INDUSTRI DAN
KOMUNITI TAHUN 2022

NAMA PELAJAR :
NO.MATRIK :

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa Latihan Industri dan Komuniti merupakan salah satu inisiatif
universiti dalam mempertingkatkan jaringan strategik antara academia-industri-komuniti.
Ianya juga diharapkan dapat meningkatkan ilmu, pengetahuan, kompetensi dan kemahiran
pelajar melalui pembelajaran berlandaskan pengalaman sebenar bekerja di industri.

Maklumat lanjut mengenai keperluan Latihan Industri dan Komuniti ini adalah seperti
berikut:

Tempoh penempatan: 7 minggu [mulai 8 Ogos 2022 hingga 25 September 2022]


Tujuan:
1. Pelajar berpeluang meneroka ilmu dan kemahiran berkaitan governance dan
amalan pengurusan institusi/agensi/jabatan/organisasi YBhg. Dato’/tuan/puan
2. Memberi peluang dan ruang untuk melaksanakan tugas yang sesuai dengan
keperluan institusi/agensi/jabatan/organisasi YBhg. Dato’/tuan/puan
3. Pelajar berpeluang untuk bekerjasama dalam satu pasukan kerja dalam situasi
sebenar dunia pekerjaan

Keperluan: Perlantikan penyelia bagi menyelia pelajar di institusi/agensi/jabatan/


organisasi YBhg. Dato’/tuan/puan.

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-8921 6345 Faks: +603-8925 4372 E-mel: dfpend@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/fpendidikan

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities


Pihak Pengurusan Fakulti berharap agar pihak YBhg. Dato’/tuan/puan dapat menerima
pelajar Fakulti Pendidikan di institusi/agensi/jabatan/ organisasi YBhg. Dato’/tuan/puan
agar sinergi kolaborasi strategik yang erat antara UKM-agensi-industri dapat
dimanafaatkan oleh semua pihak. Pihak Fakulti juga berharap agar pelajar Fakulti
Pendidikan mendapat manafaat ilmu, pengetahuan dan kemahiran semasa menjalani
latihan industri di institusi/agensi/jabatan/ organisasi YBhg. Dato’/tuan/puan.

Pihak Fakulti bersedia untuk mengadakan perbincangan secara dalam talian/maya


sekiranya pihak YBhg. Dato’/tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut mengenai Latihan
Industri dan Komuniti ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dr.Shahlan Surat di
talian 0123170497 atau email drshahlan@ukm.edu.my.

Bersama-sama ini disertakan bersama Borang Jawapan Penerimaan Pelajar Menjalani


Latihan Industri dan Rubrik Penilaian untuk makluman dan tindakan
YBhg.Dato’/tuan/puan.

Sekian, kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Dato’/tuan/puan dalam perkara di atas amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Yang benar,

PROF. DR. MOHD MAHZAN AWANG


Dekan
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-8921 6345 Faks: +603-8925 4372 E-mel: dfpend@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/fpendidikan

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities


BORANG JAWAPAN PENERIMAAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Kepada:
Ketua Jaringan Industri Alumni dan Masyarakat (JIAM)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,
Selangor

Dr/Tuan/Puan,

Saya bersetuju/tidak bersetuju untuk


menerima pelajar bernama No.Matrik
untuk menjalani latihan industri di organisasi kami bermula dari 8
Ogos 2022 hingga 25 September 2022.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(……………………………….)

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-8921 6345 Faks: +603-8925 4372 E-mel: dfpend@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/fpendidikan

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities


RUBRIK PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI (PENYELIA INDUSTRI)
FAKULTI PENDIDIKAN UKM TAHUN 2022

HASIL
Sederhana Baik Cemerlang Markah
Bil PEMBELAJARAN INDIKATOR Lemah
9 – 15 16 – 25 26 – 30 /30
KURSUS (SPK) 0–8
Menampilkan Menampilkan
Menampilkan,
integriti dan Menampilkan integriti, sikap, nilai
Mengamalkan integriti dan
akauntabiliti integriti sikap, dan
sikap, nilai akauntabiliti
profesional nilai dan tanggungjawab
Menampil integriti dan profesional,
sikap, nilai dan tanggungjawa professional di
1 dan akauntabiliti tanggungjawa sikap, nilai dan
tanggungjawab b professional institusi
profesional b professional tanggungjawab
professional di di institusi terlibat dengan
di institusi professional di
institusi terlibat terlibat cemerlang dan
terlibat. institusi terlibat
pada tahap dengan baik memenuhi
pada tahap
sederhana expectasi industri
rendah
Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah
. INDIKATOR
0–5 6 – 10 11 – 15 17 – 20 /20
Menggunakan Menggunakan Menggunakan Menggunakan
Menggunakan
kemahiran kemahiran kemahiran kemahiran
Membina pendekatan
komunikasi dan komunikasi dan komunikasi komunikasi dan
kemahiran komunikasi
kerja kerja dan kerja kerja berpasukan
komunikasi dan berkesan unt
berpasukan berpasukan berpasukan mengikut budaya
2 kerja berpasukan uk menjalin
kerjasama mengikut mengikut mengikut kerja
mengikut budaya
dan membina budaya kerja budaya kerja budaya kerja industri/komuniti
kerja
pasukan industri/komunit industri/komuniti industri/komu dengan cemerlang
industri/komuniti
dalam i pada tahap pada tahap niti dengan dan memenuhi
organisasi. minimum sederhana baik expectasi industri
Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah
. INDIKATOR 0–8 9 – 15 16 – 25 26 – 30 /30
Menunjukkan
Keupayaan Menunjukkan keupayaan m Berjaya mengenal
Menganalisis mengenal pasti keupayaan engenal pasti pasti dan
Berkeupayaan
senario dan menangani mengenal pasti dan menangani
mengenal pasti
organisasi cabaran dan menangani menangani cabaran
dan menangani
dan pentadbiran cabaran cabaran pentadbiran
3 cabaran
merancang organisasi pentadbiran pentadbiran organisasi dalam
pentadbiran organisasi
strategi dalam organisasi industri/komuniti
organisasi dalam dalam
penyelesaian industri/komunit dalam dengan cemerlang
industri/komuniti. industri/komu
masalah. i pada tahap industri/komuniti serta memenuhi
minimum pada tahap niti dengan expectasi industri
sederhana baik

JUMLAH SKOR /80

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-8921 6345 Faks: +603-8925 4372 E-mel: dfpend@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/fpendidikan

Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Anda mungkin juga menyukai