Anda di halaman 1dari 9

Rentap atau nama sebenarnya Libau anak Ningkan,

merupakan seorang tokoh pahlawan Iban-Dayak dan


merupakan salah seorang wira Iban yang dikenali di Sarawak
semasa pemerintahan Raja Putih atau nama sebenarnya
James Brooke.

Slogan Rentap atau turut dikenali juga sebagai ‘Raja Darat’


yang paling terkenal dan sering digunakan adalah ‘Agi idup,
Agi ngelaban’ yang membawa erti ‘Masih hidup, Masih tetap
berjuang’.

Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang,


Rentap bersama pasukannya buat pertama kalinya
bertempur dengan pasukan James Brooke dan Kapten
Keppel. 
Imej via [pekhabar]

Kisah Dan Sumbangan Rentap

Selepas usaha penentangan oleh Rentap di Beting Maru,


James Brooke telah membuat satu kubu di Nanga Skrang
dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke
arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China
Selatan.

James Brooke membuat rancangan ini bertujuan untuk


menghalang kerjasama antara orang Skrang dengan Linggir
“Mali Lebu” dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh bagi
mengamalkan aktiviti mengayau kepala manusia.
Ia juga bertujuan untuk menyekat orang Skrang daripada
membeli barang keperluan seperti garam atau menentang
pemerintahan James Brooke di Sarawak pada masa itu.

1. Pertempuran di Lintang Batang

Pada awal tahun 1853, beliau telah mengetuai pasukan orang


Iban untuk menyerang pasukan tentera James Brooke di
kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton.
Maka, berlakulah pertempuran yang sangat sengit di antara
kedua-dua belah pihak di Lintang Batang.

Semasa pertempuran tersebut, seorang lelaki pengikut


Rentap yang bernama Layang telah membunuh Alan Lee
dengan lembingnya dan William Brereton telah melarikan diri
dengan kecederaan parah. 

Rentap dengan segera mengarahkan pasukannya pulang ke


hulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, pengikut Brooke
kemudiannya telah memusnahkan dan membakar 20 buah
rumah panjang yang menjadi tempat kediaman bagi pengikut
Rentap.

2. Membina Kubu Pertahanan Di Sungai Lang

Dengan itu, Rentap telah mengambil keputusan untuk


berundur dan membina kubu pertahanan di Sungai Lang, di
hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu tersebut,
pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat
perjuangan mereka yang kental menggunakan “Agi Bedarah,
Agi Ngelaban” yang membawa erti “Selagi masih berdarah,
Selagi itu tetap menentang” dan “Agi Idup, Agi Ngelaban”.

Terdapat beberapa orang pasukan tentera James Brooke


yang menghampiri kubu pertahanan Rentap telah ditembak
dan terkorban. Namun, angkatan Brooke berjaya menyerang
kubu pertahanan Rentap pada Ogos 1854, pada waktu
tersebut Rentap telah tercedera.

Rentap kemudiannya melarikan diri bersama pengikutnya di


Bukit Sadok dan telah membina kubunya di sana.

3. Pertahankan Kubu ‘Bujang Timpang Berang’

Tahukah anda, Kubu Bukit Sadok ini amat sukar ditakluk oleh
pihak tentera James Brooke kerana kedudukannya di atas
puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing
curam?
Hanya terdapat satu jalan sempit di atas gaung yang begitu
curam untuk sampai ke kubu Rentap. Sekeliling kubu ini telah
diperkuat oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal
lebih kurang dua kaki. 

Kali ini, Rentap juga telah mempunyai sebatang meriam yang


besar untuk mempertahankan kubunya yang dikenali sebagai
‘Bujang Timpang Berang’. Meriam ini telah dihasilkan oleh
rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba.

Aji Apai Limba telah terkorban ditembak oleh pasukan James


Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang Rentap di
kubunya di Bukit Sadok.

4. Serangan Di Bukit Sadok

Tentera James Brooke telah membuat tiga percubaan untuk


menangkap Rentap di Bukit Sadok tersebut. Cubaan pertama
adalah pada Jun 1857 dan semasa serangan ini, seorang
anggota pasukan James Brooke telah ditembak dan dibawa
turun ke bawah bukit.

Melihat kejadian tersebut, Rentap dan pengikutnya menjerit


kegembiraan dan telah memukul gong mereka sebagai tanda
kemenangan.

Pada tahun 1858, pasukan James Brooke telah membuat


serangan kali kedua ke atas kubu Rentap di atas Bukit Sadok.
Namun tembakan meriam mereka tidak dapat menembusi
pagar kubu Rentap di Bukit Sadok tersebut.

Akibat kejadian tersebut, pasukan Rentap telah melaungkan


dengan megah kepada pasukan Brooke untuk menggunakan
meriam yang lebih besar lagi pada masa akan datang
sekiranya ingin menyerang kubu mereka.

Serangan James Brooke Tidak Terhenti

Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke


berjaya menawan kubu Rentap di Bukit Sadok setelah
menggunakan satu meriam besar yang dipanggil sebagai
“Bujang Sadok”.

Meriam tersebut digunakan untuk menembak dan


merobohkan pagar kubu Rentap di Bukit Sadok. Sebelum
pertempuran, pasukan James Brooke telah memberikan
pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah
ditembak mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit.

Tawaran Kepada Rentap Dan Pengikutnya

Abang arwah Aji tersebut adalah Nanang dan Luyoh yang


telah menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan
rusa. Tawaran yang sama telah dicadangkan kepada Rentap
dan pengikutnya dengan denda sebanyak 12 biji tempayan
dan meninggalkan kubu itu dengan segera.

Namun, Rentap telah menolak tawaran tersebut walaupun


telah diberitahu pasukan James Brooke akan menyerang
menggunakan meriam yang lebih besar dalam serangan kali
ketiga ini. 

Peperangan Rentap Dan James Brooke Tercetus Lagi

Kesemua wanita dan kanak-kanak telah diarahkan untuk


meninggalkan kubu tersebut dan sewaktu pasukan Rentap
berperang dengan pasukan James Brooke, seorang
pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah
terkorban.

Ianya adalah akibat terkena tembakan meriam pasukan


James Brooke. Selepas itu, kubu dan rumah tempat
kediaman Rentap dan para pengikutnya telah dibakar oleh
pasukan James Brooke pada 20 Oktober 1861.
Akibat kekalahan tersebut, Rentap telah berundur ke Bukit
Lanjak Entimau yang telah menjadi punca-punca air Batang
Skrang, Lemanak dan Engkari pada masa kini.

Penghijarahan Rentap

Selepas itu, Rentap telah berpindah ke Ulu Entabai di sebuah


sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau. Di sana,
beliau telah membina kubu di Bukit Stulak. 

Pada usianya yang semakin tua, Rentap dan para pengikutnya


telah berpindah ke Bukit Sibau yang merupakan kawasan
yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian,
Rentap telah meninggal dunia pada usia lebih kurang 70
tahun di situ.

Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti


biasa, sebaliknya diletakkan dalam satu pondok sebagai
tanda hormat kepada seseorang yang telah dianggap sebagai
pahlawan dan bangsawan terulung.

Akhir kata, Rentap merupakan pejuang sejati kerana dia tidak


pernah tunduk kepada pemerintah James Brooke sehingga ke
akhir hayatnya. Sehingga kini, makam Rentap telah dibaik
pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya
yang amat besar.

Jom baca juga apa itu asnaf, cara semak status bankrap


online dan juga semut charlie.
Rujukan

1. Rentap

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap

2. Perjuangan Rentap

http://perjuangan-tokoh-tempatan.blogspot.com/2016/07/
rentap.html

3. Biodata Rentap

http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com/p/rentap.html
Copy

Anda mungkin juga menyukai