Anda di halaman 1dari 4

YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM (SISTEM BANTUAN PERSEKOLAHAN) 26/02/2023

GARIS PANDUAN CARA MENGISI BANTUAN PERSEKOLAHAN SECARA ONLINE

1) LAMAN UTAMA

a) Ini merupakan paparan laman utama kepada sistem Bantuan Persekolahan, sekiranya
tiada permohonan yang dibuat, akan keluar “Tiada data”
b) Pada menu bahagian atas, terdapat menu dan submenu untuk kegunaan pemohon.
a. Menu Sistem
i. Mempunyai sub menu Tukar Kata Laluan
b. Menu Permohonan
i. Mempunyai sub menu Borang Permohonan Bantuan Sekolah (Online) –
ini adalah pautan untuk membuat permohonan
c. Template Dokumen
i. Sub Menu Surat Pengesahan Pendapatan
d. Menu Keluar/Log Off

2) PAPARAN SUB MENU BORANG PERMOHONAN BANTUAN SEKOLAH (ONLINE)

a. Pada paparan ini, pemohon sila pilih kategori pemohon, kemudian sila tekan butang
Mohon Bantuan.

1
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM (SISTEM BANTUAN PERSEKOLAHAN) 26/02/2023

3) PAPARAN PERMOHONAN BANTUAN

a. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan, kemudian tekan butang “Simpan”

b. Kemudian sila lengkapkan maklumat ahli isi rumah yang dalam tanggungan KIR,
kemudian tekan butang “Simpan”, seterusnya sila tekan butang “Laman Utama”.

4) PAPARAN LAMAN UTAMA

a. Apabila permohonan sudah dibuat, akan keluar paparan seperti di atas, pemohon
boleh menekan butang “kemaskini ” sekiranya ada apa-apa maklumat yang ingin
diubah. Kemudian sila tekan butang “Upload Dokumen” untuk memuat naik
beberapa dokumen yang diperlukan.

2
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM (SISTEM BANTUAN PERSEKOLAHAN) 26/02/2023

5) PAPARAN MUAT NAIK DOKUMEN

a. Pemohon sila pilih jenis dokumen yang ingin dimuat naik, dan sila pilih dokumen
tesebut (dokumen dalam bentuk pdf dan saiz kurang dari 1 mb sahaja yang
dibenarkan untuk dimuat naik) kemudian tekan butang “Muat Naik”. Selepas itu,
paparan senarai dokumen yang telah dimuat naik, akan dipaparkan di bahagian
bawah. Setelah selesai, sila tekan butang “utama” di bahagian bawah, dan pilih
pengakuan/pengesahan sekiranya maklumat sudah lengkap
`
6) PAPARAN PENGAKUAN/PENGESAHAN PERMOHONAN

a. Sekiranya pemohon sudah berpuas hati dengan permohonan dan dokumen yang
telah dimuat naik, boleh tekan "Klik untuk Pengesahan dan perakuan" untuk
menghantar permohonan tersebut. Seterusnya tekan butang “Tutup” untuk Kembali
ke laman utama. Pada laman utama, sila tekan butang “Cetak slip permohonan”.

3
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM (SISTEM BANTUAN PERSEKOLAHAN) 26/02/2023

7) PAPARAN CETAK SLIP PERMOHONAN

a. Sila tekan butang “Cetak” untuk mencetak slip ini.

Anda mungkin juga menyukai