Beliau mendefinisikan mekatronik sebagai aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk mengawal pergerakan sistem mekanikal suatu produk
Konsep Cyberphysical
Mengawal dan mengurus operasi industri dengan mengguna pakai sistem mekatronik, Internet benda, data raya, pengkomputeran awan dan
kecerdasan buatan (artificial intelligence).
Perpaduan sistem
Internet benda
Simulasi
Pengkomputeran awam
Realiti terimbuh
Data raya
Keselamatan siber
Sistem mekanikal
Sistem elektronik
Sistem Elektrik
Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus (AT) atau arus ulang-alik (AU) sebagai sumber bekalan kuasa.
Sistem Mekanikal
Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan (motor) kepada
bentuk yang lain.
Sistem Elektronik
Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem.
Sistem Kawalan
Satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk
mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna.
Pengaturcaraan
Proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan dalam kod berbentuk teks atau blok arahan
yang sedia ada.
Bahasa Pengaturacaraan dalam Kod Berbentuk Teks Bahasa Pengaturacaraan dalam Blok Arahan Sedia Ada
Java Scratch
Phyton mBlock
C++ Ardublock
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai set peraturan sintaks (syntax) dan semantik (semantic) tersendiri.
Set peraturan ini menetapkan cara menulis arahan untuk mikropengawal yang mengawal operasi alat elektronik.
Komponen: Gear
Sistem Elektronik Menerima dan menukarkan isyarat input dari alat kawalan jauh kepada isyarat elektrik bagi memacu
motor AT
Komponen: Mikropengawal
Tanda anak panah menunjukkan urutan blok dan dilabelkan mengikut fungsi, nama elemen atau litar yang terlibat.
Bahagian input berfungsi menerima dan menghantar isyarat daripada peranti masukan kepada bahagian pengawal untuk diproses.
Gambar Rajah Blok Kereta kawalan jauh
Panel kawalan pada telefon pintar bertindak sebagai pemancar isyarat (transmitter).
Pemacu motor dan motor AT akan menggerakkan roda seperti yang diarahkan oleh mikropengawal
Isyarat kawalan kemudiannya dihantar kepada motor AT yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat untuk mengerakkan pintu.
Penderia juga memberikan isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh.
Isyarat kawalan akan menggerakkan motor AU yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat.
Analisis fungsi dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang terdapat pada produk mekatronik.
Model fungsi dapat menunjukkan gambaran keseluruhan hubung kait antara komponen dan fungsi bagi produk tersebut.
Analisis berantai punca-kesan dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah.
Kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan masa digunakan kerana masalah tersebut hanya berlaku pada waktu tertentu.
Konsep prinsip inventif yang dipilih bagi menyelesaikan masalah tersebut ialah tindakan awal (prelimenary action).
Gambar rajah blok kereta kawalan jauh tersebut perlu diubahsuai pada bahagian yang akan dilakukan pengubahsuaian.
Lakaran perkembangan idea juga akan diubah suai berdasarkan gambar rajah blok yang dibuat.
Lakaran perkembangan idea yang dipilih akan dipersembahkan dalam bentuk lakaran 3D bermaklumat.
Hadapan Kereta
Cadangan Penambah LDR- mengesan tahap pencahayaan dan menghantar isyarat input
baikan
Lampu LED- menyala apabila menerima arahan daripada mikropengawal
Tindakan Memasang LDR dan LED
Membangunkan pengaturcaraan supaya penderia inframerah dapat mengesan halangan dan mikropengawal
memberhentikan motor AT dan menghidupkan pembaz secara serentak
Memilih bahan
Membuat pengaturcaraan
Membuat kemasan
Produk akhir
Ujian parameter digunakan bagi menilai kefungsian produk mekatronik mengikut objektif yang telah ditetapkan.
Ujian perlu dijalankan dalam situasi sebenar untuk menilai keberkesanan penambahbaikan terhadap kefungsiannya.
Penilaian kefungsian reka bentuk produk mekatronik yang telah diubah suai turut mengambil kira keupayaan produk, nilai estetika dan keselamatan reka bentuk.
Maklumat daripada penilaian kefungsian digunakan untuk penambahbaikan supaya produk yang dihasilkan memenuhi objektif yang telah ditetapkan.
Pengujian juga bagi kefungsian pembaz apabila penderia inframerah mengesan halangan
Berdasarkan pada keputusan pengujian, didapati kereta kawalan jauh mampu menjalankan fungsi yang dikehendaki.
Cadangan penambahbaikan pada kereta kawalan jauh boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti dan keupayaannya.
Meletakkan komponen seperti span di bahagian hadapan kereta kawalan jauh yang berfungsi sebagai penyerap hentakan.