Anda di halaman 1dari 4

Aplikasi Teknologi

Reka Bentuk Mekatronik

Konsep mekatronik telah diperkenalkan oleh Tetsuro Mori (1969)

Beliau mendefinisikan mekatronik sebagai aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk mengawal pergerakan sistem mekanikal suatu produk

Reka Bentuk Mekatronik


Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan
yang dikehendaki.

Revolusi Industri 1.0 Revolusi Industri 2.0


Penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga Penemuan tenaga elektrik yang membolehkan penghasilan produk dalam
manusia dalam penghasilan produk. kuantiti yang lebih besar dan cepat.
Revolusi Industri 3.0 Revolusi Industri 4.0
Penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan penggabungan reka Penggabungan reka bentuk mekatronik bersama Internet benda, data raya dan
bentuk untuk menghasilkan reka bentuk mekatronik. pengkomputeran awan bagi membentuk pengeluaran pintar.

Konsep Cyberphysical
Mengawal dan mengurus operasi industri dengan mengguna pakai sistem mekatronik, Internet benda, data raya, pengkomputeran awan dan
kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Teras dalam Revolusi Industri 4.0


Robot berautonomi

Perpaduan sistem

Internet benda

Simulasi

Pembuatan bahan tambah

Pengkomputeran awam

Realiti terimbuh

Data raya

Keselamatan siber

Elemen Asas Kejuruteraan dalam Mekatronik


Sistem elektrik

Sistem mekanikal

Sistem elektronik

Sistem kawalan dan pengaturcaraan

Sistem Elektrik
Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus (AT) atau arus ulang-alik (AU) sebagai sumber bekalan kuasa.

Sistem Mekanikal
Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan (motor) kepada bentuk
yang lain.

Sistem Elektronik
Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem.

Sistem Kawalan
Satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik
berfungsi secara automatik dengan sempurna.

Pengaturcaraan
Proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan dalam kod berbentuk teks atau blok arahan yang
sedia ada.

Bahasa Pengaturacaraan dalam Kod Berbentuk Teks Bahasa Pengaturacaraan dalam Blok Arahan Sedia Ada
Java Scratch

Phyton mBlock

Visual Basic JavaScript Block

C++ Ardublock

Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai set peraturan sintaks (syntax) dan semantik (semantic) tersendiri.

Set peraturan ini menetapkan cara menulis arahan untuk mikropengawal yang mengawal operasi alat elektronik.

Sistem Kereta kawalan jauh


Sistem Mekanikal Mengurangkan atau meningkatkan halajau dan menambah daya kilas

Komponen: Gear

Sistem Elektronik Menerima dan menukarkan isyarat input dari alat kawalan jauh kepada isyarat elektrik bagi memacu motor AT

Komponen: Pemacu elektronik dan modul geganti

Sistem Elektrik Sebagai sumber tenaga elektrik

Komponen: Bateri dan motor AT

Sistem Kawalan dan Pengaturcaraan Mengawal halaju dan arah putaran motor AT

Komponen: Mikropengawal

Sistem Pintu Gelangsar Automatik


Sistem Mekanikal Membuka dan menutup pintu

Komponen: Takal, tali sawat dan gear

Sistem Elektronik Mengesan sebarang pergerakan dan memberikan isyarat kepada sistem kawalan

Komponen: Penderia gerakan dan litar pemacu motor

Sistem Elektrik Membekalkan tenaga elektrik pada keseluruhan sistem

Komponen: Motor AT dan pengubah (transformer)

Sistem Kawalan dan Memproses isyarat input dari penderia gerakan dan menghantar isyarat output kepada pemacu motor AT untuk
Pengaturcaraan membuka dan menutup pintu

Komponen: Sistem kawalan

Sistem Mesin basuh automatik


Sistem Mekanikal Menghasilkan putaran pada dram ketika mencuci pakaian

Komponen: Tali sawat dan takal

Sistem Mekanikal Memberikan arahan operasi mengikut pilihan pengguna

Komponen: Panel kawalan dan papan litar tercetak

Sistem Elektrik Membekalkan tenaga elektrik kepada sistem kawalan motor dan motor AU

Komponen: Motor AT dan pengubah

Sistem Kawalan dan Pengaturcaraan Menghasilkan tindakan kawalan terhadap sistem elektrik, sistem elektronik dan sistem mekanikal

Komponen: Papan mikropengawal

Gambar Rajah Blok


Suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok.

Tanda anak panah menunjukkan urutan blok dan dilabelkan mengikut fungsi, nama elemen atau litar yang terlibat.

Bahagian input berfungsi menerima dan menghantar isyarat daripada peranti masukan kepada bahagian pengawal untuk diproses.

Isyarat akan diproses mengikut pengaturcaraan yang telah ditetapkan.

Bahagian output akan menjalankan tindakan selanjutnya melalui peranti keluaran.


Gambar Rajah Blok Kereta kawalan jauh

Panel kawalan pada telefon pintar bertindak sebagai pemancar isyarat (transmitter).

Isyarat input akan dihantar kepada mikropengawal (receiver).

Pemacu motor dan motor AT akan menggerakkan roda seperti yang diarahkan oleh mikropengawal

Gambar Rajah Blok Pintu Gelangsar Automatik

Sebarang pergerakan akan dikesan oleh penderia gerakan dan isyarat input akan dihantar kepada sistem kawalan yang terdiri daripada
mikropengawal.

Isyarat kawalan kemudiannya dihantar kepada motor AT yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat untuk mengerakkan pintu.

Gambar Rajah Blok Mesin Basuh Automatik

Isyarat input daripada mod pilihan pada panel kawalan dihantar kepada sistem kawalan yang terdiri daripada mikropengawal.

Penderia juga memberikan isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh.

Isyarat kawalan akan menggerakkan motor AU yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat.

Analisis fungsi dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang terdapat pada produk mekatronik.

Model fungsi dapat menunjukkan gambaran keseluruhan hubung kait antara komponen dan fungsi bagi produk tersebut.

Analisis berantai punca-kesan dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah.

Masalah Kereta Kawalan Jauh Cadangan Penyelesaian Masalah


Mudah rosak apabila berlanggar dengan halangan Menggunakan perintang peka cahaya sebagai input untuk mengesan tahap pencahayaan
Sukar dikawal apabila di kawasan yang gelap Menggunakan penderia inframerah sebagai input untuk mengesan jarak selamat

Kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan masa digunakan kerana masalah tersebut hanya berlaku pada waktu tertentu.

Konsep prinsip inventif yang dipilih bagi menyelesaikan masalah tersebut ialah tindakan awal (prelimenary action).

Gambar rajah blok kereta kawalan jauh tersebut perlu diubahsuai pada bahagian yang akan dilakukan pengubahsuaian.

Lakaran perkembangan idea juga akan diubah suai berdasarkan gambar rajah blok yang dibuat.

Lakaran perkembangan idea yang dipilih akan dipersembahkan dalam bentuk lakaran 3D bermaklumat.

Kriteria Pemilihan Lakaran bagi Reka Bentuk Produk


Menarik perhatian pengguna

Warna seimbang dan sesuai

Bentuk mudah dihasilkan

Mempunyai nilai estetika

Maklumat lakaran yang legkap

Hadapan Kereta
Cadangan Penambah LDR- mengesan tahap pencahayaan dan menghantar isyarat input
baikan
Lampu LED- menyala apabila menerima arahan daripada mikropengawal

Tindakan Memasang LDR dan LED

Membangunkan pengacaraan supaya LDR dapat mengesan tahap pencahayaan dan mikropengawal menghidupkan
lampu

Atas Bumbung Kereta


Cadangan Penderia inframerah- mengesan jarak antara halangan dan menghantar isyarat
Penambah baikan
Pembaz- berbunyi apabila menerima arahan daripada mikropengawal

Tindakan Memasang penderia inframerah dan pembaz

Membangunkan pengaturcaraan supaya penderia inframerah dapat mengesan halangan dan mikropengawal memberhentikan
motor AT dan menghidupkan pembaz secara serentak

Langkah-langkah Proses Penambahbaikan pada Kereta Kawalan Jauh


Membuat lakaran

Memilih bahan

Membuat pengaturcaraan

Membina dan memasang

Membuat kemasan

Produk akhir

Ujian parameter digunakan bagi menilai kefungsian produk mekatronik mengikut objektif yang telah ditetapkan.

Ujian perlu dijalankan dalam situasi sebenar untuk menilai keberkesanan penambahbaikan terhadap kefungsiannya.

Penilaian kefungsian reka bentuk produk mekatronik yang telah diubah suai turut mengambil kira keupayaan produk, nilai estetika dan keselamatan reka
bentuk.

Maklumat daripada penilaian kefungsian digunakan untuk penambahbaikan supaya produk yang dihasilkan memenuhi objektif yang telah ditetapkan.

Penambahbaikan LDR dan Lampu LED


Ujian Parameter Kereta kawalan jauh digerakkan ke kawasan gelap untuk menguji kefungsian lampu LED

Keputusan Positif Ujian Lampu LED berfungsi apabila melalui kawasan gelap
Kefungsian
Penambahbaikan Penderia Inframerah dan pembaz
Ujian Parameter Kereta kawalan jauh digerakkan ke kawasan yang mempunyai halangan untuk menguji kefungsian penderia
inframerah

Pengujian juga bagi kefungsian pembaz apabila penderia inframerah mengesan halangan

Ujian dilakukan sebanyak 3 kali

Keputusan Positif Kefungsian Kereta kawalan jauh berhenti secara automatik dan mengeluarkan isyarat bunyi apabila terdapat halangan di
hadapan

Berdasarkan pada keputusan pengujian, didapati kereta kawalan jauh mampu menjalankan fungsi yang dikehendaki.

Cadangan penambahbaikan pada kereta kawalan jauh boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti dan keupayaannya.

Cadangan Penambahbaikan pada Kereta Kawalan Jauh


Meningkatkan kemampuan kawalan supaya kereta kawalan jauh dapat dikawal dengan menggunakan pergerakan isyarat tangan.

Kelajuan kereta kawalan jauh yang boleh dikawal.

Meletakkan komponen seperti span di bahagian hadapan kereta kawalan jauh yang berfungsi sebagai penyerap hentakan.

© 2022 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

Anda mungkin juga menyukai