Anda di halaman 1dari 5

Jom Kenali Personaliti Diri Anda Dengan

Menjawab Soalan ini, Selamat Mencuba!


Sunday, March 22, 2020  6 Comments

Perkara yang berkaitan dengan personaliti ini memang best. Setiap daripada kita
mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Kita boleh test apa sebenarnya
personaliti diri kita dan bagaimana orang lain melihat diri kita melalui soalan-soalan
yang diberikan dan di akhir keputusannya akan menentukan sama ada kita ini dalam
kategori yang mana satu.

Jadi, kalau anda tercari-cari apakah sebenarnya keperibadian diri anda, anda boleh
lah menjawab soalan-soalan yang di bawah nanti dan mengetahui anda mempunyai
keperibadian yang macam mana. Ini hanyalah kajian sahaja. Yang mana yang
tengah bosan-bosan tu duduk rumah, boleh la jawab hehe, untuk hilangkan rasa
bosan tu. Selamat mencuba :)

Sebelum jawab, baca terlebih dahulu syarat-syaratnya:


 Menjawab semua soalan 1-5 dengan jujur.
 Catat point setiap jawapan yang anda pilih, kemudian jumlahkan point anda.

Dah sedia? Jom mula

Soalan:
1. Pilih salah satu minuman di bawah ini:

Cappuccino = 40 Point
Air Putih = 20 Point
Jus Buah = 30 Point
Kopi Pahit = 10 Point
Sekarang catat skor pilihan jawapan anda..
2. Apakah Gaya Anda ketika Bercakap Dengan Orang lain:

A = 20 Point
B = 10 Point
C = 30 Point
D = 40 Point

Sekarang tambah skor anda..


3. Anda bagus dalam..

Main Muzik = 30 Point


Bersenang-Senang = 40 Point
Baca Buku = 20 Point
Semuanya = 10 Point
Sekarang tambahkan lagi skor anda..
4. Waktu bila anda merasa paling nyaman?

Siang = 30 Point
Pagi = 40 Point
Senja = 20 Point
Malam = 10 Point

Sekarang tambahkan lagi skor anda..

5. Manakah yang menggambarkan diri anda?

Ramah = 40 Point
Pemimpin = 20 Point
Pusat Perhatian = 30 Point
Dominan = 10 Point

Sekarang tambahkan dan kira jumlah point anda dari soalan 1-5

Dah kira jumlah? Kalau sudah kira jumlah keseluruhan point anda, jom tengok anda
kategori yang mana:
 50-80 Point = Pemimpin Dominan

Orang yang melihat anda sebagai orang yang egois, juga sebagai orang yang
berprinsip. Tetapi, kawan terbaik anda tahu siapa anda sebenarnya. Anda tahu
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu dengan sempurna. Sifat perfeksionis anda
sering membuat orang lain berfikir dua kali sebelum bekerja dengan anda.

 90-120 Point = Pemimpin Semula Jadi

Anda adalah pemimpin yang ideal, kawan-kawan anda mengetahui tentang hal ini
dan mereka melihat anda sebagai "Role model" mereka. Anda sentiasa ada ketika
diperlukan. Sifat terbaik anda ialah anda tidak pernah berhenti untuk belajar.

 130-160 Point = Pusat Perhatian

Sangat menarik! Personaliti yang ceria dan menghiburkan telah membuatkan anda
sering mendapat tumpuan hampir semua orang di sekitar anda. Anda bersimpati
dengan orang lain dan kehadiran anda membuat orang lain senang dan gembira
dengan anda. Anda juga artistik, bijak dan berperikemanusiaan.

 170-200 Point = Kawan Setia

Anda tidak begitu ekstrovert dan anda tidak mudah untuk berkawan dengan cepat
tetapi, apabila anda berkawan, anda tidak akan pernah mengecewakan
persahabatan anda. Anda adalah sangat setia & komited pada kawan-kawan anda
dan anda juga mengharapkan hal yang sama dari mereka.

Anda mungkin juga menyukai