Anda di halaman 1dari 5

UCAPAN PENANGGUHAN

MAJLIS MESYUARAT AGUNG


PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KELANTAN
KALI KE 39 TAHUN 2022
21 FEBRUARI 2022 ( ISNIN )

Bismillahirrahmanirrohim.
‫ُأ‬ َ ‫ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعا َلم‬
‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم‬ ِ ‫ُور ال ُّد ْن َيا َوال ِّد‬
َّ ‫ َوال‬،‫ين‬ ِ ‫ َو ِب ِه َنسْ َت ِعيْنُ َع َلى م‬،‫ِين‬
َ ‫صحْ ِب ِه َأجْ ـ َمـع‬
‫ِين‬ َ ‫لى آلِ ِه َو‬َ ‫ِين َو َع‬ َ ‫لى َأ ْش َرفِ الـمُرْ َسل‬ َ ‫ع‬، َ

َ ‫َر َّب َنٓا ٰا ِت َنا ِمنْ لَّ ُد ْن‬


‫ك َرحْ َم ًة َّو َهيِّْئ َل َنا ِمنْ اَ ْم ِر َنا َر َش ًدا‬
.
‫رب اشــرح لي صــدري ويســر لي أمــري واحلــل عقــدة من لســاني يفقهــوا قــولي‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana


dengan izinNya dapat kita bersama dalam Majlis Mesyuarat Agung
PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Kali ke 39 Tahun 2022.

Saya Sharifah Norzyana Binti Syed Mohamad, Pengerusi PUSPANITA


Jajahan Tumpat telah diberi taklif untuk menyampaikan ucapan
penangguhan pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada YBhg.
Datin Kaya Setia Datin Hjh. Dr. Wan Nazariah Wan Hassan selaku
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan kerana telah
memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di majlis
pada hari ini.

Sebelum saya meneruskan kalam dan mengatur bicara, terlebih dahulu


saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat apa- apa kesilapan atau
kekhilafan dalam ucapan saya ini. Sesungguhnya saya merasa amat
kerdil berdiri di sini pada hari ini. Tetapi kerana amanah dan
tanggungjawab yang diberikan kepada saya, maka saya harus
melaksanakannya juga.

Sebelum saya berbicara lebih jauh, izinkan saya untuk menyebut satu
perkara ini;

” Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia”.Itu


adalah pepatah Melayu yang sering disebut- sebut. Di sini dapat kita
lihat betapa tingginya pengiktirafan terhadap kebolehan dan kehebatan
kaum wanita. Ia membawa maksud bahawa dalam lembutnya tangan
seorang wanita semasa menghayun buaian, wanita juga berkuasa
mendidik anak sehingga mampu menjadi pemimpin yang boleh
menjulang nama negara. Agama Islam sendiri memberikan kedudukan
yang amat istimewa sehinggakan ada surah yang diperuntukkan khusus
untuk wanita iaitu surah An Nisa’ yang bermaksud WANITA.

Awal kalam bagi ucapan saya ini, saya ingin mengucapkan sekalung
tahniah kepada YBhg. Datin Kaya Setia , barisan Ahli Majlis Tertinggi,
Ahli Jawatankuasa Kerja dan semua pihak yang terlibat kerana telah
berjaya mengadakan majlis Mesyuarat Agung kali ini. Dalam kesibukan
kita semua dengan tugas hakiki, dapat juga kita mencari ruang untuk
hadir ke majlis ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan alaf
syukran , ribuan terima kasih kepada YBhg Datin Kaya Setia dan Ahli
Majlis Tertinggi yang banyak berkongsi idea dan memberi tunjuk ajar
serta bimbingan kepada Pengerusi Jajahan dan Jabatan dan ahli- ahli
PUSPANITA keseluruhannya. Sesungguhnya segala tunjuk ajar yang
diberikan dapat membantu dan dijadikan panduan dalam setiap perkara
yang berkaitan.

Antara tujuan penubuhan PUSPANITA adalah untuk melibatkan ahli-


ahli dalam aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga serta masyarakat.
Tahniah kepada YBhg. Datin Kaya Setia dan barisan Ahli Jawatankuasa
di atas komitmen dan kesungguhan yang tidak terhingga dalam
melaksanakan pelbagai aktiviti PUSPANITA sepanjang tahun 2021 yang
turut menumpukan kepada kebajikan ahli dan masyarakat.

Dalam keadaan negara masih lagi dibelenggu dengan COVID-19, ada


di kalangan kita yang amat terkesan dengan perkara ini. Alhamdulillah,
PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan YBhg
Datin Kaya Setia tidak pernah lupa kepada golongan yang memerlukan
dengan memberikan bantuan dan sumbangan dalam bentuk kewangan
dan juga material. Ini seterusnya turut diperluaskan di kalangan
Pengerusi PUSPANITA di peringkat jajahan dan jabatan .

Atas rasa prihatin, PUSPANITA Negeri Kelantan turut menyediakan


kursus- kursus keusahawanan untuk membantu golongan ahli
meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini membuktikan bahawa
PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan amat mementingkan kebajikan
ahli khususnya dan masyarakat secara amnya.

PUSPANITA Negeri Kelantan juga telah sekian lama memainkan


peranan yang penting sebagai salah satu platform bagi anggota
perkhidmatan awam wanita dan isteri- isteri penjawat awam untuk
sama- sama berhubung serta melaksanakan kegiatan yang bermanfaat
kepada ahli dan juga masyarakat.

PUSPANITA dan masyarakat berpisah tiada.

Seperti yang kita maklum, misi PUSPANITA adalah untuk menjadikan


suri dan anggota perkhidmatan wanita sebagai seorang yang berdaya
saing,berkualiti, berilmu,berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa.
Sehubungan itu,YBhg Datin Kaya Setia telah memastikan PUSPANITA
Negeri Kelantan mengambil kira aspek- aspek berikut dalam setiap
aktiviti dan program yang dirancang dengan harapan usaha tersebut
akan menyumbang kepada pembangunan diri warga PUSPANITA dan
masyarakat secara keseluruhannya.

Sebelum saya mengakhiri ucapan penangguhan ini, marilah semua ahli


PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan, sehayun selangkah kaki kita
pacu perjuangan ini, kita redah segala cabaran,kita serap segala
tekanan.

Semoga hubungan erat yang terjalin antara PUSPANITA Negeri


Kelantan dan Jajahan serta Jabatan semakin kukuh setiap masa.

“ Menoleh ke belakang, agar kita menjadi lebih pintar


Melihat ke depan , agar kita menjadi lebih dewasa
Meninjau ke bawah, agar kita menjadi lebih bijaksana
Dan, mendongaklah ke atas agar kita menjadi lebih kuat”
Sekali lagi saya mohon maaf jika ada sebarang kelemahan dan
kekurangan dalam ucapan saya ini.
Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada PUSPANITA
Cawangan Negeri Kelantan kerana telah berjaya melaksanakan Majlis
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Kali ke 39
Tahun 2022. Dan semoga PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan
terus bergiat aktif dan cemerlang di bawah kepimpinan YBhg Datin Kaya
Setia. Insya Allah.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai