Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

 Sebelum kedatangan kuasa Barat, masyarakat tempatan di Indonesia menjalankan aktiviti


ekonomi tradisional dan bercorak pertanian
 Aktiviti ini dijalankan di kawasan subur, sama ada di lembah sungai atau kawasan berbukit
 Pelbagai jenis aktiviti ekonomi tradisional telah dijalankan dan penanaman padi merupakan
kegiatan ekonomi utama di kalangan petani. Walau bagaimananpun kegiatan perdagangan,
perusahaan dan perlombongan turut dijalankan.

PERTANIAN DAN PENTERNAKAN


 Penanaman padi sawah dan padi bukit atau padi huma dijalankan oleh masyarakat Indonesia
sebelum kedatangan kuasa barat lagi. Pada sawah ditanam di Pulau Jawa, Sumatera,
Sulawesi Selatan dan Kalimantan di kawasan tanah yang subur serta mempunyai sistem
pengairan. Manakala padi bukit ditanam di kawasan Pulau Jawa dan sebahagian daerah di
Kalimantan yang lebih kering serta di lereng bukit yang tinggi dan menggunakan kaedah
primitif iaitu tebang dan bakar.
 Peralatan yang digunakan adalah peralatan tradisional dan menggunakan tenaga binatang.
Pertanian dijalankan secara intensif buruh dan berbentuk sara diri. Padi ditanam untuk
kegunaan sendiri dan juga digunakan untuk mendapatkan barang keperluan lain melalui
sistem barter (sistem pertukaran barang) sekiranya ada lebihan. Tenaga kerja yang digunakan
adalah dalam kalangan keluarga sendiri. Selain itu hasil pertanian juga diberikan kepada raja
dan pembesar sebagai bayaran cukai
 Penanaman lada hitam turut dijalankan di Sumatera Timur dan Sumatera Barat. Manakala
sagu ditanam di kepulauan Maluku dan dianggap sebagai makanan penting. Terdapat juga
penanaman jagung di Madura, Pulau Jawa dan Sumatera. Manakala tebu ditanam di wilayah
Cheribon, Jogjakarta dan Surakarta.
 Masyarakat Indonesia sebelum kedatangan pengaruh Barat juga menternak binatang.
Binatang seperti lembu dan kerbau diternak untuk kegunaan sendiri dan juga sebagai tenaga
kerja yang digunakan dalam aktiviti pertanian.

MEMUNGUT HASIL HUTAN


 Pemungutan hasil hutan untuk kegunaan sendiri dan pertukaran barangan. Hasil hutan yang
utama tersebut termasuk rotan, kayu gaharu, kayu cendana, getah damar, kapur barus dan
sarang burung,
 Kayu gaharu terdapat di Pulau TImor. Kayu cendana pula didapati di Sumatera dan
Kalimantan. Manakala kayu sappan digunakan sebagai pewarna pakaian dan pembuatan
tikar.
 Kapur barus adalah sejenis tumbuhan hutan yang boleh didapati dengan banyaknya di
Sumatera Barat terutama di Barus. Kapur barus digunakan dalam perubatan tradisional.
Tanaman herba juga dikutip untuk tujuan perubatan.

PERLOMBONGAN
 Perlombongan emas dijalankan di kawasan pedalaman Sumatera, terutama di daerah-daerah
Minangkabau, Siak, Aceh, Kalimantan dan Sulawesi. Perlombongan emas dijalankan secara
tradisional dan digunakan untuk keperluan sendiri serta diperdagangkan dalam perdagangan
tradisional yang menggunakan sistem barter.
 Perlombongan bijih timah dijalankan di Bangka dan Belitung dengan menggunakan kaedah
tradisional

TANGKAPAN HASIL LAUT DAN PERKAPALAN


 Antara hasil laut yang dikutip seperti tripang, agar-agar dan pelbagai jenis ikan. Aktiviti ini
dijalankan di pulau-pulau di bahagian Timur Indonesia. Mengutip tripang merupakan aktiviti
penting di Sulawesi Selatan. Ikan juga ditangkap untuk kegunaan sendiri dan untuk tujuan
pertukaran barang.
 Aktiviti pembuatan kapal dan perahu juga penting sebelum kedatangan kuasa Barat ke
Indonesia. Hampir setiap wilayah Indonesia mempunyai kapal atau perahu tersendiri.
 Pinis dan padowakang merupakan perahu dan kapal orang-orang Bugis dari Sulawesi.
Manakala masyarakat Melayu di Sumatera TImur membuat perahu seperti banting, baluk,
gonting dan perahu mayang. Rembang dan Japara merupakan daerah penting pembuatan
kapal di Pulau Jawa dan di sini mempunyai tukang-tukang pembuat kapal yang mahir.
 Raja-raja di Aceh mempunyai kapal-kapal besar yang digunakan untuk tujuan pelayaran dan
perdagangan
 Masyarakat Melayu Kalimantan turut membina kapal dan perahu mereka sendiri. Aktiviti ini
penting kerana jalan air melalui sungai dan laut merupakan laluan utama bagi masyarakat
tradisional di Indonesia sebelum kedatangan kuasa Barat

PERDAGANGAN TRADISIONAL
 Aktiviti perdagangan telah wujud dengan menggunakan sistem pasar tradisional dan sistem
pertukaran barang. Penggunaan mata wang jika ada hanyalah menggunakan siput cowrie. Di
Aceh, emas dan perak telah dijadikan medium pertukaran dalam perdagangan.
 Hasil rempah terutama bunga cengkeh yang merupakan tumbuhan hutan diperoleh untuk
kegunaan sendiri dan untuk pertukaran barang. Bunga cengkeh merupakan tanaman asal
daripada Kepulauan Maluku.
 Antara pelabuhan-pelabuhan penting di Indonesia ialah Sunda Kalapa, Lhoksemawe,
Singkel, Barus, Japara, Surabaya, Ujung Pandang dan Banjarmasin.
 Perdagangan hamba abdi dilakukan untuk mendapatkan tenaga buruh atau ditukar dengan
barang keperluan lain. Hamba-hamba ini ditangkap dari kalangan masyarakat yang lebih
mundur terutama di pulau-pulau Sumba, Sumbawa dan Nias.

MENENUN DAN KERJA TANGAN

Anda mungkin juga menyukai