Anda di halaman 1dari 8

BAB 3 AMALAN MESRA ALAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan menjaga alam sekitar.
2. Meningkatkan kualiti persekitaran rumah, sekolah, pejabat dan
kawasan perkampungan sebagai satu tempat yang bersih, ceria
dan menyenangkan.

3.0 Amalan Mesra Alam Di Rumah

✔ Gunakan kain untuk mengelap meja dapur berbanding kertas kerana boleh diguna
semula.
✔ Guna semula bekas kaca dan plastic sebagai tempat menyimpan barang.
✔ Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak untuk
menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk dan pengukus adalah lebih baik dan dapat
menjimatkan tenaga sehingga 70%.
✔ Guna semula beg plastik membeli belah untuk mengisi sampah.
✔ Menggunakan bahan organik sebagai baja kerana nutriennya tinggi. Cuba hentikan
penggunaan racun makhluk perosak.
✔ Mengitar semula kertas atau surat khabar lama.
✔ Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan boleh digunakan
untuk diguna semula bagi mencuci lantai atau tandas.
✔ Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan
air yang diisi dalam baldi untuk mencuci kereta.
✔ Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah dapat
menjimatkan 25%-50%

36| ms
✔ Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh
pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih
mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat
dikurangkan sebanyak 50%.
✔ Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan system satu
curahan, system ini dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% untuk sebuah
keluarga.
✔ Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan.
✔ Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayur-sayuran atau pinggan mangkuk untuk
menjimatkan 15kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang
mengalir berterusan.
✔ Semasa memberus gigi, gunakan air yang diisi dalam bekas dan elakkan pembaziran
air.
✔ Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan
keamatan cahaya skrin televisyen, Apabila keamatan cahaya skrin televisyen terlalu
tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen akan berkurang.
✔ Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak selepas
menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam
sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan ‘Standby mode’ selama 21jam akan
menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan ‘Standby mode’.
✔ Tempatkan peti sejuk jauh daripada sumber haba untuk mengurangkan pelepasan
karbon dioksida.
✔ Gunakan mentol berpendaflour padat [CFL] berbanding mentol bercahaya pijar untuk
menjimatkan 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.
✔ Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik.
✔ Gunakan peti sejuk sebaik-baiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara
berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.
✔ Berbasikal atau berjalan kaki jika boleh. [Ke kawasan berdekatan] kerana mesra alam
dan menyihatkan tubuh badan.
✔ Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan
pemanasan.
✔ Menyokong program kitar semula.
✔ Mengelakkan mesin pengering malah menjemur pakaian di bawah cahaya matahari
untuk menjimatkan sebanyak 700paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.

37| ms
3.1 Amalan Mesra Alam di Sekolah dan Institusi

✔ Amalkan penggunaan cahaya semula jadi dan biarkan tingkap terbuka. Padamkan suis
lampu dan kipas yang tidak digunakan.
✔ Tanam pokok bagi mencantikkan persekitaran sekolah. Pokok menyerap karbon
dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera.
✔ Pastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan
pupuk amalan ini di kalangan murid sekolah.
✔ Gunakan saputangan bagi mengurangkan penggunaan kertas tisu dan menjimatkan
sumber hutan.
✔ Gunakan mesin kira-kira (calculator) yang mempunyai kuasa solar.
✔ Gunakan klip kertas biasa berbanding klip berwarna kerana ia boleh mengakibatkan
keracunan kadmium.
✔ Tutup paip air dengan sempurna. Paip yang dibiarkan terbuka mengakibatkan
pembaziran sehingga 9 liter air seminit.
✔ Berjalan atau berbasikal ke sekolah untuk mengurangkan pencemaran udara yang
berpunca daripada penggunaan kenderaan bermotor.
✔ Beli kertas yang dikitar semula. Ia membantu mengurangkan bilangan pokok yang
ditebang untuk menghasilkan kertas.
✔ Kurangkan penghasilan sampah dengan menggunakan pena berdakwat yang boleh diisi
semula dan pensil mekanikal.
✔ Bawa bekalan makanan sendiri ke sekolah. Ia lebih menyihatkan, menjimatkan wang
dan kebersihannya juga adalah terjamin.
✔ Gunakan tong kitar semula. Asingkan bahan buangan seperti kertas, tin dan botol kaca
atau plastik. Contoh gambar amalan mesra alam di sekolah.

38| ms
3.2 Amalan Mesra Alam di Pejabat

Amalkan 3R (Reduce – Reuse- Recycle)

⮚ Berhemat dalam penggunaan alat tulis.


⮚ Cetak atau membuat salinan hanya jika perlu.
⮚ Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah mukasurat bagi dokumen formal.
⮚ Guna semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak formal (salinan draf).
⮚ Guna semula sampul surat dan fail yang telah digunakan.
⮚ Fikir dahulu sebelum buang.
⮚ Gunakan tong kitar semula yang betul.
⮚ Pesanan makanan untuk mesyuarat/majlis dibuat mengikut keperluan

Rajah 3.2a: Amalan 3R

⮚ Gunakan produk mesra alam.


⮚ Gunakan bahan kimia biorosot untuk pembersihan dan penyelenggaraan pejabat.
⮚ Nilai kebolehupayaan produk untuk dikitar semula.
⮚ Amalkan perolehan hijau.
⮚ Elakkan penggunaan botol air plastik.
⮚ Elakkan penggunaan penyegar udara di pejabat
⮚ Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam.
⮚ Bawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan dan minuman.
⮚ Jimatkan tenaga.
⮚ Padamkan lampu di ruang yang tidak digunakan.
⮚ Gunakan tangga untuk naik ke aras lain

39| ms
⮚ Meletakkan komputer peribadi ke sleep mode apabila tidak digunakan.
⮚ Gunakan peralatan elektrik mengikut keperluan.
⮚ Jangan buka tingkap apabila pendingin hawa sedang beroperasi.
⮚ Pastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan pejabat.
⮚ Maklumkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera mengenai sebarang
kerosakan.
⮚ Jimatkan air di tandas, sinki dan semasa mengambil wuduk.
⮚ Kawal penggunaan air.
⮚ Pastikan pili air ditutup rapat.
⮚ Elakkan `flushing` yang tidak perlu. Maklumkan juruteknik dengan segera jika terdapat
kerosakan atau kebocoran
⮚ Gunakan pengangkutan awam atau amalkan perkongsian kenderaan ke tempat kerja.
⮚ Gunakan perkhidmatan `Park and Ride` untuk mengurangkan kesesakan tempat parkir.

Rajah 3.2b: Amalan Berkongsi Kenderaan

40| ms
3.3 Amalan Mesra Alam Semasa Membeli Belah

Beli produk tempatan dan organik.

Beli barang yang boleh diguna semula dan makanan segar

Bawa bekas makanan apabila membeli makanan dan jangan


membeli produk yang diperbuat daripada haiwan.

Tukar kepada petrol tanpa plumbum dan pilih peralatan bebas


CFC.

Rancang tempat untuk membeli belah dan selalu fikir dahulu


sebelum membeli.

Gunakan bateri dicaj semula dan beli barang yang


diperbuatdaripada kertas kitar semula

Lakukan pembelian secara online dan gunakan kereta berenjin


diesel.

Rajah 3.3a: Amalam mesra alam semasa membeli belah

⮚ Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik) menggunakan baja organic /
kompos dan tanpa racun makluk perosak).
⮚ Menjadi pembeli yang bijak tidak harus membeli barang-barang yang diperbuat daripada
haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversity yang menjamin
keseimbangan alam sekitar.
⮚ Merancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu.
Tambahan pula, kita haruslah rancangkan tempat untuk membeli-belah bagi
menjimatkan bahan api dan masa.
⮚ Gunakan beg sendiri untuk membeli-belah. Beg plastiik tidak boleh dilupuskan dan
mengambil masa sehigga 500 tahun untuk diuraikan.

41| ms
Rajah 3.3b: Amalan Semasa Membeli Belah Tanpa Menggunakan Beg Plastik

Keadaan persekitaran semakin berubah ke tahap yang lebih teruk. Situasi ini boleh
diperbaiki sekiranya setiap individu peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global yang
sedang melanda dunia dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin
kelestarian alam untuk generasi yang akan datang.

LATIHAN
PENGUKUHAN
1. Apakah amalan mesra alam ketika membeli belah di pasaraya?
2. Nyatakan LIMA amalan mesra alam ketika berada di pejabat?
3. Jelaskan amalan-amalan mesra alam yang boleh dilakukan dirumah?

42| ms
AKTIVITI

Merekabentuk dan menghias lanskap dari bahan kitar semula (3R sculpture)

Anda dikehendaki merekabentuk lanskap di institusi anda. Antara hiasan yang perlu ada dil
anskap tersebut termasuk “Sculpture 3R”. Sculpture yang dihasilkan mestilah menggunakan
sekurang-kurangnya 50% daripada bahan kitar semula.

Setiap kumpulan perlu menyediakan:

Kertas cadangan projek


Carta perbatuan pelaksanaan projek
Log book atau laporan mingguan
Persembahan video keseluruhan projek

43| ms

Anda mungkin juga menyukai