Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

TAZKIRAH : MENCARI KEBERKATAN DI BULAN RAMADHAN

Masa / Agenda Teks Catatan


6.30 petang Bismillahirahmanirahim,

Yang dihormati,
Saudara Muhammad Nazmi Bin Abd Rahim
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar
Islam Malaysia. ( PKPIM )

Saudara Abdul Rahman Bin Md Zain,


Yang-Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia Cawangan Negeri Kedah.

Yang berusaha,
Saudari Intan Nurhidayah Binti Muhd Nasir
Pengarah program Raikan Ramadan Iftar Ft Ilmu
( PKPIM Kedah )

Saudara Aidid Bin Nor Akbar,


Pengarah program Raikan Ramadan Iftar Ft Ilmu
( Inasis Malten UUM )

Assalamualaikum WBT & Salam Biru Warna dan


Salam Ramadan Kareem yang Ke-19.

Apa Khabar semua ?

Diharapkan semua sihat walafiat dan terus kekal


bertenaga hingga waktu berbuka nanti kerana apa ?
kerana anda semua akan menemani saya untuk slot
perkongsian tazkirah bersama seorang panel yang
kita bawakan jauh pada hari ini.

Sebelum saya membuka majlis pada harini, kita buka


dahulu majlis kita dengan Ummul Kitab Al Fatihah.

Aaamiin-aamin ya rabbal alamin.

Tajuk tazkirah kita pada harini cukup menarik iaitu


Mencari Keberkatan di Bulan Ramadan. Saya yakin
rakan-rakan semua sedang berlumba-lumba
melaksanakan ibadah puasa dan amalan sunat yag
lain dalam kita meraikan bulan Ramadan. Di mana di
bulan ini terdapatnya satu hari iaitu Malam
LailaturQadar ( Malam yang lebih baik daripada
seribu bulan ) tetapi persoalannya, adakah ibadah
puasa ini cukup untuk mengejar syarat di bulan
puasa atau kita ingin mengejar dan mendapatkan
keberkatan di bulan Ramadan. Baik, rakan -rakan
juga sudah sangat tidak bersabar untuk
mendengarkan perkongsian pada petang ini. Untuk
itu saya persilakan Saudara Muhd Nazmi Bin Abd
Rahim, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia untuk berkongsi kepada kita
berkenaan Mencari Keberkatan di Bulan Ramadan.

Dengan segala hormatnya saya persilakan.

……………..Sesi Tazkirah Berlangsung..…………..

7.00 Malam Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian Saudara


Nazmi yang cukup menarik dan padat dengan
nasihat itu tadi. Saya percaya daripada rakan rakan
kita pasti ada soalan yang ingin diajukan kepada
pembentang kita pada hari ini. Oleh itu saya buka
sesi soal dan jawab untuk semua hadirin yang berada
di sini.

Silakan , saya membuka tiga soalan InsyaAllah.

……….. …….SESI SOAL & JAWAB….…………

7.15 Malam Alhamdulillah sesi tazkirah kita telah sampai ke


penghujungnya.

……………….Ulasan kesimpulan………………..

Terima kasih saya ucapkan kepada pembentang Sdr.


Nazmi kerana sudi memberikan pencerahan dan ilmu
berkaitan mencari keberkatan di bulan Ramadan.
Semoga apa yang disampaikan sebentar tadi dapat
dijadikan sebagai ilmu dan diaplikasikan dalam
kehidupan bagi mengejar keberkatan Ramadan.

Saya sudahi dengan Wabillahitaufiqwalhidayah


Assalamualaikum WBT dan Jumpa lagi.

Selamat berbuka semua !

Anda mungkin juga menyukai