Anda di halaman 1dari 2

7/20/22, 4:24 PM BERNAMA - Lembaga Angkasa Malaysia dilancar sepenuhnya awal tahun hadapan - Dr Adham

  BERITA COVID–19  haru COVID-19 | COVID: Kes baharu masih meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham | Tujuh juta rakyat Malaysia

AM

Lembaga Angkasa Malaysia dilancar sepenuhnya awal tahun hadapan -


Dr Adham

18/07/2022 09:31 PM

ADVERTISEMENT

Musim Bunga Dan Musim Panas Warna…


RM 119 RM 170 Shop now

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) --  Lembaga Angkasa Malaysia akan dilancarkan sepenuhnya awal tahun hadapan bagi menguatkuasakan Akta Lembaga
Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang telah diwartakan pada 25 Jan lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata lembaga itu  akan membuat peraturan berkaitan dengan akta yang telah diluluskan bagi
mengawal selia dan membangunkan industri angkasa negara bersesuaian dengan perjanjian antarabangsa.

"Kita akan menubuhkan Lembaga Angkasa secara interim bulan depan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI),
Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, dengan ahli-ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.

“Lembaga ini bertanggungjawab untuk menasihati kerajaan mengenai perkara berhubung persiapan pelaksanaan dan pentadbiran akta. Ini termasuk memantau dan
menilai penggubalan draf peraturan  serta menyediakan garis panduan dan arahan bersesuaian sebelum  dikuatkuasakan pada awal tahun 2023," katanya semasa
sidang media selepas majlis pembukaan 'International Geoscience and Remote Sensing Symposium (IGARSS) 2022' di Kuala Lumpur Convention Centre, hari ini.

Menurut Dr Adham, Malaysia merupakan antara negara ASEAN terawal yang mempunyai lembaga angkasanya tersendiri iaitu yang kedua selepas Filipina.

Beliau mengatakan bahawa bidang kuasa lembaga itu adalah pada ruang yang bermula dari ketinggian 100 kilometer (km) dari aras laut sehingga ke infiniti.

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2101433 1/4
7/20/22, 4:24 PM BERNAMA - Lembaga Angkasa Malaysia dilancar sepenuhnya awal tahun hadapan - Dr Adham

"Buat masa ini, pihak syarikat dan industri adalah dinasihat supaya mendaftarkan satelit atau sebarang objek angkasa yang telah dilancarkan melalui MOSTI.

"Setelah akta berkuat kuasa, semua objek angkasa yang telah dilancarkan sebelum ini adalah tertakluk di bawah Akta 834 dan hendaklah didaftarkan dalam tempoh
enam bulan dari tarikh akta berkuat kuasa," katanya.

Dr Adham juga mengatakan bahawa dengan adanya peraturan dan perlembagaan yang jelas mengenai akta angkasa bakal membolehkan negara untuk menjemput
mana-mana pengusaha yang ingin melancarkan objek angkasa dalam negara.

“Jika pada bulan lepas kita melancarkan Satelit MEASAT-3d di French Guiana, Amerika Selatan maka selepas ini kita boleh membuat pelancaran objek angkasa dari
dalam negara pula.

“Malaysia adalah sesuai bagi tapak pelancaran objek angkasa disebabkan terletak berhampiran garisan Khatulistiwa yang mana pelancaran objek ke angkasa adalah
lebih dekat dan juga menjimatkan,” katanya.

-- BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web
www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi
Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

ADVERTISEMENT

Kata Kunci

mosti adham baba lembaga angkasa lancar kawal selia

Berita Berkaitan

Badan Kehakiman lancar program Jelajah Kehakiman

Kerjasama M'sia, S'pura dan Indonesia penting demi kelancaran perdagangan di Selat Melaka

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2101433 2/4

Anda mungkin juga menyukai