Anda di halaman 1dari 13

SCE 3110 PENGHARGAAN

FADZILAH BT SHAFIEE

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya dapat juga menyiapkan tugasan kursus TENAGA FIZIK (SCE 3110) bagi semester 5 ini dengan sempurna dalam tempoh masa yang diberikan walaupun pelbagai kekangan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha menyiapkan tugasan yang diamanhkan ini. Di juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kesempatan ini kepada kasih yang tidak terhingga

pensyarah pembimbing, DR CHUA CHONG SAIR kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan tujuk ajar daripada beliau tidak mungkin tugasan ini mampu saya laksanakan seperti yang dikehendaki. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan rakan sekursus yang banyak berkongsi maklumat dan idea dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Saya amat berharap tugasan ini dapat menepati garis panduan dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak pensyarah dan diucapkan ribuan terima kasih. Segala yang baik itu datangnya daripada Maha Pencipta dan segala kelemahan dalam tugasan ini datangnya daripada kedhaifan dan kelemahan saya sendiri, Sekian, Terima kasih.

Fadzilah binti Shafiee 5 SCE5R / Jun 2011

BAHAN HASIL PENEROKAAN ANGKASA LEPAS 1 |IPGKSAH

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

2 |IPGKSAH

SCE 3110 Pengenalan

FADZILAH BT SHAFIEE

Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba ditonjolkan oleh Malaysia bukanlah sepertimana yang kita tonton dalam filem sains fiksyen dan televisyen yang sering dilakukan oleh Negara barat. Namun konsep penerokaan angkasa lepas Malaysia lebih menjurus kepada usaha memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam industri aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yang lebih luas kepada bidang penyelidikan alam cakerawala. Dengan kata lain, sebagai ahli baru dalam bidang ini, Malaysia sedang mencari masa depannya ke arah menjadi pemain utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa. Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-1 pada bulan Januari 1996 dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya, ia telah membuka ruang serta akan merancakkan lagi bidang kajian sains angkasa di negara ini. Pada masa yang sama ia turut memberi kesedaran di kalangan orang ramai tentang industri aeroangkasa. Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermula semenjak tahun 1990-an lagi dengan pembinaan kompleks Planetarium Negara dan penubuhan Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di Jabatan Perdana Menteri. Menjelang Julai 1995, BAKSA telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk memantapkan lagi peranannya membantu kemajuan sains dan teknologi di Malaysia. Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya, TiungSAT-I, pada bulan September 2000. Satelit berkenaan hasil daripada Program Latihan dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey yang melibatkan Surrey Satellite Technology Ltd. (SSTL) dan Astronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) dari Malaysia. Kehadiran satelit mikro itu di orbit bumi memberi ruang bagi Malaysia meneroka angkasa secara lebih giat lagi. BAHAN HASIL PENEROKAAN ANGKASA LEPAS Pelancaran satelit ke orbit telah memantapkan sistem komunikasi negara sepertimana yang dicapai oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2. Melalui penggunaan satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih menjadi lebih efisyen. Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari BAKSA, penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja memudahkan komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan dikesan melalui teknologi Global Positioning System (GPS). Keberkesanan penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan mengesan kedudukan 3 |IPGKSAH

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

jelas dapat dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo mengelilingi dunia menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat pemantaunya di Langkawi. Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia memperkembang bidang sains dan teknologi. Antara bidang penerokaan yang dihasilkan daripada penerokaan angkasa lepas adalah :-

BIL 1

BIDANG Bidang telekomunikasi komunikasi

PENGGUNAN

Dunia menjadi semakin kecil dengan adanya teknologi Satelit membolehkan penggunaan telefon, faksimili,
televisyen dan telesidang video

Satelit juga membolehkan internet berfungsi Boleh berhubung dengan masyaratkat luar
menggunakan telefon bimbit

Makumat/ berita dapat disebarkan dengan cepat/ secara


langsung

Tahap keselamatan negara dapat ditingkatkan


2 Bidang pendidikan maya

Satelit membolehkan cara/ kaedah pendidikan terkini


disebarkan

Satelit siaran langsung membolehkan pelajar menerima


siaran televisyen secara langsung, membolehkan pelajar mengikuti Rancangan berbentuk pendidikan

Pelajar yang tinggal di kawasan terpencil dapat


dihubungi

Membolehkan pelajar menggunakan peralatan


multimedia di terutamanya di Sekolah Bestari secara efektif Membolehkan operasi Pendidikan Jarak Jauh

Membuka peluang pembelajaran yang lebih luas


3 Maklumat dalam meteorologi Cuaca dapat diramalkan dengan lebih tepat 4 |IPGKSAH

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

Fenomena alam, pemantauan bencana alam seperti


banjir, rebut, taufan dapat dikesan lebih awal melalui awan yang diambil

Memudahkan orang ramai membuat persediaan


menghadapi kemungkinan bencana alam tersebut

Satelit aeronautik membolehkan kapal terbang yang


melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik dikesan

Satelit merupakan remote-sensing ; dapat memberi


amaran bencana alam

Sistem Laut dapat mengesan kapal laut yang menghadapi masalah dan memberi bantuan segera

Kajian topografi

Satelit yang mempunyai kamera inframerah dapat


mengambil gambar bumi dengan tepat

Gambar ini membolehkan peta dunia dihasilkan dengan


tepat

Makumat dari satelit juga dapat digunakan dalam kajian


geologi, ekologi dan pemeliharaan hutan 5 Mengesan pencemaran alam Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut

membantu manusia merancang untuk menjalankan


projek pembangunan dengan lebih mesra alam.

Penerokaan aeroangkasa membolehkan kadar


pencemaran alam dipantau dengan lebih tepat

Mengesan penipisan lapisan ozon, tumpahan minyak di


Teluk Mexico, kebakaran hutan di Australia

Pemangkin teknologi robotik

Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke


angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan.

Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar


diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan 5 |IPGKSAH

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

berbanding dengan manusia

penggunaan robotik meningkat dengan begitu banyak


7 R&D dalam bidang sains

kajian tentang kesan graviti terhadap manusia di luar


ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia.

Penyelidikan dalam bidang perubatan Penyelidikan dalam bidang pertanian Penyelidikan dalam bidang sains secara keseluruhan
8 Sistem Maklumat Geografi (GIS) Ad Merupakan satu sistem maklumat yang boleh menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data reruang (spatial data). 9 Sistem pengangkutan

Pengunaan sistem radar secara meluas dalam industri


pengangkutan spt kapal terbang, kapal laut

Penggunaan GPS secara meluas

Sistem Maklumat Geografi (GIS) GIS adalah satu sistem maklumat yang boleh menyimpan, memapar,

menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data reruang (spatial data). Sejak ia mula digunakan secara manual pada tahun 1960-an, sistem ini telah mengalami beberapa siri penambahbaikan. Dengan pembaharuan dalam teknologi komputer dan Internet, sistem ini telah menjadi semakin penting dan berguna 6 |IPGKSAH

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

khususnya mereka yang menggunapakai data reruang seperti penggunaan peta untuk analisis kependudukan, kegunaan tanah, ramalan iklim, pengurusan hutan , lalulintas dan sebagainya. Keupayaan sistem ini tidak terhad kepada pemaparan peta digital sahaja sebaliknya ia boleh melakukan kerja-kerja analisis. Sebagai contoh, pemaparan lokasi monumen bersejarah di sekitar Tanjong Malim yang dibina sebelum tahun 1980an memerlukan tiga analisis iaitu: i) kawasankawasan bersejarah di Malaysia; ii) kawasan Negeri Perak dan Tanjong Malim; dan iii) taburan monumen bersejarah yang dibina Penggabungan ketiga-tiga analisis tersebut akan menghasilkan paparan yang dikehendaki di mana lokasi monumen terpilih mempunyai titik koordinat sebenar di atas muka bumi. Ini bermakna kebolehpercayaan penggunaan GIS adalah ketepatan dalam analisis. Bagaimana pun, ketepatan sesuatu analisis bergantung kepada ketepatan data yang dimasukkan ke dalam sistem. Kegunaan GIS GIS bukanlah satu sistem yang digunakan untuk kerja-kerja pemetaan sahaja malah telah perluaskan kegunaannya termasuk: i) menganalisis data atribut dan data reruang; ii) mengenal pasti corak tingkah laku; dan iii) memaparkan hasil analisis Kedudukan yang dipaparkan dalam sistem ini mempunyai rujukan tempat yang tepat di atas muka bumi. Aplikasi GIS juga boleh diguna pakai dalam pelbagaibidang termasuk pengajian sosial, penyelidikan sains, pendidikan perniagaan dan pemasaran, matematik, pengukuran dan pendidikan kesihatan dan jasmani Antara projek yang telah mengaplikasi GIS termasuk mengenalpasti taburan tanah wakaf di Semenanjung Malaysia; pengurusan tanah hutan; pengkajian sejarah; dan pengenalpastian taburan penyakit berjangkit. Dengan menggunakan fungsi analisis, aplikasi GIS dapat memaparkan taburan yang dikehendaki pengguna yang berkaitan. Pembangunan model aplikasi GIS menggunapakai beberapa jenis prosedur analisis, Seorang pakar GIS telah mengklasifikasikan prosedur analisis GIS kepada tiga jenis: i) ii) iii) penyimpanan dan perolehan semula; pencarian corak sesuatu data; dan pembangunan model yang boleh berfungsi untuk meramal kedudukan tepat sesuatu keputusan kajian. Contohnya, analisis mengenai penentuan penempatan untuk pembangunan sebelum tahun 1980an.

sesebuah pangsapuri mewah yang lengkap dengan pasar raya super di mana analisis 7 |IPGKSAH

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

boleh dilakukan dengan menggunakan pembolehubah-pembolehubah seperti jumlah penduduk sesebuah kawasan dan kawasan sekitamya; kebolehsampaiannya; dan pembangunan kawasan sekitar. Setiap analisis adalah berdasarkan satu pembolehubah yang disimpan dalam bentuk lapisan. Lapisan ini kemudiannya disusun secara bertindih. Kemudian analisis dilakukan bagi menentukan kawasan yang paling sesuai untuk pembangunan yang dimaksudkan. Kaedah Penggunaan GIS Langkah-Iangkah yang boleh diambil untuk membangunkan GIS ialah: Langkah 1: mendapatkan data seperti peta topografi, imej satelit dan peta daripada buku; Data-data ini terdiri daripada data reruang dan data atribut. Langkah 2: merekabentuk pengkalan data sebelum dibina; Langkah ini amat penting kerana keupayaan analisis bergantung kepada rekabentuk pengkalan disediakan jika analisis dijalankan ke atas pengkalan data bererti analisis tidak akan dapat dilakukan. Langkah 3: Memasukkan data ke dalam sistem yang sudah tersedia; Setelah semua data dimasukkan dan disimpan dalarn pengkalan data maka analisis boleh dilakukan - analisis bergantung kepada kehendak 3 pengguna Keupayaan aplikasi dalam menjalankan analisis bergantung kepada rekabentuk awal pengkalan yang dibina, Data GIS yang telah dibangunkan boleh dikemaskini dengan lebih mudah dan cepat. Ini kerana pencarian sesuatu data boleh dilakukan dengan cepat dan pengemaskinian data tersebut juga boleh dilakukan dengan mudah, Pendedahan penggunaan GIS kepada para peserta kursus di INSTUN amat berguna kerana dapat menjadikan mereka lebih kreatif dalam mencari penyelesaian masalahmasalah kerja yang timbul semasa menjalankan tugasan seharian. Kelemahan GIS Dua kelemahan GIS adalah: i) Data kurang tepat: Data adalah komponen penting dalam aplikasi GIS. Kesilapan dalam mengisi data sama ada data reruang ataupun data atribut boleh menyebabkan 8 |IPGKSAH data yang data yang tidak terkandung dalam

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

hasilan analisis yang salah. Seterusnya, jika sesuatu keputusan dibuat berdasarkan analisis yang salah bererti pihak yang bergantung kepada analisis tersebut akan mengalami kerugian besar; dan ii) Kos yang tinggi: Pelaksanaan projek GIS memerlukan sumber kewangan yang besar. Biasanya, 70-80 peratus daripada keseluruhan perbelanjaaan pelaksanaan digunakan bagi kos pembangunan data Walaubagaimanapun prasarana bagi model GIS ini telahpun dimilikki oleh INSTUN. Komponen-komponen dalam GIS Komponen-komponen penting GIS iaitu perkakasan, perisian, prosedur, data, manusia, dan kemahiran: Perkakasan Perkakasan adalah komponen-komponen komputer yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti aktiviti pembinaan projek GIS. Aktiviti-aktiviti merujuk kepada aktiviti awal seperti mengumpul data hingga kepada aktiviti menganalisis data. Data reruang boleh didapati dalam bentuk digital atau peta kertas. Jika data tersebut diperolehi daripada peta kertas bermakna mesin pengimbas diperlukan untuk menukar peta tersebut kepada bentuk digital. Komponen-komponen ingatan capaian perkakasan rawak yang lain termasuklah cakera unit liut pemprosesan pusat; yang tinggi (512MB);

berkapasiti besar (40GB); tetikus; papan kekunci; dan skrin komputer yang besar (17inci). Perisian Perisian adalah tulang belakang pembinaan projek GIS. Perisian-perisian terdahulu tidak mempunyai keupayaan sepertimana perisian hari ini. Perisian-perisian GIS kini dilengkapi pelbagai fungsi analisis dan pemaparan data yang mempunyai format yang berlainan, selain integrasi antara perisian juga boleh dilakukan. Antara perisian yang terdapat di pasaran kini termasuk ArcGIS; Geomatics; Geographic Resources Analysis Support System (GRASS); MapInfo Professional; dan ArcExplorer . Data GIS menggunakan dua jenis data iaitu: i) Data reruang; dan ii) Data atribut. Data reruang adalah maklumat berkaitan dengan titik rujukan dalam peta. Titik ini mempunyai koordinat sebenar di atas muka bumi. Contohnya, kedudukan INSTUN di muka bumi ialah xy. Dengan itu, kedudukan yang sama akan dimasukkan ke dalam GIS. 9 |IPGKSAH

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

Terdapat dua jenis data reruang iaitu: a) data reruang raster; dan b) data reruang vektor. Data reruang raster adalah data imej berbentuk sel segiempat misalnya, gambar foto ataupun imej satelit. Sekiranya gambar atau imej ini dibesarkan, nilainya akan berkurang. Data vektor adalah data yang sangat tepat. Kedudukan sesuatu objek yang digambarkan oleh sama ada titik-titik, garisan, atau poligon yang tepat. Setiap titik yang diwakili dalam sesuatu garisan mempunyai nilai koordinat x dan y yang boleh dileraikan kepada nilai bit terakhir dihadkan dalamsesebuah komputer . Nilai garisan ini tetap sama walaupun dipanjangkan atau dipendekkan. Jika lebih menarik. Selain dari itu, sumber data juga penting dalam pembangunan projek GIS. Terdapat tiga jenis sumber data utama iaitu peta digital, peta kertas, dan imej satelit. Format ketiga tiga jenis data ini perlu diselaraskan sebelum boleh digunakan. Manusia Komponen ini terdiri daripada dua kategori utama iaitu: i) Pembangun; dan ii) Pengguna. Pembangun adalah individu yang mahir dalam mengendalikan perisian GIS; dan pengguna adalah individu yang kurang mahir dalam GIS tetapi boleh memahami apa yang dipaparkan oleh perisian GIS. Teknologi Terkini Google telah melancarkan satu aplikasi yang membolehkan seseorang melayari dunia dengan menggunakan aplikasi GoogleEarth. Aplikasi ini menggabungkan imej satelit, peta GIS, dan keupayaan CARl Google (GoogleEarth). Pengguna hanya perlu memuat turun perisian tersebut lebih dahulu dan melancarkan terus perisian tersebut. Sambungan kepada Internet adalah perlu bagi melancarkan perisian ini. kedua-dua jenis data tersebut digabungkan, ia akan memaparkan peta dalam keadaan yang

RUMUSAN Aplikasi GIS mempunyai pelbagai potensi antaranya, boleh merangsang peserta kursus untuk mengetahui sesuatu topik/masalah secara kritis dan kreatif; universiti GIS dan dan juga boleh meningkatkan tahap kemahiran vokasional seseorang individu. Di negara maju, pelajar pensyarah bekerjasama dalam membangunkan model GIS di mana kesedaran kepada kita peri pentingnya perkembangan teknologi faedahnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat. Ini boleh dicontohi oleh INSTUN. memberi maklumat dimasa kini dan supaya tidak ketinggalan jauh dari Negara-negara maju yang lain. (memang ketinggalan pun).

10 | I P G K S A H

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

FAEDAH LAIN YANG DIPEROLEHI HASIL PENEROKAAN ANGKASA LEPAS Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap

perkembangan sains dan teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia. Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu. Jelaslah, teknologi angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi maklumat manusia menjadi lebih baik dan moden. Di samping itu, penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang sama, teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh. Malahan, industri teknologi robotik turut berkembang selari dengan usaha meneroka angkasa lepas ini. Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia. Semua tindakan menggunakan robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan untuk mewujudkan koloni manusia di angkasa lepas pula. Maka, teknologi robotik manusia juga akan mengalami perubahan drastik kerana usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak. Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di negara ini. Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS amat berguna bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di laut. Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda masalah jerebu kerana ia juga

11 | I P G K S A H

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan kapal-kapal lain yang sedang melalui perairan negara.

PENUTUP Kesimpulannya, semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan manusia satu informasi yang berguna pula terutama jika semua usaha ini berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak. Jadi, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan lagi

BIBLIOGRAFI

http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_%26_Teknologi/20130916/st_02/Aplikasi-satelitpencerapan-bumi#ixzz2gTv3bTR6 Utusan Melayu (M) Bhd http://www.angkasa.gov.my/?q=node/294 http://www.mosti.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2874&lang=bm

12 | I P G K S A H

SCE 3110

FADZILAH BT SHAFIEE

http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/Slaid%20Kampus %20NRE_malay.pdf www.mygeoportal.gov.my/.../Slaid%20Kampus%20N...

13 | I P G K S A H

Anda mungkin juga menyukai