Anda di halaman 1dari 2

3.

0 PAKAIAN DAN PERALATAN SOFBOL


Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan dan
undang-undang yang mengawal permainan tersebut. Nombor-nombor pada jersinya hendaklah
sama dengan nombor-nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran dan mengikut undang-
undang tiap-tiap permainan. Pemakaian kasut/boot hendaklah yang bersesuaian mengikut
peraturan permainan tertentu dan pemakaian seluar ketat (tights) tidak dibenarkan. Jika kedua-
dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang mula- mula tercatat dalam Jadual
Pertandingan hendaklah menukar warna bajunya.

Walau bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi MSSD
oleh Jawatankuasa Tekniknya, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi, melainkan ada
ketetapan lain mengenainya. Semua pengurus pasukan, jurulatih dan pemain mestilah memakai
pakaian seragam pasukan. Nombor peserta mestilah disemat di belakang pakaian seragam
pemain. Dua pasukan yg bertanding tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang sama
warna. Penghadang kerongkong mesti dipakai. Topi keledar mesti dipakai oleh pemain pemukul.

3.1 FUNGSI PERALATAN

PERALATAN FUNGSI
1. Bola (Ball) Adalah bola yang berbentuk betul-betul bulat, berkelim licin,
mempunyai jahitan tersembunyi atau mempunyai permukaan yang rata.
Terasnya diperbuat daripada kapuk berserat panjang mutu No.1 atau
campuran gabus dan getah, satu campuran polisterina, atau segala
bahan yang disahkan oleh ISF Equipment Standards Commission.
2. Kayu Pemukul Hendaklah diperbuat daripada logam, plastik, buluh, graKt, karbon,
(Bat) magnesium, Kberglass atau sebarang kombinasi bahan-bahan yang
disahkan oleh ISF Equipment Standards Commission.
3. Glof (Glove) Glof yang dipakai oleh semua pemain boleh jenis beranika warna,
asalkan warnanya (termasuk rendanya) tidak sama warna dengan bola.
4. Mitt Mitt hanya boleh dipakai oleh Penjaga Bes Pertama dan Kecer sahaja.
5. Topi Pemukul Topi Pemukul adalah diwajibkan bagi pemukul, pemukul-menunggu,
(Batting Helmet) pemukul-pelari dan pelari.
6. Penghadang Mana-mana pemain pasukan bertahan atau menyerang dibenarkan
Muka (Mask) memakai topeng / pelindung plastik. Topeng/pelindung yang retak atau
telah tukar bentuk atau pelapiknya telah haus ataupun sudah tidak ada
lagi, tidak boleh digunakan dan hendaklah dikeluarkan.
7. Pelindung dada Di dalam pic-pantas, semua Kecer (dewasa atau belia) diwajib
(Chest Protector) memakai pelindung badan. Di dalam pic- perlahan, Kecer perempuan
dibenarkan memakai pelindung badan.
8. Pelindung Kaki Kecer peringkat dewasa dan belia diwajibkan memakai pelindung kaki
(Shin Guards) yang memberi perlindungan kepada lutut.
9. Tapak Pelari Semua bes, selain daripada Plet Rumah hendaklah bersegiempat sama
(Bes) berukuran 38.1 cm (15 inci) dan diperbuat daripada kain kanvas atau
bahan-bahan lain yang sesuai, dan tebalnya tidak boleh melebihi 12.7
cm (5 inci).
10. Tapak Rumah Hendaklah diperbuat daripada getah. Ia mempunyai lima segi dengan
(Home Plate) ukuran 43.2 cm (17 inci) lebar, melintang permukaan yang menghadapi
Picer. Bahagian tepinya adalah selari dengan garisan bahagian dalam
Petak-Pemukul dan adalah 21.6 cm (8 ½ inci) panjang. Bahagian-
bahagian yang meruncing ke arah Kecer adalah 30.5 cm (12 inci)
panjang.
11. Tapak Picer Hendaklah diperbuat daripada getah berukuran 61 cm (24 inci) panjang
(Pitching Plate) dan 15.2 cm (6 inci) lebar.

Anda mungkin juga menyukai