Anda di halaman 1dari 2

2.

3 Insentif ekonomi melalui penyertaan wanita dalam tenaga buruh menyumbang

kepada penambahbaikan pekerjaan dan dasar pekerjaan wanita.

Peningkatan keseluruhan dalam tahap wanita pendidikan nampaknya merupakan salah satu

faktor penyumbang utama dalam tenaga buruh wanita. Hal ini dikatakan sedemikian kerana,

pendidikan adalah amat penting untuk peningkatan taraf hidup wanita serta membolehkan

mereka mengambil bahagian yang lebih serius dalam proses membuat keputusan dalam

kalangan keluarga, masyarakat, tempat kerja bergaji dan juga dalam dunia politik. Oleh itu,

dengan penyertaan golongan wanita berpendidikan sebagai tenaga buruh di dalam sektor

pekerjaan, peratusan penerimaan golongan wanita juga meningkat serta telah menjadi lebih

muda bagi golongan wanita untuk mendapatkan apa yang mereka patut. Menurut Abu Bakar

and Abdullah (2007), “an overall rise in the level of female education appears to be one of the

major contributing factor in the labor force for women” (ms. 73). Perkara ini secara tidak

langsung dapat membantu golongan ibu tunggal untuk menjalankan kehidupan mereka

dengan lebih mudah seperti dapat membelikan barang-barang keperluan harian untuk anak

mereka tanpa meminta bantuan daripada orang lain.

Walaupun golongan wanita sering diperlekehkan serta sukar untuk diterima sebagai

tenaga buruh, namun golongan wanita tersebut memberanikan diri mereka dengan membuat

penambahbaikan dari segi pendidikan. Pendidikan tersebut menggalakan mereka untuk

menjalani kehidupan mereka tanpa sebarang tanggungan. Kedudukan akhir bagi golongan

wanita dalam kehidupan mereka sebagai ibu, isteri ataupun wanita berkerjaya dalam sesuatu

kelompok masyarakat akan sering dikagumi. Walau bagaimanapun, segala kelebihan itu akan

datang dengan harga kerana didikan dan kerjaya anak mereka disifatkan sebagai

tanggungjawab ibu, sebagai tradisi dan sistem patrirki menguasai pemikiran golongan

masyarakat. Anggaran kos membesarkan anak adalah tidak sedikit dan dijangka untuk

meningkat pada tahun-tahun akan datang. Perkara sedimikian akan menyebabkan golongan
wanita untuk mengalami tekanan psikologi akibat situasi yang kurang bernasib baik

berbanding lelaki di tempat kerja. Oleh itu, pendidikan sahajalah yang merupakan pembantu

utama bagi golongan wanita dalam mengatasi segala masalah yang wujud dalam kehidupan

mereka.

Anda mungkin juga menyukai