Anda di halaman 1dari 2

Pengerusi

Surau Hartamas,
Jalan Sri Hartamas 3,
50480 Kuala Lumpur 24 Ogos 2022
(U/P: Tan Sri Jamaluddin)

Segala Puji-Pujian Bagi Allah Pemilik Sekalian Alam

Assalamualaikum

Yang Dimuliakan Tan Sri,

PER: PERMOHON UNTUK MELAKSANAKAN USAHA DAKWAH DI SURAU HARTAMAS

Kami dari pihak Ahli Jemaah Tabligh yang menjalankan usaha Dakwah di Surau Hartamas ingin
menzahirkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada pihak AJK Surau Hartamas yang telah banyak memberi
sokongan kepada kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Dakwah. Pada 18hb Julai yang lalu di Surau
Hartamas, Alhamdulillah kita dapat menganjurkan Muzakarah Usaha mengimarahkan Masjid yang telah
dihadiri hampir 100 orang wakil-wakil dari 100 Masjid/Surau disekitar Kawasan Kepong, Selayang, Jinjang,
Kg Batu, Hartamas & Segambut.

2. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi kepada pihak surau akan matlamat
usaha yang kami jalankan disamping kami berharap dapat berbincang dengan pihak surau bagaimana
usaha yang kami jalankan selaras dengan Hala Tuju pihak AJK Surau Hartamas.

3. Usaha yang kami jalankan adalah bagaimana untuk menghubungkan lebih ramai umat Nabi
S.A.W ke rumah Allah khususnya Surau Hartamas. Inilah usaha yang telah dibuat oleh Kekasih kita Nabi
S.A.W dan Para Sahabat R.A. Apabila umat dihubungkan pada Allah S.W.T maka akan turunnya
RahmatNya dan akan jatuhlah kebatilan dan kemungkaran dikawasan itu.

4. Sehubungan dengan itu, kami berhasrat untuk iktikaf di Surau Hartamas selama 4 malam sebagai
salah satu usaha intensif dalam menggerakkan usaha dakwah. Bersama ini kami lampirkan aturcara Amal
untuk rujukan pihak Tan Sri (Lampiran 1: Aturcara Amal Makmur Masjid)

5. Kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak surau dapat mempertimbangkan usul ini, dan kami
berharap dapat bersama-sama membantu pihak surau untuk mengimarahkan lagi kehadiran umat di
Surau Hartamas.

“Rasullulah S.A.W bersabda: Hendakkan aku khabarkan kepada kamu satu amalan yang dengan sebab
amalan itu Allah S.W.T menghapuskan dosa-dosa dan Allah S.W.T meninggikan Darjat? Para Sahabat R.A
menjawab ‘Silakan, Ya Rasulullah’ Baginda S.A.W bersabda:

Menyempurnakan wuduk semasa kepayahan, membanyakkan Langkah ke masjid serta menunggu solah
selepas satu solat. (Hadith Riwayat Muslim)

Jazakallah Hu Khairan Atas perhatian pihak Tan Sri & AJK Surau Hartamas

Yang Benar

……………………

Bagi Pihak Ahli Jemaah Tabligh Surau Hartamas


Lampiran 1

Aturcara Amal Makmur Masjid

Hari Pertama

Selepas Solat Isya: Bayan Hidayat (Muzakarah Nasihat perkara yang harus dijalankan sepanjang
tempoh iktikaf, perkara yang harus dielakkan, tertib Ketika iktikaf disurau, usaha
Makmur masjid yang harus dijalankan sepanjang iktikaf.

Hari Kedua

Selepas Solat Subuh: Bayan Subuh (Kepentingan Iman).

Jam 8.00 pagi: Mesyuarat (mesyuarat untuk pengendali amal, usaha yang akan dijalankan pada
hari tersebut).

Jam 9.00 pagi: Sarapan

Selepas Solat Zohor: Muzakarah Adab (Sunnah-Sunnah Nabi serta adab di Masjid / adab makan /
adab ke tandas / adab tidur).

Jam 02.00 Tengahari: Makan Tengahari

Selepas Solat Asar: Bayan Asar (Kepentingan kita sebagai umat islam menjalakan usaha Dakwah).

Jam 6 petang: Ghast (Gerakkan secara berjemaah untuk usaha ziarah penduduk sekitar).

Selepas Solat Maghrib: Bayan Maghrib (Tanggungjawab umat Nabi S.A.W dan usaha mencari
Keredhaan Allah S.W.T)

Jam 10.00 Malam: Makan Malam

Jam 11.00 Malam – 05.00 Pagi: Syif Malam (Giliran menghidupkan amal 24jam melalui Solat, Zikir,
Bacaan Quran & Doa)

Hari Ketiga

Semua Amal sama seperti Hari Kedua

Hari Keempat

Semua Amal sama seperti Hari Kedua

Selepas Solat Isya: Bayan Wapsi (Nasihat untuk bagaimana usaha yang telah dijalankan semasa
iktikaf diteruskan pada hari-hari biasa, sifat-sifat yang harus ditambah-baik bagi
mencontohi usaha & akhlak Nabi yang mulia).

* Jika ada ceramah atau program surau, ahli Jemaah akan duduk bersama mengimarahkan majlis.

* Jemaah pairing dua orang akan dibentuk setiap kali sebelum/selepas solat, Jemaah dihantar ke sekitar
Kawasan perumahan & kedai-kedai berdekatan dengan Surau Hartamas dengan bertujuan mengajak
orang awam sama ada untuk hadir solat berjemaah atau bersama-sama ambil bahagian dalam
program yang dijalankan oleh pihak surau atau Jemaah tabligh.

Anda mungkin juga menyukai