Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEROM 4

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


KEM PENGURUSAN JENAZAH
SESI 2022/2023

Yang Berusaha Guru Besar SK Serom 4, Sekolah Kluster Kecemerlangan

‘JENAZAHKU, SIAPA URUS?’

2. PENGENALAN
Program Pengurusan jenazah/solat jenazah adalah salah satu Model Bestari Solat yang
terkandung dalam buku pelaksanaan j-QAF. Setelah pandemik Covid-19 bertukar menjadi
endemik, masyarakat mula menikmati kehidupan seperti biasa. Oleh yang demikian untuk sesi
tahun 2022/2023 merupakan kali pertama program ini diadakan di SK Serom 4 selepas
berlakunya endemik. Di samping itu, program ini juga diharapkan dapat membentuk peribadi
insan yang mulia serta kefahaman yang mendalam tentang pengurusan jenazah sebagai
seorang Muslim yang sempurna. Pepatah Melayu ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari
rebungnya, dan inilah masanya untuk kita sama-sama mendidik serta membantu pelajar-pelajar
yang masih muda untuk mengamalkan segala ajaran Islam. Diharapkan program pengurusan
jenazah ini dapat dijalankan dengan jayanya serta mendapat kerjasama daripada semua pihak.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Tujuan

1. Memberi pendedahan kepada murid tentang pengurusan jenazah yang tepat dan
seiring dengan syariat islam.
2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
3. Membimbing dan membantu murid untuk mengetahui dan memahami cara
4. menunaikan solat jenazah dengan betul.
5. Murid dapat melaksanakan solat jenazah dengan sempurna bersama masyarakat di
luar.

4. KUMPULAN SASAR
1. Semua murid SK Serom 4.
2. Semua Guru dan warga SK Serom 4.
5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 15 Februari 2023
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Musolla Al-Hakim, SK Serom 4

6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Cikgu M. Fazuli bin Khamis (Guru Besar)


Naib pengerusi : Cikgu Nor Asikin binti Hussein (GPK Hal Ehwal Murid)
Cikgu Raja Haliza binti Raja Yahya (GPK Ko-Kurikulum)
Cikgu Hamidah binti Ibrahim (GPK Pentadbiran)
Penyelaras program : Ustaz Idris bin Ismail
Setiausaha : Ustazah Sumalia binti Johari
Bendahari : Puan Kamariah binti Mansor

AHLI JAWATANKUASA

PERKARA AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


Pamplet, cenderahati dan 1. Ustazah Sumalia binti 1. Menguruskan dan menyediakan
bahan Johari (K) pamplet, cenderahati dan bahan-
bahan yang berkaitan dengan
program.
Jamuan murid dan 1. Cikgu Halimah binti 1. Berurusan dengan pembekal
penceramah Bahrum (K) (kantin) tentang jamuan.
2. Cikgu Noorlia binti Abd 2. Mengurus dan mengawal selia
Hamid murid ketika waktu rehat.
Disiplin dan Kawalan 1. Cikgu Khairularifin bin 1. Mengawal disiplin pelajar secara
Pelajar Shamsudin aktif.
2. Ustaz Idris bin Ismail
Fasilitator 1. Ustaz Idris bin Ismail 1. Membantu penceramah dalam
2. Cikgu Khairularifin bin kumpulan yang telah ditetapkan.
Shamsudin
3. Cikgu Halimah binti
Bahrum
4. Cikgu Noorlia binti Abd
Hamid
5. Cikgu Solime bin Sageh
Fotografi & Dokumentasi 1. Cikgu Norishah binti 1. Mengambil gambar atau video
Jamaludin yang sesuai sepanjang majlis
berlangsung.
2. Menyusun, memilih dan mengedit
gambar atau video yang sesuai
untuk dokumentasi.
Siaraya, persiapan tempat 1. Cikgu Solime bin 1. Memastikan PA sistem berfungsi
dan peralatan Sageh dengan baik sepanjang majlis.
2. Pekerja kebersihan 2. Mengemas peralatan selepas
program selesai.
3. Memilih murid-murid untuk
membantu.
Pengacara Majlis 1. Ustazah Sumalia binti 1. Menyediakan teks pengacara yang
Johari sesuai untuk program.
Bacaan Doa 1. Ustaz Idris bin Ismail 1. Menyediakan teks bacaan doa
yang sesuai untuk program.

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Sumber Kewangan – PCG Kem Bestari Solat dan Panitia Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab.

ANGGARAN JUMLAH SUMBER


PERKARA KUANTITI
(RM) (RM) KEWANGAN
Cenderahati Penceramah 30.00 30.00 PCG KEM BESTARI
1
Saguhati penceramah (token) 150.00 150.00 SOLAT,
Jamuan 60 2.50 150.00 PCG KEGIATAN
Kontigensi 100.00 100.00 AGAMA ISLAM DAN
JUMLAH 430.00 PIBG

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

9. PENUTUP
Pihak Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (j-QAF) mengucapkan jazakallah khairal
jaza’ kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung.
Di atas kerjasama semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Insyaallah.
Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………… ……………………………………………………

Nama: Sumalia binti Johari Nama : Nor Asikin binti Hussein


Jawatan: Setiausaha Program Kem Jawatan: Guru Penolong Kanan HEM
Pengurusan Jenazah sesi 2022/2023 Nama Sekolah: SK Serom 4
Nama Sekolah: SK Serom 4 Tarikh: 29/1/2023
Tarikh: 26/1/2023

KERTAS CADANGAN KEM PENGURUSAN JENAZAH SESI 2022/2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kem Pengurusan Jenazah sesi 2022/2023

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kem Pengurusan Jenazah sesi 2022/2023

Ulasan:

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai