Anda di halaman 1dari 107

Rudi Hirdy

Bab 1
AUN PINTU dewan kuliah dibuka dari luar. Serta-merta berpasang-pasang mata yang ada di dalam Dewan Kuliah Dua itu tertumpu pada manusia yang bakal masuk. Keadaan yang hingar-bingar tadi, sepantas kilat menjadi sunyi. Seolah-olah menanti sang wanita sihir yang ganas melangkah masuk. Bunyi hentakan kasut tumit memecah suasana. Insan yang dinanti-nanti sudah muncul di muka pintu. Semua yang ada di dalam dewan kuliah itu terus mengunci mulut. Kemunculan wanita bengis yang ada di hadapan mereka ketika ini amat digeruni. Hazz, para pelajar memanggilnya dengan gelaran Cik Hazz. Kadangkala ada juga yang terlepas kata memanggilnya dengan gelaran Puan Hazz berdasarkan penampilannya yang ala-ala fesyen mak cik-mak cik itu. Baju bercorak bunga besar-besar dan berwarna suram itu menyerlahkan lagi imej mak cik-mak ciknya yang sedia terserlah. Usianya baru sahaja menjangkau dua puluh

Kupercaya Ada Cinta

tujuh tahun, tetapi fesyen pakaiannya sudah seperti wanita berusia empat puluhan. Seorang wanita yang kedekut dengan senyuman. Hanya wajah bengis sahaja yang sering terpamer. Kalau dapat melihat wajah gembiranya, pasti ada yang buat kenduri doa selamat. Masing-masing terus menikus. Kalau boleh, masing-masing ingin mengecilkan tubuh menjadi sebesar tubuh semut. Begitulah rasa takutnya mereka yang bergelar pelajar kepada Hazz atau Cik Hazz. Beberapa kertas kerja setebal tidak lebih empat puluh muka surat yang sedari tadi di dakapnya, dihempas kasar di atas meja. Melihatkan perkara itu, masing-masing sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Hazz menyimpul tangan pada dada. Wajah-wajah pelajarnya dipandang seorang demi seorang. Pagi-pagi lagi moodnya sudah terarah kepada marah yang memuncak. Pantang baginya bila ada di kalangan pelajarnya yang membuat tugasan dengan cincai. Tidak serius. Sebelum saya melenting macam singa betina hilang anak, saya nak tuan punya assignment-assignment yang macam sampah kat atas meja saya ni turun menghadap saya sekarang! pekik Hazz sekuatnya. Tanpa menggunakan alat pembesar suara pun, suaranya sudah cukup lantang menguasai ruang dewan kuliah itu. Masing-masing memanjangkan leher. Mengecam tugasan masing-masing. Tugasan siapalah yang malang sangat tu? Salah seorang daripada mereka mengeluh. Tuan punya assignment-assignment yang ada di depan saya ni turun menghadap saya sekarang! Sebelum saya

Rudi Hirdy

hamun sorang-sorang! Hazz melaung lagi. Marahnya sudah meluap-luap. Kelam-kabut pelajar-pelajarnya turun ke hadapan untuk melihat tugasan siapa yang terpilih untuk dijadikan bahan maki hamun Cik Hazz nanti. Beberapa minit kemudian, berdirilah lima orang lelaki dalam satu barisan menghadap Hazz. Menundukkan wajah dan ada yang terketar lutut ketakutan. Hazz melangkah mengelilingi lima orang pelajarnya itu. Wajah setiap seorangnya dipandang tajam satu per satu. Tugasan yang paling hampir dicapai. Mohd. Zhafri siapa? Sa saya! Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini dari cengkaman wanita sihir yang kejam ini, sempat Mohd. Zhafri berdoa di dalam hati. Dia tahu sebentar lagi dia akan dileteri dan dimaki semahunya. Apa awak buat ni? Takkan maksud KTM pun awak tak tahu?! tengking Hazz sambil mencampakkan tugasan yang berada di tangannya tadi ke muka pelajarnya yang bernama Mohd. Zhafri itu. Oh, Cik Hazz wanita sihir! Mohd. Zhafri termelatah. Terkeluar gelaran yang telah diberikan kepada Hazz sebelum ini. Apa awak cakap? tanya Hazz dengan suara meninggi sambil membuntangkan matanya. Mohd. Zhafri terlepas cakap. Dia hanya mampu menggigit jari. Satu kelas turut ketakutan.

Kupercaya Ada Cinta

HAZZ menghempas perlahan begnya di atas meja. Semenjak dia melangkah masuk ke dalam bilik pensyarah ini, tiada kedengaran rakan sekerjanya yang lain berbual. Semuanya fokus pada kerja. Kepala masing-masing seperti kepala kurakura. Seolah-olah takut dengan kedatangan musuh yang begitu kejam. Oh, Cik Hazz wanita sihir! Latah salah seorang pelajarnya di kelas tadi masih berbekas di dalam ingatannya. Dia tidak menyangka yang selama ini dia digelar wanita sihir oleh pelajar-pelajarnya. Kenapa aku digelar wanita sihir? Apa hidung aku mancung melengkung dan ada tahi lalat kat tengahtengahnya? Atau kegarangan aku membuatkan semua orang takut dan menganggap aku seperti wanita sihir yang kejam? hati Hazz tertanya-tanya sendirian. Hazz memandang ke meja sebelah. Mengintai rakan sekerjanya. Masih fokus pada skrin komputer. Patutlah fokus pada skrin komputer, rupanya sibuk berchatting kat Yahoo Messenger. Inilah manusia sekarang. Suka sangat cari kenalan melalui Internet. Bila frust, baru nak potong line Internet, desis hatinya. Rasa bengang masih meluap-luap di dalam benaknya. Dia masih tidak boleh terima gelaran wanita sihir hinggap di penghujung namanya. Argh! Lantaklah student-student aku tu nak panggil aku perempuan sihir ke perempuan kejam ke. Yang penting, subjek yang aku ajar, dia orang boleh skor. Apa pun, janji hati aku rasa puas dalam mengajar, hati Hazz berkatakata. Hazz duduk menyandar merehatkan tubuh yang terasa sedikit letih. Cermin mata berbingkai hitam berbentuk

Rudi Hirdy

empat segi tepat di tengah batang hidungnya ditolak. Rambutnya yang panjang dibiarkan terikat satu di belakang. Bingkai gambar bersaiz 3R di atas mejanya dipandang. Gambarnya ketika menuntut di KUITTHO atau kini sudah naik taraf menjadi UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dipandang sekilas. Gambarnya dengan seseorang yang pernah beraja di dalam hatinya semasa menuntut dulu. Tetapi. Kat manalah mamat ni sekarang? Semenjak grad ijazah dua tahun lepas, sampai sekarang aku tak pernah contact dia. Apa khabar dia sekarang agaknya? Tanpa disedari, hatinya mengalunkan rindu. Rindu terhadap insan yang masih menguasai perasaan dan jiwanya ketika ini. Bingkai gambar itu dicapai. Zaidib, kat manalah kau sekarang? Nombor handset pun kau dah tukar. Surat aku pun kau tak balas. Aku rin argh! Aku ni macam perigi pulak! Menanti sesuatu yang mustahil akan berlaku. Aku aje yang merindukan dia. Sedangkan dia...? Hazz mendesah melepaskan kesesakan jiwa yang menghimpit. Zaidib. Lelaki pertama yang berani mendekati Hazz. Sikap garang dan bengis persis wanita sihir yang kejam sudah menjadi milik Hazz sejak di universiti lagi. Cuma baru sekarang dia sedar akan gelaran itu. Sungguhpun begitu hanya Zaidib sahaja yang bisa tahan dengan perangai garangnya. Hazz jarang bergaul. Dia tidak ramai kawan semasa di universiti dulu. Kalau dikira-kira balik, termasuk Zaidib, cuma dua orang sahaja. Seorang lagi, Fuad. Lelaki yang tidak berapa lelaki. Bertubuh gebu dan lembut semacam. Kalah perempuan.

Kupercaya Ada Cinta

Fuad! Apa cerita Fuad sekarang? Kenapalah aku tak ingat pasal dia? Mesti dia tahu pasal Zaidib. Diakan rapat dengan Zaidib masa kat KUITTHO dulu? Telefon bimbit dikeluarkan dari beg. Nombor telefon bimbit Fuad segera didail. Beberapa saat kemudian, barulah panggilan itu disambungkan. Helo, ni Fuad ke? Tanpa memberi salam terlebih dahulu, lekas dia menanya. Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Kedengaran suara perempuan di hujung talian. Mangkuk ayun betul, aku ingat Fuad dah operate peti suara jadi perempuan sekali gus jadi girl. Alih-alih suara operator gila ni pulak! rengus Hazz geram. Mana pulaklah si lembut ni pergi? Time-time aku nak call dia, time tu la tak dapat. Pergi honeymoon dengan balak baru dia ke apa ni? Hazz mengomel di dalam hati.

WAKTU makan tengah hari baru sahaja masuk lima minit yang lalu. Hatinya masih belum tergerak untuk ke kafe. Malas. Rancangan pengajaran untuk kelasnya sebentar lagi dibelek-belek. Boringnya jadi lecturer. Nak tak nak aku kena kerja. Sampai bila aku nak hidup di bawah jagaan tuan pengarah? Cukuplah aku dimaki hamun sebab ambik jurusan Kejuruteraan Awam masa kat KUITTHO dulu. Aku tak nak kena maki hamun lagi. Asalnya tuan pengarah nak aku ambil jurusan perniagaan supaya aku boleh ganti tempat dia dalam

Rudi Hirdy

company. Dah aku tak minat nak belajar business, nak buat macam mana? Aku push jugak, takut aku tak boleh nak bawak. Silap-silap aku yang gila. Aku ambil civil engineering ni ingatkan best. Rupanya lagi azab! Lagi banyak kira-kira dan equitions yang boleh buat wayar dalam otak aku putus. Ingatkan civil engineering ni cuma lakar bangunan. Sebab aku memang suka melukis. Rupanya azab jugak nak buat course ni. Tengoklah endingnya. Harap aje ada Masters in Civil Engineering. Tapi hanya jadi lecturer kat kolej. Kolej swasta pulak tu! Di manakah title Ir. untuk aku? Fikiran Hazz hanyut sekita mengimbau perjalanan hidupnya selepas tamat SPM. Bila difikir-fikirkan balik, rasa macam kena daulat tuan pengarah pulak. Kalau aku paksa diri ambik business dulu, sah-sah aku dah conduct company tuan pengarah. Tak payah nak menghadap pelajar-pelajar ala-ala tak faham bahasa ni. Biasalah kolej swasta. Studentnya semuanya nak buat hal sendiri. Mentang-mentanglah gaji aku dia orang yang bayar. Dia orang ingat aku hadap sangat ke duit dia orang tu? Tuan pengarah aku lagi kaya. Aku mintak aje berapa nak. Gerenti dapat. Tapi tu la. Semenjak aku keras kepala tak nak ikut cakap dia, aku dah kena berdikari. Masa study dulu pun, aku terpaksa kerja part-time sebab nak bayar yuran. Nasib baik yuran IPTA tak semahal yuran di IPTS. Kalau tak, entah-entah Masters aku tak lepas-lepas lagi sampai sekarang. Lamunannya mati apabila telefon bimbitnya berdering. Lekas sahaja telefon bimbitnya yang menyalanyala serentak dengan gegaran meja dicapai. Panggilan dari private number.

Kupercaya Ada Cinta

Siapa pulak yang call aku waktu lunch hour ni? Takkan student yang aku maki sebab dia kata aku perempuan sihir tadi kut? Ah! Mustahil budak tu nak mintak maaf. Serik lagi adalah... gumam Hazz sebelum menekan butang hijau. Assalamualaikum. Waalaikumussalam, hai nok! Fuad? Hazz teruja menanya. Haahlah nok. Kau tu ramai sangat ke kawan? Entah-entah aku aje best friend kau sampai sekarang. Amboi kau, mulut ala-ala laser. Kau apa cerita? Dah operate ke? Lancang sahaja mulut Hazz bertanya. Seketika kemudian dia menutup mulut. Tidak sedar dia bersuara lantang ketika ini. Lekas lehernya dipanjangkan melihat ke seluruh sudut bilik pensyarah itu. Mujurlah tiada sesiapa di situ. Kalau tidak, malu juga dia. Sah-sah gelaran perempuan sihir over acting akan menyinggahi namanya pula. Hei mulut kau macam mulut tut kan? Tak ada insurans. Kau nak suruh aku operate apa, nyah? Sah-sah aku sekarang ni dah jadi cikgu sekolah teknik ala-ala mengajar lukisan kejuruteraan, gitu. Nak mekap pun dah tak boleh, nok. Ting tong ke apa kau ni? Tergelak Hazz mendengar leteran Fuad itu. Memang sejak dulu lagi perangai Fuad begitu. Membebel mengalahkan perempuan. Kalau sudah mula berleter, berjelalah jawabnya. Kau buat apa, nyah? tanya Fuad pula. Hazz tergelak. Terasa segan pula ingin menjawab. Dia tidak menyangka yang pekerjaannya sama dengan pekerjaan Fuad. Sama macam kau.

Rudi Hirdy

Mendatar sahaja nada suara Hazz menjawab. Takut Fuad memberi reaksi yang menyakitkan hati. Kau jadi cikgu jugak ke nyah? tanya Fuad yang terkejut. Aku dah agak dah, mesti Fuad terkejut tahap cipan punyalah. Masa kat KUITTHO dulu, aku beria-ia tak nak jadi cikgu. Last-last jadi lecturer. Sama aje kerjanya tu. Mengajar jugak walaupun gelarannya berbeza. Apa kau ni? Sekejap kau panggil aku nok. Sekejap kau panggil aku nyah. Kau ingat aku ni tenuk? Mak nyah? Sengaja Hazz berkata begitu semata-mata ingin melarikan topik perbualan yang tidak begitu disukainya. Alah nok, itu hanya kata ganti nama kedua ajelah nyah. Bahasa adik-adik sekarang. Meletup, gitu! Hazz tergelak-gelak. Eh, kau tak jawab pertanyaan aku tadi, kan? Kau jadi cikgu jugak ke? Fuad masih tidak lupa pertanyaannya tadi. Adus! Aku ingatkan dia dah lupa soalan tu...! hati Hazz berkata-kata seraya menepuk dahi. Eh, kita jumpalah ek? Cakap dalam telefon tak bestlah. Kau kat mana sekarang? Hazz terus melarikan topik perbualan. Okey jugak tu. Apa kata kita jumpa kat shopping mall yang baru buka kat Batu Pahat tu. Apa ke benda nama shopping mall tu? Fuad mencadangkan sekali gus menanya. BP Mall? Kau dah gila ke apa? Aku bukan kat Batu Pahat. Aku kat Seremban sekarang ni. Takkan aku nak kena turun Batu Pahat semata-mata nak jumpa kau? Hazz terkejut.

Kupercaya Ada Cinta

Alah nok, rumah tumpangan family kau pun ada kat sini satu, kan? Eh, kau pun tahu kan pasal rumah tu? Dah bertahun aku tak duduk situ. Entah-entah dah berhantu. Siapa tahu? Lagipun itu kan rumah family aku. Alah, lupakan ajelah kisah lama kau dengan bapak kau tu.... Tuan pengarah! Cepat-cepat Hazz mencelah. Membetulkan gelaran yang diberi oleh Fuad. Alah sama aje. Tuan pengarah tu bapak kau. Bapak kau tu tuan pengarah. Tunggang terbalik pun sama aje datangnya. Darah daging kau jugak! Betul-betullah, kita nak jumpa kat mana ni? pintas Hazz, malas ingin mendengar leteran Fuad lagi. BP Malllah. Fuad masih dengan cadangannya. Hah? Terbeliak mata Hazz mendengar.

10

Rudi Hirdy

Bab 2
MBOI nok, lama aku tak jumpa kau, kan? Dah vogue kau sekarang, nok! sambut Fuad lalu mereka berdua berlaga-laga pipi. Maklumlah hampir setahun mereka tidak bertemu. Masing-masing sudah berubah. Kau pun apa kurangnya, Fuad. Kening, ala-ala dipantis runcing hujungnya, perli Hazz. Well kekadang tu, teringin jugak nak melawa. Wah, gitu! balas Fuad sambil menelengkan kepala. Bangga dengan perubahan wajahnya. Hai Hazz, kau dari dulu sampai sekarang asyik sama aje? Balik-balik baju kemeja putih, skirt labuh ala-ala alas meja beropol. Very the out dated. Ops! Lupa pulak yang minah ni memang tak tahu berfesyen. Jahat betullah aku ni. Mengutuk kawan sendiri dalam hati. Eh duduklah, pelawa Fuad selepas pelukan terlerai. Mereka serentak duduk.

11

Kupercaya Ada Cinta

Wah nok! Sorrylah nok sebab menyusahkan kau kena rush ke Batu Pahat semata-mata nak jumpa aku, pohon Fuad macam tahu-tahu sahaja yang Hazz agak keberatan untuk ke daerah ini semata-mata ingin bertemunya. Tak apa. Tapi aku tak boleh lama, sebab aku kena sampai Seremban balik before tomorrow. Esok kelas aku pagi. Aku tak suka masuk kelas lambat. Aku pun kena pastikan students aku tak boleh sampai selepas aku. Lancar sahaja Hazz menjawab. Ops! Hazz menutup mulutnya. Dia terlepas cakap. Sengal betullah aku ni. Aku ingat nak berahsia pada Fuad tentang pekerjaan aku. Tak pasal-pasal aku terlepas cakap. Adus! Perlu ke aku berterus terang? Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, haru! omel hati Hazz. Wah! Kau nok, jadi lecturer tak nak bagitau aku? Siap nak berahsia-rahsia lagi. Ala nok, kalau kau berahsia dengan aku pun, aku dah tahu pun...! Mana kau tahu? tanya Hazz, terkejut. Buntang matanya memandang Fuad. Macam mana pulak Si Fuad ni boleh tahu? Setahu aku, aku tak pernah kasi tahu apa-apa tentang pekerjaan aku pada dia. Ala kau tu bukannya boleh berahsia pun. Tuptup... kau terlepas kata jugak tadi, kan? Tak payahlah kau nak malu, Hazz. Walaupun kau pernah buat statement keras yang kau tak nak jadi cikgu, tapi hakikatnya kerja sebagai pendidik ni satu kerja yang mulia, nok. Walaupun kekadang, nawaitu kita tu terarah pada gaji aje. Hai, Si Fuad ni sindir aku ke sindir diri dia sendiri? gumam Hazz di dalam hati.

12

Rudi Hirdy

Mana pulak pelayan restoran ni? Dia ingat kita ni cleaner ke? Dari tadi kita duduk sini, sekor pun tak ada yang datang nak ambil order kita... rungut Fuad, serta-merta menukar topik perbualan. Abang! Fuad memanggil seorang pelayan yang sedang sibuk membersihkan meja sebelah. Entahkan tua entahkan muda pelayan itu daripada usianya. Suka-suka sahaja panggil orang dengan gelaran abang. Amboi bang, tak nampak ke I dengan kawan I ni dah menakung kat sini lama? Tak reti-reti nak ambil order kita orang ke? sindir Fuad selepas pelayan lelaki tadi datang menghampiri. Maaf bang, tak perasan. Tersipu-sipu pelayan itu memohon maaf. Tak perasan? Punyalah aku besar macam badak kat sini, kau tak perasan? Kau perli aku ke apa ni? Fuad masih mahu menangkan perasaannya. Hazz tergelak-gelak di hadapannya. Kelakar dengan perangai mulut becok kawannya itu. Maafkan saya sekali lagi bang. Saya tak berniat apa-apa. Pelayan lelaki itu terus dibelenggu rasa serba salah. Fuad akur. Selepas membuat pesanan masing-masing, pelayan itu terus meluru ke ruang kaunter. Hazz perasan pelayan itu membuat muka. Berdecit marah Fuad dalam diam. Sesiapa pun akan bengang kalau kena marah di hadapan orang ramai. Kau ni pun, kesian dengan budak tu. Kau marah dia macamlah dia buat salah besar aje, tegur Hazz. Amboi nok? Dah taubat ke? Dulu, kau bukan main

13

Kupercaya Ada Cinta

garang lagi. Orang lambat ambik order, kau dah maki hamun. Sekarang, dah dapat hidayah dari Tuhan ke? Eh! Aku garang bukan dengan semua orang, tau? Fuad membuat muka. Mereka terdiam seketika. Eh lupa pulak. Fuad tiba-tiba teringatkan sesuatu. Lekas dia mengorek beg sandangnya. Hazz menanti dengan resah. Nah, untuk kau, ujar Fuad sambil menghulurkan sesuatu berbentuk seperti kad jemputan perkahwinan kepada Hazz. Hazz menyambutnya dengan hairan. Kad berwarna merah hati dan berikat reben merah jambu itu dipandang lama-lama. Kau nak kahwin ke? Choi! Bukaklah dulu kad tu, pintas Fuad. Reunion? tanya Hazz sambil memandang Fuad, terpinga-pinga. Fuad beria mengangguk. Siapa aje yang dah confirm nak datang? tanya Hazz sambil menutup semula kad berwarna merah hati itu setelah membacanya sepintas lalu. Di dalam mindanya ketika ini mengharap satu nama akan muncul di hujung bibir Fuad. Fuad mengeluarkan sekeping kertas bersaiz A4. Nama-nama yang tertulis kat atas kertas ni, adalah nama-nama yang dah confirm nak pergi, jawab Fuad sambil menghulurkan senarai nama rakan-rakan seuniversitinya dulu yang sudah memberi maklum balas mengenai majlis alumni yang akan diadakan awal bulan depan.

14

Rudi Hirdy

Hazz seolah-olah tidak sabar untuk menyemak senarai nama itu. Selepas kertas sudah bertukar tangan, nama yang tertulis dengan dakwat biru itu lekas dibaca satu per satu. Dari atas sehinggalah ke bawah. Mana nama dia ni? Tak ada pun? keluh hati Hazz sambil membelek-belek beberapa kali senarai nama yang ada di genggaman tangannya. Kau cari nama siapa nok? tanya Fuad hairan bila melihat Hazz seolah-olah sedang mencari nama seseorang. Ini aje ke bebudak yang dah confirm nak pergi? Tak ada nama lain ke? tanya Hazz inginkan kepastian. Entah mengapa, selepas nama yang dicarinya tidak tersenarai, dia seolah-olah berasa kecewa. Nok, kau harapkan siapa datang nok? Fuad seperti dapat mengagak perasaan Hazz. Hazz menghulurkan kembali senarai nama itu kepada Fuad. Jelas wajahnya nampak muram seolah-olah kecewa. Soalan Fuad itu terasa malas untuk dijawab. Nampaknya dia tak sertai reunion ni. Rindunya aku pada dia... keluh hati Hazz. Haah, aku lupa. Ada satu nama lagi yang jadi join reunion ni. Baru pagi tadi dia call aku. Tiba-tiba Fuad bersuara. Hazz mengangkat muka. Terbelalak matanya memandang Fuad di hadapannya. Siapa? Zaidib. Zaidib? Are you sure? Hazz seolah-olah tidak percaya, sedangkan sedari tadi nama itulah yang dicaricarinya. Haahlah, aku yang arrange benda ni, aku tahulah.

15

Kupercaya Ada Cinta

Hazz tersipu malu. Kekecewaannya tadi serta-merta hilang. Yang ada hanyalah perasaan gembira tidak terhingga. Akhirnya dia datang jugak. Tuhan dengar doa aku beberapa hari yang lalu mengharap agar dipertemukan dengan Zaidib lagi yang dah lost contact sejak setahun ni. Apalah khabar dia agaknya? Nok tetiba aje kau senyum-senyum sendiri ni, kenapa? Sukalah tu... Zaidib pun join. Ish, mana ada. Malu Hazz diusik sebegitu. Merona merah pipinya. Ala sudahlah kau. Aku bukannya tak tahu kau tu memendam perasaan pada Zaidib masa kat universiti dulu. Cuma ego kau tu aje yang melampau, kan? Alamak! Macam mana Fuad boleh tahu isi hati aku ni? desis hati Hazz.

HAZZ merebahkan tubuhnya di atas katil. Memandu dari Batu Pahat ke Seremban memakan masa dua jam. Letihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lenguh-lenguh seluruh badan. Hatinya benar-benar berbunga ketika ini. Seolaholah tidak sabar-sabar hendak menunggu awal bulan depan. Macam manalah wajah dia sekarang, kan? Mesti makin handsome. Sedangkan semasa dia berimej budak pandai kat universiti dulu pun dah handsome, bila dah bergelar engineer, mesti semakin segak. Eee tak sabarnya nak jumpa dia. Dia sekarang dah kerja kat sebuah syarikat minyak kat Terengganu. Makin kaya-raya dia.

16

Rudi Hirdy

Kata-kata Fuad di Batu Pahat Mall tengah hari tadi, terngiang-ngiang kembali di cuping telinganya. Nok, kalau boleh kau datanglah majlis tu pakai dress yang cantik-cantik ala-ala Cinderella gitu. Janganlah pakai baju fesyen kau ni. Very the out of datedlah! Kurang ajar punya Fuad! Ada ke dia kata baju aku out of date? Apa dia ingat ramai ke yang suka pakai baju alaala fesyen hentam kromo aku ni? Tapi ada betulnya jugak kata Fuad tu. Aku mesti tampil menarik untuk ke majlis tu. Biar semua pandang aku. Tapi. Hazz bangun dari pembaringannya lalu melangkah menuju ke almari pakaiannya. Dia temenung seketika melihat pakaian-pakaiannya yang tergantung di almari. Tersusun rapi. Semuanya sama. Kemeja putih beropol di dada dan skirt labuh warna hitam. Kalau kau nak perunding imej, aku ada kawan. Kau ambik nombor ni, lepas tu kau call dia buat appointment. Tak jauh pun butik dia. Kat Jaya Jusco Seremban Dua aje. Mengingatkan kata-kata Fuad itu, cepat-cepat dia melangkah mendapatkan beg tangannya. Tergali-gali tangannya mencari kad nama yang telah diberikan oleh Fuad tengah hari tadi. Rudy Touch Beauty Perunding imej dan butik kecantikan. Hazz berfikir-fikir sejenak. Patut ke aku call butik ni?

17

Kupercaya Ada Cinta

Bab 3
Bagai nak gila Hazz pagi ini. Inilah pertama kali dia mandi persis koboi. Tidak sampai lima minit dia sudah siap untuk ke kolej. Ini semua gara-gara aku berangan malam tadi. Nak jadi macam Cinderella konon! Sampai tidur lambat sebab buat research pasal fesyen terbaru masa kini. Last-last effectnya kat aku balik. Bangun lambat! Aku sebagai pensyarah yang berdedikasi tak boleh lambat. Sedangkan student aku lambat seminit pun aku dah maki hamun, tetiba aku lambat pagi ni, gerenti studentstudent aku tu perli aku balik. Tidak!!! Aku tak boleh lambat! Masuk sahaja ke dalam kereta, stereng terus dipacu kunci lalu dipulas. Belum sempat enjin panas, terus sahaja gear automatiknya ditarik ke belakang. Pedal minyak terus ditekan. Kereta Kia Spectra hitam metaliknya mula menyusur menuju ke barat. Ya Allah ya Tuhanku... Kau hindarilah aku dari

LAMAK! Macam mana aku boleh lambat pulak ni???

18

Rudi Hirdy

kesesakan lalu lintas. Hazz berdoa di dalam hati. Dia tahu, bila jam melepasi pukul lapan pagi, pasti semua jalan di Seremban ini akan sesak dengan kenderaan. Semuanya mempunyai niat yang sama - ingin cepat sampai ke ofis. Alamak! Jam pulak. Ni yang aku tension ni! Tak ada cara lain, aku kena ikut jalan short cut! Tanpa melihat kenderaan di belakang, selamba sahaja Hazz menarik gear undur. Kedegang!!!! Hazz menepuk dahi. Dia dapat merasakan dia telah melanggar sesuatu. Ya Allah ya Tuhanku. Harap-haraplah belakang kereta aku tak teruk. Kalau teruk, tak tahu aku nak jawab apa pada tuan pengarah nanti. Parah aku! Pandangannya mengintai cermin pandang belakang. Sebuah kereta Proton Saga model terbaru berwarna merah berada di belakang kenderaannya. Di sisi kereta itu kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam sedang terbongkok-bongkok memandang depan keretanya. Dengan pantas dia melangkah keluar dari kereta. Ni apa hal ni? Awak ni buta ke? Dah tahu saya nak undur, kenapa awak tak alihkan kereta awak ni? marah Hazz melulu sambil membelek-belek belakang keretanya. Mujurlah tidak teruk, sekadar calar dan kemik sedikit pada bamparnya sahaja. Sekilas tidak perasan. Heh, dia marah kat kita pulak? Sepatutnya saya yang marah awak, tau! Sebab undur kereta tak bagi signal. Awak yang hentam kereta saya, awak pulak nak naik angin? Saya yang sepatutnya naik angin tahu? marah lelaki itu pula. Hazz terkejut. Jiwanya berasa panas bila ada yang memarahinya. Jarang sekali ada lelaki yang berani melawan cakapnya. Tetapi lelaki ini lain.

19

Kupercaya Ada Cinta

Otak kau! Kau cuba bagitau aku macam mana signal nak undur? Hazz tetap dengan keras kepalanya. Dah tahu tak boleh nak undur, yang kau nak undur jugak kenapa? Kau tak nampak ke sign board depan tu? Ini jalan sehala! Lelaki itu masih tidak mahu kalah. Suka hati akulah aku nak undur! Banyaklah suka hati kau. Masalahnya, disebabkan perangai kau ni, kereta aku calar, kau tahu tak? Ala baru calar nak kecoh. Dahlah! Malas aku nak layan kau. Tolong ubah kereta made in Malaysia kau ni ke tepi, ya? Kereta import aku nak lalu. Lelaki itu merengus bengang. Hek eleh minah ni! Berlagak pulak dengan kereta import dia ni. Dah buat salah, senang-senang aje nak lepaskan diri dari ganti rugi. Salah dia, aku pulak yang dimakinya. Loglaq betullah! Eh, kau nak ke mana tu? tanya lelaki itu bila melihat Hazz mula melangkah semula ke dalam kereta. Hazz memberhentikan langkahnya. Wah-wah! Kau dah langgar kereta aku, lepas tu kau nak blah macam tu aje, ek! Tak kira, aku nak ganti rugi jugak, pinta lelaki itu sambil memandang Hazz dari atas ke bawah berulang kali. Dari planet mana minah ni jatuh? Pelik semacam aje fesyen baju dia. Mak aku pun dah tak lalu nak pakai baju macam dia ni. Atas putih bawah hitam. Dah macam taik cicak bergerak aku tengok. Ada lagi rupanya perempuan ketinggalan zaman berfesyen dalam zaman ni? Aku ingatkan cuma dalam drama aje. Realitinya pun ada? gumam hatinya. Ganti rugi? Apa ke halnya pulak aku nak kena

20

Rudi Hirdy

bayar ganti rugi kat kau? Hazz menanya dengan nada suara yang tinggi. Wah-wah! Dah langgar kereta aku, dia tak nak bayar ganti rugi pulak? Dahlah garang semacam. Macam perempuan sihir kehilangan penyapu tunggangannya. Perempuan ni aku rasa tersesat dari zaman Firaun agaknya ni. Tercampak ke dunia akan datang ala-ala filem Back To The Future tu. Tiba-tiba aje aku jadi heronya. Yelah, dah awak yang langgar kereta saya. Takkan saya pulak nak bayar ganti rugi, kan? Benda ni berlaku sebab awak, tahu? balas lelaki itu. Kalau saya tak nak bayar macam mana? Lagi selamba Hazz menjawab. Kita settle kat balai polislah. Cepat-cepat lelaki yang dianggap bongkak itu menjawab. Eleh, dia ingat aku takut ke? Jangan fikir semua perempuan sama, okey? Aku bukan jenis perempuan yang mudah dipropagandakan. Ambil kesempatan atas kelemahan diri. Tidak, tidak, tidak... desis hati Hazz. Kau settlekanlah sendiri, ek? Aku dah lambat. Tak ada masa aku nak layan kau, bidas Hazz lalu melangkah masuk ke dalam kereta. Tanpa menghiraukan lelaki itu, dia menekan pedal minyak. Keretanya menyusur laju meninggalkan lelaki itu di situ. Woi perempuan sihir! Jaga kau! pekik lelaki itu cuba mengejar kereta Hazz. Namun tidak berdaya. Aduh! Lupa pulak aku nak cam nombor kereta dia. Bangang jugak aku ni ek? Argh!!! jerit lelaki itu sambil menendang tayar kereta melepaskan geramnya. Ini kali pertama dia berhadapan dengan perempuan yang dianggap hodoh dan menyeramkan. Macam perempuan sihir!!!

21

Kupercaya Ada Cinta

SAMPAI sahaja di dewan kuliah, terkocoh-kocoh Hazz melangkah masuk. Dia tidak sempat ke pejabatnya dulu. Berombak laju dadanya mengepam nafas yang sedikit mengah. Ya Allah penatnya...! Dahlah dewan kuliah ni paling atas. Lif pulak tak ada. Nak tak nak aku kena daki tangga. Penat gila! leter Hazz di dalam hati. Pelajar-pelajarnya saling berpandangan. Ada juga yang berbisik-bisik sesama mereka. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Dia terlambat setengah jam untuk kelas pagi ini. Dia tahu dia terlewat. Pasti ada di kalangan pelajar-pelajarnya sedang mengatanya ketika ini. Saya nak minta maaf sebab lambat. Saya ada hal kecemasan tadi. Hazz terpaksa berbohong. Dia tidak mahu kredibilitinya sebagai pensyarah yang berdedikasi dan tegas tercalar. Pelajar-pelajarnya diam tidak bersuara. Ini semua pasal lelaki tak guna tadi tu. Kalau tak kerana dia, aku takkan lambat macam sekarang ni, bebel Hazz di dalam hati. Alasan. Mengaku ajelah bangun lambat. Dasar perempuan sihir tak sedar diri. Satu suara berbisik. Walaupun halus, butiran itu bisa ditangkap oleh gegendang telinga Hazz. Kening Hazz terangkat sebelah. Anak matanya tajam menjeling ke arah datangnya suara itu. Seperti mempunyai kuasa sihir yang kuat, segala kata-kata berbaur sindiran pasti dengan mudah bisa membolosi telinganya. cukup Apa awak cakap? tanya Hazz dengan nada yang lantang sambil menikam pandangan seorang

22

Rudi Hirdy

pelajarnya yang duduk di penjuru sebelah kanan dewan kuliah itu. Pelajar lelaki berbadan kurus melengkung yang dimaksudkan oleh Hazz tadi terpinga-pinga. Menggelabah tidak tentu pasal. Satu mimpi buruk jika dijeling tajam oleh si wanita sihir yang dianggap kejam itu. Sa saya ke yang puan eh, cik maksudkan? Tersasul-sasul pelajar lelaki itu menanyakan soalan. Memastikan yang pensyarahnya itu tidak tersilap orang. Awak ingat saya ni pekak ke? Tak dengar apa yang awak bisikkan dengan kawan awak tu? Pelajar lelaki kurus melengkung itu menelan liurnya, kesat. Bagai menelan bebola kaca lagi berduri. Kesatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Alamak! Apa aku nak jawab ni? Perempuan angin satu badan ni memanglah dasar perempuan sihir. Apa yang aku bisik dengan member aku pun dia boleh dengar. Telinga apalah minah ni... rrrr apa aku nak jawab ni? hatinya berlagu resah. Sa saya. Lain kali kalau nak mengumpat dengan kawan awak, jangan cakap guna mulut. Guna hidung. Barulah saya tak dengar, faham! pintas Hazz dengan nada menengking. Wajahnya serius. Bengang dengan sindiran pelajarnya itu. Jangan lupa, awak semua juga yang gelar saya ni perempuan sihir. Janganlah nak terkejut kalau saya boleh dengar kata-kata umpatan awak walaupun nadanya berbisik, Hazz menggertak. Pelajar-pelajarnya saling berpandangan. Seolaholah tidak percaya dengan kata-katanya itu.

23

Kupercaya Ada Cinta

Hazz berpaling menghadap papan putih. Sertamerta membelakangi pelajar-pelajarnya. Senyuman sinis menggaris di bibir. Padan muka korang! Korang jugak yang mengata aku macam perempuan sihir, kan? Sekarang nah, ambik korang! Kecut perut aku kerjakan.... Baru sahaja Hazz ingin mencapai marker pen, tibatiba telefon bimbitnya bergetar di atas meja. Pantas sahaja alat komunikasi itu dicapai. Helo, saya tengah mengajar ni. Senyap seketika. Okey. Sepatah Hazz bersuara lalu talian ditamatkan. Dia menyambung semula apa yang ingin dilakukannya tadi.

DUA orang lelaki berkot dan bercermin mata hitam kelihatan sedang melangkah menghampirinya. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Dah berjam aku tunggu kat sini, baru dia nak sampai? Apa, dia ingat aku ni patung Oscar ke nak tunggu dia lama-lama kat sini? Dahlah panas. Duit berkepuk dalam bank, tapi ajak jumpa kat tepi tasik yang panas bedengkang ni. Tensionnya kepala otak aku!!! Hazz menyumpah seranah di dalam hati. Maaf, lambat, pohon seorang lelaki tua sedikit berusia yang tiba-tiba muncul di sebalik dua lelaki persis James Bond tadi. Hazz mengengsotkan sedikit punggungnya di atas kerusi kayu di tepi tasik itu untuk memberi sedikit ruang kepada lelaki tua yang masih kelihatan segak dan bergaya itu. Sekali imbas, macam aktor Dato Jalaluddin Hassan.

24

Rudi Hirdy

Hazz tidak menjawab. Kejap lagi mesti dia bagitau aku, jalan nak ke sini sesak, tukas Hazz di dalam hatinya. Jalan sesak nak ke sini tadi, beritahu lelaki tua itu. Aku dah agak dah. Jawapan tu la yang akan diulang setiap kali dia lambat. Alasan yang dah basi!!! desis hati Hazz. Diam. Masing-masing membuang pandang ke arah tasik yang terbentang di hadapan mata. Ada apa tuan pengarah nak jumpa saya ni? tanya Hazz, memecahkan kesunyian. Macam mana dengan kerja? Seronok jadi lecturer kat sini? jawab lelaki yang digelar tuan pengarah itu dengan pertanyaan. Hazz menghela nafas berat. Apa dia ingat aku ni budak sekolah rendah ke? Nak kena bagi report card pada dia, hati Hazz menceceh. Syukur alhamdulillah. Buat masa ni okey. Hazz jawab nak tak nak sahaja. Lelaki itu angguk perlahan. Akur dengan jawapan yang diberikan. Papa nak lantik kamu jadi kaunselor kolej ni kamu tak nak. Nak jugak jadi lecturer bawahan macam sekarang ni.... Dia dah mula dah. Kan aku dah cakap dengan dia aku nak hidup berdikari. Nak mula dari bawah. Kenapalah dia ni susah sangat nak faham? Kang aku speaking Hindustan kang, berbelit litar kepala otak dia nak translate ke Bahasa Melayu, hati Hazz berkata-kata. Saya nak mula dari bawah, jawab Hazz mendatar. Walaupun hatinya tidak senang dengan kata-kata lelaki itu

25

Kupercaya Ada Cinta

tetapi, sebagai orang yang muda dia perlu hormat pada orang yang tua. Lelaki tua itu tertawa kecil. Anak kepada ahli perniagaan berjaya di Malaysia ni, sanggup jadi lecturer biasa semata-mata ingin menyara hidup. Silap-silap ada yang kata, papa ni tak bagi peluang pada anaknya Cakap aje saya yang nak hidup berdikari. Saya juga nak rasa bersusah-susah dulu dan bersenang-senang kemudian, pintas Hazz. Tidak sanggup rasanya untuk dia ingin mendengar kata-kata seterusnya dari lelaki yang digelarnya tuan pengarah itu. Lelaki itu tergelak lagi. Sepanjang perbualan mereka, sekali pun mereka tidak pernah bertentangan mata. Kamu sama aje dengan mama kamu. Degil! sindir lelaki itu dengan sinis. Dia dah mula dah! Aku pun tak tahu, kenapalah dia ni benci sangat dengan mama aku, keluh Hazz di dalam hati. Jangan libatkan mama dalam hal ni. Hazz bersuara sayu. Kerana lelaki itu, dia tidak pernah merasa kasih seorang ibu sejak berusia dua belas tahun. Semuanya gara-gara sikap ego lelaki itu yang tinggi. Terlalu mementingkan kerjaya dan status. Tengok tu, salah satu perangai mama kamu dah melekat pada kamu. Dah pandai melawan kata-kata papa, tegas lelaki itu memintas. Hazz diam. Walaupun dada sudah panas membara menahan marah, rasa hormatnya tetap dipupuk agar tidak menderhaka. Maaf, saya ada kerja lain. Saya minta diri dulu,

26

Rudi Hirdy

pintas Hazz lalu cepat-cepat dia bangun meninggalkan kawasan itu. Tidak sanggup lagi untuk dia terus duduk di situ. Setiap kali isu mamanya dibangkitkan, pasti jiwanya terasa nyilu. Hazz, papa belum habis cakap lagi! Lelaki itu menahan. Hazz tidak mengendahkan. Lelaki itu ditinggalkan terus tanpa dipandang lagi. Kenapalah setiap kali aku berbual dengan tuan pengarah pasti akan timbul isu mama? Mama Hazz rindu pada mama. Hanya kerana salah faham, mama jadi mangsa keadaan. Kena halau dari rumah kerana dituduh curang oleh tuan pengarah. Sampainya hati tuan pengarah menghalau insan yang dicintai hanya kerana fitnah. Hati Hazz mengongoi sayu. Ketandusan kasih sayang seorang ibu dan hidup dalam ketegasan tuan pengarah menyebabkan dia lebih suka hidup berdikari daripada bergantung sepenuhnya kepada tuan pengarah. Aku akan buktikan pada tuan pengarah bahawa aku juga boleh hidup tanpa duit dia. Tapi... boleh ke? Hazz memotivasikan diri sambil tergelak kecil. Tekad untuk sesuatu yang agak sukar dilakukan. Air mata yang bertakung di kelopak mata dibiarkan menitis.

27

Kupercaya Ada Cinta

Bab 4
AD UNDANGAN majlis alumni berwarna merah hati dan berikat reben merah jambu di tengah-tengahnya, dibelek beberapa kali. Kad yang baru sahaja sampai ke tangannya sebentar tadi membuatkan hatinya berbelah bahagi. Nok, jangan lupa datang tau? Kau dah confirmkan kehadiran kau. Lagipun, ada seseorang yang mengharap sangat kemunculan kau malam tu. Kata-kata Fuad dari corong telefon semalam kembali berputar di dalam tempurung kepalanya. Dia mendesah. Entah mengapa dia boleh confirm ingin menghadiri majlis alumni itu. Seolah-olah ada satu perasaan yang datang menerjah benak lalu memaksa hatinya untuk menerima jemputan khas itu. REUNION EVENT. KUITTHO JUNE INTAKE 2004-2007.

28

Rudi Hirdy

Kad itu diletakkan di atas meja. Dia mendesah halus. Gambarnya dengan seorang gadis bercermin mata yang dibingkaikan di atas meja bacaan ditatapnya. Dia tersenyum tipis. Kenangannya bersama si gadis itu kembali tertayang di minda. Woit mangkuk tandas! Kau buta ke apa, hah? Kau jalan guna pusat ke? Aku punya besar macam ni pun kau tak nampak?! tengking si gadis dengan suara yang begitu lantang dan tinggi. Bertaburan buku-bukunya di atas lantai. Eh, relakslah sis. Apesal nak menggelabah sangat ni? Aku tak sengajalah, beb. Yang kau nak maki hamun aku macam nenek kebayan hilang power ni kenapa? Dia membalas balik sambil menolong mengutip buku-buku si gadis yang bertaburan. Wah-wah! Kau dah langgar aku, kau nak maki aku balik? Kau ni betul ke tak? Ke litar elektronik kat dalam kepala kau tu dah jahanam? Si gadis masih mahu menang. Hekeleh minah ni. Aku dah tolong kau kutip bukubuku tebal kau ni pun, kau nak maki hamun aku lagi ke? Mana terima kasih kau? Apa hal pulak aku nak ucap terima kasih kat kau? Kau yang langgar aku. Sepatutnya kau yang mintak sorry kat aku. Aku tak dengar pun sorry kau? Dia merengus. Nah! Dia menghulur kasar buku-buku si gadis yang ada di tangannya. Si gadis terpinga-pinga. Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata si jejaka... Dah! Jangan nak membebel. Kau ni apehal, ek?

29

Kupercaya Ada Cinta

Hal kecik macam semut ni pun kau kecoh dah macam orang meraba kau pulak! Muka macam kau ni. Dia memandang si gadis dari atas ke bawah, tak ada yang nak merabalah. Tak selera. Kurang ajar! Blahlah! Dia malas ingin melanjutkan perbalahan, lalu membiarkan si gadis terpinga-pinga di situ. Dia tersenyum sendiri. Mengingat semula saat pertama kali dia bertemu dengan gadis itu membuatkan dia ingin ketawa berguling-guling. Dari peristiwa pelanggaran itulah dia mula rapat dengan si gadis yang dianggap tidak sama dengan gadis-gadis yang pernah dia kenali sebelum ini. Apakah dia akan hadir ke majlis ini? Dia tertanya-tanya sendirian. Di satu sudut hatinya dia mengharap agar si gadis hadir ke majlis itu. Terasa rindu untuk menatap wajah si gadis. Setahun lebih lamanya tidak bertemu. Bagaimanakah wajah gadis itu agaknya? Aku harap, kau tak akan muncul dalam hidupnya lagi. Aku sanggup taja pelajaran kau dan bekerja di syarikat kawan aku di Terengganu. Tapi, kau kena berjanji tak akan ganggu hidupnya lagi. Kata-kata keramat itu tiba-tiba berputar kembali di dalam tempurung kepala membuatkan dia mengeluh berat.

LANGKAH disusun menuju ke aras satu. Mencari sebuah butik yang dimaksudkan oleh Fuad sebelum ini. Walaupun di dalam hati berbelah bahagi sama ada ingin menemui atau tidak perunding imej yang telah disarankan oleh Fuad, dia tetap beranikan diri untuk mencuba.

30

Rudi Hirdy

Rudy Touch Beauty Perunding imej dan butik kecantikan. Hazz mengukir senyuman bila butik yang dicari telah dijumpai. Butik yang terletak bersebelahan dengan sebuah toko kedai buku terkenal di Malaysia itu kelihatan begitu elegan dan versatil. Hazz memberhentikan langkahnya tatkala dia sudah berdiri betul-betul di hadapan butik kecantikan itu. Pelbagai jenis alat kecantikan dipamerkan di bahagian hadapan butik itu selain gambar-gambar model terkenal yang sudah cantik dimake over. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahanlahan, cuba meredakan debaran yang tiba-tiba sahaja memuncak bila bau wangian dari butik itu mula mencucuk hidung. Manusia-manusia yang lalu-lalang di situ langsung tidak diendahkan. Apehal aku gemuruh sangat ni? Rasa macam nak pergi temu duga atau audition American Next Top Model pulak. Pergh! Aku berangan tak beragak. Muka macam tenuk tersepit kat pintu pun ada hati nak masuk rancangan realiti tu konon. Audition Gadis Melayu pun entah-entah aku tak lepas, gumam hati Hazz. Nafas ditarik lagi. Kali ini lama sedikit. Gemuruh jiwa semakin tidak stabil. Tetapi dia perlu menemui pakar kecantikan ini. Semuanya dilakukan semata-mata untuk majlis alumni awal bulan depan. Debaran masih terasa menjentik tangkai jantung. Berbekalkan keberanian yang masih bersisa, langkah disusun untuk masuk ke butik kecantikan itu. Belum sempat dia masuk lebih dalam, lekas dia memesongkan langkahnya lalu

31

Kupercaya Ada Cinta

cepat-cepat langkah disusun menuju ke tepi dinding. Bersembunyi di sebalik dinding kedai sebelah. Macam mana dia boleh ada kat sini? rungut Hazz bila terlihat lelaki yang telah dilanggar keretanya beberapa hari yang lalu berada di dalam butik itu. Terhendap-hendap Hazz mengintai ke dalam butik kecantikan itu. Apehal pulak mamat tu buat kat dalam butik ni? Takkan jumpa perunding imej jugak kut? Hai macam pelik aje lelaki jumpa perunding imej? Jangan-jangan dia tu lelaki sesuatu. Eee gelinya aku! Tak sangka ada jugak lelaki macam tu kat sini, hati Hazz berkata-kata. Kelihatan lelaki itu sedang berbual-bual dengan salah seorang gadis yang menjaga di bahagian kaunter. Eee blahlah cepat dari situ, rungut Hazz lagi. Selepas lima minit menunggu, barulah lelaki itu hilang dari pandangan mata. Hazz menjengahkan pandangannya ke seluruh pelosok butik itu. Selepas memastikan lelaki tadi betul-betul tiada di situ, barulah dia berani masuk semula ke dalam butik itu. Senyuman janggal diukir di sebalik bibirnya. Harap-harap mamat tak guna tu taklah muncul kat sini lagi. Kalau tak, sia-sia hidup aku. Nak kena ungkit balik pasal kereta hari tu, desis hatinya. Selamat datang, cik. Boleh saya bantu? Kedatangannya disambut baik oleh gadis yang menjaga di bahagian kaunter tadi. Orang yang datang sini sah-sahlah nak cantik. Bukan nak bantuan. Sengal betullah perempuan ni. Kenapa dia tak tanya, Ya cik, nak jadi cantik macam siapa? Hazz berkata-kata di dalam hati.

32

Rudi Hirdy

Saya nak jumpa perunding imej, jawab Hazz sambil mengukir senyum sumbing. Boleh, boleh. Tapi, cik kena buat temu janji dengan konsultan kecantikan kami dulu, jelas wanita itu dengan ramah sekali. La ingatkan nak jumpa tuan pengarah aje kena buat appointment. Nak jumpa pakar kecantikan pun kena buat appointment jugak? Tension, tension hati Hazz berkata-kata lagi. Bila saya boleh buat temu janji dengan konsultan tu? Sebentar ya? pinta gadis itu lalu melangkah menuju ka kaunter. Hazz akur lalu menunggu di ruang menunggu. Sebentar. Cik duduk dulu ya? Gadis itu bersuara lagi sambil mengangkat gagang telefon. Linda, Rudy ada dalam office tak? Tiba-tiba lelaki tadi muncul semula. Dengan sepantas kilat, majalah CLEO di atas meja dicapai lalu diangkat separas muka. Melindungi wajahnya dari dilihat oleh lelaki itu. Macam mana pulaklah mamat ni boleh masuk butik ni lagi. Ke dia ni sleeping partner kat butik ni? Haru haru! Fakhri, kau tak tengok ke aku tengah busy ni? Jangan ganggu aku boleh tak? Aku pun tengah nak call Rudy. Ada client nak buat appointment, jawab gadis yang bernama Linda itu dengan nada merungut.

33

Kupercaya Ada Cinta

Ooo nama mamat tu Fakhri rupanya. Patut pun poyo. Nama dia pun ala-ala lelaki poyo, gitu. Fesyen baju alaala artis Korea tak jadi. Pigi da! Alah relakslah Linda. Aku tanya aje, kau nak sensitif sangat ni apehal? Period ke? balas lelaki itu. Hekeleh, suka hati aje kata orang period. Kang aku sumpah kau jadi lelaki pertama datang period, padan muka! Eh, kalau dia datang period, kat mana ah! Sudahlah Hazz. Kau jangan nak merepek boleh tak? Dahlah, kau balik tempat kau. Nanti ada orang datang nak tempah baju tak ada siapa nak layan, halau gadis itu dengan garang. Tempah baju? Fakhri tu fashion designer ke? Okeylah, kalau dapat call Rudy cakap dengan dia aku nak jumpa dia ek? Fakhri akur lalu melangkah meninggalkan butik itu. Keadaan menjadi senyap seketika. Lambat-lambat Hazz menurunkan majalah di tangannya. Mengintai sama ada lelaki yang bernama Fakhri itu masih ada atau tidak di kaunter. Selepas dipastikan Fakhri tiada di situ, barulah majalah CLEO di tangannya diletakkan semula di atas meja. Cik, maaf ya. Boleh tunggu sebentar tak? Konsultan kecantikan kami dalam perjalanan ke sini. Kalau tak kisah, boleh cik tunggu sebentar? tanya gadis itu tadi. Hazz angguk sambil mengukir senyuman plastik. Matanya sekejap-sekejap mencuri pandang ke luar butik. Takut Si Fakhri akan kembali semula. Cik nak kopi atau teh? Kopi.

34

Rudi Hirdy

Lekas-lekas Hazz menjawab.

FAKHRI terpandang Rudy yang sedang melangkah menuju ke butiknya. Serta-merta dia menghayun melangkah mengekori rakan kongsinya itu. Rudy! panggil Fakhri sambil melangkah laju menghampiri Rudy. Rudy yang baru melangkah masuk ke dalam butiknya memberhentikan langkahnya mengejut. Pandangannya dipalingkan ke arah Fakhri yang sedang melangkah menghampirinya. Apa hal? tanya Rudy. Fakhri tidak terus menjawab. Pandangannya meliar ke arah seorang perempuan yang sedang duduk membaca majalah di ruang menunggu. Dari gaya pakaian wanita itu seolah-olahnya dia pernah lihat. Memandangkan wanita itu menutupi mukanya dengan majalah membuatkan dia tidak yakin. Takkanlah si nenek kebayan ala-ala perempuan sihir tu ada kat sini kut? Takkan nak make over kat sini? Muka dia tu kalau dimake over pun tetap nampak macam nenek kebayan. Mustahillah itu perempuan yang langgar kereta aku kelmarin, hati Fakhri berbisik. Woit, aku tanya ni. Kau boleh buat bodoh aje? marah Rudy bila pertanyaannya tadi tidak diendahkan. Kau tahu tak aku ada client sekarang ni? Fakhri tersentak. Sorry, sorry, pohon Fakhri sambil menyatukan kedua-dua tapak tangannya.

35

Kupercaya Ada Cinta

Kau ni apehal, nok? Berangan tak habis. Aku bagi kiss kang, setahun kau tak boleh tidur. Rudy mula bengang. Eh! Kau jangan nak buat hal. Aku cuma nak tanya pasal client kau minggu lepas tu. Dia dah buat payment? Dah dua minggu aku tunggu ni ha. Baju... dia dah ambik, duit tak masyuk lagi. Apa dia ingat, labuci dengan manik yang aku jahit kat baju dia tu, aku guna batu aggregate tepi jalan ke? Fakhri membebel. Wah kau membebel kat aku ke, nok? Kau ni Fakhri, harap aje macho, tapi bila membebel mengalahkan mak nenek mulut laser, sindir Rudy lalu melangkah masuk ke dalam butiknya. Eh, kau nak ke mana pulak ni? Payment tu bila nak masyuk? Fakri masih mahu menuntut. Jomlah masuk office aku. Takkan aku nak bagi payment tu kat sini, kut? Kang aku backhand kang. Sia-sia kau jadi jantan. Fakhri tersengih-sengih sumbing lalu membuntuti langkah Rudy di hadapannya. Rudy memberhentikan langkahnya sekali lagi di hadapan kaunter. Linda, mana client kita tu? Linda menunggu. menjuihkan bibirnya ke arah ruang

Rudy dan Fakhri serentak menoleh. Masing-masing terpinga-pinga. Mana? tanya Rudy yang hairan apabila melihat ruang menunggu itu kosong. Linda menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tadi dia ada kat situ, encik. Rudy dan Fakhri saling berpandangan.

36

Rudi Hirdy

Fakhri juga berasa hairan. Rasanya dia juga perasan ada seorang wanita duduk di situ tadi. Tetapi tiba-tiba hilang. Macam biskut pula. Tak apalah, maybe dia ke toilet. Kalau dia datang balik, suruh dia buat appointment lagi, okey? Rudy malas untuk ambil pusing. Langkahnya disusun kembali menuju ke pejabatnya dan diekori oleh Fakhri dari belakang. Linda masih hairan. Ke mana perginya perempuan tadi?

37

Kupercaya Ada Cinta

Bab 5
IBUK betullah mamat tu. Time aku nak buat appointment kat butik tu, time tu la dia nak muncul. Tapi dari gaya percakapan dia berbual dengan lelaki lembut tadi tu, macam dia tu fashion designer. Dia ada butik baju ke? gumam Hazz seorang diri. Dia membentuk-bentukkan bibirnya. Berkerut dahinya menimbang tanggapannya itu. Lantaklah sana, aku datang butik tu sebab nak cantik. Bukan nak tempah baju. Lain kalilah aku datang butik tu lagi. Alang-alang dah sampai ke Jaya Jusco ni, baik aku window shopping dulu. Hazz menyusun langkah menuju ke Jusco. Tibatiba langkahnya terhenti betul-betul di hadapan sebuah butik pakaian yang berhadapan dengan butik kecantikan tadi. Pakaian-pakaian yang terjual di butik ini kelihatan cantik dan elegan sekali. Wah! Cantiknya baju-baju kat sini. Ala-ala wedding dress, gitu. Ala-ala Cinderella. Kalau aku pakai baju-baju macam ni pergi majlis reunion tu, mesti gempak. Confirm

38

Rudi Hirdy

Zaidib tak berkelip pandang aku.... Hazz mula memasang angan. Secara spontan, langkahnya menapak masuk ke dalam butik itu. Lekas sahaja tangannya mencapai sepasang dress labuh berwarna krim. Cantik sekali. Dan kelihatan sedikit seksi. Potongan skirt menyerong menampakkan lagi imej anggun dan kasual. Walaupun simple tetapi nampak elegan sekali. Cantiknya baju ni. Tapi boleh ke aku pakai? hati Hazz berbisik, sedikit ragu-ragu. Ya cik, boleh saya bantu? Tiba-tiba satu suara datang menyapa. Lekas terbelalak. Hazz menoleh ke belakang. Matanya

Mereka berdua saling berpandangan, terkejut. Kau? Apa kau buat kat sini? tanya suara yang menyapa tadi. Adus! Macam mana mamat ni boleh ada kat sini pulak? Eh, suka hati akulah aku nak ada kat mana-mana pun? Yang kau nak sibuk sangat apa hal? Fakhri tersengih. Owh, lupa pulak. Wanita sihir macam kau ni memang ada kat mana-mana dalam sekelip mata aje, kan? Maklumlah ada kuasa sihir, sindir Fakhri. Eh mamat ni, nak cari pasal dengan aku pulak. Kenapa semua orang yang jumpa aku nak gelar aku perempuan sihir ek? Jahat sangat ke aku ni? Garang sangat ke aku ni?

39

Kupercaya Ada Cinta

Hazz mematikan niatnya untuk membalas. Malas aku nak layan kau! bentak Hazz lalu menyusun langkah meninggalkan butik itu. Sebenarnya dia tidak mahu isu langgar kereta berbangkit semula. Helo perempuan sihir. Aku rasa kau dah silap masuk butiklah. Butik aku ni bukan untuk perempuan jenis macam kau. Butik yang sesuai untuk kau tu ha kat hujung tu, sindir Fakhri sambil menjuihkan bibirnya ke arah sebuah butik menjual pakaian pejabat dan formal. Hazz mengukir wajah sinis. Butik yang dimaksudkan oleh Fakhri tadi dipandang sekilas. Kurang ajar betul mamat ni. Dia kutuk aku! Ini tak boleh jadi ni.... Hazz berpaling semula menghadap Fakhri lalu dia melangkah masuk semula ke dalam butik itu. Kau ingat aku ni tak ada maruah ye? Hazz mencapai sehelai baju yang tergantung pada penggantung baju. Eh, kau nak buat apa dengan baju aku tu? Baju tu tak layak untuk kau! Fakhri menegah. Siapa kata aku nak pakai. Please baju macam ni layaknya. Hazz mengangkat baju di tangannya itu separas dengan muka Fakhri. Baju ni memang tak layak untuk aku. Murah sangat. Baju ni layaknya di sini! Hazz menghempas baju yang masih bersarung plastik itu ke atas lantai lalu dipijakpijak berulang kali. Ops! Sorry, terpijak pulak. Ingatkan alas kaki tadi, sindir Hazz sambil menutup mulutnya lalu melangkah meninggalkan butik itu tanpa mengambil kisah reaksi Fakhri seterusnya.

40

Rudi Hirdy

Kurang ajar. Fakhri cuba membalas, tetapi dimatikan niatnya. Dia tidak mahu memalukan dirinya sendiri di khalayak ramai. Butiknya juga yang akan dapat kesannya nanti. Baju rekaannya yang tersadai di atas lantai cepat-cepat dicapai. Tak apa, ini hari kau. Dahlah kau langgar kereta aku lepas tu tak nak bayar ganti rugi. Sekarang kau hina baju rekaan aku ya? Tak apa... tak apa. Aku jumpa kau lagi lepas ni, jangan harap aku nak lepaskan kau! Dalam tidak sedar, Fakhri menyimpan dendam.

BEG TANGAN Gucci dihempas kuat ke sofa. Seketika kemudian, tubuhnya pula dihempaskan ke sofa yang paling panjang. Wajahnya mencuka sejak dari Jaya Jusco tadi. Peristiwa bertemu dengan lelaki perasan tadi masih segar di dalam ingatannya. Bodoh punya lelaki. Tak guna! Apa dia ingat aku ni buruk sangat ke? rungut Hazz bengang. Dia bangun dari pembaringan lalu melangkah menuju ke cermin panjang yang tergantung di dinding berhadapan ruang tamu. Wajahnya dibelek-belek di hadapan cermin. Cermin mata berbingkai hitam yang tergantung pada batang hidungnya dibuka lalu diletakkan di atas meja di hadapan cermin itu. Buruk sangat ke aku ni? Hazz membelek wajahnya di hadapan cermin. Dari sisi kanan dan kiri. Dari atas dan bawah. Belum sempat dia berangan jauh, tiba-tiba telefon bimbitnya memekik. Lekas dia mendapatkan tas tangannya lalu dikorek isi dalamnya.

41

Kupercaya Ada Cinta

Helo, sapa Hazz selepas talian disambungkan. Nok, macam mana? Kau dah jumpa kawan aku tu belum? Aku call dia tadi, dia kata dia tak jumpa siapa-siapa hari ni? Kau kata nak jumpa kawan aku tu? Belum sempat Hazz ingin menjawab soalan yang pertama, Fuad terlebih dahulu menyembur empat soalan sekali gus. Eh, kau boleh tak tanya soalan satu-satu? Kau ni macam minah kepohlah. Kalau boleh semua soalan kau tu kau nak tanya sekali gus! bentak Hazz bengang. Dahlah aku tertekan dengan mamat poyo kat Jusco tadi. Ni Fuad pulak nak buat hal. Tension aku! Eh nok, apa hal pulak ni? Tetiba aje naik angin? Kau marah aku ke? tanya Fuad, serba salah. Hazz bungkam. Terasa bersalah pula melepaskan kemarahannya kepada Fuad yang tidak ada kena-mengena itu. Sorry, aku tak sepatutnya sembur kau. Aku cuma bengang dengan seseorang kat sini, jawab Hazz lemah. Kenapa nok? Kau kena ngurat dengan jantan ke? Sempat lagi Fuad hendak kepoh. Dahlah, jangan cakap pasal ni lagi. Tentang kawan kau tu, esok-esok aku jumpa dialah, ek? Hazz menukar topik perbualan. Okey, jawab Fuad sepatah. Eh nok, Zaidib call aku tadi. Tiba-tiba Fuad membuka cerita baharu. Dan dia yakin berita itu akan mengubah mood Hazz. Hazz terkejut. Tiba-tiba sahaja dia menjadi teruja.

42

Rudi Hirdy

Teruja ingin tahu cerita seterusnya daripada Fuad. Bila nama Zaidib disebut, segera moodnya berubah. Lama rasanya dia tidak bertemu dengan Zaidib. Rindu! Fuad tergelak-gelak di hujung talian. Dia tahu, semasa di universiti dulu, Hazz syok pada Zaidib. Cuma, kawan baiknya itu masih mahu mempertahankan egonya. Apa cerita terbaru mamat tu? tanya Hazz dalam malu. Dengan manja dia merebahkan tubuhnya di atas sofa. Hujung rambutnya yang panjang melepasi bahu dipintalpintal di hujungnya. Saja call aku tanya khabar. Dia nak confirmkan lagi yang dia akan datang ke majlis reunion tu. Dia jugak ada tanyakan pasal kau, jawab Fuad beria. Hazz yang tadi tergolek-golek di atas sofa, sertamerta bangun dan duduk tegak. Terkejut dengan jawapan yang telah diberikan oleh Fuad itu. Zaidib tanya pasal aku? Seronoknya! Tapi, biar betul Fuad ni! Dia ni sewel jugak. Bukan boleh percaya. Entahentah saja nak uji aku. Baik aku buat-buat tak happy tahap tenuk ni. Nasib baiklah cakap melalui panggilan telefon. Kalau face to face tak ke niaya? Sah-sah kantoi dengan Fuad. Eleh, yelah tu. Kelentong aku aje. Apa hal pulak mamat tu nak tanya pasal aku? Hazz cuba menyembunyikan nada gembiranya. Bukan you all couple ke masa kat U dulu? Fuad sekadar menguji. Helo, tolong sikit. Jangan nak buat fitnah, okey? Aku dengan dia tak pernah ada apa-apa hubungan cinta. Hazz menafikan dengan perasaan malu. Tidak menyangka ada juga yang menganggap dia bercinta dengan Zaidib semasa di universiti dulu.

43

Kupercaya Ada Cinta

Aku gurau ajelah. Gurau sikit pun nak panik. Dia cuma tanya kau buat apa sekarang. Itu aje, jawab Fuad sejujurnya. Hazz mengeluh halus. Itu aje ke? Habis tu, kau jawab apa? Aku jawablah kau sekarang dah jadi pendidik. Alaala lecturer garang, gitu. Itu aje yang dia tanya. Lepas tu terus bukak cerita lain. Dia apa cerita sekarang? tanya Hazz sekadar ingin tahu perkembangan terbaru lelaki yang masih diminatinya dalam diam itu. Cuma egoisnya terus bermaharajalela di dalam jiwa menyebabkan dia menidakkan perasaan itu. Buat masa ni dia still dengan kerja dia sebagai engineer kat pelantar minyak tu. Tapi, dengar ceritanya dia dah tak tahan kerja kat situ. Dia tengah cuba apply nak jadi pensyarah kat UTHM. Yelah, dia pun ada masters dalam mechanical engineering, kan? Layaklah nak apply jawatan tu. Macam kau, ada masters dalam civil engineering. Jadi lecturer kat kolej swasta. Lagi gempak! Ayah kaya-raya pun still nak kerja sendiri. Kalau akulah. Dah lama aku duduk rumah goyang kaki. Shopping semua barang yang aku nak beli. Tak payah nak bersusah payah bekerja. Kalau dah boring sangat, cari lelaki, kahwin aje. Habis cerita. Panjang berjela Fuad membebel. Amboi! Punyalah panjang cerita kau. Kalau habis cerita tak apa. Kalau suami aku tu kahwin dengan aku hanya kerana duit semata-mata, macam mana? Gunung kalau ditarah hari-hari, gerenti licin jugak, perli Hazz. Puas hati aku. Kau ingat aku ni jenis yang suka menghabiskan duit bapak aku ke? Memanglah bapak aku

44

Rudi Hirdy

kaya-raya. Tapi itu duit bapak aku, bukan duit aku. Buatnya bapak aku bankrap, tak pasal-pasal aku kena effectnya jugak. Wah! Ayat-ayat kau memanah benak mak jugaklah ye? Dahlah, sakit hati aku nak cakap dengan kau. Apa-apa pun aku nak ingatkan kau, jangan lupa jumpa kawan aku tu. Dia boleh make over kau dari wajah nenek kebayan jadi Cinderella, balas Fuad. Wah! Mulut kau kan macam ha Belum sempat Hazz menghabiskan kata-katanya, talian telah diputuskan. Kurang asam kau, Fuad!!! jerit Hazz sekuat hati. Dengarnya seolah-olah mereka berdua sedang bergaduh. Tetapi hakikatnya begitulah perangai mereka berdua. Mulut masing-masing tidak ada insurans. Saling kutuk mengutuk. Namun, sedikit pun tidak menusuk ke dalam hati. Sekadar gurauan pedas yang lahir dari bibir yang mulus. Tak apa... tak apa, kau kata aku nenek kebayan ye? Tak apa, aku akan buktikan pada semua orang pada hari reunion nanti. Aku nak buat semua mata yang memandang, terbeliak tengok keanggunan wajah aku yang neutral beauty ni. Dahlah, aku nak mandi. Nak sejukkan hati yang panas ni.... Hazz terus menuju ke bilik.

SILING bilik dipandang sepi. Harap sahaja memiliki rumah besar, tetapi duduk sendirian. Tanpa berteman. Telefon bimbit di atas meja kecil di sisi katilnya dicapai. Skrin telefon bimbitnya dipandang kosong. Tiada mesej baru yang diterima.

45

Kupercaya Ada Cinta

Baru sahaja telefon bimbit keluaran terbaharu daripada Nokia itu ingin diletakkan di tempat asalnya semula, tiba-tiba ia berbunyi. Lekas butang hijau ditekan. Helo, sayang... sapa Razznal terlebih dahulu. Bee kat mana? tanya suara dari sebelah sana. Kat rumahlah. Tengah baring-baring. Tak keluar ke malam ni? Malaslah. Tadi kat butik banyak kerja. Tak larat nak berjalan lagi. Ada apa call ni? Tak ada show ke? Tengah buat showlah ni. Hai, tengah buat show pun boleh call Bee? Razznal hairan. Ternaik kedua-dua keningnya. Ala, Honey call Bee kejap aje ni. Tengah break ni. Rindu kat Bee. Bee pun rindu kat Honey jugak, balas Razznal dengan penuh kasih sayang. Diam. Masing-masing menyelami perasaan sayang yang dihulurkan. Okeylah, Honey dah nak kena salin baju lain ni. Miss you. I love you, balas Razznal. I love you too, balas suara dari sebelah sana. Talian diputuskan. Telefon bimbit diletakkan semula di atas meja. Dia mengeluh berat. Hatinya kini sedang diselaputi satu perasaan keliru. Keliru dengan apa yang dia inginkan dalam hidup. Rasanya segala impiannya sudah tercapai. Cita-citanya ingin menjadi seorang pereka fesyen merangkap perunding imej sudah tercapai. Dia kini sudah memiliki butik pakaian sendiri.

46

Rudi Hirdy

Memiliki kondominium mewah hasil dari usaha kerasnya sebelum ini menjadi tukang jahit. Memiliki sebuah kereta idaman. Semuanya sudah dimiliki. Tetapi, ada satu yang masih belum dia miliki. Iaitu, hatinya. Hatinya masih kosong, tidak tahu apa yang perlu diisi untuk memenuhi ruang kosong itu. Itulah yang meresahkannya sehingga kini. <Witch>: buzz! Razznal menoleh ke arah skrin lap-topnya yang sedari tadi terpasang di atas meja bacaan. Apa yang dinantinanti sedari tadi telah aktif. Lekas dia bangun lalu melangkah ke meja bacaan. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Hatinya terdetik rasa gembira. <Cicakmen>: Assalamualaikum. Razznal tersenyum sendirian. Inilah rutin masa lapangnya. Suka berchatting. <Witch>: Waalaikumussalam. Hai, cicak pun pandai bagi salam? :P <Cicakmen>: Tak sangka ahli sihir boleh jawab salam. <Witch>: :) <Cicakmen>: Lama tak online? Sibuk buat air jampi ke? Atau sibuk terbang naik penyapu lidi mengelilingi dunia? <Witch>: Haah. Tengah mengelilingi dunia nak cari

47

Kupercaya Ada Cinta

dress cantik untuk dipakai ke majlis reunion ahli-ahli sihir sedunia. Harry Potter pun dijemput sama. Persatuan herohero sedunia tak buat reunion ke?

<Cicakmen>: Awak ni kelakarlah Witch.


<Witch>: :P Razznal tergelak sendiri membaca ayat-ayat yang ditaip oleh rakan sibernya itu. Sudah hampir dua bulan dia mengenali rakan sibernya itu yang ingin dikenali sebagai Witch. Sehingga kini mereka masih belum pernah bersua muka, berbual mesra atau bertukar gambar. <Cicakmen>: Saya ni ada butik sendiri kat Mid Valley kat aras tiga. Kalau awak nak pakai dress cantik-cantik, pergi aje butik saya tu. Awak boleh pakai apa aje yang awak nak. Saya sponsor. <Witch>: Hahah! Tak sangka Cicakmen yang saya kenal ni berjiwa seni. Pereka fesyen lagi. Kelakarnya <Cicakmen>: O gelakkan saya ye? Ops! Lupa, awakkan ahli sihir, mesti awak boleh gunakan sihir awak tu kalau nak berubah cantik, kan? Gabungkan semua susuk jadi satu. Gerenti awak cun melecun. Kalah, mak saleh. <Witch>: Sorry sikit. I ni belum kahwin, masakan I ni boleh jadi mak kepada Saleh? :P < Cicakmen >: Boleh aje kalau awak kahwin dengan ayah kepada Saleh. Haha Razznal ketawa lagi. Setiap kali dia berbual dengan rakan sibernya itu, pasti dia akan tergelak. Senang hatinya setiap kali berbual dengan watak Witch rekaan rakan sibernya

48

Rudi Hirdy

itu. Tawanya mereda apabila mesej terakhirnya tadi tidak berbalas. <Cicakmen>: Dah tidur ke? Razznal sabar menanti. Selepas beberapa minit menanti, mesejnya masih tidak berbalas. <Cicakmen>: buzz! Akhirnya Razznal akur bila tiada balasan dari Witch. Sehingga kini dia masih tidak tahu siapa sebenarnya Witch. Adakah Witch itu seorang wanita? Atau seorang lelaki? Persoalan itu masih belum bisa dijawabnya. Apa-apa pun dia cukup senang setiap kali berchatting dengan Witch. Dari gaya bahasa dan ayat-ayat Witch, jiwanya merasakan Witch adalah seorang wanita. Razznal mengeluh halus bila Witch masih tidak membalas mesej terakhirnya. Dia bangun dari duduk lalu melangkah semula ke katil. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Dengan perlahan dia memandang bingkai gambar di atas meja kecil di sisi katilnya. Gambarnya bersama insan yang benar-benar menyayanginya dipandang lama. Rasa rindu pada insan itu datang menusuk kalbu. Beberapa saat kemudian, mindanya terarah pula pada rakan sibernya, Witch. Siapa sebenarnya Witch? Razznal tertanya-tanya sendirian.

49

Kupercaya Ada Cinta

Bab 6
Pelawaan itu telah menyentak fokus Hazz yang sedang menanda tugasan salah seorang pelajarnya. Naik pening dia membaca setiap tugasan pelajar-pelajarnya. Bermacam-macam gaya bahasa dan kata. Sehinggakan dia terpaksa memahamkan sendiri apa yang cuba disampaikan oleh pelajar-pelajarnya. Kebanyakan pelajarnya tidak mahir dalam membina ayat dalam bahasa Inggeris. Jadi, banyaklah bahasa Inggeris yang digunakan salah dari segi tatabahasa dan penyusunan ayatnya. Jika dibaca, seolah-olah ayat bahasa Melayu ditukar sebijik-sebijik ke bahasa Inggeris tanpa disusun mengikut tatabahasa dan penyusunan ayat yang betul. Aku ajak kau ni. Kau dengar tak? Ziora sudah meninggikan suaranya selepas ajakan pertamanya tidak diendahkan. Hazz terkejut. Pantas sahaja wajah kawan baiknya itu dipandang sambil menaikkan kedua-dua keningnya.

AZZ, jom lunch. Dah pukul satu dah ni...!

50

Rudi Hirdy

Mulutnya sedikit terlopong. Dia mengenali Ziora semenjak mengajar di kolej ini. Dalam banyak-bayak rakan sepejabatnya, hanya Ziora sahaja yang rapat dengannya. Apa kau cakap tadi? tanya Hazz semula dalam keadaan blur. Ziora mengeluh halus sambil menaikkan kedua-dua anak matanya ke atas. Bosan dengan sikap kawannya itu. Terlalu sibuk dengan kerja sampai terlupa waktu makan tengah hari. Dah pukul satu ni, kau tak keluar lunch ke? ulang Ziora dengan nada bosan. Hah? Dah pukul satu ek? tanya Hazz balik masih dalam keadaan blur. Eee kau ni! Tu la, khusyuk sangat dengan kerja. Sampai waktu lunch pun kau tak perasan. Dahlah, tinggallah kerja tu. Jom kita keluar lunch, ajak Ziora tidak sabar. Perutnya sudah berkeroncong. Sudah tidak bisa ditahan lagi. Perlu diisi segera. Hekeleh minah ni. Kalau dah kebulur pun agakagaklah. Tak perlulah nak menggelabah sangat macam dah sebulan tak makan. Aku pun lapar jugak, tak adalah over macam dia ni! Minah ni betul ke tak? rungut hati Hazz. Boleh tunggu sekejap tak? Aku nak turn off lap-top aku ni kejap, pinta Hazz sambil tersenyum paksa. Ala, tak payahlah. Jomlah kita makan, ajak Ziora dengan nada manja. Eh, minah ni. Apa hal pulak ni nak tergedik-gedik dengan aku? Dia ingat aku ni mak dia ke nak kena teman dia makan? Kang aku sepak laju-laju, sia-sia hidup! bebel hati Hazz melihatkan kemanjaan Ziora.

51

Kupercaya Ada Cinta

Sabar boleh tak? Takkan habis makanan kat food court tu, balas Hazz sinis, rimas dengan perangai gedik Ziora itu. Kalau habis macam mana? Ziora masih mahu menang. Kalau habis kau masaklah sendiri, jawab Hazz selamba sambil menutup skrin lap-topnya. Tas tangannya di dalam laci diambil. Ziora tergelak besar. Aku, masak? Ziora menala jari telunjuknya pada wajahnya. Masak nasi pun rentung. Kekadang lembik, ada hati nak masak. Lupakan aje.... Ziora memerli dirinya sendiri. Hazz tersengih sinis. Sedar diri pun minah ni. Sungguhpun dia gedik macam ni, tapi aku suka berkawan dengan dia. Jujur dan ikhlas nak berkawan dengan aku. Kekadang kegedikan perangainya membuatkan aku menyampah! omel hati Hazz. Eh, kau tak ada boyfriend ke? Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu dari mulut Ziora selepas beberapa saat terdiam. Hazz terbatuk. Terkejut dengan pertanyaan Ziora itu. Apa hal pulak minah ni tanya soalan cepumas ni pada aku? Apa salah aku pada dia sampaikan soalan ni ditujukan pada aku? Apa perlu aku jawab? Sah-sah aku tak ada boyfriend lagi. Ops! Persoalannya aku ni akan ada boyfriend ke? Kenapa kau tanya aku soalan tu? Aku tahulah kau

52

Rudi Hirdy

dah ada boyfriend. Tak perlulah kau nak tanya aku ada boyfriend atau tak, balas Hazz dengan selamba. Saja aje tanya. Manalah tahu kau dah ada boyfriend, tukas Ziora. Siapalah yang Belum sempat Hazz menghabiskan kata-katanya, telefon bimbit Ziora tiba-tiba berbunyi. Excuse me, my boyfriend call I, pintas Ziora sambil menekan butang hijau pada telefon bimbitnya. Assalamualaikum Bee. Bee dah makan? Jawab Ziora dengan suara yang mengada-ada. Bluwek! Macam dia sorang aje ada boyfriend. Hak tui! Hazz meluat.

PINTU pejabatnya diketuk dengan tiba-tiba. Dia yang sedang melayari sebuah laman web gaya solekan terkini agak terkejut dengan bunyi ketukan itu. Tumpuannya terus hilang. Mangkuk ayun manalah yang bertandang ke ofis aku time aku nak fokus pada kerja ni? Rudy merungut sendirian. Perkataan masuk dilaung. Hai sayang, busy ke? Terjengul wajah Fakhri di muka pintu. Rudy menjeling tajam persis pedang samurai membekam pandangan Fakhri. Apa yang kau nak, ha? Aku tengah busy ni, balas Rudy sinis sambil menjeling pada Fakhri, rakan kongsi merangkap rakan baiknya. Dia sebagai konsultan kecantikan memerlukan pakar fesyen pakaian untuk bergabung tenaga

53

Kupercaya Ada Cinta

dan idea dalam melaksanakan misi untuk mencantikkan setiap pelanggan mereka. Fakhri tersengih-sengih sumbing lalu melangkah masuk ke dalam pejabat yang persis kamar beradu itu. Hiasan dalamannya langsung tidak bercirikan pejabat, tetapi bercirikan kamar tidur seorang puteri raja. Tema warna, merah jambu! Anak mata Rudy menjeling memandang Fakhri. Tetapi wajahnya masih menghadap skrin lap-topnya. Apa hal tersengih-sengih ni? Malam tadi dapat bermadu asmara dengan buah hati kau ke? sindir Rudy sinis. Melihat sengihan Fakhri itu dia dapat membaca, pasti ada sesuatu yang ingin diminta oleh lelaki itu padanya. Sengihan Fakhri kaku tiba-tiba selepas mendengar sindiran Rudy itu. Cheh, ke situ pulak kau. Tak ada maknanya semua tu bagi aku. Aku datang sini cuma nak tahu, ada client baru atau tak? Aku ada design baru untuk butik aku. Kalau boleh aku nak suruh client kau pakai dulu sebelum aku jual. Bayarannya seperti biasalah, enam puluh empat puluh, jelas Fakhri sambil mengukir kembali sengihannya. Enam puluh empat puluh? Siapa enam puluh, siapa empat puluh? Terbeliak mata Rudy menanya. Fokusnya pada skrin lap-top terus hilang begitu sahaja. Aku enam puluh eh silap. Kau enam puluh dan aku empat puluh, jawab Fakhri semakin meleret sengihannya. Gurau sikit pun nak panik, sambung Fakhri sambil membentuk-bentukkan bibirnya. Wajah Rudy dijeling sekilas.

54

Rudi Hirdy

Tak adanya! Konsep aku, lima puluh lima puluh, balas Rudy. Padanya, konsep rakan kongsi perlu berkongsi sama rata. Tiada berat sebelah. Eleh, aku bagi dia lebih sepuluh persen tak nak! perli Fakhri sambil menjuihkan bibirnya. Keputusan mengingatkan. aku muktamad! tegas Rudy

Okey, akur Fakhri sambil menaikkan kedua-dua keningnya. So, ada client baru tak? Belum Belum sempat Rudy menghabiskan kata-katanya, Julia, salah seorang pembantunya masuk tanpa mengetuk pintu. Bos, semalam ada sorang perempuan datang nak buat appointment untuk make over dia. Dia pilih hari Sabtu ni, jam dua petang. Nanti dia datang sini. Nama pelanggan tu Julia membuka buku kecil pada tangannya lalu matanya membaca apa yang ditulisnya semalam pada buku itu. Cik Hazz. Rudy memandang Fakhri di hadapannya yang sudah tersenyum lebar. Buat seketika mata mereka saling bertembung. Rezeki. Buku diari kerjanya di atas meja dicapai. Tarikh yang diberitahu oleh Julia tadi disemak. Kosong! Bermakna dia tiada apa-apa program atau temu janji dengan sesiapa pada hari itu. Okey, call customer tu balik. Confirmkan dengan dia yang appointment tu deal, arah Rudy pada pembantunya itu. Baik bos, akur Julia sambil menganggukkan kepalanya. Langkah mula disusun keluar dari pejabat itu.

55

Kupercaya Ada Cinta

Julia. Rudy menahan. Julia kembali menghadapnya. Lain kali sebelum masuk ofis saya, sila ketuk pintu dulu ya? Kalau susah sangat, bagi salam pun tak apa. Sengaja Rudy menyindir. Sudah banyak kali Julia melakukan hal yang sama. Tidak reti untuk mengetuk pintu atau memberi salam sebelum masuk ke pejabatnya. Seolaholah sudah menjadi tabiatnya untuk buat begitu. Julia tersengih sumbing menahan malu. Selepas mengangguk beberapa kali dia menyambung langkahnya yang tergendala tadi. Fakhri di hadapannya menahan gelak. Jelingan sinis sempat menggores pandangan Fakhri. Baru tanya, rezeki dah datang mencari. So, jadilah perjanjian kita, ek? Okeylah, aku nak balik butik aku dulu. Baju tu belum siap sepenuhnya. Masih ada penambahan manik dan labuci yang perlu dibuat. Sabtu nanti jangan lupa panggil aku sekali masa nak make over client baru tu, okey? Bye, pesan Fakhri pantas lalu melangkah meninggalkan pejabat itu tanpa mahu mendengar kata-kata Rudy terlebih dahulu. Eh aku belum habis cakap dengan kaulah mangkuk! panggil Rudy pada Fakhri yang sudah hilang dari pandangan matanya. Sengal punya jantan. Aku belum habis cakap, dia dah blah macam tu aje. Nanti bila client tu tak sama saiz dengan baju dia, aku jugak yang jadi mangsa. Terpaksa cari pereka lain last minute, rungut Rudy bengang. Belum sempat dia ingin berkata apa-apa, Fakhri terlebih dahulu balik ke butiknya semula. Bengangnya!

56

Rudi Hirdy

DATIN ZAWIYAH melangkah masuk ke dalam butik yang kelihatan mewah itu. Tertera dengan tulisan bersambung Razz Collections. Sejak seminggu yang lalu dia sudah merancang untuk ke butik pakaian ini, baru hari ini niatnya kesampaian. Melangkah sahaja kakinya ke dalam butik mewah itu, dia disambut dengan mesra sekali oleh seorang pekerja wanita di butik itu. Selamat datang Datin, ada apa-apa yang boleh saya bantu? tanya pekerja wanita itu sambil menundukkan wajahnya tanda hormat. Datin Zawiyah memandang serong pada pekerja wanita itu sambil menaikkan kedua-dua keningnya. Begitu angkuh wajahnya. Tiada walaupun sedikit senyuman di sebalik bibirnya yang merah menyala dengan gincu itu. Anak aku mana? Kasar nadanya bertanya. Seluruh sudut butik itu dipandangnya. Maaf Datin, Raz maafkan saya, Encik Razznal tak ada. Dia ada appointment dengan pembekal manik dari Indonesia sekarang ni, jawab pembantu itu dengan penuh sopan. Dia berhadapan dengan bukan calang-calang manusia ketika ini. Dia sedang berhadapan dengan ibu kepada majikannya. Datin Zawiyah hanya tersengih sinis sambil melangkah semakin dalam ke dalam butik itu. Semua baju yang tergantung di butik itu diselak-selak. Di segenap hatinya dia berasa bangga dengan kejayaan salah seorang daripada anaknya itu. Jemputlah ke ruang menunggu sementara menanti Encik Razznal balik ke pejabat semula, pelawa pembantu yang bernama Liza itu kepada Datin Zawiyah

57

Kupercaya Ada Cinta

sambil menghalakan tangannya ke arah ruang menunggu yang lengkap dengan satu set sofa dan meja kopi. Terima kasih ajelah. Aku datang sini bukan nak menunggu. Saja aku nak tengok butik anak aku yang tak dengar kata ni, balas Datin Zawiyah dengan nada tidak sudi. Rasanya ini baru dua kali dia menjejakkan kakinya ke butik ini. Kali pertama, semasa perasmian butik ini tiga tahun lalu. Tidak menyangka, dalam masa tiga tahun sahaja, anak bongsunya itu sudah memiliki jenamanya sendiri. Mama? Datin Zawiyah lekas menoleh bila suara insan yang dinanti sedari tadi tiba-tiba kedengaran dari belakangnya. Anak yang disisihnya lima tahun lalu sudah berdiri di hadapannya. Dah lama mama sampai? tanya Razznal dengan nada terharu. Pantas dia melangkah menghampiri mamanya lalu tangan mamanya disalam dan dikucup mesra. Rasa rindu pada mamanya sebelum ini kembali membuak bila wajah wanita itu muncul kembali di butiknya yang tidak seberapa ini. Salaman anak bongsunya itu disambut nak tak nak sahaja. Luka di hatinya masih belum sembuh bila Razznal telah menghancurkan harapannya lapan tahun lalu. Razznal tidak mahu memenuhi kehendaknya. Dia ingin Razznal menjadi seorang engineer, bukan fashion designer. Padanya, bidang rekaan fesyen ini adalah bidang untuk kaum Hawa dan golongan lelaki lembut. Bukan untuk lelaki tulen seperti anaknya itu. Hakikatnya dia tidak tahu apa yang tersirat di segenap ruang jiwa anaknya itu. Baru aje, jawab Datin Zawiyah dengan nada bosan.

58

Rudi Hirdy

Selepas tiga tahun, akhirnya mama sudi lagi untuk ke butik Razz yang tak seberapa ni, ujar Razznal terharu. Hampir menitik air matanya menahan rasa terharu dengan kedatangan mama kesayangannya itu. Dah kau tak mahu jejakkan kaki kat rumah tu, mama datanglah sini, jawab Datin Zawiyah serius. Matanya terus melilau melihat setiap hujung bucu butik anak bongsunya itu. Papa sihat? Razznal menukar soalan. Mama ke sini pun sebab papa kamu. Dia tak berapa sihat. Dah seminggu dia demam. Dia kata nak jumpa kamu. Kalau kamu masih sayangkan papa kamu tu, baliklah tengok papa, beritahu Datin Zawiyah, mendatar nadanya. Hatinya masih belum sembuh dari luka lama yang telah ditoreh oleh anak bongsunya itu. Papa demam? Teruk ke? Dah bawa papa ke hospital? Razznal mula cemas dan risau. Di antara mama dan papanya, dia lebih rapat dengan papanya. Jadi, perkhabaran itu memeranjatkan baginya. Kalau sayang papa, baliklah tengok papa. Sekejap pun jadilah. Lepaskan rindu dia pada kamu. Dahlah, mama nak balik, pamit Datin Zawiyah. Tembok egoisnya semakin menebal. Hatinya keras untuk beralah dengan anak kandungnya sendiri. Apa yang telah Razznal lakukan padanya terlalu dalam lukanya. Baiklah, akur Razznal lalu tangan mamanya disalam dan dikucup mesra. Dia masih tergamam dengan perkhabaran daripada mamanya tadi. Baru sahaja salaman Razznal dan mamanya terlerai, tiba-tiba muncul satu suara dari arah pintu masuk butik itu. Good afternoon Bee.

59

Kupercaya Ada Cinta

Serentak Datin Zawiyah dan Razznal menoleh ke arah tuan punya suara. Terbuntang mata Datin Zawiyah melihat tuan punya suara itu. Razznal pula hanya menggetap bibir sambil mengerutkan wajah. Kenapalah dia muncul masa ni? hati Razznal tertanya-tanya sendirian.

60

Rudi Hirdy

Bab 7
UDY melangkah laju menuju ke butiknya. Dia sudah lambat. Dia ada temu janji dengan pelanggannya ketika ini. Masa temu janjinya jam dua petang, tetapi waktu sekarang sudah pukul dua lima belas minit petang. Lima belas minit dia lambat. Sampai sahaja di kaunter pembayaran, pantas sahaja dia bertanya pembantunya, Julia, Cik Hazz dah sampai? Dah, Encik Rudy. Dia sedang menunggu kat dalam pejabat Encik Rudy, jawab Julia sambil tersenyum manis. Cakap dengan dia, saya akan masuk ofis kejap lagi. Saya nak pergi jumpa Fakhri kejap, jelas Rudy lalu menyusun langkah menuju ke butik Fakhri. Baru sahaja lima langkah ke hadapan, Rudy kembali pusing memandang Julia. Langkah disusun menuju ke kaunter semula. Julia, tolong bawak beg I ni ke ofis I? pinta Rudy lalu menyusun semula langkahnya menuju ke Fakhri Design yang betul-betul berhadapan dengan butik kecantikannya. Julia akur dengan perintah majikannya itu.

61

Kupercaya Ada Cinta

Sampai sahaja di dalam Fakhri Design, matanya terus melilau mencari kelibat Fakhri. Fakhri mana? tanya Rudy kepada salah seorang pembantu di butik itu. Fakhri ada kat dalam ofis dia, jawab pembantu itu sopan. Tanpa mengucapkan terima kasih, Rudy terus berlalu masuk ke dalam pejabat Fakhri tanpa mengetuk pintu. Minggu ni? Bee tak bolehlah Honey... Rudy ada client baru. Bee nak kena selalu dengan dia. Kita orangkan share partner. Kelihatan Fakhri sedang bercakap di telefon bimbitnya. Rudy tidak jadi menyembur rakan niaganya itu. Dia memberi peluang rakannya itu menghabiskan perbualannya. Janganlah merajuk... Bee dengan dia tu tak ada apa-apalah. Share partner aje. Kan Bee dah banyak kali cakap. Kenapalah Honey susah sangat nak percaya? Bee bukan jenis lelaki yang macam tu la. Semakin meleret perbualan Fakhri. Hekeleh mamat ni. Kalau semakin dibiarkan, semakin meleret ni. Parah aku! Tak pasal-pasal client aku yang sedang menunggu tu naik angin, gumam hati Rudy. Ehem! Rudy berdeham. Fakhri yang sedang asyik berbual di talian itu terkejut dengan kemunculan Rudy di situ. Entahkan kejap, entahkan lama rakan baiknya sudah berdiri di situ. Apakah Rudy mendengar perbualannya? Eh, Rudy dah sampailah. Malam nanti Bee call

62

Rudi Hirdy

Honey lagi ek? Bee janji call Honey. Lekas-lekas Fakhri menamatkan perbualannya. Jari telunjuknya dinaikkan tanda meminta sedikit masa dari Rudy yang sudah bercekak pinggang di hadapannya sambil mengukir wajah bengang. Apa-apa pun, Bee nak mintak maaf pasal hal kelmarin. Tak sangka boleh jumpa Honey dengan dia kat situ. Perbualan Fakhri masih belum habis. Eh, cepatlah! Kau tahu tak client kita tu dah tunggu lama kat ofis aku?! jerit Rudy sekuat hati. Fakhri terkejut lalu lekas-lekas menamatkan perbualan. Sorry aku lambat. Kau balik ofis kau dulu, jumpa client kita tu. Dalam masa lima minit aku sampai. Aku nak matikan lap-top aku dulu, pinta Fakhri kelam-kabut. Tangannya sibuk menekan butang tetikusnya. Cepat sikit! Kalau kau lambat, kepala kau aku penggal! Keras nada suara Rudy memberi amaran sambil mengecilkan kelopak matanya memandang Fakhri dengan pandangan sinis. Jari telunjuknya ditarik melepasi batang lehernya. Itu bermakna dia benar-benar marah. Okey! Akur Fakhri yang terasa bengang dengan sikap Rudy yang suka menjerit begitu.

SELURUH sudut bilik pejabat itu dipandang pelik. Hairan dengan setiap susun atur perabotnya dan cara bilik pejabat itu dihias. Lari benar dengan konsep sebuah pejabat. Tetapi lebih kepada konsep kamar beradu untuk puteri kayangan. Tema warnanya merah jambu. Hazz mencebikkan bibirnya.

63

Kupercaya Ada Cinta

Entah apa-apa entah bilik ni. Warna semuanya nak pink. Mesti pakar kecantikan ni seorang yang berjiwa seni. Ops, lupa pulak. Akukan dah nampak siapa Encik Rudy tu. Eh, nak gelar encik ke? hati Hazz tertanya-tanya sendirian. Sorry Cik Hazz, saya lambat. Tiba-tiba muncul insan yang dinanti-nanti dari arah muka pintu pejabat yang serba merah jambu itu. Hazz segera bangun dari duduknya. Rudy menelan liurnya sambil mengukir senyuman terpaksa selepas melihat pelanggan barunya itu. Tak apa, Encik Rudy. Tak apa ke I panggil you dengan gelaran Encik Rudy? tanya Hazz serba salah. Takut gelarannya itu bakal mengusik jiwa lelaki yang berada di hadapannya ketika ini. Dia faham jiwa lelaki di hadapannya itu. Wataknya sama dengan watak Fuad. Jadi, dia tidak berasa janggal untuk berurusan dengan lelaki yang berpersonaliti sebegitu. Lembut. Tak apa, kalau you nak panggil I akak pun tak apa, hahaha.... Rudy sekadar bercanda sambil tergelak besar. Selepas mereka berdua bersalaman, Rudy terus melangkah menuju ke mejanya. Tak adalah Cik Hazz, saya gurau aje. You boleh panggil I Encik Rudy aje. Kalau nak lebih mesra lagi, panggil I Rudy aje, sambung Rudy lagi sambil tersenyum meleret. Jemputlah duduk. Hazz akur lalu duduk di atas kerusi kosong berhadapan meja Rudy. So, apa tujuan Cik Hazz datang sini? Mesti nak cantik, kan? tanya Rudy dan dia menjawab sendiri soalannya itu dengan gelak tawa yang besar.

64

Rudi Hirdy

Hazz turut ketawa. Tetapi tawanya jelas dibuatbuat. Tanya soalan, lepas tu jawab sendiri. Betul ke tidak lelaki kat depan aku ni? Ke tiga suku? Kang aku flying kick, senget batang hidung kang! Sah-sahlah orang yang datang sini nak cantik. Takkan nak buruk kut? Dah tertera butik kecantikan. Kalau nak burukkan wajah orang, baik tulis butik keburukan. Betul tak? Eh, lain macam aje bunyinya? Hazz membebel sendirian di dalam hati. Okeylah, kat sini saya tunjukkan senarai pakej yang butik saya sediakan, kata Rudy sambil mencapai katalog mengenai pakej kecantikan yang disediakan oleh butiknya lalu dihulurkan kepada Hazz. Cik boleh tengok sendiri dan pilih yang mana ikut kehendak cik, sambung Rudy lagi. Hazz mencapai katalog itu lalu dibaca setiap pakej yang disediakan. Pekej 1: Solekan dan tunjuk ajar solekan selama 7 hari. Pekej 2: Solekan dan tunjuk ajar solekan selama 15 hari. Pekej 3: Solekan, tunjuk ajar solekan dan pemakaian selama 7 hari. Pekej 4: Solekan, tunjuk ajar solekan dan pemakaian selama 15 hari. Cik Haz boleh pilih pakej yang butik saya sediakan. Minimum pakej kecantikan ini adalah selama tujuh hari. Dan prinsip kami di sini adalah ingin menunjuk ajar cara solekan

65

Kupercaya Ada Cinta

pada pelanggan kami mengikut cita rasa pelanggan sehingga pandai. Kalau Cik Hazz pilih yang siap pakaian, kami ajar sekali fesyen pakaian yang bagaimana sesuai untuk Cik Hazz mengikut cita rasa Cik Hazz atau mengikut peredaran zaman supaya kelihatan sentiasa up to date, jelas Rudy panjang lebar mengenai pakej yang ditawarkan. Itulah misi syarikatnya, ingin mengubah nasib wanita-wanita yang tidak reti berhias di luar sana. Dari pengalamannya menjadi pembantu seorang jurusolek artis terkenal di negara ini, kini dia sudah mempunyai butik kecantikannya sendiri. Jurusolek artis yang telah dianggap sebagai sifunya itu banyak memberi tunjuk ajar mengenai teknik solekan sehingga dia kini sudah boleh digelar sebagai pakar solekan. Hazz mengelamun buat beberapa ketika sambil membaca setiap pakej yang ditawarkan. Selepas agak lama mendiamkan diri, dia mula bersuara, kalau saya nak pakej baru boleh tak? Saya nak ubah sikit pakej sedia ada ni. Saya nak upah awak atau budak-budak awak untuk menjadi jurumekap tetap saya. Siap dengan pereka pakaian dan pakar penggayaan pakaian sekali. Saya nak penampilan saya diubah dari hujung rambut sehingga hujung kaki seberapa lama masa yang saya nak. Bila saya nak dimekapkan, saya nak awak terus ada. Dan saya nak ada seorang pakar pemakaian yang boleh menjaga pemakaian saya setiap hari. Boleh? Berapa pun bayarannya saya akan bayar, pinta Hazz mengharap. Sesuka hatinya sahaja menetapkan pakej baharu. Rudy menelan liurnya. Begitu tinggi permintaan wanita di hadapannya ketika ini. Ini bermakna wanita di

66

Rudi Hirdy

hadapannya ketika ini bukan calang-calang wanita. Pasti wanita itu seorang yang kaya-raya. Sanggup memberinya peluang untuk menetapkan harga. Rezeki datang bergolek, tak baik ditolak. Tapi, boleh ke aku mengubah penampilannya? Gaya pakaian dia formal. Old fashion, hati Rudy berbisik. Dia mula rasa sangsi dengan tugasan yang bakal dipikulnya. Tetapi hatinya keras menegaskan rezeki yang datang memipih itu tidak harus ditolak. Macam mana, boleh tak? tanya Hazz bila melihat Rudy terlalu lama mengelamun di hadapannya. Boleh, tapi beri saya masa sikitlah. Sebab saya kena berbincang dengan rakan kongsi saya. Sebab rakan kongsi saya tu yang menguruskan perihal pemakaian ni. Hanya itu alasan yang bisa diberikan oleh Rudy. Ikutkan hati, dia ingin menerima tawaran itu. Tetapi dia hanya boleh membekalkan jurusolek sahaja. Untuk menguruskan hal pemakaian, itu tugas rakan kongsinya, Fakhri. Kalau boleh jangan lama sangat. Before hari Isnin ni saya nak jawapannya. Sebab hujung bulan ni saya ada event penting yang memerlukan kalian untuk mengubah penampilan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki, pinta Hazz. Dia mengharap benar agar permintaannya itu bisa ditunaikan. Dia ingin kelihatan menarik pada malam reunion batchnya nanti. Panjang pun umur. Kenalkan Cik Hazz... inilah pakar pakaian saya, beritahu Rudy sambil bangun lalu memperkenalkan rakan kongsinya kepada Hazz. Kau? Hazz terkejut bukan kepalang. Terbuntang matanya memandang rakan kongsi kepada Rudy itu.

67

Kupercaya Ada Cinta

Tidak!!!! Hazz menjerit di dalam hati.

AKU tak nak terima tawaran tu, tolak Fakhri dengan wajahnya yang masam mencuka. Punggung dihempas kasar di atas sofa di pejabatnya. Come on Fakhri. Ini rezeki. Kau tahu tak berapa boleh kita dapat dari perempuan tu? pujuk Rudy lalu duduk di hadapan Fakhri. Fakhri menyengetkan bibirnya. Dia masih tidak berpuas hati dengan kehendak Rudy, rakan kongsinya itu. Wajah Rudy dipandang lama tanpa secalit senyuman. Kau tahu tak muka perempuan tu macam mana? Body pun tak ada cutting. Muka macam nenek kebayan. Ada hati nak berangan jadi Cinderella. Pergi jalan da berangan terlalu tinggi melangit, rungut Fakhri tidak berpuas hati. Helo. Rudy memetik jarinya di hadapan Fakhri. Yang kau nak peningkan kepala fikir pasal muka dia, apa hal? Yang nak mekapkan muka dia nanti aku, bukan kau. Kerja kau cuma design baju ikut cita rasa dia atau kau. Janji dia puas hati sudahlah. Yang penting duit sentiasa masyuk, sambung Rudy sambil menggeselkan tapak ibu jarinya dengan tapak jari telunjuknya beberapa kali di hadapan Fakhri. Misinya ketika ini hanyalah duit. Kau cakap memanglah senang. Tapi, dia boleh ke carry dengan baju-baju hasil sentuhan tangan aku ni? Fakhri masih mahu menepis permintaan Rudy itu. Kau jangan nak peningkan kepalalah Fakhri. Rudy sudah menyandarkan tubuhnya pada sofa. Terasa bosan pula untuk terus memujuk rakan kongsinya itu.

68

Rudi Hirdy

Kau cakap ajelah rekaan kau tu cantik dan sesuai untuk perempuan nenek kebayan tu walaupun kau rasa baju kau tu buruk gila. Aku yakin perempuan tu tak tahu apa-apa pasal fesyen dengan mekap ni. Kalau aku mekapkan muka dia macam badut sarkas, dan aku kata cantik, gerenti dia suka punya. Yang penting duit terus masuk, sambung Rudy terus mencucuk jiwa Fakhri untuk menerima tawaran yang dianggap lumayan itu. Fakhri merenung Rudy sekali lagi. Kali ini lebih lama. Mindanya terus ligat berfikir. Ada betulnya jugak kata Rudy tu. Kalau aku kata baju aku tu cantik tapi pada hakikatnya buruk, bukannya dia tahu pun. Inilah masanya untuk aku kenakan dia balik. Ya, akhirnya aku dapat juga balas dendam apa yang telah dia buat pada aku sebelum ni.... So, macam mana? Pertanyaan Rudy itu menyentak lamunan Fakhri. Macam mana apa? tanya Fakhri, blur. Isy... mamat ni, aku sepak kang. Pasal tawaran perempuan kaya-raya tu la. Aku harap sangat kau terima. Bukan senang nak dapat tawaran macam ni. Dengan adanya perempuan tu, tak putuslah rezeki kita. Rudy masih tidak putus asa memujuk. Fakhri berfikir-fikir lagi sambil mengherotherotkan bibirnya. Kalau macam tu... aku setuju. Akhirnya Fakhri bersetuju. Macam tu la kawan aku. Sayang kat kau, luah Rudy dengan perasaan gembira. Janggut sejemput di dagu Fakhri dicuit pantas. Isy... suka hati kau aje nak cuit-cuit janggut aku

69

Kupercaya Ada Cinta

yang mahal ni. Saman kang baru tahu, tempelak Fakhri sambil mengusap-usap janggutnya yang sejemput itu. Pigi da! jerit Rudy dari jauh yang mula melangkah keluar dari Butik Fakhri Design itu. Selepas kelibat Rudy hilang dari pandangan mata, tiba-tiba Fakhri tersengih sendiri. Satu rancangan jahat sedang terangka di dalam tempurung kepalanya ketika ini. Ooo sebelum ni kau langgar kereta aku sampai calar, kau tak nak bayar ganti rugi ya? Buat-buat tak tahu lagi adalah. Lepas tu kau pijak baju aku. Kau kata baju aku layak untuk jadi lap kaki aje, kan? Tak lama lagi, segala rasa sakit hati aku akan terbalas. Bersiap sedialah kau wahai wanita nenek kebayan, Fakhri bermonolog sendirian.

TUBUH disandarkan pada kerusi empuknya. Walaupun tubuhnya berkeadaan relaks, jiwa dan hatinya tidak berasa tenang. Walang. Risau bila memikirkan tentang papanya. Mamanya pula semakin membencinya selepas peristiwa pertembungan yang tidak diduga kelmarin. Segalanya sudah berlaku, masa tidak bisa diulang semula. Keluhan yang sarat dihambur keluar. Skrin laptopnya dipandang kosong. Dia kebingungan dan kerisauan. Dia baru sahaja melawat papanya di hospital tadi. Dia bersyukur kerana keadaan papanya semakin stabil. Demamnya juga beransur kebah. Seleranya yang sebelum ini berkurangan kembali terbuka selepas kehadirannya. Banyak kali Datuk Hisham menasihatinya agar pulang ke rumah, tetapi dia sedaya upaya mengelaknya. Bukan dia tidak mahu pulang, tetapi selepas

70

Rudi Hirdy

peristiwa pertembungan kelmarin membuatkan mamanya semakin membencinya. Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang. Buat masa sekarang dia masih belum bersedia untuk menjelaskan apa-apa kepada mamanya. Biarlah kemarahan mamanya reda sedikit dan bila dia sudah terbuka hati untuk berterus terang, barulah dia akan menemui mamanya. Ting! Bunyi pada speaker lap-topnya membuatkan lamunannya terhenti. Lekas skrin lap-topnya dipandang. Nama Witch tertera di sudut kanan bawah skrin lap-topnya. Menandakan, rakan chattingnya sudah online di Yahoo Messenger. Senyuman yang beku tadi mula terukir. Lekas nama Witch pada senarai nickname Yahoo Messengernya diklik sebanyak dua kali. <Cicakmen>: Assalamualaikum. Razznal memulakan perbualan siber itu. Lama dia menunggu, masih tidak mendapat sebarang respons dari rakan sibernya yang bernama samaran Witch itu. <Witch>: Waalaikumsalam. <Cicakmen>: Lama tak online, ke mana? :) <Witch>: Sibuk cari resipi baru untuk buat air kecantikan. Asyik buat orang cantik aje, sesekali nenek kebayan pun nak cantik jugak. Ahakz! :P <Cicakmen>: Hahaha so, camne? Dah jumpa ke ramuan tu? <Witch>: Dah. Puas saya keliling seluruh planet

71

Kupercaya Ada Cinta

yang ada kat cakerawala ni, rupanya ramuan tu ada kat Jusco, Seremban 2. Buat penat aje terbang jauh-jauh. Razznal tergelak kecil membaca ayat-ayat yang telah dihantar oleh rakan sibernya itu. Entah mengapa, setiap kali dia berbual dengan kawan sibernya itu, lupa terus segala keresahan dan masalahnya. Ada sahaja rakan sibernya itu bahan untuk membuatnya ketawa. <Cicakmen>: Yang nenek kebayan nak cantikcantik ni nak ke mana? Ke majlis reunion nenek-nenek kebayan sedunia tu ke? <Witch>: Haah, nenek kebayan nak cantik sikit malam tu. Vogue gitu! Sebab nenek kebayan nak tackle balik atuk kebayan yang pernah nenek kebayan minat masa menuntut ilmu sihir beberapa ratus tahun lalu. <Cicakmen>: Jadi, ini kiranya nak menyatukan semula ikatan percintaan yang pernah terputus beratus tahun lalulah ya? <Witch>: Begitulah gamaknya :P <Cicakmen>: Dah lama kita berkawan kat Internet ni, bila kita nak bertukar nama dan gambar? Tiba-tiba rakan sibernya diam. Pertanyaan terakhirnya tidak berbalas. Lama Razznal menanti dan sabar menunggu. <Cicakmen>: Helo, nenek kebayan dah tercekik ramuan kecantikan tu ke?

72

Rudi Hirdy

< Cicakmen>: Helo. Ada lagi tak ni? < Cicakmen>: buzz! Witch is now offline. Melihatkan perkataan yang tertulis di akhir mesejnya membuatkan Razznal mengeluh. Senyumannya pudar serta-merta. Baru sahaja dia ingin menenangkan fikirkannya, rakan sibernya telah offline. Mahu tak mahu, dia terpaksa akur. Yahoo Messengernya dibiarkan online sendirian. Siapa sebenarnya kau, Witch? Kenapa setiap kali aku chat dengan kau, aku berasa senang dan seronok? Lupa segala masalah aku. Kau selalu buat aku ketawa. Bagaimanalah rupa kau sebenarnya? Aku perlu jumpa kau, Witch. Aku akan cuba mencari kau, detik Razznal di dalam hati menyimpan hasrat.

73

Kupercaya Ada Cinta

Bab 8
AZZ memandang wajahnya di hadapan cermin. Rambutnya yang lurus separas bahu dibiarkan lepas. Sengaja tidak disisir. Wajahnya tampak sugul. Kad undangan majlis reunion budak-budak satu batch dengannya dipandang sarat. Semakin hampir hari ke majlis itu, semakin berdebar jiwanya. Dia mendesah. Wajahnya dipandang lama di hadapan cermin. Cermin mata berbingkai hitam besar yang tersangkut pada batang hidungnya dibuka lalu dimasukkan ke dalam laci meja soleknya. Hujung rambutnya dicapai lalu dipandang sekilas. Kenapa ramai sangat panggil aku nenek kebayan, ek? Buruk sangat ke muka aku ni? hati Hazz tertanya-tanya sendirian sambil mengusap wajahnya yang kelihatan kusam tanpa secalit pun alat solekan itu. Walaupun wajahnya bersih dari sebarang solekan, wajahnya masih kelihatan berseri dan cantik. Natural beauty. Hazz mengukir senyuman plastik untuk dirinya

74

Rudi Hirdy

sendiri. Beberapa minit kemudian dia bangun dari duduknya di atas kerusi meja soleknya itu. Dia melangkah menuju ke almari pakaiannya. Pintu gelongsor almarinya yang diperbuat daripada kayu itu dibuka. Bajunya yang tersusun cantik dipandang lama. Semenjak aku hidup baru aku perasan, baju aku semuanya satu fesyen. Balik-balik kemeja dan skirt labuh separas buku lali. Semua kemeja perlu warna krim, putih dan... ada ropol-ropol di bahagian dada. Skirt labuh pulak nak kena hitam atau coklat tua. Out dated sangat ke fesyen yang aku selalu gayakan ni? hati Hazz berkira-kira. Dah baju-baju macam ni yang aku suka pakai dan selesa. Takkan aku nak pakai baju yang menyebabkan aku tak selesa pakai? Tapi kalau nak cantik, kita perlu sanggup berkorban. Hazz terfikir sendiri. Tangannya sudah memegang dagunya sambil jari telunjuknya memukul-mukul perlahan bibir bawahnya. Aduh! keluh Hazz sambil menempelak dahinya seolah-olah terlupa sesuatu. Tubuhnya direbahkan di atas katil empuknya. Macam manalah lelaki poyo tu boleh jadi perunding pakaian aku? Yang aku pulak boleh aje terima si lelaki tak sedar diri tu jadi perunding pakaian aku. Dahlah dia berdendam dengan aku. Entah-entah. Hazz membebel sendiri. Kalau dia kenakan aku, macam mana? Pakaikan aku dengan pakaian yang bukan-bukan. Dia nak balas dendam pada aku dengan memalukan aku. Hati manusia, siapa boleh menilai.... Hazz sambung mengomel. Ah, sebelum apa-apa berlaku... baik aku call Encik Rudy, mintak dia tukar pakar pakaian aku, putus Hazz.

75

Kupercaya Ada Cinta

Telefon bimbit di atas meja kecil yang berada di sisi kiri katilnya dicapai. Nombor telefon bimbit Rudy dicari di bahagian contact lalu butang hijau mula ditekan. Tetapi lekas-lekas butang merah ditekan selepas dua saat kemudian. Kenapa pulak aku nak kena tukar? Kalau dia profesional, dia takkan buat benda-benda macam tu pada aku. Akukan dah bayar dia. Kalau dia pedajalkan aku, aku saman ajelah dia. Bukan susah pun! Kerunsingan Hazz tadi bertukar ceria. Dia sudah mula mengatur strategi untuk membalas balik segala kemungkinan yang berlaku. Telefon bimbitnya diletakkan semula di atas meja kecil itu. Tidak sabar rasanya untuk menunggu dirinya dimake over. Bagaimanalah rupanya selepas disolekkan? Persoalan itulah yang terus bermaharajalela di mindanya ketika ini. Dia mula berangan jauh. Beginilah kehidupannya, cuti hujung minggu lebih banyak dihabiskan masa di rumah jika tidak membeli-belah barangan dapur. Jika tidak berehat, dia pasti akan memeriksa tugasan pelajar-pelajarnya. Lap-topnya yang sedari tadi terpasang dipandang sekilas. Lekas dia bangun dari baring lalu melangkah ke meja lap-topnya. Skrin lap-topnya dipandang lama. Apa yang dinanti-nantikan sedari tadi masih belum mahu menyapa. Dia tersentak bila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lekas dia mendapatkan telefon bimbitnya. Assalamualaikum, disambungkan. sapa Hazz selepas talian

Dia diam mendengar si pemanggil berkata-kata. Apa? Terbeliak matanya memandang skrin laptopnya. Dia terkejut dengan perkhabaran yang baru disampaikannya padanya melalui panggilan itu.

76

Rudi Hirdy

BETUL ke, apa yang kau bagitau aku pagi tadi? Kenapa tetiba dia tak dapat attend majlis tu? Macam mana boleh jadi macam ni? tanya Hazz bertubi-tubi. Dia bergegas ke Batu Pahat semata-mata ingin mencari kepastian daripada Fuad kenapa Zaidib tidak dapat hadir ke majlis reunion batch mereka hujung minggu ini. Fuad sendiri agak kecewa dengan perkhabaran itu. Dia telah menerima mesej pesanan ringkas daripada Zaidib malam tadi yang memaklumkan yang dia tidak dapat hadir ke majlis reunion mereka hujung minggu ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Aku pun terkejut jugak dapat mesej Zaidib ni, bagitau yang dia tak dapat datang ke majlis reunion tu, keluh Fuad. Kalau kau tak percaya, kau boleh baca sendiri SMS yang dia hantar pada aku malam tadi. Pantas sahaja Fuad mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan bukti yang Zaidib tidak dapat hadir ke majlis itu. Dia tidak mahu rakan baiknya itu menganggapnya sengaja ingin mengenakannya. Tak apalah, tolak Hazz dengan baik. Riak kecewa jelas terukir di wajahnya. Dia beria-ia ingin ke majlis itu semata-mata untuk bertemu dengan insan yang masih dirindukannya itu. Namun, jodoh tidak mahu menyapanya di saat pertemuan sudah menghampiri mereka. Mahu tak mahu dia terpaksa akur. Membazir aje aku upah kawan kau tu untuk mekapkan aku untuk majlis tu. Siap tempah baju lagi. Tapi dia tak dapat datang. Mendatar suara Hazz meluahkan. Jiwanya sudah tidak bersemangat untuk ke majlis itu. Hanya kehadiran Zaidib sahaja yang bisa membuat jiwanya tidak sabar untuk menghadiri majlis itu.

77

Kupercaya Ada Cinta

Nok, janganlah sedih sangat. Kau datanglah majlis tu. Alah, cuma Zaidib aje yang tak dapat datang. Kawankawan kita yang lain semua dapat datang. Takkan disebabkan Zaidib tak datang, kau nak sisihkan rakan satu batch kita yang lain kut? Fuad cuba memujuk kawan baiknya itu. Fuad tahu yang Hazz memang benar-benar berharap Zaidib dapat hadir ke majlis itu. Tetapi, apa yang boleh dia lakukan? Zaidib membatalkan kehadirannya di saatsaat akhir. Hazz mengeluh halus. Jiwanya berbelah bahagi sama ada ingin atau tidak untuk menghadiri majlis reunion itu. Ikutkan hati, dia sudah tiada selera untuk menghadiri majlis itu. Semangatnya sudah hilang bila dia mendapat perkhabaran mengenai ketidakhadiran Zaidib ke majlis itu pagi tadi. Nok, janganlah macam ni, pujuk Fuad, cuba meraih hati Hazz yang kelihatan berhiba ketika ini. Suasana hening seketika. Tengoklah macam mana, aku tak boleh nak janji, jawab Hazz, perlahan nadanya. Dia cepat-cepat bangun dari duduk. Aku kena balik Seremban sekarang. Dah lewat. Esok aku ada kelas pagi, pamit Hazz lalu segera meninggalkan restoran itu. Fuad ditinggalkan sendirian di situ. Hazz! Fuad cuba menahan. Tetapi tidak berdaya untuk mengejar. Dia tahu bagaimana perasaan Hazz ketika ini. Bila apa yang diharapkan tidak kesampaian, pasti akan berasa kecewa yang teramat. Dia akur dengan keputusan Hazz itu. Sebagai kawan, dia tiada hak untuk memaksa.

78

Rudi Hirdy

Eh, sorry. Aku lupa nak bayar air aku ni. Tolong bayarkan ek? Tiba-tiba Hazz muncul semula di meja itu sambil menghulurkan sekeping not sepuluh ringgit kepada Fuad. Matanya sudah merah. Sudah pasti dia baru sahaja selesai menangis. Fuad tersenyum lalu ketawa. Kelakar dengan sikap pelupa Hazz itu. Amboi, dah jalan jauh baru nak ingat air ni kau belum bayar? Kalau kau tak bayar tadi, aku pun boleh bayarkanlah, usik Fuad cuba, mengubah emosi Hazz yang tidak stabil itu. Hazz mula mengukir senyuman. Geli hatinya dengan usikan Fuad itu. Dahlah, aku balik Seremban dulu, pinta Hazz lalu meninggalkan restoran itu. Fuad hanya tergelak. Hazz Hazz, dalam kedukaan macam tu pun sempat lagi kau nak buat lawak. Tawa Fuad bertukar senyuman bahagia.

KAD jemputan ke majlis reunion yang terletak kemas di atas meja tulisnya dipandang lama. Entah mengapa dia perlu membuat keputusan sedrastik ini. Dia tidak tahu mengapa dia harus membatalkan kehadirannya. Kalau nak tahu, Hazz pun attend tau reunion ni! Dia dah confirmkan pada aku yang dia akan datang. Yang lebih membuat aku happy sangat bila dia kata dia tak sabar nak ke majlis tu sebab ada kau. Dan, Hazz ada cakap kat aku

79

Kupercaya Ada Cinta

dia rindu kat kau. Semenjak kita habis study, kau tak pernah call dia. Kenapa ek? You all gaduh ke? Pertanyaan Fuad semalam melalui panggilan telefon menyapa ruang ingatannya kembali. Dia mendesah perlahan. Dia tidak tahu kenapa selepas mendengar kata-kata Fuad itu dia terus beralih arah. Semangatnya untuk ke majlis reunion itu mati serta-merta. Hazz rindukan dia? Pertanyaan itulah yang telah menjentik hatinya untuk berasa takut. Tidak tahu mengapa perasaan itu harus berada di dalam jiwanya ketika ini. Disebabkan hal itulah dia dengan serta-merta membatalkan niatnya untuk menghadiri majlis reunion itu. Aku akan selesaikan masalah kau tapi kau kena berjanji dengan aku yang kau perlu menjauhinya. Jangan sesekali kau menghubunginya. Aku tak mahu kau ada kaitan dengan dia lagi! Kata-kata itu kembali terputar di dalam tempurung kepalanya. Nada suara itu masih jelas kedengaran. Sertamerta wajah tuan punya suara itu kembali tertayang di hadapan matanya. Dia mengeluh kasar sambil menjambak rambutnya yang menutupi dahinya. Dia runsing bila memikirkan kembali masa silamnya. Dia telah tersalah langkah. Tersalah memilih jalan. Tersalah membuat pilihan. Yang akhirnya memakan jiwa dan perasaannya sendiri. Tetapi, apa yang boleh dia lakukan? Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak perbuatan, susah hendak diperbetulkan. Kerana dunia, dia kabur dalam membuat pilihan. Mahu tak mahu dia terpaksa telan semua ini dengan pasrah. Walaupun kesannya sangat menggores hati dan menghancurkan perasaannya sendiri.

80

Rudi Hirdy

Kad berwarna merah hati itu dicapai. Hatinya berbelah bahagi sama ada ingin menghadirinya atau tidak. Ikutkan hati, dia memang ingin menemui semula kawankawan satu universitinya dulu. Ingin tahu perkembangan terbaru mereka. Selepas tamat membuat masters, dia langsung tidak pernah bertemu atau menghubungi mereka. Semuanya hanya kerana seorang insan yang telah mengaburi pandangan matanya. Kenapalah aku ni bodoh sangat? Kerana hal dunia, aku sanggup tolak tepi apa yang penting dalam hidup aku. Aku tahu aku tak semewah dia. Tapi, itu bukan alasan untuk aku memilih keduniaan. Apalah yang dah aku buat ni? Kenapa aku bodoh sangat? Dia merungut sendirian menyalahkan dirinya sendiri. Dahi dihentak-hentak dengan penumbuknya perlahan. Kad jemputan majlis reunion itu dipandang lagi. Agak-agaknya aku nak pergi ke tak majlis ni? Kenapa disebabkan hal ini aku perlu mengetepikan perasaan sendiri???

FAKHRI menyusun langkah menuju ke butik kecantikan Rudy. Ada sesuatu yang ingin ditunjukkan kepada rakannya itu. Sesuatu yang akan mengejutkan Rudy. Dia pasti, Rudy akan terlopong. Helo sayang, busy ke? Tersembul wajah Fakhri di muka pintu. Rudy yang sedang sibuk menyemak invois dari pelanggannya melarikan pandangan ke arah muka pintu. Wajah Fakhri dijeling sinis.

81

Kupercaya Ada Cinta

Apa kau nak? tanya Rudy, langsung tidak memandang wajah kawan baiknya itu. Apa yang tertera pada invois-invois yang ada di tangannya lebih menjadi keutamaannya ketika ini. Aku ada something nak tunjukkan pada kau. Design baju untuk customer kau yang macam nenek kebayan tu dah siap, beritahu Fakhri lalu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat yang serba merah jambu itu. Rekaannya sengaja disembunyikan di belakang tubuhnya. Sengaja ingin membuat surprise pada Rudy. Design baju untuk majlis reunion dia hujung minggu ni? tanya Rudy kembali sambil menyusun invoisinvois yang ada di tangannya ke dalam fail khas untuk invois. Yalah, takkan design baju pengantin kut? Muka macam nenek kebayan macam tu, mana ada orang nak? balas Fakhri selamba. Nampak sangat mulut tidak ada insurans. Sedap mulut dia sahaja mengutuk kekurangan orang. Isy tak baik kau cakap macam tu, kata Rudy sambil melirik ke arah Fakhri yang sudah pun duduk menghadapnya. Fail invois tadi diletakkan di sudut kiri atas mejanya. Buatnya dia jadi bini kau, baru padan muka. Masa tu aku gelakkan kau sampai nak terburai isi perut, sambung Rudy lagi sekadar bercanda. Isy janganlah cakap macam tu. Masin mulut kau niaya aku. Perempuan nenek kebayan bermulut murai macam tu nak jadi bini aku? Sorry sikit, walaupun perempuan kat dunia tinggal dia sorang, aku lebih rela membujang sampai mati! Angkuh Fakhri menjawab. Macam tidak ingat mati.

82

Rudi Hirdy

Amboi, mulut kau! Rudy meneleng-nelengkan kepalanya. Memanglah kau tak akan pilih dia. Sebab dia tu perempuan... kau tu suka. Ayatnya mati seketika. Tak ada apa-apalah. Rudy berdalih dengan wajah tersipu-sipu malu. Mujurlah dia tidak terlajak kata. Aku suka apa? celah Fakhri lekas menginginkan sambungan kata-kata Rudy tadi. Sorry, tak ada siaran ulangan. Rancangan aku semua live. Tak adalah nak rewind balik, balas Rudy sambil menekan sesuatu pada papan kekunci lap-topnya. By the way, mana design baju tu? Eh, lupa pulak. Fakhri baru teringat. Pantas sahaja buku sketch dihulurkan pada Rudy di hadapannya. Rudy mencapai buku itu. Mak datuk! Kau biar betul, nok? tanya Rudy. Terbeliak biji matanya memandang apa yang terlakar di hadapan matanya ketika ini. Kau tak rasa zalim sangat ke? Wajah Fakhri dipandang musykil. Dia ni pelanggan kita yang paling mahal bayar kat kita, tau! Fakhri tergelak kecil. Pedulik apa aku. Kau yang paksa aku terima job ni. So, aku terimalah. Aku dah cakap aku tak nak ada kaitan dengan perempuan nenek kebayan tu, kau paksa jugak. So, inilah hasil yang aku dapat. Perempuan tu memang layak pakai baju macam ni aje, jawab Fakhri panjang lebar. Melepaskan rasa ketidakpuasan hatinya. Kok ye pun, takkan sampai macam ni sekali? Kau tak rasa ke macam dah melampau sangat? Ingat, dia ambik kita jadi pakar imej dia bukan free tau! Mahal. Dia boleh saman kita kalau dia nak, kalau kantoi kita memang nak pedajalkan dia. Rudy mengingatkan.

83

Kupercaya Ada Cinta

Fakhri buat muka selamba. Wajah Rudy dipandang sekejap. Relakslah bro, kau ingat dia tu tahu ke pasal bajubaju vogue ni? Aku cakaplah baju jenis yang macam ni aje yang sesuai dengan tubuh dan gaya dia. Confirm dia percaya punyalah, jelas Fakhri, sedikit pun tiada perasaan serba salah. Rudy membuat mimik muka bosan. Matanya menjeling ke atas sekejap. Malas dia untuk terus membahaskan pasal hal itu. By the way, aku nak tanya kau. Kenapa kau benci sangat pada perempuan tu, ek? Kau gelar dia nenek kebayan. Kau ada masalah ke dengan perempuan tu? tanya Rudy, inginkan kepastian. Rudy hairan, mengapa rakannya itu terlalu menyampah dengan pelanggannya yang seorang itu. Dari pemerhatiannya, tidak nampak pun berlakunya tragedi masam muka semasa perbincangan dibuat antara mereka dan pelanggannya itu seminggu yang lalu. Masakan Fakhri seolah-olah benar-benar benci dan meluat dengan pelanggannya itu? Kenapalah mamat ni tanya aku soalan ni time-time macam ni? Apa aku nak jawab ni? Desis Fakhri di dalam hati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

84

Rudi Hirdy

Bab 9
AZZ pasrah dengan apa yang Rudy tempek di mukanya. Semangatnya untuk ke majlis reunion itu langsung tiada. Dia setuju datang pun atas desakan dan pujukan Fuad yang tidak putus-putus selama seminggu ini. Ikutkan hati, dia lebih rela duduk di rumah memeriksa tugasan pelajar-pelajarnya. Sejak semalam dia sudah sampai ke Batu Pahat. Malam tadi dia bermalam di Hotel Katerina. Pagi tadi, Rudy bersama pembantunya telah sampai dari Seremban untuk menyolekkannya. Dia reda apa sahaja gaya solekan yang ingin dicoretkan oleh Rudy pada wajahnya. Dia menyerahkan sepenuh kepercayaannya kepada Rudy untuk membuat perubahan pada wajahnya melalui teknik solekannya. Rudy berasa hairan melihat wajah pelanggannya itu. Sejak dia mula membuat solekan pada wajah pelanggannya itu sejam yang lalu, tiada walaupun secalit senyuman yang terukir di sebalik bibir tipis itu. Sugul. Tidak terserlah keseriannya.

85

Kupercaya Ada Cinta

Kenapa saya tengok dari tadi Cik Hazz macam tak ada mood aje? Monyok. Rudy memberanikan diri menanya. Sudah lebih satu jam dia menyolekkan wajah pelanggannya itu, satu perkataan pun tidak terkeluar dari mulut wanita itu. Pembantunya yang sedang menyikat rambut palsu di tangan, dipandang sekilas. Masing-masing menaikkan kening. Tak ada apa-apalah. Hazz malas untuk berbicara dengan lebih lanjut. Lagipun apa sahajalah yang boleh dia bicarakan dengan jurusoleknya itu? Lama lagi ke? tanya Hazz mengalih topik. Lagi dua jam siaplah, jawab Rudy selamba sambil meratakan struktur foundation yang sudah serata di wajah pelanggannya itu. Hah? Mata Hazz yang tadi tertutup rapat, terbeliak tiba-tiba. Terkejut! Lagi dua jam? Lamanya? Kenapa lama sangat? tanya Hazz dengan nada separa tinggi. Rudy turut terkejut dengan perubahan mood pelanggannya itu. Dalam sekelip mata wajah sugul tadi hilang. Terus digantikan dengan wajah bengis. Betullah, dia ni macam nenek kebayan. Naik angin tak tentu pasal! desis Rudy di dalam hati. Nak cantik mestilah makan masa lama sikit. Paling sekejap pun saya mekapkan orang dua jam. Itu pun mekap paling simple. Disebabkan Cik Hazz nak nampak cantik malam ni, saya guna teknik paling lama untuk menyolek wajah Cik Hazz. Saya gerenti, malam ni, Cik Hazz adalah orang yang paling cantik kat majlis tu, jawab Rudy memberi

86

Rudi Hirdy

jaminan. Dia sudah mahir dalam menyolek orang. Setakat nak make overkan wajah nenek kebayan ni, tak ada hallah! Hazz akur. Kembali memejamkan mata. Soleklah macam mana pun. Janji siap sebelum majlis tu mula. Okey, jawab Rudy sepatah. Pembantunya dipandang sekilas lalu mereka berdua tergelak bersama. Namun nadanya ditahan-tahan agar tidak dapat dikesan oleh pelanggannya itu. By the way, baju saya dah siap? Saya tak nampak pun apa-apa baju dari tadi? tanya Hazz tiba-tiba. Sesampai sahaja Rudy tadi, dia tidak nampak pun wajah Fakhri merangkap juru imej pakaiannya. Rudy memandang lagi wajah pembantunya. Senyuman masing-masing pudar serta-merta. Apa aku nak jawab ni? Fakhri ni pun satu. Aku dah cakap datang sini awal. Nak juga sampai sini last minutes. Tak pasal-pasal aku yang gagau nak kena jawab soalan cepumas ni. Siotlah dia ni...! Aaa Fakhri masih dalam. Rudy tergagapgagap ingin menjawab. Tuk! Tuk! Tiba-tiba pintu bilik hotel itu diketuk dari luar. Serentak Rudy dan pembantunya menoleh ke arah pintu. Saya rasa, Fakhri dah sampai tu dengan baju dia sekali. Pantas sahaja Rudy melarikan topik. Entahkan betul, entahkan tidak yang mengetuk pintu itu adalah Fakhri. Kalau pelayan hotel yang ketuk macam mana? Apa aku nak putar belit cerita pada perempuan ni? bisik hati Rudy, bimbang.

87

Kupercaya Ada Cinta

Hazz akur. Mujurlah Hazz tidak membuka kelopak matanya. Jika tidak, pasti Rudy dan pembantunya terpaksa berlakon. Berry, tolong tengok siapa kat luar tu? Rasanya Fakhri dah sampai tu, arah Rudy pada pembantunya. Di dalam hatinya dia berharap agar insan yang ada di luar bilik hotel itu adalah Fakhri. Pembantunya yang bernama timangan Berry itu angguk akur lalu melangkah ke pintu. Perlahan-lahan pintu bilik hotel itu dibuka. Rudy yang sedang menyolekkan wajah Hazz berhenti menyolek. Hatinya berdebar ingin melihat siapa tetamu yang bertandang itu.

DATIN ZAWIYAH melangkah menuju ke meja setiausaha Datuk Sri Haizal. Dia ada temu janji dengan ahli korporat itu petang ini. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Bukan hal yang berkaitan dengan perniagaan, tetapi peribadi yang lebih ke arah kekeluargaan. Datuk Sri ada kat office? tanya Datin Zawiyah sambil pandangannya tajam memandang setiausaha Datuk Sri Haizal yang sedang khusyuk menaip sesuatu pada papan kekunci komputernya. Cepat-cepat wanita muda itu bangun dari duduk. Datuk Sri ada di dalam office. Sedang menanti Datin, jawab wanita yang merangkap setiausaha kepada Datuk Sri Haizal itu dengan penuh sopan dan susila. Tanpa mengucapkan terima kasih, pantas sahaja Datin Zawiyah melangkah masuk ke dalam pejabat yang

88

Rudi Hirdy

tertera nama Datuk Sri Haizal di pintunya dengan huruf berwarna emas dan berlatarbelakangkan warna hitam. Angkuh sekali gayanya. Pintu diketuk beberapa kali lalu tombol pintu diputar. Eh, Datin Zawiyah. Sampai juga you kat office I ni, sambut Datuk Sri Haizal lalu bangun dari duduk. Tangan dihulur untuk bersalaman. Datin Zawiyah mengukir senyuman paling manis pada rakan baik suaminya itu. Datuk Sri Haizal dan suaminya telah berkawan baik sejak di universiti lagi. Masing-masing belajar di dalam jurusan yang sama. Sehingga kini, Datuk Sri Haizal dan suaminya telah memiliki syarikat perhotelan yang semakin gah di negara ini. Tetapi nasib lebih menyebelahi Datuk Sri Haizal. Lelaki itu tidak memfokuskan perniagaannya hanya pada perhotelan sahaja. Sejak tiga tahun yang lalu, lelaki bermisai tebal itu sudah memiliki sebuah syarikat produk kecantikan sendiri di bawah label syarikatnya. Berbanding suaminya yang hanya fokus pada perniagaan hotel sahaja. Maaf kalau saya buat Datuk Sri menunggu, pohon Datin Zawiyah bermanis kata. Salaman terlerai. Tak adalah. Saya memang tak ada temu janji petang ni. Disebabkan Datin dah awal-awal buat temu janji, jadi saya dah luangkan masa petang ni khas untuk Datin aje, balas Datuk Sri Haizal ramah. Datin Zawiyah hanya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih di atas budi baik Datuk Sri Haizal itu. Kita duduk di sofalah ya? Selesa sikit nak berborak, usul Datuk Sri Haizal.

89

Kupercaya Ada Cinta

Datin nak minum apa-apa? Kalau nak kopi atau teh, I boleh suruh secretary I buatkan? pelawa Datuk Sri Haizal lagi selepas masing-masing sudah selesa duduk di sofa. Isy, tak apalah. I baru aje minum tadi. Datin Zawiyah menolak dengan baik. Dia bertandang ke pejabat mewah ini bukan untuk duduk berborak kosong sambil minum. Tetapi, ada sesuatu yang penting ingin dibincangkan. Datuk Sri Haizal angguk akur. Datuk macam mana? Dah sembuh demamnya? Datuk Sri Haizal menukar topik. Syukur alhamdulillah, dia dah semakin sembuh. Maklumlah, dah dapat jumpa semua anaknya. Sembuhlah demamnya tu, jawab Datin Zawiyah jujur. Ini kiranya demam rindukan anaklah, ye? usik Datuk Sri Haizal lalu masing-masing terburai ketawa. Macam mana dengan anak Datuk Sri tu? Dah ada kekasih ke? Datin Zawiyah terus mencelah masuk ke topik utama mengapa dia bertemu dengan lelaki korporat berjaya itu. Tawa Datuk Sri Haizal reda tiba-tiba selepas mendengar pertanyaan Datin Zawiyah itu. Anak saya baru dua puluh dua tahun, Datin. Muda lagi untuk ada kekasih. Datin ni pun kalau nak bergurau, agak-agaklah. Datuk Sri Haizal menyambung tawanya. Pertanyaan Datin Zawiyah itu dianggap kurang sesuai. Masakan anaknya yang baru berusia dua puluh dua tahun sudah mempunyai kekasih? Hek eleh orang tua ni. Boleh dia buat lawak antarabangsa kat sini. Buat-buat tak tahu ke atau memang

90

Rudi Hirdy

dah nyanyuk? desis hati Datin Zawiyah sambil mengukir senyuman plastik. Maksud saya bukan anak Datuk Sri yang bongsu tu, tapi anak sulung Datuk Sri tu, jelas Datin Zawiyah selepas tawa masing-masing reda. Tawa Datuk Sri Haizal tiba-tiba kaku dan bertukar senyuman paksa selepas mendengar penjelasan Datin Zawiyah itu. Perlukah dia meneruskan isu ini?

NASIB baik kau datang cepat, kalau tak naya jugak aku nak kena menjawab segala soalan nenek kebayan kau tu. Bila dia dah ungkit pasal isu baju, aku dah cuak dah. Takut kau pedajalkan dia. Tak hantar baju dia hari ni, bisik Rudy selepas Fakhri melangkah masuk ke dalam bilik hotel itu. Fakhri tersengih sumbing dengan baju yang sudah siap dijahit tersangkut pada tangannya. Relakslah bro, kau ingat aku sezalim tu ke? Dia dah bayar kita, takkan aku nak buat hal. Kalau aku nak pedajalkan dia, aku tak buat sekali gus. Aku akan buat satu per satu, balas Fakhri sambil menyangkut baju rekaannya yang masih berbungkus plastik di kepala sofa. Rudy menjeling ke atas tanda malas untuk memanjangkan isu baju itu. Dia menyambung semula solekannya yang masih belum siap tadi. Okeylah Cik Hazz, baju untuk majlis malam ni I letak kat sofa ni, ya? Pastikan sejam sebelum majlis tu bermula you kena sarung dulu baju ni pada tubuh you. Kalau pakai last minute takut tak sempat nak alter apa-apa kalau baju ni terkecik atau terbesar, beritahu Fakhri sekadar

91

Kupercaya Ada Cinta

mengingatkan. Hatinya begitu menyampah untuk menatap wajah nenek kebayan yang masih tidak siap lagi make upnya itu. Eh, bukan ke hari tu you dah ambil ukuran badan I? Kenapa perlu ada masalah macam ni lagi? I tak kira, I tahu baju tu kena sama saiz dengan badan I. I tak nak ada pengubahsuaian lagi. Hazz bersuara tanpa membuka matanya. Rudy yang terkejut dengan kata-kata itu mengerling ke arah Fakhri sambil mencebikkan bibirnya. Habislah kau Fakhri! Aku dah cakap dah, kena buat betul-betul ikut ukuran badan dia. Kau tak mahu dengar. Buatnya nenek kebayan ni naik angin, tak pasal-pasal aku kena sekali, gumam Rudy di dalam hati. Nobody is perfect, Cik Hazz. In case ada salah jahit, boleh juga alter. Kalau Cik Hazz tak nak, tak apa. I kata kalau. Tapi Cik Hazz jangan risau. Setakat ni I dah banyak design baju untuk orang. Dari yang sebesar gajah hinggalah yang sekurus lidi, I pernah buatkan. Semua sama saiz. Tak tahulah kalau nenek kebayan pakai baju ni tak muat atau terbesar. Sah-sah badan tu dah terkecut atau terkembang. Fakhri memulangkan semula buah keras. Hazz membuka matanya. Wajah Fakhri direnung sinis. Bencinya!!! Dia kenakan aku.... Tak apa, aku sabar. Ada peluang nanti aku akan kenakan kau balik, hati Hazz bersumpah. Okeylah, kalau ada apa-apa yang tak kena dengan baju ni, you call I ajelah ye? Kalau you malas nak call I, you boleh suruh best friend I ni call I, okey? Bye, beritahu Fakhri sambil menunjuk ke arah Rudy. Fakhri, kau nak ke mana? tanya Rudy selepas

92

Rudi Hirdy

melihat Fakhri mula menyusun langkah untuk meninggalkan bilik hotel itu. My special friend dah tunggu kat lobi. Aku datang ni pun sebab nak hantar baju ni aje. Lepas majlis malam ni, aku rush balik Seremban. Ikutkan hati malas aku nak teman nenek kebayan ni. Tapi kerja punya pasal aku buat jugak, jawab Fakhri. Dia menjeling pada Hazz. Sempat lagi dia menyindir. Isy! mulut kau kalau nak cakap pun bertapislah sikit. Buatnya dia dengar, naya kita, bisik Rudy pada Fakhri. Who cares? Lantak pilah, balas Fakhri lalu menyusun langkah meninggalkan bilik itu. Malam ni pukul lapan kita jumpa terus kat Katerina Hall, okey? pesan Fakhri lalu menutup daun pintu. Cilakak punya jantan. Dia sindir aku! Dia ingat aku ni pekak badak ke? Berbisik dah macam bercakap dalam kelambu tapi guna mikrofon. Tak apa, kau ngumpat aku, kan? Kau tengoklah bila tiba masanya nanti. Aku akan balas balik. Hazz bertekad untuk membalas balik sindiran Fakhri tadi.

93

Kupercaya Ada Cinta

Bab 10
UAD tidak henti-henti melihat jam di pergelangan tangannya sedari tadi. Matanya pula terus memandang ke arah pintu masuk Katerina Hall itu. Insan yang dinanti-nantikan sedari tadi masih belum muncul lagi. Lagu instrumental menjadi latar bunyi di dalam dewan itu sementara menunggu tetamu-tetamu jemputan yang lain tiba. Hanya tinggal lima minit sahaja lagi sebelum majlis reunion itu akan bermula. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar lalu nombor telefon Hazz ditekan. Belum sempat talian disambungkan, tiba-tiba satu dewan tertumpu pada pintu masuk dewan itu. Fuad menjadi hairan. Lambat-lambat dia melarikan anak matanya ke arah yang sama. Fuad terpaku. Apa yang sedang dilihatnya ketika ini benar-benar mengejutkan. Hazz? Terbutir nama itu di hujung bibirnya. Dalam masa yang sama terdetik juga rasa kasihan. Hazz terasa janggal dipandang sedemikian. Bingkai

94

Rudi Hirdy

cermin matanya yang tersangkut pada batang hidungnya dibetulkan. Dia mencari-cari kelibat Fuad. Dari jauh dia dapat melihat Fuad sedang melambai-lambai ke arahnya. Segera dia menyusun langkah menghampiri sahabat baiknya itu. Dalam langkahnya menghampiri Fuad, dia perasan semua mata di sekelilingnya terus tertumpu padanya. Tidak kurang juga ada yang berbisik sesama sendiri. Fuad terpaku. Dipandangnya Hazz atas bawah berulang kali. Terkejut dengan apa yang sedang dilihatnya ketika ini. Nok, siapa design baju kau ni? tanya Fuad beria. Hazz mengukir senyuman. Hatinya senang bila ditanya soalan sebegitu. Pasti baju yang dipakainya itu sudah menambat hati Fuad. Tidak sia-sia dia mengupah lelaki poyo itu menjadi pereka bajunya. Belum sempat dia menjawab pertanyaan Fuad itu, tiba-tiba salah seorang rakannya semasa di universiti dulu datang menyapanya, Hai Hazz, cantik baju you, puji rakannya itu sambil menjeling atas bawah tubuh Hazz. Kemudian dia tergelak sinis lalu melangkah meninggalkan Hazz dan Fuad di situ. Terima kasih, ucap Hazz senang hati sambil tersenyum lebar. Meh ikut aku kejap, kata Fuad sambil menarik tangan Hazz lalu membawa kawan baiknya itu ke suatu sudut yang agak jauh dari orang ramai. Kenapa dengan kau ni, Fuad? tanya Hazz, hairan dengan perubahan sikap Fuad itu. Siapa yang design baju kau ni? Cuba kau bagitau aku? ulang Fuad bersungguh-sungguh.

95

Kupercaya Ada Cinta

Siapa lagi kalau bukan kawan kau tu, jawab Hazz jujur sambil memandang pakaian yang sedang tersarung di tubuhnya ketika ini. Maksud kau... Rudy? Fuad ingin kepastian. Hazz angguk. Bukan ke kawan aku tu cuma jurusolek aje? Fuad masih tidak dapat menerima jawapan Hazz itu. Yelah, yang design baju ni kawan dia. Bukan dia. Dia yang carikan pereka pakaian untuk aku, jelas Hazz hal yang sebenar. What? Kau tahu tak, baju ni Dahlah! Malaslah aku nak ungkit pasal pereka baju ni. Tension kepala otak aku. Jomlah kita ke sana. Lantak pilah dengan baju ni. Yang penting aku pakai baju, pintas Hazz sambil menarik tangan Fuad ke ruang tengah dewan itu. Dewan mula gempita bila muzik rancak dimainkan. Majlis reunion itu sudah dimulakan. Ramai rakan seuniversiti mereka dulu hadir ke majlis itu. Pelbagai gaya pakaian mereka gayakan, mengikut kerjaya masing-masing. Rata-rata semuanya kelihatan sudah berjaya. Dalam keasyikan masing-masing menghayati muzik rancak, tiba-tiba semua yang ada di dalam dewan itu tertumpu ke arah pintu masuk dewan. Hazz berasa hairan bila ramai yang memandang ke arah pintu masuk dewan itu. Dengan perasaan ingin tahu dia menoleh ke arah yang sama. Selepas bola matanya tertancap pada muka pintu, serta-merta mulutnya terlopong. Matanya terbuntang. Terkejut dengan apa yang sedang dilihatnya ketika ini. Eh, Fuad. Bukan ke kau kata dia tak datang malam

96

Rudi Hirdy

ni? tanya Hazz dengan dahi berkerut seribu pada Fuad yang turut kelihatan terkejut. Manalah aku tahu, nok. Dia sendiri kata pada aku dia tak dapat nak datang ke majlis ni. Tup-tup dia muncul. Mana aku tahu? jawab Fuad dengan pertanyaan. Hazz tidak membalas, sebaliknya terus merenung insan yang menjadi kerinduannya dari jauh. Terubat sedikit rasa kerinduannya sebelum ini kepada insan itu yang sedang leka melayan seorang rakan lelakinya. Amboi! Bukan main lama kau tenung dia? Lepaskan rindu ke? usik Fuad sambil tersenyum meleret. Hazz tersipu malu diusik sedemikian. Hisy... mana ada. Okeylah, kini tiba masanya untuk mengumumkan penerima anugerah pakaian tercantik dan pakaian terburuk untuk tetamu-tetamu undangan khas majlis reunion kali ini. Tiba-tiba suara pengacara majlis di atas pentas meminta perhatian. Semua yang ada di dalam dewan itu tertumpu pada pentas utama, termasuk Hazz. Tetapi, di dalam dewan ini, dia hanya rapat dengan Fuad sahaja. Yang lain-lainnya sekadar kenal begitu-begitu sahaja. Kerana di universiti dulu, dia lebih rapat dengan Fuad sahaja. Jadi, dia tidak punya ramai kawan di majlis ini. Dia terus bertahan berada di majlis ini pun disebabkan kemunculan Zaidib yang secara tiba-tiba itu. Jika tidak, sudah sedari tadi dia angkat kaki. Bosan! Majlis begini memang tidak kena langsung dengan jiwanya. Walaupun Zaidib sudah berada di hadapan mata, dia tidak berani untuk menegur. Zaidib sudah tidak seramah dulu dengannya. Jika di universiti dulu, lelaki itu sering

97

Kupercaya Ada Cinta

menegurnya dan menjadi pengisi kesunyian jiwa. Tetapi malam ini, lelaki itu seolah-olah tidak pernah mengenalinya langsung. Apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga lelaki itu berubah sedemikian? Okeylah, sebelum kita mengumumkan pakaian tercantik, kita umumkan pakaian terburuk terlebih dahulu. Suara pengacara di atas pentas terus meraih perhatian. Masing-masing berdebar menanti keputusan. Entah mengapa anugerah pakaian terburuk diwujudkan. Mahu tak mahu, masing-masing kena terima. Apa yang pasti, anugerah ini diwujudkan sekadar ingin mengisi slot sahaja. Masing-masing terus berdebar. Takut jika pakaian yang dipakai bakal menerima anugerah yang dianggap menghina itu. Siapa yang meraih anugerah ini, hadiahnya adalah kita ramai-ramai gelakkan dia dengan menyebut booo... terang pengacara majlis lagi. Fuad di sebelah Hazz sudah memandang kawan baiknya itu berkali-kali. Dia adalah salah seorang AJK untuk majlis ini. Semasa proses pengundian tadi, dia telah mengira jumlah undian dari mereka yang ada di dalam dewan ini. Dan dia sudah tahu apa keputusannya. Dia berharap tiada yang berkecil hati dengan keputusan yang akan dibaca nanti. Nok, ingat tau, anugerah ni diwujudkan hanya untuk suka-suka, jelas Fuad tiba-tiba walaupun tanpa ditanya. Hazz berasa pelik. Wajah kawannya itu direnung dengan wajah yang berkerut. Kenapa kau cakap macam tu? Aku ke yang akan terima anugerah pakaian terburuk tu? Aku rasa tak! Beribu aku tempah baju ni, takkan boleh dapat gelaran pakaian

98

Rudi Hirdy

terburuk kut? Hazz menyangkal kata-kata peringatan Fuad tadi. Fuad kehilangan kata-kata. Wajah kawannya itu dipandang lama lalu dia menundukkan wajahnya. Dia mula diselubungi rasa serba salah. Nok, aku nak ke toilet kejap ek? pinta Fuad lemah. Dia tidak sanggup untuk melihat apa yang bakal berlaku sebentar nanti. Hazz pula terus fokus pada pengacara majlis. Okeylah, apakah anda sudah bersedia untuk mengetahui siapa yang akan menyandang pakaian terburuk malam ini? tanya pengacara majlis pada audiens. Nak!!! Serentak mereka yang ada di dalam dewan itu menjawab. Baiklah, penyandang anugerah pakaian terburuk malam ini adalah. Dewan serta-merta bertukar senyap. Masing-masing menanti keputusan yang akan dibacakan oleh pengacara majlis. Dengan mendapat undian tertinggi. Pemenang anugerah pakaian terburuk malam ini disandang oleh Hazz!!! jerit pengacara sekuat hati. Serentak semuanya menjerit: Booo! ke arah Hazz. Hazz terpempan bila lampu spotlight tertumpu ke arahnya. Dia menelan liurnya. Semua mata yang ada di dalam dewan itu tertumpu ke arahnya sambil mengejek dan mentertawakannya. Tidak ketinggalan Zaidib juga turut tertawa. Wajah Hazz memerah. Dengan perasaan malu, marah, kecewa dan terkilan, dia terus melangkah

99

Kupercaya Ada Cinta

meninggalkan dewan itu. Semua yang ada di dalam dewan itu masih mentertawakannya. Hati Hazz remuk bagaikan dihentak ke permukaan yang keras lalu berkecai dan berderai. Tidak menyangka dia yang akan menyandang anugerah itu. Tanpa menghiraukan yang lain, langkah terus disusun laju menuju ke arah pintu utama dewan itu. Tawaan mengejeknya masih kedengaran dari dalam dewan. Dari jauh Zaidib hanya mampu memandang Hazz dengan perasaan serba salah. Dia tidak berbuat apa-apa. Melangkah sahaja keluar dari dewan itu, Hazz terpandang Fakhri yang sedang berdiri menyandar pada dinding sambil bersimpul tangan pada dadanya. Bibirnya pula sedang mengukir senyuman mengejek. Senyuman puas Fakhri bila dapat mengenakan si nenek kebayan itu tadi kaku tiba-tiba bila dia direnung tajam penuh kebencian dan dendam oleh pelanggannya itu. Dalam beberapa saat kelopak mata pelanggannya itu mula menakung air mata lalu empangan air itu terus pecah dan melimpahkan air jernih membasahi pipinya. Dengan perlahan Hazz mengesat air matanya yang mengalir membasahi pipinya ketika ini. Tiada gunanya lagi dia menengking dan memaki hamun pereka fesyennya itu. Semuanya sudah berlaku. Dengan perasaan bengang yang berbaur rasa sedih dan kecewa, dia terus melangkah ke lobi. Fakhri terkejut melihat air mata wanita yang digelar nenek kebayan itu mengalir di pipi. Tiba-tiba dia mula diselubungi rasa serba salah.

100

Rudi Hirdy

FAKHRI melangkah lemah menuju ke biliknya. Niatnya untuk pulang terus ke Seremban malam ini terpaksa dibatalkan. Malam dirasakan sudah terlalu lewat. Jadi, dia mengambil keputusan untuk bermalam di sini sahaja. Butang tiga segi ditekan. Beberapa saat kemudian pintu lif terbuka perlahanlahan. Tiada sesiapa selainnya. Pintu lif tertutup semula selepas butang nombor empat ditekan. Selepas kejadian tadi, jiwanya tidak tenang. Sebaliknya terus diselubungi oleh satu perasaan yang amat memilukan. Dia berasa serba salah atas apa yang telah berlaku. Walaupun sakit hatinya sudah terbalas, tetapi kepuasan tidak mencuit perasaannya. Apa aku dah buat ni? Aku tak sangka perkara macam ni boleh berlaku. Aku tak sangka majlis tu ada anugerah yang mengaibkan macam tu, Fakhri mendesah di dalam hati. Rambutnya yang tidak gatal digaru kasar. Ting! Pintu lif terbuka perlahan. Dia melangkah keluar dari dalam lif. Belum sempat dia melangkah jauh, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Panggilan itu segera dijawab. Helo. Dia menyapa dulu selepas talian disambungkan. Diam. Maaf Honey, I tak dapat balik malam ni. Majlis tadi habis lambat, jelasnya lemah. Diam. Dia mengangguk akur dengan apa yang diberitahu dari sebelah sana. Maafkan I sekali lagi ya? pohon Fakhri serba salah. Diam lagi. Okay bye, love you too, ucap Fakhri lalu

101

Kupercaya Ada Cinta

panggilan ditamatkan. Tiada rasa berbunga tika berbual dengan buah hatinya itu. Apa yang dilihatnya di luar Katerina Hall tadi masih segar di hadapan matanya ketika ini. Air mata yang menitis perlahan membasahi pipi nenek kebayan itu benar-benar membuat jiwanya rasa tidak selesa. Serba salah dengan apa yang telah dia lakukan kepada wanita itu. Dia tidak menyangka, begitu teruk sekali nenek kebayan itu terkena. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik hotelnya, kunci lekas dipacu pada tombol pintu. Bila daun pintu dibuka, Fakhri melangkah masuk dengan lemah. Tubuh dihempas ke atas katil tanpa menghidupkan suis lampu. Apa aku dah buat ni? Terlalu zalimkah aku? Aku tak sangka benda ni terjadi begitu teruk sekali. Apa perasaan dia sekarang? Kalau aku berada di tempat dia, pasti aku tak boleh terima keadaan tu. Apa yang harus aku buat sekarang? Nak kena mintak maaf pada dia ke? Fakhri membebel di dalam hati. Macam mana kalau tekaan Rudy betul? Dia saman aku? Tak ke naya aku? Kalau dia saman aku RM10,000.00, mungkin aku boleh bayar lagi. Tapi kalau dia saman aku RM1,000,000.00, mana aku nak cekau duit sebanyak tu? Alamak! Apa aku dah buat ni? Apa yang perlu aku buat sekarang? Takkan aku nak mintak maaf pulak pada nenek kebayan tu? hati Fakhri berkira-kira. Kalau aku mintak maaf pada dia, confirm ke dia akan pedajalkan aku balik? Mesti dia ingat aku dah surrender. Tak! Aku tak boleh mintak maaf pada dia. Dia dah langgar kereta aku, pijak baju aku. So, setimpallah balasan yang dia dapat malam ni. Tapi. Fakhri masih diselubungi perasaan serba salah.

102

Rudi Hirdy

Walaupun hatinya sedaya upaya menyebelahi egois lelakinya, tetapi rasa bersalahnya masih tetap bermaharajalela di segenap jiwanya. Dia kebingungan. Apa yang perlu dia buat sekarang? Meminta maaf atau membiarkan sahaja?

TUBUHNYA dihempas ke atas tilam. Air matanya yang sedari tadi menitis dibiarkan terus membasahi pipinya. Apa yang berlaku di dewan tadi benar-benar telah menyiat segenggam hatinya. Kenapa aku perlu lalui situasi macam ni? Aku tahu aku salah padanya. Aku dibenci oleh dia. Tapi, itu tak bermakna dia berhak memalukan aku sebegini rupa! Besar sangat ke dosa aku pada dia? Sampai begini dia memalukan aku di depan kawan-kawan aku sendiri. Aku benci situasi macam ni.... Hazz merintih sendirian di dalam hati. Kenapalah dia diperlakukan sedemikian rupa? Dia dimalukan di hadapan insan yang benar-benar dirindukannya sebelum ini. Patutlah dia dipandang persis makhluk asing di dalam dewan tadi. Sangkanya yang dia kelihatan menawan tadi benar-benar melencong. Rupa-rupanya dia tidak ubah seperti badut sarkas yang sedang beraksi untuk menggeletek hati penontonnya. Ikatan tocang pada rambutnya dibuka. Menyesal dia menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada jurusolek dan perunding imejnya si jantan poyo itu. Ternyata dendam lelaki tidak guna itu telah terbalas. Air mata yang terus merembes membasahi pipinya dikesat berkali-kali. Segala solekan yang masih melekat di mukanya dikesat kasar. Menyesal dia bekerjasama dengan lelaki-lelaki tidak guna itu.

103

Kupercaya Ada Cinta

Tak apa... hari ni hari kau. Kau malukan aku depan kawan-kawan lama aku. Esok aku akan pastikan hari aku pulak. Aku akan buat kau terbeliak biji mata. Fuad akan jadi saksi aku. Walaupun dia tidak tahu apa-apa, dia boleh aku bayar untuk menjadi saksi aku, gumam hati Hazz. Tuk! Tuk! Bunyi ketukan pintu memadam lamunan Hazz. Air matanya segera dikesat sehingga kering. Siapa pulaklah yang datang time aku nak meleleh air mata ni? Kacau aku nak tangkap lentok aje. Bagilah aku ruang untuk bersedih.... Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke muka pintu bilik hotelnya. Diintai tetamunya melalui lubang pada daun pintu. Tetamunya sedang berdiri membelakangi pintu. Siapa pulak lelaki ni? Perlu ke aku bukak pintu? Dengan teragak-agak, Hazz memutar tombol pintu. Tetamunya diintai dengan perasaan curiga. Ya encik, nak cari siapa? Tetamunya itu perlahan-lahan menoleh. Terbeliak bebola mata Hazz memandang insan yang sedang berdiri di hadapannya ketika ini.

104

No. ISBN:- 978-967-5067-44-0 Jumlah muka surat:- 656 Harga Runcit:- S/M: RM20, S/S: RM23 Harga Ahli:- S/M: RM16, S/S: RM19 Sinopsis:Hazz, seorang wanita yang agak terkebelakang dalam berfesyen digelar sebagai wanita sihir oleh pelajarpelajarnya kerana ketegasan dan kegarangannya ketika mengajar di kolej. Pola hidupnya mula berubah apabila pertembungannya dengan Fakhri membuahkan dendam di dalam diri masing-masing hingga menyebabkan Fakhri terpaksa menjadi hamba tebusannya. Fakhri yang bekerja sebagai pereka fesyen dikehendaki merubah imej dan penampilan Hazz dalam tempoh enam bulan, sebagai galang ganti saman malu yang dikemukakan oleh Hazz terhadapnya. Dalam masa yang sama, papa Hazz cuba menjodohkan Hazz dengan Razzlan, anak kenalan lamanya.

Namun, Razzlan sudah punya kekasih gelapnya Gabriel. Pada Cicakmen, Hazz meluahkan ketidakpuasannya kerana hanya Cicakmen yang memahami dirinya walaupun mereka sering bersembang di alam maya. Pada Witch, Razzlan meluahkan kebimbangan tentang jalan hidup yang telah dipilihnya kerana Witch sering membuatkannya tertawa dan melupakan keresahan yang melanda jiwa. Hanya Witch satu-satunya sahabat yang memahami walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Alam siberlah nadi penghubung mereka berdua. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta Hazz? Siapakah jodohnya? Razzlan? Fakhri? Atau Zaidib, pujaan hati Hazz secara diam-diam itu? Kadangkala kebetulan itu satu titik permulaan yang indah. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KUPERCAYA ADA CINTA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Mandi Pagi
    Mandi Pagi
    Dokumen93 halaman
    Mandi Pagi
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • LVD
    LVD
    Dokumen149 halaman
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Usd
    Usd
    Dokumen150 halaman
    Usd
    kelabk
    50% (2)
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Dokumen95 halaman
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KSJ
    KSJ
    Dokumen99 halaman
    KSJ
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • NLBB
    NLBB
    Dokumen106 halaman
    NLBB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • SKAN
    SKAN
    Dokumen104 halaman
    SKAN
    kelabk
    Belum ada peringkat