Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENDAHULUAN

Pengertian Etika

Etika berasal dari Bahasa Yunani, iaitu Ethos yang menurut Araskar dan David
(1978) berarti kebiasaan atau standard yang diharapkan dan kriteria tertentu untuk
suatu Tindakan. Penggunaan istilah etika sekarang ini banyak dikenali sebagai
motif atau dorongan yanfg mempengaruhi perilaku.

Etika adalah kod perilaku yang memperlihatkan perbuatan yang baik bagi kelompok
tertentu. Etika juga merupakan peraturan dan prinsip bagi perbuatan yang benar.
Etika berhubungan dengan hal yang baik dan hal yang buruk.

Etika adalah peraturan atau norma yang dapat digunakan sebagai acuan bagi
perilaku seseorang yang berkaitan tindakan yang baik dan buruk yang dilakukan
seseorang.

Etika Pemakaian

Mencari gaya peribadi bukan hal yang mudah untuk setiap orang. Namun begitu,
jika kita menemukannya, kita akan menyedari bahawa melalui pemakaian, kita
boleh mengekspresikan diri kita.

Tanpa sedar banyak hal diluar sana yang dapat mempengaruhi cara kita
berpakaian dan bergaya. Percaya atau tidak, gaya personal seseorang dapat
mengubah perspektif seseorang.

Manusia memerlukan pakaian untuk memenuhi keperluan hidup. Pakaian dapat


memberikan keindahan,perlidungan dari penyakit, keselesaan dan perspektif
seseorang. Tanpa pakaian boleh mengakibat seseorang dikatakan gila.

Oleh itu, dalam berpakaian seharusnya kita memerhatikan etika dalam berpakaian.
Dalam penertian paling umum, pakaian ditakrifkan sebagai penutup anggota badan.
Kita memakai pakaian bukan sahaja untuk melindungi aurat kita ia juga melindungi
kita daripada anasir persekitaran. Sebagai Penjawat Awam kita tertakluk kepada
Garis Panduan dan Etika Berpakaian.

Anda mungkin juga menyukai