Anda di halaman 1dari 1

Klinik Bahasa Melayu

UPSR
Laman utama ▼

Rabu, 24 Jun 2009

Menulis Karangan Berita 1


BERITA

Pengenalan

• Perlu memahami kehendak soalan secara


menyeluruh.

• Semasa menulis karangan berita,anda harus


mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di
mana?, dan Mengapa?

• Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan,


manakala isi berita yang kurang penting
dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita


haruslah mudah dan padat.elakan daripada
menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan .


Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama
dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan
diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama
tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum
memulakan perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita


boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan
wawancara

• Semasa menulis karangan berita,anda harus


mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di
mana, mengapa, dan bagaimana .

Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi
tema atau inti berita.
Memberi maklumat utama kepada keseluruhan
berita.

Bila ?
Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan
jelas.
Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu
peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

Di mana ?
Menerangkan nama tempat di mana berlakunya
sesuatu peristiwa.
Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak
diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis
dengan penuh.

Siapa ?
Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu
mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan
penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa
perlu ada.
Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
Adakalanya umur juga perlu ditulis .

Mengapa ?
mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis
sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

Bagaimana?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan
perkembangan sesuatu peristiwa.

Soalan Perbincangan Minggu ini

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu telah


menganjurkan Seminar Pra UPSR untuk persediaan
murid tahun lima menghadapi UPSR. Kamu diminta
menulis berita tentang seminar tersebut untuk
dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

Panjang berita, mestilah tidak kurang daripada 80


patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan berita tersebut


dengan teliti. Garis maklumat-maklumat yang penting
supaya tidak melakukan kesilapan semasa membuat
rangka berita.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat


kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang
hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda
hendaklah seberapa ringkas. Apa yang penting anda
dapat memahaminya.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah
menulis karangan berita anda. Semasa mengarang ,
binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya
supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh berita di bawah ini.

SEMINAR UPSR
SEPANG, Ahad – Seramai 250 orang murid Sekolah
Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah
mengikuti Seminar UPSR yang dianjurkan oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Seminar yang pertama
kali diadakan ini mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid.

Menurut setiausah PIBG Encik Roosly bin Selamat,


tujuan program ini diadakan adalah untuk
mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara
belajar untuk persediaan menghadapai UPSR

Program ini diadakan di Camar Laut, Bagan Lalang


selama tiga hari iaitu pada 10 Jun 2009 hingga 12 Jun
2009. Peserta-peserta program terdiri daripada murid-
murid tahun enam.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini


kerana program ini telah memberikan saya banyak
pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para
penceramah yang berpengalaman,” kata adik Jamilah
Bidin salah seorang peserta program ini.

“Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan


berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru kerana menganjurkan program ini,”
kata Encik Bujang Ali yang ditemui pada hari penutup
program.

Seminar ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil


penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Bohairi bin
Yusof. Beliau menyeru para ibu bapa memberikan
sokongan padu untuk program-program yang dijangka
akan diadakan secara berterusan.

Langkah 4

• Selepas mengarang, anda hendaklah membaca


semula karangan . Betulkan semua kesalahan
tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur
ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.

• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk


menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek
seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan,
hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan
memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang
berulang.

Latihan minggu ini.

1. Satu kejadian kebakaran telah berlaku di tempat


kamu. Tulis berita tentang kejadian tersebut
selengkapnya.

2. Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku. Andaikan


anda pemberita sebuah akhbar tempatan.Tulis berita
tentang kejadian tanah runtuh tersebut selengkapnya.

3. Satu peristiwa yang tidak disangka-sangka telah


berlaku di sekolah kamu. Tuliskan berita mengenainya.

GLOSARI:

abai cuai, lalai, tidak atau sangat sedikit memberikan


perhatian kepada seseorang atau sesuatu, tidak
mengindahkan, mencuaikan, melalaikan, memandang
tidak penting, tidak menggunakan sesuatu
kesempatan,
kemudahan yang disediakan, membiarkan atau
melepaskan,
mensia-siakan peluang yang diberi
adun mencampurkan atau menggabungkan sesuatu
unsur dan
lain-lain dengan unsur yang lain.
baka keluarga yang menurunkan asal keturunan,
keluarga
yang menurunkan sifat-sifat keturunan turun temurun,
asal keturunan
cagar barang yang jadi taruhan apabila hutang, barang
yang digadaikan, cengkeram, bayaran pendahuluan
pendahuluan atau wang muka
cakup menangkap dengan mulut, membuka-buka
mulut
seperti mengambil udara, menyauk atau mencedok
dengan
tangan, meliputi atau merangkumi beberapa hal dan
sebagainya
dadak dengan tiba-tiba, dengan tidak disangka-sangka,
dengan serta-merta, sangat tiba-tiba atau serta merta
gamam tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut
dan lain-lain,
gelisah, ragu-ragu, tidak dapat berbuat apa-apa kerana
terpegun
halwa buah-buahan yang direndam dengan air gula
musnah binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak,
binasa
langsung, menghilangkan, melenyapkan dan
merosakkan

Contoh jawapan 1

PUCHONG 15 Jun. - Sebuah rumah telah musnah


dalam kebakaran di Kilometer 13, Jalan Pucong,
malam tadi. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan
dalam kejadian tersebut.

Pasukan lapan anggota bomba dan penyelamat dari


Balai Bomba Puchong telah berjaya mengawal
kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah yang
berhampiran.

Pemilik rumah itu Encik Iqbal Mohamada ketika ditemui


berkata, dia dan keluarganya berada di Puchong
kerana menghadiri jamuan makan malam di rumah
saudaranya.

Siasatan pihak bomba menunjukkan bahawa


kebakaran berpunca dari api lilin. Kenyataan ini diakui
oleh pemilik rumah Encik Iqbal Mohamad. Menurutnya
sebelum pergi, isterinya telah memasang lilin di runag
tamu kerana bekalan letrik telah terputus.

Yang Berhormat Adun Puchong yang turut berada di


tempat kejadian, menyeru orang ramai menghulurkan
derma bagi membantu mangsa. Menurut pemilik
rumah, kerugian dianggarkan RM 100 000.00.

Pihak bomba menginatkan orang ramai supaya lebih


berhati-hati apabila emasang lilin. Terutamanya apabila
berlaku terputus bekalan letrik.
hj. mohammad noor sanusi di 7:55 PG

16 ulasan:

Tanpa Nama 22 Ogos 2009 11:57 PG


kita tdk prlu ke utk tandatangan,nama,jawatan dan
sekolah?

-murid S.K.R.M.,Seksyen 4,Shah Alam Selangor


Balas

Tanpa Nama 9 Februari 2011 7:31 PTG


ayat yg bagus...
Balas

Tanpa Nama 22 April 2011 10:59 PG


KARANGAN YANG BEST
Balas

Tanpa Nama 19 Mac 2012 9:06 PTG


Bagus punye karangan derr!!!
Balas

Tanpa Nama 19 Mac 2012 9:09 PTG


Chelsea Chelsea.BOOO MANU
Balas

Alif 19 Mac 2012 9:44 PTG


Saya berpuas hati dengan karangan itu tetapi terdapat
beberapa kesalahan iaitu:
Ejaan Puchong pada perenggan pertama baris
kedua,perkataan pasukan lapan bomba yang
sepatutnya ditulis lapan pasukan bomba.Harap ini
membantu.

Murid Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat,darjah


6,Selangor.
Balas

Balasan

Tanpa Nama 11 Februari 2019 8:35 PTG


Btul tu

Balas

John Cena 19 Mac 2012 9:49 PTG


You can't see me.
Balas

Balasan

Tanpa Nama 24 Mac 2021 11:00 PG


WTF.

Balas

Tanpa Nama 9 April 2012 6:03 PTG


hurm.. ok lh jgk...
Balas

Tanpa Nama 14 April 2012 3:17 PTG


karangan macam x bet
Balas

Tanpa Nama 15 Julai 2012 9:05 PTG


agak menarik..
Balas

Tanpa Nama 3 Oktober 2012 11:24 PTG


nice!! tq cikgu coz karangan die bagus, cantik n helping
me so much!! boleh la siapkan folio saya dalam masa
yg singkat aje! caranya just copy paste, copy paste.n tq
again cikgu! make sure u upload banyak lagi karangan
yer supaya saya senang nak buat keje nanti k! syabas
saya ucapkan. n untuk membalas asa cikgu, saya
hadiahkan cikgu serangkap pantun, hentak kaki irama
lagu, tq ckgu!!~~~ nice yah~~
Balas

Tanpa Nama 7 Jun 2013 1:18 PTG


my name is tanpa nama. what a nice name right???
hehe
Balas

Balasan

Tanpa Nama 11 Februari 2019 8:36 PTG


Hmmmm

Balas

Tanpa Nama 18 Jun 2013 5:49 PTG


ada tak karangan lain...?
Balas

Enter your comment...

Comment as: Akaun Google

Terbitkan Pratonton

‹ Laman utama ›
Papar versi web

Mengenai aTOk
hj. mohammad noor sanusi
Sepang, Selangor, Malaysia
PENDIDIK SEPANJANG ZAMAN.... catatan
pengalaman terlibat dalam penulisan Bahasa
Melayu Akhbar DIDIK (1997 - 2007) dan menjadi
penceramah DiDik(1997..... Penulis Buku BM UPSR
Lihat profil lengkap saya

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai