Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN C

Jawab sama ada soalan 11 atau 12. Pilih 1 soalan sahaja untuk dijawab.

11. (a) Kemahiran bantuan kecemasan amat penting untuk menghadapi situasi kecemasan sama ada
kemalangan mahu pun bencana alam.
Nyatakan dua jenis bantuan kecemasan yang perlu anda tahu teknik atau prosedur .
( 2 markah )
(b) Terangkan mengapa orang yang tercekik memerlukan bantuan kecemasan segera.
( 2 markah )

(c) Tercekik berlaku apabila objek asing terperangkap dalam tekak atau saluran pernafasan dan
menghalang udara daripada masuk ke dalam peparu. Semasa anda menikmati makan malam
bersama keluarga di rumah, tiba-tiba abang anda tercekik makanan yang dimakannya. Apakah
tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelamatkan nyawa abang anda ?
( 4 markah )
(d) Banding bezakan antara bantuan kecemasan CPR dan Heimlich Manoeuvre.
( 2 markah )

12. (a) i) Pemadam kebakaran dengan warna label tertentu mempunyai fungsi berbeza untuk
memadamkan kebakaran. Apakah maksud warna label merah pada alat pemadam kebakaran
dan apakah jenis kebakaran yang boleh dipadam dengan menggunakan pemadam api jenis
ini?

( 2 markah )

ii) Bagaimanakah selimut kebakaran berfungsi dalam menyelamatkan mangsa kebakaran ?


( 2 Markah )
(b) i) Adakah pemadam api jenis air sesuai digunakan untuk memadam kebakaran disebabkan
tumpahan minyak ? Wajarkan jawapan anda
( 2 markah )
ii) Nyatakan jenis kelas kebakaran yang berpunca daripada litar pintas dan melibatkan
peralatan elektrik.Pada pendapat anda,jenis pemadam api yang manakah sesuai digunakan
untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada elektrik ? Wajarkan pilihan jawapan
anda.
( 4 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai