Anda di halaman 1dari 2

A(5 drp 5)

1. Gambar seekor gajah yang 2. Gambar seekor gajah 3. Gambar seekor Gajah
hidung tinggi sedang sedang bercakap dengan sedang duduk sambil ketawa
mengangkat sebatang kayu Kura-kura. geli hati.
balak dengan menggunakan
belalainya.

4. Gambar seekor gajah 5. Gambar seekor gajah 6. Gambar gajah, kura-kura,


sedang berpeluh-peluh terduduk keletihan. kancil, monyet dan rusa
menarik tali dari dalam kolam. gembira.
Dalam kolam kelihatan kura-
kura mengikat tali tersebut
pada seurat akar pokok yang
besar.

Berdasarkan gambar di atas susun semula ayat-ayat di bawah supaya


menjadi sebuah karangan.

Mendengar cabaran Kura-kura, Sang Gajah ketawa


terbahak-bahak memperkecil kebolehan Kura-kura. Kura-kura
mencadangkan mereka memanggil Sang Kancil sebagai hakim.

Sikap Sang Gajah yang suka menunjuk-nunjukkan


kekuatannya menyebabkan ramai kawan-kawannya mula
menjauhkan diri.

Selepas hampir dua jam beradu kekuatan akhirnya Sang


Gajah mengalah. Dia berasa malu kerana tidak dapat
mengalahkan Kura-kura. Dia meminta maaf kerana
memperkecilkan kebolehan kura-kura.

Suatu hari Kura-kura bercadang untuk memberi


pengajaran kepada Sang Gajah. Kura-kura telah mencabar
Sang Gajah supaya berlawan tarik tali dari dalam kolam.

Sejak hari itu, Sang Gajah tidak sombong lagi dan mula
berbaik-baik dengan semua haiwan di dalam hutan.

Setelah hari pertandingan tiba, Kura-kura dan Sang


Gajah pun beradu kekuatan. Kura-kura telah mengikat hujung
tali dengan seurat akar kayu di dasar kolam. Walaupun Sang
Gajah menarik tali sekuat-kuat hati tetapi dia tidak berjaya
menaikkan kura-kura.
Cadangan Jawapan

Kura-Kura dan Sang Gajah

Sikap Sang Gajah yang suka menunjuk-nunjukkan kekuatannya


menyebabkan ramai kawan-kawannya mula menjauhkan diri.

Suatu hari Kura-kura bercadang untuk memberi pengajaran


kepada Sang Gajah. Kura-kura telah mencabar Sang Gajah supaya
berlawan tarik tali dari dalam kolam.

Mendengar cabaran Kura-kura, Sang Gajah ketawa terbahak-


bahak memperkecil kebolehan Kura-kura. Kura-kura mencadangkan
mereka memanggil Sang Kancil sebagai hakim.

Setelah hari pertandingan tiba, Kura-kura dan Sang Gajah pun


beradu kekuatan. Kura-kura telah mengikat hujung tali dengan seurat
akar kayu di dasar kolam. Walaupun Sang Gajah menarik tali sekuat-
kuat hati tetapi dia tidak berjaya menaikkan kura-kura.

Selepas hampir dua jam beradu kekuatan akhirnya Sang Gajah


mengalah. Dia berasa malu kerana tidak dapat mengalahkan Kura-kura.
Dia meminta maaf kerana memperkecilkan kebolehan kura-kura.

Sejak hari itu, Sang Gajah tidak sombong lagi dan mula berbaik-
baik dengan semua haiwan di dalam hutan.

Anda mungkin juga menyukai