Anda di halaman 1dari 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/366902223

Kompetensi Pensyarah Pendidikan Islam terhadap Penggunaan Aplikasi


Telesidang dalam Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
atas Talian

Conference Paper · January 2023

CITATIONS READS

0 106

3 authors:

Nor Khayati Basir Zahratun Sakinah


politeknik Port Dickson politeknik kuching sarawak
7 PUBLICATIONS   6 CITATIONS    4 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Fatin Izati Mohd Taher


politeknik kuching sarawak
5 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Fatin Izati Mohd Taher on 06 January 2023.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


JILID 3
2022

JURNAL
(JOURNAL OF GENERAL STUDIES)
PRAKATA PENASIHAT SIDANG EDITOR

Rafidah binti Ahmad


Ketua Jabatan Pengajian Am
Politeknik Kota Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, Jurnal Pengajian Umum Jilid 3, 2023 ini
sekali lagi berjaya di terbitkan susulan dari jurnal jilid ke-2 pada tahun 2021. Penerbitan
Jurnal Pengajian Umum ini diharapkan dapat menjadi jurnal pilihan para pensyarah dan
penyelidik sebagai platform terbaik untuk membantu pensyarah dan penyelidik dalam
menyebarluas serta berkongsi hasil dapatan kajian mereka kepada seluruh warga
pensyarah dan pembaca agar dapat berkongsi manfaat ilmu pengetahuan. Jurnal pengajian
umum pada kali ini memberi tumpuan kepada bidang umum yang merangkumi nilai etika,
keagamaan dan falsafah, peradaban, hubungan etnik, sastera dan kemanusiaaan,
kebudayaan dan keseniaan, pendidikan, bahasa dan pengurusan. Adalah menjadi harapan
agar semua penyelidik terus merancakkan pembudayaan penulisan dan penyelidikan.
Akhir kata sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyelidik
yang telah menyumbangkan artikel serta ahli jawatankuasa Jurnal pengajian Umum Jilid
3, 2022 yang telah bertungkus-lumus dalam menerbitkan jurnal ini. Semoga usaha kalian
diteruskan lagi untuk jilid yang seterusnya di tahun 2023.

2
PRAKATA KETUA EDITOR

Anna Alicia Juanis


Ketua Editor
Jurnal Pengajian Umum
(Journal of General Studies) Jilid 3
Politeknik Kota Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana


dengan izin-Nya sekali lagi Jurnal pengajian Umum (Journal of General Studies) Jilid 3
dapat diterbitkan. Saya selaku Ketua Editor ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua sidang editor yang bersama-sama bekerja keras dalam menjayakan
penerbitan jurnal kali ini ini. Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan dorongan
sehingga JPUM Jilid 3 dapat diterbitkan dengan jayanya.Tujuan jurnal ini dihasilkan
adalah untuk menyediakan satu platfom perbincangan meliputi pengajian umum dan
pelbagai bidang kajian umum. Jurnal ini,turut memberi peluang kepada para penyelidik
untuk berkongsi ilmu. Saya mewakili Sidang editor JPUM Jilid 3 memohon ampun dan
maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam jurnal kali ini. Saya amat berharap
semua pembaca akan berpuas hati dengan hasil jurnal ini. Sekian,terima kasih.

3
SIDANG EDITOR
Pengerusi Abdul Razak Bin Mohd Daim
Penasihat Rafidah Ahmad
Ketua Editor Anna Alicia Juanis
Pen. Ketua Editor Noraini Lunchin
Setiausaha 1.Qamariah Makmud
2. Noor Herlina Lee Ling Chuen
Penerbitan 1. Georginia Alicia Ejus
2. Noorhasimah Binti Kassim
Editor 1. Nur Nadirah Nordin
2. Dayang Nurdiyana
3. Siti Aznah Japilin
4. Lynnie Jada
Design buku 1. Fareeha Nabila Binti Putra
2. Zainorhisyam
Sijil Ajk 1. Dorah Binti Mohamed Darul
2. Nurul Ain Binti Mudreh
Reviewer 1. Johan Severinus Tati
2. Darsinah Pedro
3. Elnie Henry Yapolai
4. Christabel Poisol
5. Liza Blasius Golingi
Urusetia 1. Sandy Chu Voon Yee
2. Jaime ak Mundu
3. Zaliha Md Isa
4. Raja Ahmad Raja Husin
5. Haider Ahmad Fazil

4
ISI KANDUNGAN

TAJUK PENULIS MUKA


SURAT
Pembelajaran Melalui Telefon Pintar Dan Kesannya 1. Noorhasimah Binti
Kepada Permainan Game Online Kassim
7
2. Dorah Bt Mohamed
Darul
Student 's Engagement with interactive online learning 1. Anna Alicia Juanis
by Peardeck 2. Jaime ak Mundu 16
3. Johan Severinus Tati
Kemahiran Kerja Sama Berkumpulan Dalam Kalangan 1.Shamsiah Binti Salamat
27
Pelajar Untuk Menyiapkan Tugasan Berkumpulan 2. Sabir Bin Mohd Rani
English Language Speaking Anxiety Among Polytechnic 1. Ramlah Binti Awaluddin
34
Students in Sandakan Sabah 2. Siti Safiah Madri
The effects of using the first language on learning 1. Lynnie Jada
English as a second language 2. Feuna Anasius Joitun 43
3. Johan Severinus Tati
Tahap Pengamalan dan Faktor Pelaksanaan Ibadah 1. Fatin Faqeriah Binti
Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Hamsah
52
Mukah 2. Termimi Hidayat Bin
Mahyan
Pedagogical Functions of Code-Switching in 1. Georginia Alicia Ejus
Multilingual ESL Classrooms 2. Lynne Anak Collin 68
3. Johan Severinus Tati
Study of Facilities for Disabled Person in Mukah 1.Masalinda binti Mansor
Polytechnic 2.Roziah Binti Zainal
76
Abidin
3.Rosidi Muhamad Nor
The Effective Use of Video in Teaching and Learning 1. Norsyafiqa' Binti
Process of Biological Science Course towards Students’ Suhaimi
Performance in Politeknik Sandakan Sabah. 2. Jessy Ann James Logijin 83
3. Nur Ameerah Binti
Ahmad
Hubungan Kemahiran Insaniah dengan Kebolehgajian 1.Ramdan Bin Ali
Pelajar-pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. 2.PM. Dr Abdul Said bin 91
Ambotang
Ketepatan EZ Kiblat Dalam Mengukur Arah Kiblat 1. Awangku Isma Muzafar
Melalui Fenomena Istiwa' Adzam Bin Pengiran Bagul 99
2. Nur Azura Binti Kiban

5
Social Functions of Code-switching in ESL Classroom 1. Darsinah Pedro
154
2. Johan Severinus Tati
The First-language influence on ESL Students' Writing 1. Darsinah Binti Pedro
Errors. The Case Study of ESL students in Politeknik 2. Nur Nadirah Binti
131
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Nordin
3.Johan Severinus Tati
Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan 1. Farah Hanan Abu Bakar
Islam dalam pembelajaran abad ke-21 2. Fatin Faqeriah Binti
Hamsah 106
3. Fayzatol Jamiyaah Binti
Abdull Rahim
Kepuasan Pembelajaran Dalam Talian Di Kalangan 1. Masliza Idani Mahmood
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di 2. Nadzrin Azri Bin Nor 120
Sabah Azmi
Stres Dalam Pembelajaran Ketika Covid-19 Dan Kesan 1. Mohamad Azhar Bin
Terhadap Prestasi Pelajar Saidin
2. Rafidah Binti Ahmad 143
3. Muhamad Haziq Bin
Abd Manap
Innovativeness and Self-efficacy as Predictors Towards 1. Mohamed Rafiq bin
Entrepreneurial Ghazali 2. Dr Melvin 168
Mojikon
The Impact of Community College Image on Students’ 1. Feuna Anasius Joitun
Satisfaction and Loyalty: In the Case of Community 2. Dr. Melvin Mojikon 173
College in Sabah
Kompetensi Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap 1. Fatin Izati Binti Mohd
Penggunaan Aplikasi Telesidang dalam Meningkatkan Taher
Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Atas 2. Zahratun Sakinah Binti 181
Talian Jamaluddin
3. Nor Khayati Binti Basir
Tahap Kefahaman Dan Pelaksanaan Outcome-Based 1. Dalinah Binti Banting
Education (OBE) Dalam Kalangan Pensyarah Jabatan 2. Rohanah Binti Dorani
192
Perdagangan Politeknik Kota Kinabalu 3. Dr Chung Fun
Yen@Azilina Chong
Pengaruh Media Sosial Ke Atas Kemahiran Berfikir 1. Harziah Binti Ahmad
Kreatif Pelajar Hanif
206
2. Nur Hazwani binti
Nerrahim

6
Kompetensi Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan
Aplikasi Telesidang dalam Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran
dan Pembelajaran Atas Talian
1
Fatin Izati Mohd Taher, 2Zahratun Sakinah Jamaluddin, 3 Nor Khayati Basir
1, 2
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching
3
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Port Dickson
Email: fatin@poliku.edu.my, zahratun@poliku.edu.my, nkhayati1983@gmail.com

Abstrak: Penularan wabak pandemik Covid 19 di Malaysia memberi kesan yang mendalam
terhadap semua sektor termasuk sektor pendidikan. Justeru, para pensyarah mengambil inisiatif
menggunakan aplikasi telesidang seperti Google Meet dan Microsoft Teams sebagai medium
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam
terhadap penggunaan aplikasi telesidang sebagai salah satu kompetensi pensyarah dalam
pengajaran dan pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan
kaedah kuantitatif telah dilaksanakan di Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak
dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Kajian ini melibatkan 21 orang pensyarah Pendidikan Islam
di Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am. Instrumen soal selidik digunakan untuk
mengumpul data daripada responden kajian. Data yang dikumpulkan melalui Google Form telah
dianalisis dengan menggunakan perisian The Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap
penggunaan aplikasi telesidang adalah tinggi. Analisis mendapati tidak terdapat perbezaan tahap
pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang berdasarkan
jantina dan institusi pendidikan. Justeru, kajian ini diharap dapat menambah baik usaha ke arah
menjadikan pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran serta bersedia melaksanakan tugas
dengan cemerlang mengikut peredaran arus pendidikan di era globalisasi ini
Kata Kunci: Kompetensi Pensyarah, Aplikasi telesidang, Pengajaran dan pembelajaran atas
talian

1. Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran atas talian adalah kaedah yang digunakan bagi memenuhi
sesi pengajaran semasa pandemik, namun juga digunakan untuk keadaan ketika pembelajaran
secara hibrid. Pembelajaran hibrid merujuk kepada gabungan dua pendekatan, iaitu secara
bersemuka dan dalam talian (Berita Harian, 2021). Berdasarkan pembelajaran secara hibrid ini
masih lagi dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan, para pensyarah perlu menguasai dalam
penggunaaan aplikasi telesidang dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menjayakan pelaksanaan
pembelajaran secara atas talian. Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk melaksanakan
pembelajaran atas talian seperti Zoom, Google Meet, Google Classroom dan lain (Asbah et al.,
2020). Aplikasi Google Meet dan Microsoft Teams antara aplikasi yang kerap digunakan untuk

185
pembelajaran dalam talian. Menurut Siti dan Khadijah (2022) pandemik Covid-19 memberi
peluang kepada semua guru supaya dapat melengkapkan diri dengan penguasaan teknologi digital
secara mendalam disamping melahirkan pelajar yang celik teknologi dalam menjelang Revolusi
Industri 4.0.
Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pensyarah Politeknik dalam mengendalikan
pembelajaran secara atas talian khususnya dalam kursus Pengajian Islam, dan Sains Teknologi,
Kejuruteraan dalam Islam. Hal ini kerana didalam kursus tersebut terdapat topik yang perlukan
penerangan bacaan dalam solat mengikut tajwid yang betul kepada pelajar dan ianya bukanlah
satu kebiasaan dalam kalangan pensyarah Unit Pendidikan Islam Jabatan Pengajian Am di
Politeknik khususnya bagi pensyarah yang mengajar di Zon Borneo. Hal ini kerana masalah
capaian internet yang rendah dari beberapa kawasan pedalaman di Zon Borneo yang menyukarkan
para pensyarah dan pelajar untuk mengikuti kelas secara atas talian. Namun, tuntutan kepada
pembelajaran secara atas talian mengikut norma baharu menjadikan pensyarah perlu kompeten
dalam pelbagaikan teknik pengajaran terutama secara atas talian. Selain itu, terdapat juga
pensyarah-pensyarah dari kategori orang lama tidaklah semuanya mempunyai pengetahuan
mengenai teknologi maklumat (Abdul Halim, 2020). Walaupun pensyarah berpengalaman dalam
mengajar, namun masih lagi terdapat segelintir daripada pensyarah tersebut kurang berkemahiran
dalam teknologi serta penggunaan TMK (Sumarni dan Zamri, 2018). Tambahan lagi, bacaan
dalam solat yang betul dan bertajwid perlu diajar dengan betul oleh para pensyarah yang mengajar
kursus berkaitan bagi memastikan pelajar Muslim solat dengan sah. Antara kaedah yang biasa
digunakan dalam pengajaran fardhu ain (solat) ialah secara talaqqi musyafahah di mana pelajar
belajar secara berhadapan dengan pensyarah untuk mempelajari cara sebutan dan mimik mulut
pensyarah.
Kaedah ini bagi memudahkan pensyarah untuk mendengar bacaan pelajar sekaligus
memperbetulkan kesalahan bacaan pelajar (Siti dan Khadijah, 2022). Selain itu, melakukan
pengajaran bacaan dalam solat secara atas talian bukanlah suatu perkara yang mudah untuk
dilakukan oleh pensyarah mahupun pelajar. Menurut Siti dan Khadijah (2022) lagi, banyak
kekangan dan permasalahan yang timbul semasa melakukan pengajaran dalam talian. Justeru,
kajian mengenai kompetensi pensyarah Pendidikan Islam di politeknik terhadap penggunaan
aplikasi telesidang pada masa kini adalah perlu bagi mengenal pasti tahap pengetahuan pensyarah
dalam mengendalikan PdP secara lebih efisien sebagai nilai tambah kepada kelangsungan sistem
pembelajaran di politeknik. Kajian ini memfokuskan tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan
Islam di Zon Borneo terhadap penggunaan aplikasi telesidang bagi melihat sejauh mana
pengetahuan sedia ada pensyarah berkaitan teknologi e-pembelajaran.

2. Sorotan Literatur
Perkembangan dunia pendidikan hari ini telah menuntut para pendidik berada pada tahap
yang lebih tinggi berbanding sedia ada. Para pelajar kini telah mempunyai pelbagai akses kepada
teknologi dan memudahkan mereka mencapai maklumat dalam dunia globalisasi. Pandemik
Covid-19 telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) di seluruh dunia daripada
secara bersemuka kepada atas talian sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Justeru,
sebagai pendidik termasuk pensyarah Pendidikan Islam di politeknik haruslah mempunyai amalan
kompetensi yang konsisten agar proses PdP dapat dijalankan secara berkesan dan matlamat

186
pendidikan dapat dicapai bagi memastikan kesinambungan pembelajaran dapat diteruskan
(Nozina, 2020). Istilah kompetensi menerangkan tentang pengetahuan, kemahiran, dan ciri
peribadi atau personality traits yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu tugas atau
tanggungjawab (Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim, 2012) Istilah ini diertikan sebagai
gabungan beberapa aspek seperti pengetahuan, kemahiran, dan ciri peribadi dalam sesuatu kerjaya
yang perlu dimiliki serta diamalkan. Kompetensi seorang pensyarah merupakan sesuatu yang
bernilai dalam dunia pendidikan tinggi. Bernilainya di sini bermaksud bahawa, pendidikan negara
mampu diangkat dan diiktiraf sebagai pendidikan bertaraf dunia melalui wujudnya pendidik yang
kompeten dan komited dalam profesion.
Fasa pandemik memberi implikasi kepada kemunculan pelbagai aplikasi e-Pembelajaran
bagi memudahkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu yang harus
diteroka (Mohd Rohiman et al. 2021). Sejajar dengan perkembangan ini, pelbagai aplikasi dalam
talian telah dibangunkan yang dapat menyokong usaha PdP atas talian ini. Antara aplikasi yang
menjadi pilihan para pensyarah di politeknik seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan
Webex (Hamat & Mahlan, 2020). Kesemua aplikasi ini menyediakan perkhidmatan telesidang
yang sesuai digunakan untuk kelas secara atas talian di samping kemudahan lain yang
membolehkan interaksi dua hala antara pensyarah dan pelajar. Ini menjadikan pembelajaran itu
lebih menarik dan mampu memupuk semangat pelajar untuk kekal aktif semasa PdP. Bagi
menjamin kesinambungan pembelajaran pasca pandemik, penggunaan teknologi dalam PdP atas
talian harus diperkasakan.
Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan google meet berkembang
sepanjang pndemik covid 19 disebabkan oleh beberapa kelebihan yang tidak dapati daripada
aplikasi lain antaranya ia boleh diintegrasikan dengan aplikasi Google lain seperti, Google
Classroom, Google Doc dan sebagainya yang secara langsung akan memudahkan para pensyarah
mengendalikan PdP secara berkesan. Ini bertepatan dengan pendapat Bani Hidayat (2020),
dengan adanya penggunaan integrasi ini, maka berlakunya tahap peningkatan dan produktiviti
dari segi pengetahuan serta kreativiti dalam kalangan guru dan pelajar. Dalam kajian lain
mendapati bahawa tahap pengetahuan guru dalam penggunaan aplikasi google meet adalah tinggi
walaupun mereka bukannya pakar dalam bidang tekonologi (Ugartini, 2021). Tahap pengetahuan
mereka dalam mengendalikan pengajaran atas talian tidak dipengaruhi oleh faktor umur dan
pengalaman mengajar.
Ini disokong oleh Nurhazirah dan Masayu (2020), menyatakan guru yang cemerlang perlu
mempunyai tahap pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan motivasi yang tinggi semasa
menjalankan sesuatu tanggungjawab, terutamanya dalam pelaksanaan PdP yang berkualiti.
Manakala menurut Muniroh et. al (2020) teknologi perlu menjadi rakan setia dalam proses
pembelajaran di era digital. Justeru, pengetahuan tentang penggunaan teknologi pengajaran atas
talian perlu dikuasai oleh pensyarah agar ilmu dapat disampaikan secara berkesan bersesuaian
dengan lanskap PdP masa kini yang berbeza dari aspek strategi dan kaedah pengajaran.

3. Metodologi Kajian
Kajian kuantitatif ini menggunakan pendekatan kajian tinjauan. Kajian ini mengenal pasti
kompentensi pensyarah Pendidikan Islam dari aspek pengetahuan terhadap aplikasi telesidang.
Populasi dalam kajian ini melibatkan pensyarah Pendidikan Islam di tiga buah Politeknik

187
Malaysia di Zon Borneo iaitu Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak dan
Politeknik Kota Kinabalu Sabah dan seramai 21 orang responden dipilih secara rawak sebagai
sampel kajian. Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan
Morgan (1970).
Instrumen soal selidik mengandungi 13 item yang terdiri daripada dua bahagian.
Bahagian A terdiri daripada 3 soalan yang melibatkan faktor demografi. Manakala bahagian B
terdiri daripada konstruk pengetahuan yang mempunyai 10 soalan. Kesemua item diukur
menggunakan Skala Likert lima mata. Pautan bagi soal selidik menggunakan Google Form. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 26.
Analisis data melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Statistik deskriptif yang
digunakan iaitu frekuensi dan peratus untuk menginterpretasikan data demografi responden
manakala analisis skor min dan sisihan piawai digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan
pensyarah Pendidikan Islam terhadap aplikasi telesidang. Selain itu, ujian-t tidak bersandar dan
ujian anova digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan
pensyarah Pendidikan Islam berdasarkan jantina dan institusi pendidikan.

4. Dapatan Kajian

4.1 Taburan Demografi Responden


Profil responden dibincangkan terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran mengenai
latar belakang responden. Analisis kekerapan dan peratusan dalam jadual 1 menunjukkan
gambaran latar belakang responden kajian yang melibatkan jantina dan institusi pendidikan.
Kajian ini melibatkan seramai 21 orang pensyarah bidang Pendidikan Islam di Jabatan Pengajian
Am daripada tiga Politeknik Malaysia yang terletak di Zon Borneo iaitu Politeknik Kuching
Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Sampel responden
dipilih secara rawak daripada ketiga-tiga Politeknik Malaysia yang menjadi lokasi kajian.
Demografi kajian dipaparkan secara terperinci seperti jadual berikut Jadual 1 menunjukkan
taburan responden kajian berdasarkan jantina. Data tersebut jelas menunjukkan bahawa
responden perempuan mendominasi kajian ini apabila data mendapati bilangan responden
perempuan 76.2% (16) adalah lebih banyak daripada responden lelaki 23.3% (5). Seterusnya bagi
ciri demografi institusi pendidikan, majoriti responden kajian adalah dalam kalangan pensyarah
Pendidikan Islam di Politeknik Kuching Sarawak iaitu sebanyak 47.6% (10). Responden kajian
kedua tertinggi adalah daripada Politeknik Mukah Sarawak iaitu seramai 33.4% (7) dan minoriti
responden kajian adalah daripada pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Kota Kinabalu Sabah
iaitu sebanyak 19% (4).

Jadual 1: Taburan Kekerapan Responden


Ciri Demografi Kategori Kekerapan (N=21) Peratus (%)
Jantina Lelaki 5 23.3
Perempuan 16 76.2
Institusi Pendidikan Politeknik Kuching Sarawak 10 47.6

188
Politeknik Mukah Sarawak 7 33.4
Politeknik Kota Kinabalu Sabah 4 19
4.2 Tahap Pengetahuan Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Aplikasi Telesidang
Jadual 2 di bawah menunjukkan dapatan tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam
terhadap penggunaan aplikasi telesidang bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran atas talian adalah positif di mana kebanyakkan responden memilih skala 4 dan 5
bagi kesemua item. Dapatan menunjukkan bahawa item yang mencapai min skor tertinggi adalah
berkaitan dengan pensyarah mengetahui fungsi Google Meet dan Microsoft Teams, dengan nilai
(min = 4.57, sp = 0.507). Manakala lapan item lagi berada pada tahap tinggi dengan nilai min
antara 4.01-5.00. Hanya satu item sahaja mendapat nilai min sederhana tinggi (min = 3.52, sp =
1.167) iaitu berkaitan pensyarah mengetahui cara menggunakan Google Jamboard semasa
menggunakan Google Meet dan Whiteboard dalam Microsoft Teams.
Secara konklusinya, berdasarkan jadual 2 pengkaji dapat menyimpulkan bahawa tahap
pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atas talian berada pada tahap tinggi
dan positif. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan purata min yang diperolehi (min = 4.28, sp =
0.581). Justeru, dapatan menunjukkan bahawa responden - responden kajian mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi tentang penggunaan aplikasi telesidang. Ini menunjukkan penggunaan
aplikasi telesidang seperti Google Meet dan Microsoft Teams adalah sesuai digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Jadual 2: Tahap Pengetahuan Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Aplikasi


Telesidang
Bil. Pernyataan Min SP Tahap
Interpretasi
B1 Saya mengetahui fungsi Google Meet dan Microsoft 4.57 0.507 Tinggi
Teams
B2 Saya mempunyai pengetahuan dalam penggunaan 4.33 0.577 Tinggi
Google Meet dan Microsoft Teams dalam pengajaran
dan pembelajaran
B3 Saya tahu menggunakan fungsi ikon pada Google Meet 4.48 0.512 Tinggi
dan Microsoft Teams seperti share screen, mute audio
atau record video
B4 Saya tahu cara mengakses Google Meet dan Microsoft 4.43 0.507 Tinggi
Teams daripada pelbagai peranti seperti komputer,
telefon pintar dan tablet
B5 Saya mendapat pendedahan yang banyak dalam 4.43 0.598 Tinggi
meningkatkan pengetahuan saya dalam penggunaan
Google Meet dan Microsoft Teams dalam pengajaran
dan pembelajaran
B6 Saya sentiasa mengikuti perkembangan penggunaan 4.29 0.845 Tinggi
Google Meet dan Microsoft Teams dalam pengajaran
dan pembelajaran
B7 Pengetahuan teknologi saya dapat digunakan dalam 4.43 0.746 Tinggi
memantapkan proses dalam pengajaran dan

189
pembelajaran menggunakan Google Meet dan Microsoft
Teams
B8 Saya berpengetahuan dalam mempelbagaikan kaedah 4.14 0.655 Tinggi
dan teknik mengajar semasa dalam pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Google Meet dan Microsoft
Teams
B9 Saya tahu cara menggunakan Google Jamboard semasa 3.52 1.167 Sederhana
menggunakan Google Meet dan Whiteboard dalam Tinggi
Microsoft Teams
B10 Saya boleh berkongsi pengetahuan mengenai 4.24 0.889 Tinggi
pengendalian aplikasi Google Meet dan Microsoft Teams
kepada rakan sejawat
Purata Min 4.285 0.58162 Tinggi

4.3 Perbezaan Min Tahap Pengetahuan Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Aplikasi
Telesidang Berdasarkan Jantina
Analisis Ujian-t tidak bersandar dijalankan bagi melihat perbezaan min tahap
pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang dalam
pengajaran dan pembelajaran atas talian berdasarkan jantina. Analisis ujian-t dapat dilihat seperti
dalam jadual 3. Dapatan kajian mendapati nilai-t bagi perbandingan tahap pengetahuan pensyarah
Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang berdasarkan faktor jantina pada nilai-
t=-0.11 dan tahap signifikan p = 0.913. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05 (p>0.05).
Oleh itu, hipotesis nul gagal ditolak. Justeru, tidak terdapat perbezaan min tahap pengetahuan
pensyarah Pendidikan Islam terhadap aplikasi telesidang antara pensyarah lelaki dan pensyarah
perempuan. Skor min tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam bagi pensyarah lelaki (min
= 4.260, sp = 0.3781) adalah lebih kecil daripada pensyarah perempuan (min = 4.293, sp =
0.6423). Ini bermakna tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam antara pensyarah lelaki dan
perempuan adalah sama.

Jadual 3: Ujian- t bagi Perbezaan Pengetahuan Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap


Penggunaan Aplikasi Telesidang Berdasarkan Jantina
Faktor Kategori N Mean Sisihan Piawai t Sig
Jantina Lelaki 5 4.260 0.3781 -0.11 0.913
Perempuan 16 4.293 0.6423

4.4 Perbezaan Min Tahap Pengetahuan Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Aplikasi
Telesidang Berdasarkan Institusi Pendidikan
Analisis ujian anova sehala dijalankan bagi melihat perbezaan min tahap pengetahuan
pensyarah Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang dalam pengajaran dan
pembelajaran atas talian berdasarkan faktor institusi pendidikan. Hasil analisis ditunjukkan dalam

190
jadual 4. Data tersebut merupakan perbandingan tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam
terhadap aplikasi telesidang berdasarkan faktor institusi pendidikan iaitu bagi Politeknik Kuching
Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Nilai kawalan F (20)
= 0.125; p>0.05. Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul
gagal ditolak. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan min tahap pengetahuan pensyarah
Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang dalam pengajaran dan pembelajaran
atas talian antara pensyarah di Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak dan
Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

Jadual 4: Ujian Anova Sehala bagi Perbezaan Pengetahuan Pensyarah Pendidikan Islam
Terhadap Penggunaan Aplikasi Telesidang Berdasarkan Institusi Pendidikan
Faktor Jumlah Kuasa Dua df Mean f Sig
Tahap Antara 0.518 2 0.079 .0215 0.809
Pengetahuan kumpulan
Pensyarah
Pendidikan Islam

5. Perbincangan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan terhadap tahap pengetahuan pensyarah
Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi telesidang, pengkaji mendapati keseluruhan tahap
pengetahuan responden kajian adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan para
pensyarah Pendidikan Islam memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan aplikasi
telesidang seperti Google Meet dan Microsoft Teams. Situasi ini menggambarkan bahawa
pensyarah tidak mempunyai masalah dalam mengintegrasikan penggunaan teknologi PdP dalam
talian (Google Meet dan Microsoft Teams) semasa era pandemik Covid-19. Hal ini telah
menyebabkan penggunaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian semakin meningkat
secara global dan popular di seluruh dunia (Shahzad et al., 2020). Menurut pandangan Mohd
Qhairil dan Zamri (2018), dalam menyelesaikan tugasan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan, maka aspek pengetahuan yang merupakan antara salah satu
kompetensi utama pensyarah perlu ditingkatkan supaya mereka dapat menyelesaikan tugasan
dengan lebih baik. Ini selari dengan pandangan Saedah & Mohd Sani (2012) yang menyatakan
bahawa pengetahuan adalah kebolehan pensyarah meningkatkan pengetahuan secara berterusan
bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan. Dalam menghadapi era pandemik dan pasca
pandemik Covid-19 ini, maka pensyarah Pendidikan Islam tidak terkecuali dan perlu
meningkatkan pengetahuan berkaitan penggunaan aplikasi telesidang seperti Google Meet dan
Microsoft Teams dan mempersiapkan diri sebelum menggunakan teknologi tersebut untuk
menyampaikan maklumat kepada pelajar yang majoritinya terdiri daripada generasi Z dan
generasi Alpha. Hal ini bermakna, pensyarah Pendidikan Islam perlu menguasai aplikasi dalam
pengajaran yang mencukupi supaya ianya mampu memberikan impak yang positif seterusnya
membina masyarakat yang progresif dan inovatif demi menyahut cabaran dalam ledakan revolusi
industri 4.0.

191
Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Namiha dan Suziyani (2019) dan
Ugartini Megesvaran (2021) yang mendapati tahap pengetahuan guru-guru terhadap penggunaan
alatan teknologi, perisian, pelantar pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi walaupun guru
bukanlah pakar dalam bidang tersebut. Situasi ini menunjukkan para pendidik mampu
menyesuaikan diri dengan teknologi semasa walaupun berdepan cabaran pandemik. Apabila para
guru dan pensyarah mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi berkaitan aplikasi pengajaran,
maka ianya adakan merangsang perkembangan pelajar dan menjadikan proses pengajaran atas
talian tersebut menjadi lebih kreatif. Kemahiran digital yang cekap perlu dalam mewujudkan PdP
yang menarik. Selain itu, data kajian juga menunjukkan segelintir responden kurang
berpengetahuan dalam aplikasi Google Jamboard atau Whiteboard semasa melaksanakan
pengajaran dalam talian. Hal ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Goliong et al. (2020)
di mana data mendapati masih ramai guru atau pendidik yang kurang berpengetahuan dalam
menggunakan pelantar pengajaran atas talian. Sehubungan dengan itu, pensyarah perlu menguasai
teknologi maklumat ini dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
(Robiah & Nor Sakinah 2007) selari dengan cabaran globalisasi dan ledakan teknologi ICT.
Seterusnya, hasil analisis inferensi telah membawa kepada keputusan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap min tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap
penggunaan aplikasi telesidang berdasarkan jantina. Ini bermakna, tahap pengetahuan pensyarah
Pendidikan Islam terhadap aplikasi telesidang adalah sama bagi pensyarah lelaki dan perempuan.
Dapatan ini selari dengan data yang dilaksanakan oleh Wei B. Q., Roazam Ahmad & Norlia Md
Desa (2021) yang menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran teknologi pensyarah lelaki
adalah sama dengan penguasaan kemahiran teknologi pensyarah perempuan. Namun begitu
dapatan ini bertentangan dengan data kajian Noor Desiro dan Hazrati (2021) yang menunjukkan
min pengetahuan guru lelaki lebih tinggi berbanding guru perempuan terhadap pelantar
penggunaan M-Pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di atas talian. Selain itu,
hasil analisis inferensi anova sehala berkaitan min tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam
terhadap aplikasi telesidang berdasarkan faktor institusi Pendidikan merangkumi Politeknik
Kuching Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah adalah sama.
Ini bermakna, tahap pengetahuan pensyarah Pendidikan Islam terhadap aplikasi telesidang adalah
sama bagi ketiga-tiga Politeknik yang menjadi lokasi kajian ini. Data ini selari dengan kajian oleh
Othman Md Johan & Lukman Dinyati (2021) yang menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan
penguasaan ICT berdasarkan lokasi sekolah sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Data ini
bertentangan dengan kajian Vanessa Phang Iywon & Nurfaradila Mohd Nasri (2020) yang
mendapati bahawa pengenalpastian sokongan yang diterima oleh guru sekolah rendah dalam
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi bandar adalah lebih tinggi
min skor berbanding dengan skor luar bandar.

6. Kesimpulan
Pembelajaran secara atas talian bagi memenuhi pembelajaran hibrid adalah menyukarkan
pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik untuk mengajar kursus yang terdapat bacaan hafazan
didalamnya kerana ianya memerlukan cara pengajaran secara talaqqi musyafahah iaitu bersemuka
antara pelajar dan pensyarah. Namun begitu, terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan oleh
para pensyarah Pendidikan Islam untuk menyampaikan pengajaran melalui pembelajaran secara
atas talian antaranya iaitu melalui aplikasi telesidang Google Meet dan Microsoft Teams. Kajian

192
juga telah menunjukkan bahawa para pensyarah Pendidikan Islam daripada tiga Politeknik dari
Zon Borneo mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam penggunaan aplikasi telesidang
Google Meet dan Microsoft Teams. Hal ini menunjukkan bahawa para pensyarah mempunyai
kesedaran tentang keperluan pangajaran secara atas talian semasa pasca pandemik pada ketika ini.
Tahap pengetahuan dan kesediaan pensyarah memainkan peranan yang penting agar pensyarah
dapat membuat variasi dalam merancang strategi dan kaedah pengajaran dalam talian.
Walaubagaimanapun, pembelajaran secara atas talian memerlukan kerjasama pelajar untuk
memastikan objektif pembelajaran tercapai. Justeru itu, semua pihak terutama pensyarah dan
pelajar harus memainkan peranan dalam menjadikan pengajaran secara dalam talian lebih
bermakna.

Penghargaan
Terima kasih kepada semua responden, rakan-rakan penulis yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan kajian ini

Rujukan

Abdul Halim Abdullah. (2020, Mac 28). COVID 19 buka mata warga pendidik dan pelajar.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/670374/covid-19-
buka-mata-warga-pendidik-pelajar
Asbah Razali, Fauziah Ani & Siti Nor Azhani Mohd Tohar. (2020). Cabaran Masyrakat Hari
Ini: Malaysia Dalam Menghadapi Perubahan Sosial dan Revolusi Industri 4.0. Pusat
Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia,
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Bani Hidayat Mohd Shafie. (2020). Pelaksanaan PdP dalam talian semasa Perintah Kawalan
Pergerakan Fasa 1 dan 2 COVID-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (2), 213-221.
BH Online (2021, November 2). Diakses pada May 9, 2022 dari artikel ilmiah:
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/11/882864/pembelajaran-
hibrid-elak-keciciran-pelajar
BH Online (2022, Febuari 9). Diakses pada April 13, 2022 dari artikel ilmiah:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/920756/pelajar-ipt-dibenar-masuk-
kampus-mulai-1-mac
Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M & Yulip, N.G. (2020). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pejabat
Pendidikan Daerah Ranau, Sabah. 1-15.
Hamat, M., & Mahlan, S. B. (2020). Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya Dalam
Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19, (September), 23–30.
Ketut Sudarsana, Ida Bagus, M.A.P., Nyoman, T.A. & Wayan, L.Y. (2019). The Use Of Google
Classroom In The Learning Process. 1st International Conference On Advance And

193
Scientific Innovation (ICASI). IOP Conf. Series: Journal of Physics, 1175, 1-5.
Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement. 30. 607-610.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran dan
Pembelajaran Secara Maya dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19. SIG: e-
Learning@CS,23-30
Malaysia Now (2022, Mac 8). Diakses pada April 9, 2022 dari artikel ilmiah:
https://www.malaysianow.com/berita/2022/03/08/malaysia-isytihar-peralihan-ke-fasa-
endemik-menjelang-pembukaan-sempadan-pada-april/
Mohd Qhairil Anwar Azhar & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Perbezaan Pengetahuan, Sikap
dan Amalan Menggunakan Enam Topi Pemikiran Berdasarkan Jantina dan Pengkhususan
dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 13-24.
Mohd Rohiman Subri, Rohizani Yaakub & Azlinda Boheran Nudin. (2021). Pelaksanaan
Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-
19: Satu Kajian Kes. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature,12,
21-32.
Md.Johan, Othman & Dinyati, Lukman (2011). Persepsi Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap
Penggunaan ICT untuk Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Daerah
Kluang. UNSPECIFIES. 1-8.
Namiha Yahaya & Suziyani Mohamed. (2019). Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Guru
Prasekolah dalam Mengintergrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Bilik
Darjah. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 24-25 April.
Nozina Yahaya. (2020, Disember 03). Pandemik Covid-19 Ubah Sistem Pendidikan. Sinar
Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/113155/KHAS/
Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classroom Sebagai Pelantar M-
Pembelajaran: Tahap Pengetahuan dan Tahap Kesediaan Guru-Guru Sekolah Menengah
Luar Bandar. Jurnal Dunia Pendidikan. 3(2).278-292.
Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam
talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan, 9, 18- 28.
Phang Iywon, V., & Mohd Nasri, N. (2020). Tahap Kesediaan dan Sokongan Bagi Pelaksanaan
Pendekatan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Guru Sekolah. International Journal Of Education And Pedagogy. 2(4). 489-
508.
Robiah sidin & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran
dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan. 32(2007). 139-152.
Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Dimuat
turun daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminat/medc2012/pdf/159.pdf.

194
Shahzad, A., Rohail H., Adejere Yusuff A., Hussain A. & Nawaz R.L. (2020). Effects of
COVID-19 In E-Learning on Higher Education Institution Students: The Group Between
Male and Female. Quality & Quantity. Springer Nature B.V. 55:805-826.
Sumarni Lapammu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan
Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya VLE Frog dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 53-62.
Ugartini Magesvaran. (2021). Tahap Pengetahuan dan Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru
Bahasa Melayu Ketika Menggunakan Aplikasi Google Meet Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 39-53.
Wei Boon Quah, Roazam Ahmad, Norlia Md Desa. (2021). Kesediaan Pembelajaran dan
Pengajaran Dalam Talian (PDPDT) dan Penguasaan Kemahiran Teknologi oleh Staf Kolej
Komuniti Sungai Petani: Satu Tinjauan. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education.
5(1). 46-53.

195
View publication stats

Anda mungkin juga menyukai