Anda di halaman 1dari 2

CERITA-CERITI INOVASI

CERITA 5

KISAH 5 : TRIZ Master, Jar Jar Binks dan ‘orang luar’

Ya, anda tidak salah baca tajuk di atas. Bukan Jedi Master, tapi TRIZ Master. TRIZ Master adalah satu
pengiktirafan tertinggi kepada individu yang menguasai problem solving tool Teori Penyelesaian
Masalah Secara Inventif iaitu salah satu teknik pemikiran yang digunakan secara meluas dalam
industri. Manakala, individu yang telah berjaya melatih seorang Padawan (pelatih) menjadi
Pahlawan Jedi akan diiktiraf sebagai Jedi Master dalam saga fiksyen Star Wars.

1989. John Davis adalah seorang ahli kimia berasal dari Blomington, Illinois. Pada musim panas
beliau mengoperasikan mesin penuang adunan konkrit. Sistem penggetar akan diletakkan dalam
mesin tersebut untuk memastikan konkrit tidak menjadi keras dan merosakkan mesin.

Jauh di Alaska, 10 juta gelen minyak dari loji Exxon Valdez telah telah mencemari habitat salmon,
memerang laut dan anjing laut. Ini adalah tragedi pencemaran paling teruk dalam sejarah. Pihak
Kongres Amerika Syarikat telah menubuhkan OSRI iaitu singkatan bagi Oil Spill Recovery Institute
untuk mengelakkan tragedi yang sama daripada berulang.

OSRI mendapati keutamaan utama dalam proses pembersihan tumpahan minyak adalah adalah
kesukaran untuk membersihkan tumpahan minyak yang sudah bercampur dengan ais (baca sebagai
slushy semifrozen oil ). Jika anda pernah membeli Slurpee di kedai sejaras 7 Eleven, anda boleh
membayangkan bagaimana air gula bewarna hijau bercampur dengan ais sagat. Bagaimana anda
mahu mengasingkan air bewarna hijau dari ais sagat tersebut? OSRI sudah kekeringan idea.

Jika anda menemui jalan buntu, keluarlah dari ‘dunia’mu dan carilah bantuan ‘orang luar’. John
Pegau, pegawai penyelidik di OSRI membuat tawaran umum sebanyak USD 20,000 kepada mana-
mana individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Daripada 20 penyertaan, idea
penggegar konkrit John Davis telah berjaya menyelesaikan masalah tumpahan minyak. John Pagau
berkata “Ini penyelesaian yang mudah ! Kenapa kami tidak terfikirkannya lebih awal? “

TRIZ Master, Genrich Altshuller menyatakan sesuatu masalah dan penyelesaiaannya sentiasa
berulang-ulang dalam industri yang berbeza. Seorang innovator seharusnya bijak memanipulasi
sumber di luar ‘zon selesanya’ seperti John Pagau. Sebagai contoh paten kaedah untuk mengasing
biji lada benggala dari kulitnya (1968) dan paten kaedah mengestrak biji kacang cedar dari
kulitnya(1986) adalah menggunakan teknik yang sama. Tekniknya adalah dengan meletakkan lada
benggala dan kacang cedar dalam periuk tekanan. Tekanan dalam periuk dinaikkan secara perlahan,
kemudian tekanan diturunkan dengan pantas. Letupan akan berlaku, menyebabkan biji lada
benggala terpisah. Begitu juga isi kacang cedar akan terpisah dari kulitnya yang keras. Ternyata
pernyataan masalahnya adalah sama tetapi dalam industri yang berbeza. Realitinya memang ada
‘orang luar’ yang mempunyai masalah dan penyelesaian serupa dengan masalah kita, cuma
konteksnya berbeza.

Orang Melayu dulu dah berpesan usahlah jadi katak dalam tempurung. Sekali sekala keluarlah dari
tempurung dan mintalah bantuan ‘orang luar’ yang mungkin pernah menghadapi masalah serupa
dengan masalah kita. Jedi Master Qui Gon Jinn dalam misinya menyelesaikan pertikaian Planet
Naboo dan Federation juga telah menggunakan khidmat Jar Jar Binks (‘orang luar’ spesis Gungan
yang cemerkap) untuk menyelamatkan Puteri Amidala yang terperangkap di ibu negeri Theed.
‘Orang luar’ seperti John Davis dan Jar Jar Binks adalah sumber yang boleh dimanfaatkan dalam
berinovasi.

Scott Sonenshein,2017, Strech, New York, Harper Business

John Terninko,Alla Zusman, Boris Zlotin 2008,Systematic Innovation.An Introduction to TRIZ


(Theory of Inventive Problem Solving), St Lucie Press.

Jar Jar Binks.Access January 16,2020 <http://starwars.fandom.com/wiki/Jar_Jar_Binks>

Nama : Muhammad Haziq Bin Muhmad Nur Azmin


No KP : 030327 01 0145
No Maktab : AT195048
Jawatan : Presiden Badan Wakil Pelajar

Anda mungkin juga menyukai