Anda di halaman 1dari 2

Perbualan Antara Peguam dan Klien

Peguam: Selamat pagi encik ahmad. Terima kasih telah datang berjumpa dengan saya pada hari
ini.
Ahmad: Sama-sama
Peguam: Jadi, boleh ceritakan mengapa encik ahmad datang berjumpa dengan saya pada hari
ini.
Ahmad: Saya berkerja untuk syarikat ABC, saya baru sahaja dipecat, menurut saya mereka
memecat saya secara tidak adil. Saya datang disini untuk mencari jalan penyelesaian
adakah saya akan mendapatkan semula perkerjaan saya kembali atau mendapat wang
pampasan atau sebaliknya.
Peguam: Ok, berapa banyak wang yang anda hasilkan semasa anda berkerja dengan syarikat
ABC?
Ahmad: Gaji saya adalah RM62,000.00 setahun berserta dengan insurans kesihatan. Saya
berkerja selama 13 tahun. Saya adalah pengurus kemudahan dan saya telah
melakukan kerja yang sangat baik
Peguam: Ok, Jadi menurut anda kenapa anda di pecat?
Ahmad: Bos saya memberitahu hal-hal yang saya lakukan diluar kerja yang menampak buruk
pada syarikat. Sebab tu saya dipecat.
Peguam: Apakah hal-hal itu?
Ahmad: saya seorang feminis. Saya menulis blog tentang aktivisme feminis, dan saya kadang-
kadang melakukan perhimpunan dan demonstrasi.
Peguam: sudah berapa lama anda menjadi seorang aktivis?
Ahmad: saya menjadi aktivis sudah 10 tahun, tetapi tiada siapa yang tahu kecuali isteri saya
mengenainya sehingga May lalu.
Peguam: Jadi adakah anda fikir baru-baru ini syarikat anda mengetahuinya?
Ahmad: Ya
Peguam: Baik. Adakah bos anda secara khusus mengatakannya kerana aktiviti tersebut yang
menyebabkan anda dipecat?
Ahmad: Dia tidak mengatakannya dengan tepat, tetapi itulah tanggapan yang saya dapat.
Peguam: Adakah anda melakukan aktiviti tersebut semasa anda kerja?
Ahmad: Sama sekali tidak. Semua penulisan blog dan demonstrasi berlaku pada masa peribadi
saya sendiri dan dilakukan di luar pejabat.
Peguam: Saya faham. Pada mulanya anda berkata bahawa anda ingin mendapatkan pekerjaan
anda semula atau mendapatkan gaji perberhentian, betul ke?
Ahmad: Saya mahu teruskan bekerja di sana kerana saya sayang dengan perkerjaan saya itu.
Peguam: Baiklah. Terima kasih, saya akan mengkaji ini dahulu dan saya akan menghubungi
anda semula.

Anda mungkin juga menyukai