Anda di halaman 1dari 1

Saadhana shree A/P SIVARAJA

Ramadan Al-Mubarak

Ramadan
Hadirnya membawa 1001 barakah
Dinanti seluruh umat Islam
Tanpa mengira darjat dan usia
Tanpa mengenal harta dan rupa.

Ramadan..
Tanda cinta Allah buat hambaNya
Kebaikannya melebihi 1000 bulan
Amal ibadahnya akan diangkat tinggi
Malam Lailatul Qadar anugerah yang terindah..

Ramadan
Hadirnya mengharapkan perhatian
Agar seluruh umat Islam menyedari
Ia bukan bulan biasa
Yang hadir sekali dalam setahun..

Namun begitu..
Ramai yang terleka
Ramai yang terlena
Hingga melepaskannya begitu sahaja…

Ramadan
Seandainya kehadiran ini adalah yang terakhir
Tiada apa yang diharapkan
Melainkan perginya tanpa sesalan
Redha dan Rahmat Allah dalam genggaman.

Doa dipanjatkan setulus hati


Semoga ia bukan yang terakhir..

Salam Ramadan Al-Mubarak…..

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai