Anda di halaman 1dari 2

27.

BERDOALAH AGAR DAPAT BERTEMU LAGI RAMADAN

Bulan Ramadan yang mulia ini telahpun sampai kepenghujungnya. Ramadan yang penuh
dengan seribu rahmat dan barakah ini akan meninggalkan kita. Tiada siapa pun yang boleh
memberi jaminan bahawa dia dapat bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.

Hari-hari terakhir Ramadan adalah saat-saat kesedihan yang dirasai oleh ahli ibadat dikalangan
Salaf al-Saleh, lantaran teramat berat untuk berpisah dengan Ramadan. Berakhirnya Ramadan
bererti telah tamat tawaran istimewa yang ditawarkan sepanjang Ramadan. Tawaran itu hanya
akan datang dalam tempoh setahun lagi. Tetapi kita tidak tahu nasib kita pada ketika itu sama
ada kita masih hidup ataupun telah kembali ke rahmatullah. Oleh itu, golongan Salaf al-Saleh
selalu mendoakan agar mereka dapat bertemu lagi dengan Ramadan agar mereka dapat
merebut sekali lagi peluang yang ditawarkan oleh Allah. Malah mereka akan berdoa sehingga
berbulan-bulan lamanya selepas berakhir Ramadan agar diterima semua amalan yang telah
mereka kerjakan sepanjang Ramadan.

Berdoalah pada hari-hari akhir ini agar Allah terus memberikan hidayah kepada kita untuk terus
berbakti kepada Allah dan menjadikan segala amal kebaikan dan ibadah kita sepanjang
Ramadan sebagai amalan yang diterima. Demikian juga, mohonlah agar Allah memberikan
kekuatan supaya dapat pula diamalkan secara berterusan walaupun setelah berakhirnya
Ramadan. Kalau dalam bulan Ramadan kerap solat berjamaah di masjid, atau di surau, maka
dalam bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya, dapat terus istiqamah melakukan solat
berjamaah. Berdoalah agar kekuatan dan semangat beribadat akan berterusan sampai bila-bila,
sehingga bertemu dengan Allah nanti.

Selepas sahaja tamat Ramadan, teruskan pula dengan puasa-puasa sunat khususnya
berpuasa 6 hari pada bulan Syawal. Puasa ini seolah-olah mengiringi pemergian Ramadan.
Puasa ini juga sebagai penampal kecacatan puasa Ramadan..Ganjaran pahalanya pula besar.
Sabda Rasulullah:

‫ﻪ‬ ‫ﺮ ﹸﻛﱠﻠ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻡ ﺍﻟ‬ ‫ﺎ‬‫ﺎ ﺻ‬‫ﻧﻤ‬‫ﺍ ﹴﻝ ﹶﻓ ﹶﻜﹶﺄ‬‫ﺷﻮ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬‫ﺘ‬‫ﻪ ﺳ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﺒ‬‫ﺗ‬‫ﻢ ﹶﺃ‬ ‫ﺎ ﹶﻥ ﹸﺛ‬‫ﻣﻀ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﺎ‬‫ﻦ ﺻ‬ ‫ﻣ‬
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian diiringi pula dengan puasa enam hari
di Bulan Syawal, seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang tahun.
Sesungguhnya untuk bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun hadapan adalah semata-
mata anugerah daripada Allah. Oleh itu, berazamlah jika Allah masih memberikan peluang
kepada kita sekali lagi pada tahun hadapan, ia akan menjadi Ramadan yang lebih baik daripada
Ramadan tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.

Jika Ramadan ini ditakdirkan sebagai Ramadan terakhir buat kita, mohonlah moga Allah
menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan walaupun kita tahu betapa kurang dan
cacatnya amalan kita. Mohon Allah ampunkan segala salah dan silap serta dosa-dosa yang
dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja, lalai ataupun lupa.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang ajal dan umur kita. Namun begitu, kita berharap
agar diberi peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadan. Hanya kepada Allah kita berserah
dan berharap.

Anda mungkin juga menyukai