Anda di halaman 1dari 3

6.

Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme


di Asia.

a) Nyatakan maksud nasionalisme? ( 4 markah)

b) Jelaskan perkembangan nasionalisme awal di negara kita pada penghujung abad ke-19
dan awal abad ke-20. ( 8 Markah )

c)

Baca maklumat dalam petikan berikut.

Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme sering kali dikaitkan dengan cinta akan
watan yang menjadi satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan
masyarakat khususnya generasi muda. Sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik
mungkin akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi
dan berakhlak mulia. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar
mengutamakan kepentingan negara berbanding diri dan kelompoknya. Ketika peperangan
mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan demi tanah air adalah contoh tipikal bagi
patriotisme yang mulia atau ekstrem.
Sumber ubahsuai: bharian.com.my / kolumnis
/2014/09/66

Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan mengapakah semangat
nasionalisme perlu dipupuk kepada generasi pada masa kini ? [8 markah]
Panduan Pemarkahan

6 (a) Nyatakan maksud nasionalisme?


Kod Butiran Markah
F1 Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara 1
F2 Semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan 1
dengan perjuangan menentang penjajah
F3 Pembelaan terhadap bangsa dan negara 1
F4 Idea nasionalisme tidak sama antara dengan zaman 1
F5 Idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh 1
sekeliling
F6 Keturunan, agama, bahasa dan adat resam 1
F7 Mana-mana jawapan yang berkaitan - pendapat tokoh juga diterima 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]

b) Jelaskan perkembangan nasionalisme awal di negara kita pada penghujung abad ke-19 dan
awal abad ke-20
Kod Butiran Markah
F1 Perjuangan menentang penjajah oleh Penghulu Dol Said / Dato’ Maharajalela / 1
Pandak Lam / Dato’ Bahaman / Rentap / Mat Salleh / Tok Janggut / Haji Abdul
Rahman Limbong
F2 Bersifat setempat / perjuangan menuntut kebebasan / mendaulatkan wilayah 1

F3 Kesedaran awal mendapat reaksi/ tindak balas keras penjajah / memaksa 1


masyarakat
F4 bergerak secara sederhana 1
F5 Kesedaran nasionalisme perlu dikaitkan dengan tokoh agama sejak awal abad 1
ke 20 yang dibawa oleh gerakan Islah
F6 Gerakan ini dipelopori oelh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin,Haji Abbas 1
Mohd Taha dan Syed Sheikh al Hadi
F7 Kesedaran melalui penulisan kreatif dan akhbar yang digerakan oelh individu 1
seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),Muhammad Rakawi Yusuf,Abdul Rahim
Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (ibu Zain) dan Fatimah Yaakub.
F8 Perjuangan yang digerakan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh golongan 1
berpendidikan Inggeris dan Melayu
F9 Tokoh ketika itu, Ibrahim Haji Yaakob,Ishak Haji Muhamad,Ahmad Boestamam 1
dan Burhanuddin al-Helmi.
[Mana-mana 8 x 1m] 8
6(c) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan mengapakah semangat
nasionalisme perlu dipupuk kepada generasi pada masa kini ?
Kod Butiran Markah
F1 Pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia 1
F2 Mengutamakan kepentingan negara berbanding diri dan keluarga 1
F3 Nyawa diri yang perlu dikorbankan demi tanah air 1
F4 Mengekalkan kedaulatan negara 1
F5 Menjadi pemangkin kepada kemajuan negara 1
F6 Memupuk perpaduan kaum 1
F7 Mengekalkan keamanan negara 1
F8 Mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]

Anda mungkin juga menyukai