Anda di halaman 1dari 5

TEKS MODERATOR

FORUM PERDANA : NUZUL AL-QURAN

‫ أعضاء‬، ...... ‫بسم هللا الرحمن الرحي م إلى المحترم المكرم‬

،‫ وإلى المستمعين الحاضرين‬،‫ وإلى صفوف األساتذة األعز‬،‫المجتمعين‬

‫ وتحية من مباركة من هللا تعالى‬،‫سالم مني بتحية اإلسالم‬

‫ وعلى اله وصحبه أجمع ين‬،‫ والصالة والسالم على رسول امين‬،‫الحمد هلل وكفى‬

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurnia-Nya, kita


masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan berpuasa. Sama-sama kita
doakan agar ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Alhamdulillah pada pagi yang mulia ini kita dipertemukan oleh Allah SWT,
di tempat yang suci ini, dalam satu suasana yang penuh barakah, di tambah pula
kita sedang berada di dalam satu bulan yang penuh kerahmatan, satu bulan yang
istimewa khusus buat umat nabi Muhammad SAW, satu bulan yang ditutup
serapat-rapatnya pintu neraka dan dibuka seluasluasnya pintu syurga, satu bulan
yang menjanjikan syurga Al-Rayyan buat hamba yang saling memaafkan.

Jadi InsyaAllah, berbalik kepada tujuan asal, insyaAllah hari ini saya selaku
moderator bersama panel penceramah akan membincangkan forum perdana
yang bertajuk Nuzul AlQuran.

Sebelum kita mulakan perbincangan dan persoalan yang bakal ditujukan


kepada panel penceramah kita pada pagi ini, terlebih dahulu suka untuk saya
memperkenalkan sedikit biodata penceramah..
Nama : ( Abu Usamah) Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin
Lahir : pada tahun 1982
Tempat Tinggal : Bukit Kijang Air Jernih Kemasik Kemaman Terengganu.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN:


1. Tahfiz Madrasutul Quran Kubang Bujuk Terengganu setahun.

2. Belajar agama di Pondok Gelang Mas Kelantan 5 tahun.

3. Belajar agama di Madrasah an-Nahdhoh al-islamiah al-asyaariyyah Pattani


Thailand 5 tahun.
4. Menyambung pengajian di bumi Syam Syria 3 tahun.

PEKERJAAN:
1. Mudir dan tenaga pengajar utama di Markaz Ad-dirasat al-islamiah, pusat
pengajian islam bukit kijang kemasik kemaman Terengganu.
2. Penceramah di surau masjid sekitar negeri Terengganu dan lain-lain.

3. Pembimbing program daurah Fiqh, Aqidah, Hadis dan lain-lain.

4. Guru Spait dibawah jabatan hal ehwal Agama Islam Terengganu.

5. Ahli panel klinik hukum jabatan mufti negeri Terengganu.

TERIMA KASIH USTAZ SUDI HADIR BERSAMA WARGA IKEM HARI


INI.

Seterusnya Panel Ke-2 Kita Hari Ini …ceria tersenyum kita bawakan
Ustazah Mardhiah Binti Nordin
Merupakan Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir Bidang Usuluddin Hadis dan
sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di SRIDI KIJAL
* Jadi sebagai peringatan, minta semua pelajar memberikan perhatian
sepanjang forum ini berlangsung kerana diakhir majlis akan adanya kuiz dan
sesi soal jawab,
Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada sesi soal jawab nanti.
(panel 1)
Insyaalah sebagai mukaddimah bagi memulakan perbincangan mengenai
penurunan AlQuran, kita dapat tahu bahawa Al-Quran merupakan kitab suci
bagi ummat Islam dan ia merupakan antara kitab-kitab samawi. Sebagai
persoalan pertama kepada ustaz, boleh ustaz terangkan apa yang dimaksudkan
dengan Al-Quran dan Wahyu Allah? Adakah terdapat perbezaan dan persamaan
antara Al-Quran dan Wahyu Allah itu sendiri? Dan macam apa yang kita tahu
ustaz, proses penurunan Al-Quran itu sendiri berlangsung selama 23 tahun, jadi
boleh ustaz jelaskan bagaimana proses Al-Quran diturunkan bermula dari luh
mahfuz, sehingga ke dada Rasulullah SAW?
(panel 2)
Sebagaimana yang kita tahu proses penurunan Al-Quran yang lengkap,
mengambil masa yang agak lama. Jadi saya percaya dalam tempoh yang agak
lama itu pasti terdapat peristiwa yang menakjubkan. Jadi boleh ustazah jelaskan
bagaimana peristiwa pengumpulan dan penulisan Al-Quran secara berjilid itu
dilaksanakan.. dan bolehkah ustazah ceritakan peristiwaperistiwa besar yang
berlaku ketika itu?

*PUSINGAN KEDUA
(panel 1)
Jadi berbalik kepada kaedah penurunan Al-Quran sehingga ke dada
Rasulullah SAW, sebagaimana semua maklum bahawa ayat pertama yang
diturunkan adalah ayat 1-5 dari Surah Al-A’laq di mana pada ketika itu nabi
berada di gua Hira’. Tapi ustaz, mengapakah surah pertama yang tercatat
didalam mushaf yang hari-hari kita baca sekarang adalah surah Al-
Fatihah? Siapakah yang menyusun susunan surah-surah didalam Al-Quran dan
adakah ia merupakan suatu tauqifi atau ijtihadi?
(panel 2)
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, kita amat digalakkan membaca Al-
Quran.Bahkan dalam hadith nabi SAW ada menyebut bahawa Al-Quran akan
memberi syafaat kepada si pembacanya.Jadi sebagai persoalan yang seterusnya
kepada ustazah, bagaimanakan cara untuk merangsang minat para pelajar untuk
istiqomah membaca Al-Quran setiap hari sekaligus merasakan dalam jiwa
masing-masing bahawasanya Al-Quran itu merupakan satu mukjizat yang
agung dan penuh dengan keajaiban dan kehebatan? Bolehkah ustazah kongsikan
beberapa tips untuk membuat jadual harian seorang manusia untuk istiqomah
membaca Al-Quran??

PUSINGAN KETIGA
(5 minit seorang)
Boleh ustaz simpul segala perbincangan dan persoalan yang telah
dibincangkan mengenai Nuzul Al-Quran ini?

*Untuk sesi seterusnya kita buka sesi pertanyaan kepada para pelajar. Kalau ada
sebarang soalan boleh tanya.

Insyaalah kita sudah pun berada di penghujung majlis, jadi diharapkan segala
perkongsian yang diberikan oleh penceramah dapat membuka hati kita dibulan
ramadhan ini untuk lebih bersemangat dalam beribadah. Semoga dengan niat
bertaqarrub, mendekatkan diri kepada Allah, berzikir, bertadarus, berselawat
dan menimba ilmu di majlis seumpama ini, kita akan mendapat hidayah dan
bimbingan Allah Ta’ala dalam meniti syurga-Nya.

Saya selaku moderator dan mewakili panel penceramah ingin memohon


maaf jikalau terdapat sebarang kesalahan dan ada tersinggung hati mana-mana
pihak sepanjang majlis ini berlangsung. Segala yang baik itu dari Allah SWT
dan yang buruk itu dari alfakir sendiri. Saya serahkan kembali majlis kepada
pengerusi

Anda mungkin juga menyukai