Anda di halaman 1dari 3

Situasi di gelanggang badminton.

Khairi dan Fardien sedang berlatih badminton bersama Cikgu Arif.

Cikgu Arif :Ok, cukup latihan kita pada hari ini. Kita sambung latihan pada esok hari lagi.

Khairi dan Fardein berhenti bermain dan menuju ke tempat rehat.

Khairi : Dein, kenapa kau minum air gas ?

Fardein : Air gas ni dapat menghilangkan dahaga. Aku selalu lepas bersukan ambil air gas ini.

Khairi : Itu tabiat yang tidak baik. Air gas boleh menghilangkan dahaga dalam masa yang singkat

tetapi lama kelamaan air gas boleh memudharatkan kesihatan antaranya ialah kencing

manis. Lebih baik kau amalkan minum air kosong selepas bersukan.

Fardein : Air kosong. Eeeee taknak la aku. Takda rasa apa.

Khairi : Memang takda rasa apa tetapi mempunyai banyak khasiat. Air kosong dapat menambah

tenaga dan stamina.

Faidein : Ya ke. Macam tak percaya aje.

Khairi : Betul. Air kosong akan merangsang sel-sel darah merah untuk tumbuh lebih cepat.
Sekaligus

melancarkan oksigen ke dalam darah. Air kosong juga sangat bagus untuk sisitem imun

badan bagi membantu melawan jangkitan kuman dan pelbagai penyakit.

Fardein : Oooooo. Kalau begitu saya akan tukar gaya hidup saya dengan amalkan minum air kosong.

Mereka mengemas barang dan beredar dari situ.

Situasi di Kantin.

Rayyan : Abang, bagi air sirap satu bungkus. Air gula lebih bang.

Abang : Tak elok minum manis manis sangat. Nanti boleh gemuk.

Rayyan : Takkan bang. Tengok saya ni, minum air lebih manis pun masih maintain kurus.

Abang : Suka hati kau la.

Rayyan : Terima kasih, bang.

Rayyan ke tempat duduk lalu menyapa Faris.

Rayyan : Assalamualaikum, Faris. Besar botol air kau. Tapi kenapa air kosong aje. Kau tak cukup duit

belanja ke ?

Faris : Cukup. Bapa saya bagi RM5 setiap hari. Saja saya bawa air kosong. Saya dapat
menjimatkan

duit dan boleh menabung untuk masa hadapan. Lagipun air kosong ini banyak khasiat
berbanding air yang awak minum tu.

Rayyan : Saya tak suka air kosong sebab tak rasa apa, tawar aje.

Faris : Yang tawar tu la banyak khasiatnya. Air kosong boleh menaikkan metabolisme dalam
badan.

Metabolisme itu dapat membantu pembakaran lemak lebih cepat dan mengelakkan
obesiti.

Rayyan : Tapi saya kan dah kurus, jadi tak perlu la nak turunkan berat badan lagi.

Faris : Betul sekarang memang la kurus tetapi jika pada masa akan datang tidak tentu lagi.

Tambahan pula air kosong dapat membantu membersihkan usus perut serta buah
pinggang.

Ini dapat mengelakkan daripada sembelit dan sakit buah pinggang.

Khairi dan Fardein lalu di Kawasan kantin.

Fardein : Kamu sembang pasal ap ani. Rancak semacam aje.

Rayyan : Ni si Faris, sedang menasihati saya supaya minum air kosong. Katanya banyak khasiat jika

minum air kosong.

Khairi : Betul la tu. Air kosong ni oleh juga boleh menjadikan rambut kita lebih sihat, lebat dan

bersinar.

Cikgu Arif lalu di kantin.

Rayyan : Assalamualaikum Cikgu Arif. Cikgu pun bawa air kosong botol besar macam Faris ?

C. Arif : Waalaikummusssalam. Ya. Cikgu memang hari hari bawa air kosong botol besar ni sebab
kita

mesti minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Fardein : Tapi kenapa cikgu minum air kosong cikgu ?

C. Arif : Air kosong ni dapat mengelakkan cikgu menggantuk dan pening kepala. Kita mengantuk
atau

pening kepala sebab kurang oksigen dalam kepala. Air kosong membekalkan oksigen

kepada kita, jadi kita tidaklah menggantuk. Oksigen dalam air kosong ini juga dapat

mencerdaskan minda kita. Selain itu, air kosong juga dapat membantu menjaga
kecantikan

kulit supaya kelihatan bersih dan berseri.

Ramai- ramai : Ooooo patut la kulit cikgu bersih dan kemerahan.


C. Arif : Ya sebab oksigen dalam darah cikgu mencukupi apabila cikgu mengamalkan minum air

kosong.

Fardein : Saya akan amalkan minum air kosong supaya kacak macam cikgu. (Gelak kecil)

C. Arif : Ya, amalkan minum air putih mulai hari ini demi kesihatan diri dan kesejahteraan hidup.

Jom masuk kelas sekarang.

Anda mungkin juga menyukai