Anda di halaman 1dari 2

Setelah hampir empat bulan melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

dalam talian di rumah, akhirnya Mimi boleh kembali ke sekolah bersama rakan-rakannya.

Mimi berasa teruja bercampur khuatir. Namun, Mimi percaya dia akan selamat jika
mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan (KKM).

Pada awal pagi, Mimi sudah sampai di sekolah. Ramai murid beratur di depan pintu
masuk dengan perjarakan sosial 1 meter. Semua murid memakai pelitup muka dengan
betul dan menunggu guru yang bertugas menyukat suhu badan dengan alat pengimbas
suhu sebelum masuk ke kawasan sekolah. Hanya murid yang sihat dan dengan suhu
badan yang tidak melebihi 37.5 C sahaja dapat masuk ke kawasan sekolah.

Selepas Mimi menyukat suhu badan, Mimi membersihkan tangan dan kasutnya
dengan pencuci yang disediakan. Kemudian, dia pun mencari kelasnya. Semua meja di
dalam kelas telah diasingkan dengan perjarakan 1 m. Guru kelas sudah menunggu
kedatangan Mimi dengan suara yang lembut. Dengan bimbingan guru kelas, Mimi dapat
mencari tempat duduk sendiri dengan segera.

Lambat-laun, rakan-rakan Mimi juga tiba ke sekolah. Namun, semua duduk dengan
senyap di tempat duduk sendiri. Tiada murid yang berjalan-jalan di dalam kelas. Suara
gurau senda juga tidak kedengaran. Mereka membuat aktiviti sendiri seperti membaca
buku cerita atau melukis gambar. Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan dulu
sebelum pendamik COVID- 19. Dulu, keadaan kelas memang riuh seperti pasar.

Pada pukul 8 pagi, guru besar telah memberi taklimat ringkas tentang SOP di
sekolah melalui pembesar suara. Semua murid terpaksa mendengar taklimat beliau di
dalam kelas masing-masing kerana dilarang berhimpun di dewan. Guru besar
menerangkan SOP di sekolah. Murid-murid diingatkan mematuhi SOP dan sentiasa
menjaga kebersihan diri serta tempat duduk.agar tidak menghidap wabak COVID-19.

Pada waktu rehat, Mimi dan rakan-rakannya diminta berehat dan makan makanan di
dalam kelas. Mereka tidak dibenarkan membeli dan menjamu selera di kantin. Selepas
makan, Mimi berasa kurang selesa. Dia berasa pening kepala dan ingin muntah. Dia
memaklumkan keadaannya kepada guru kelasnya. Guru kelasnya segera menyukat suhu
badannya dan mendapati suhu badannya telah meningkat kepada 37.8 C. Dengan serta
merta, guru kelasnya menghubungi ibu bapanya lalu membawa Mimi ke bilik kuarantin.

Selepas 20 minit, ibu Mimi datang. Mimi dibawa ke klinik yang berhampiran. Mimi
diberi ujian swab COVID-19. Nasib baik keputusannya ialah negatif. Mimi hanya keracunan
makanan. Selepas mendapat ubat, Mimi berehat di rumah selama 2 hari.

Mimi berharap dia boleh cepat sembuh kerana dia suka belajar bersama rakan-
rakannya di sekolah.

Moral cerita ini ialah kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri agar badan kita
sentiasa sihat. Dengan itu, kita bersemangat untuk menjalankan aktiviti harian kita.

Anda mungkin juga menyukai