Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA LATIHAN PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI DAN PEREMPUAN

SMK BANDAR KOTA TINGGI 2023

PENDAHULUAN
Permainan Bola Tampar merupakan permainan yang semakin diiktiraf di dalam dunia sukan.
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui permainan
bola tampar, murid - murid kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang
sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial,kepimpinan serta disiplin
diri. Ia juga dapat mendapat mendidik dan melatih individu untuk lebih bertanggungjawab,
berfikir secara matang dan pantas dalam membuat keputusan. Pengalaman bersukan
penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Program ini
juga diharapkan agar dapat melahirkan atlit bola tampar yang berkemahiran tinggi.

1.0 RASIONAL
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru program ini disediakan
untuk pasukan bola tampar lelaki dan perempuan SMK Bandar Kota Tinggi yang akan
menyertai Kejohanan Bola Tampar Daerah pada tahun 2023. Kelab Bola Tampar menetapkan
matlamat agar pasukan bola tampar sekolah yang dibentuk ini sekurang-kurangnya dapat
memasuki peringkat suku akhir di kejohanan tersebut.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


Program latihan ini di adakan untuk mempertingkatkan kecergasan dari pelbagai aspek
sepertidaya tahan kardiovaskular, dayatahan otot, kepantasan, kekuatan seterusnya
menyediakan pemain dari segi persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal
dan persediaan psikologi ke arah menghadapi pertandingan mahupun kejohanan sebenar.
Antara objektif program adalah seperti berikut
1) Menyediakan pasukan bola tampar lelaki dan perempuan SMK Bandar Kota Tinggi .
2) Menguasai kemahiran dan meningkatkan kemahiran melalui programyang lebih spesifik dan
sistematik.
3) Mempertingkatkan pontensi pemain serta memperkembangkan keupayaan biomotor pemain
ke tahap yang optima.
4) Mengaplikasi perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa tempoh kejohanan.
5 ) Persediaan pemain dari segi psikologi yang melibatkan kemahiran penetapan
matlamat,mengawal kebimbangan, motivasi, visualisi dan simulasi

3.0 MATLAMAT
1) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam permainan bola tampar.
2) Dapat memilih atlit-atlit yang berbakat dan berpotensi untuk diketengahan dalam
Kejohanan Bola tampar MSSD Kota Tinggi dan MSS Johor.
3) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

4.0 ANJURAN
Kelab Bola Tampar, SMK Bandar Kota Tinggi, Johor

5.0 JANGKA MASA


Mei hingga tarikh pertandingan.
Akan diadakan pada setiap hari Ahad – Sabtu bergilir – gilir lelaki dan perempuan
Latihan akan bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 7.00 petang,

6.0 TEMPAT
Gelanggang Bola Tampar, Kg Bukit Lintang Kota Tinggi

7.0 PESERTA DAN SASARAN


35 orang murid lelaki dan perempuan yang telah terpilih mewakili pasukan sekolah. Rujuk
Lampiran

8.0 JADUAL LATIHAN


HARI PASUKAN CATATAN
AHAD LELAKI Drill / Traning / Game
ISNIN PEREMPUAN Drill / Traning / Game
SELASA LELAKI Drill / Traning / Game
RABU PEREMPUAN Drill / Traning / Game
KHAMIS LELAKI Drill / Traning / Game
JUMAAT PEREMPUAN Drill / Traning / Game
SABTU LELAKI / PEREMPUAN FM
9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH HARGA


Net Bola Tampar
1 3 200 600
Molten
Bola Tampar Mikasa
2 6 200 1200
V300W
3 Scoreboard 2 70 140
4 Jersi 35 35 1225
JUMLAH KESELURUHAN 3165

10.0 PENUTUP
Melalui program yang disediakan ini adalah diharapkan agar murid – murid dapat membina
semangat kesukanan dan menunjukkan bakat terpendam yang ada pada mereka. Selain
daripada itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan semangat kerjasama, hormat
menghormati di samping meningkatkan pengetahuan murid dalam sukan dan permainan.

Disediakan oleh:

(SITI NORAZIAH BINTI OTHMAN)


Pengerusi,
Kelab Bola Tampar,
SMK Bandar Kota Tinggi, Johor

Anda mungkin juga menyukai