Anda di halaman 1dari 4

RK SPORT EMPIRE (RA0095000-W)

NO. 21, LORONG PANDAN PERDANA 6/10,


PERUMAHAN PANDAN PERDANA,
25150 KUANTAN, PAHANG.
EMEL : officialrealkuantanfc@gmail.com Tel. : 013-9204799

Tarikh: 22/5/2023

Kepada:
NAMA : AFIQ IKHWAN NURFARHAN BIN ROHAN
NO. KAD PENGENALAN : 011231-14-1753
Tuan,

TAWARAN MENYERTAI SKUAD UTAMA REAL KUANTAN FC

Merujuk perkara di atas, kami adalah RK Sport Empire yang memiliki kelab bola sepak Real Kuantan
FC.

2. Lembaga Pengarah Kelab (BOD) dan barisan kejurulatihan telah bersetuju memilih nama
tuan sebagai pemain skuad utama Real Kuantan FC berkuatkuasa pada 1 Jun 2023 sehingga 31
Ogos 2023 iaitu selamat tempoh tiga (3) bulan. Setelah tamat tempoh ini, pihak Pengurusan RK
Sport Empire berhak untuk menyambung kontrak tiga (3) bulan atau tidak atas budi bicara.

3. Sepanjang tempoh kontrak tersebut, tuan:

I. Akan didaftarkan sebagai pemain skuad utama bagi saingan Liga Amatur Pahang
(PAL).

II. Tidak boleh bermain dengan mana-mana pasukan atau kelab lain sepanjang
tempoh kontrak ini.

III. Diberikan latihan setiap hari Selasa dan Khamis pada jam 5.15 petang.

IV. Dibekalkan program khusus dan kelas teori yang difikirkan perlu dari masa ke
semasa.
SULIT

V. Khidmat rawatan dan nasihat perubatan secara percuma oleh doktor kelab, Dr.
Muhammad Afiq Bin Hassan dan JIKA PERLU kecederaan dirujuk ke pakar bidang
(specialist) di IIUM Sport Medicine Clinic (ISMEC), rawatan akan dilakukan secara
FAST TRACK (tidak perlu menunggu)*.

*jika kecederaan diluar waktu latihan dan perlawanan Real Kuantan FC perkara ini
tidak ditanggung sama sekali oleh pihak kami.

VI. Layak mendapat bonus pemain terbaik perlawanan PAL.

VII. Layak menerima insentif tambahan berdasarkan komitmen, kesungguhan, usaha


dan kerjasama yang akan dinilai secara berterusan oleh Pengurus dan barisan
kejurulatihan.

VIII. Wajib mengikuti program kebajikan kelab CAKNA RKAN yang akan diaturkan kelab
bersama penaja utama (official partner).

IX. Perlu membayar RM15.00 sahaja dan layak menerima subsidi bayaran bagi mana-
mana perlawanan persahabatan.

4. Pihak kelab akan memastikan:

I. Kelengkapan pakaian asas seperti jersi, short dan stokin bagi kemudahan pemain
untuk mana-mana perlawanan.

II. Kos untuk Liga PAL akan ditanggung sepenuhnya kecuali kos pengangkutan ke
padang perlawanan.

5. Tuan boleh di denda sehingga RM100.00, sekiranya:

I. Merokok atau vaping di bangku simpanan sewaktu mana-mana perlawanan


melibatkan Real Kuantan FC.
SULIT

II. Gagal menghadiri latihan dan perlawanan yang ditetapkan tanpa sebarang
makluman awal atau alasan yang munasabah kepada pihak pengurusan atau
barisan kejurulatihan.

III. Bermain dengan mana-mana pasukan atau kelab lain sepanjang tempoh kontrak
ini.

6. Tuan boleh digugurkan serta-merta , sekiranya:

I. Melakukan kesalahan undang-undang atau jenayah.

II. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang

III. Gagal dihubungi tanpa alasan munasabah dalam tempoh lebih lima (5) hari,

7. Sepanjang tempoh kontrak ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan kontrak melalui
pemberian notis bertulis 2 minggu lebih awal dari tarikh penamatan kontrak.

8. Saya bagi pihak pengurusan kelab Real Kuantan FC berharap agar pihak tuan menerima
tawaran ini.

Sekian, terima kasih.

“KITA KUAT KERANA KITA BERSAMA”

Yang Benar,

--------------------------------------------
KHAIRUL IKHWAN BIN RUSLAN,
Pengurus,
REAL KUANTAN FC

s.k: fail
SULIT

BORANG JAWAPAN

Kepada,
Pengurus Real Kuantan FC,
Tel : 013-9204799

Tuan,

Adalah saya : ……………………………………………………………………………………………………………………


No. KP : …………………………………… bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh
REAL KUANTAN FC.

Saya faham bahawa pihak pengurusan kelab akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan
kebajikan yang sewajarnya. Dengan ini, saya memberi pengakuan bahawa saya tidak akan
membuat apa-apa tuntutan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang / mahkamah
terhadap pihak kelab atau sesiapa yang ada kaitan dengan program / aktiviti ini atas apa-apa
kemalangan, kecacatan, kematian atau sebarang risiko kecederaan serius terhadap diri saya
semasa dan sepanjang tempoh kontrak ini berjalan.

Saya dengan ini memberi kebenaran kepada REAL KUANTAN FC memberi apa-apa rawatan atau
pertolongan cemas kepada diri saya jika didapati perlu.

Tandatangan, Disahkan oleh,

………………………………………. --------------------------------------------
Nama : ……………………………………… KHAIRUL IKHWAN BIN RUSLAN,
Tarikh : ……………………………………… Pengurus,
No. Tel : ……………………………………… REAL KUANTAN FC

Anda mungkin juga menyukai