Anda di halaman 1dari 6

PROPOSAL KURSUS SAFETY & HEALTH

OFFICER (SHO)
TAJUK KURSUS: SAFETY AND HEALTH OFFICER

PENYEDIA LATIHAN:
• NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
(NIOSH)

TEMPAT PELAKSANAAN:
• Kursus ini akan dijalankan sepenuhnya di NIOSH, Bangi.

BIL PESERTA:
• Bilangan peserta: 5 orang

KUMPULAN SASARAN:
• 5 orang pegawai yang akan terlibat dalam kursus ini yang terdiri daripada
tenaga pengajar Pengeluaran Automotif, Pembuatan (Pemesinan), Kimpalan,
Penyelenggaraan Kapal Terbang dan Jaminan Kualiti dan akan dijalankan
sewaktu pelajar cuti semester.

LATAR BELAKANG:
Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal di tempat penyedia latihan. Peserta
kursus akan didedahkan dengan info-info berkaitan kesihatan dan keselamatan
pekerjaan yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja.
Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah
organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang
kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat.
Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari
Kementerian Sumber Manusia.

1
OBJEKTIF KURSUS:
i. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengajar untuk mengenalpasti
Hazard, penilaian dan kawalan risiko
ii. Membolehkan pengajar untuk menerangkan OSH-MS dan merancang program
OSH
iii. Membolehkan pengajar untuk menerangkan syarat dan keperluan sah OSH.
iv. Meningkatkan pengalaman dan ilmu berkaitan kesihatan dan keselamatan
pekerjaan dikalangan pengajar.
v. Sebagai langkah awal bagi penguatkuasaan berkaitan kesihatan dan
keselamatan pekerjaan di Institut. Pengajar dan pelajar mestilah bekerjasama
dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan.
vi. Dapat melahirkan tenaga pengajar yang kompeten untuk menjadi Safety and
Health Officer (SHO) setelah lulus peperiksaan SHO dan mendaftar dengan
DOSH.

KANDUNGAN KURSUS:
1. Kursus selama 22 hari
(Rujuk lampiran jadual dan kandungan kursus secara terperinci)
2. Peperiksaan bagi melayakkan untuk mendapat sijil Safety and Health Officer

2
ANGGARAN PERBELANJAAN KURSUS:
KADAR
Bil Bil Jumlah Jumlah
Bil Perkara Kadar Kadar Kadar
Peserta Hari Jam (RM)
/peserta /hari /jam
1 Yuran 3,127 5 22 15,635
2 Yuran peperiksaan 950 5 22 4,750
3 Makan/Minum - 25 - 5 22 - 3,300
Penginapan (Jika
4 - - - -
Ada)
AnggaranTuntutan 2
5 80 - - 22 - 3,520
Perjalanan (kereta)
JUMLAH RM27,205

KOMPETENSI DIPEROLEHI:

1. Pengetahuan dan kemahiran serta ketrampilan yang diperlukan untuk


mengajar NOSS TP-410-4-2016 (Automotive Assembly Control) Tahap 4
persijilan JPK.
2. Pengetahuan dan kemahiran serta kompetensi yang diperlukan untuk
menjalankan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan
Kapal Terbang dimana memerlukan Safety Officer sebagai syarat Pihak
Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
3. Pengetahuan dan kemahiran serta ketrampilan yang diperlukan untuk
mengendalikan penilaian amali kepada pelajar-pelajar Xxxxx dimana
penekanan terhadap keselamatan dibengkel dan kaitannya dengan industri
kelak.

3
JUSTIFIKASI PELAKSANAAN KURSUS
1. Penggunaan NOSS baru TP-410-4:2016 (Automotive Assembly Control) tahap
4 bagi kursus Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif memerlukan
kepakaran pengajar dalam bidang Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan. Berikut adalah Work Activities bagi Competency Unit #1 Automotive
Assembly Work Rule and Regulation Management bagi NOSS tersebut :-
i. Enforce compliance with Internal Factory Rules And Regulations
ii. Ensure compliance with Occupational Safety and Health Act (OSHA)
requirements
iii. Ensure compliance with Fire Safety Department requirements
iv. Ensure Compliance with Factories and Machinery Act Requirements
v. Ensure compliance with Department of Environment (DOE)
Requirements

2. Pembangunan WIM bagi Competency Unit #1 Automotive Assembly Work Rule


and Regulation Management memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang
luas berkenaan Work Activities tersebut dan tenaga pengajar sedia ada masih
belum kompeten untuk memenuhi keperluan NOSS tersebut.

3. Bagi kursus DTK yang sedang dijalankan di Xxxxx memerlukan Safety Officer
sebagai syarat dan keperluan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM) berdasarkan kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa
(ICAO). Safety Officer adalah individu yang bertanggungjawab untuk
pembangunan, operasi dan peningkatan sistem pengurusan keselamatan
(SMS) yang berterusan oleh operator / penyedia perkhidmatan. Beliau
bertindak sebagai pusat tumpuan bagi isu pengurusan keselamatan dalam
organisasi.

4
KESIMPULAN:

Adalah diharap kertas cadangan ini akan mendapat pertimbangan dan


kelulusan daripada YBhg Datuk Ketua Pengarah untuk membolehkan Xxxxx membuat
persediaan bagi Progam baru TP-410-4:2016 (Automotive Assembly Control) tahap 4
bagi kursus Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif.

Selain itu juga, adalah menjadi keperluan utama tenaga pengajar untuk
memiliki sijil SHO bagi menjalankan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan yang
memerlukan Safety Officer sebagai syarat Pihak Berkuasa Penerbangan
Awam Malaysia (CAAM) berdasarkan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa
(ICAO) yang telah memperkenalkan perubahan kepada Konvensyen Chicago untuk
menyelaras dan memperluaskan peruntukan yang berkaitan dengan pengurusan
keselamatan kepada organisasi penyedia perkhidmatan penerbangan dan pengeluar
pesawat.

Sebagai Pusat Latihan Teknologi Tinggi yang melahirkan tenaga mahir industri,
semestinya menjadi keperluan setiap bengkel untuk menyediakan sekurang-
kurangnya seorang tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan dalam Safety and
Health Officer supaya penguatkuasaan keselamatan di bengkel dapat diperketatkan
dan seterusnya pelajar dapat mengaplikasi ilmu dan budaya kerja di institut semasa
di industri kelak.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh (KJ):

Disahkan Oleh Pengarah:

Anda mungkin juga menyukai