Anda di halaman 1dari 14

•••imer.

C
KEMENtial AN
.,90a
peMulih
SUMBER MANUSIA

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

GARIS PANDUAN KEPADA PENYEDIA LATIHAN BERKENAAN DENGAN PELAKSANAAN PROGRAM


LATIHAN SISTEM INSURANS PEKEFUAAN (SIP) & PENJANA KERJAYA 3.0

PENDAHULUAN

Li Garis Panduan ini bertujuan memaklumkan Penyedia Latihan baharu yang dilantik dan

Penyedia Latihan sedia ada yang telah dilantik di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017

[Akta 800] mengenai pelaksanaan Program Ipihan PenjanaKerjaya 3.0 di bawah Sistem

Insurans Pekerjaan (SIP).


01"

LATAR BELAKANG

2.1 PenjanaKerjaya 3.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi

(PEMULIH) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan

meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja

tempatan. Bagi meningkatkan rangsangan permintaan pekerjaan di kalangan majikan

pada 2021, Belanjawan 2021 telah membuat penambahbaikan bagi Insentif

PenjanaKerjaya (IPK) yang dikenali sebagai PenjanaKerjaya 3.0.

22 Antara insentif di bawah PenjanaKerjaya 3.0 adalah menyediakan latihan (reskilling &

upskilling) di bawah program place and train di mana majikan telah menggajikan pekerja

berdasarkan lapor din i mulai 15 Jun 2021 sehingga 31 Disember 2021 dan telah diluluskan
1
dibawah PenjanaKerjaya berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di

bawah PenjanaKerjaya 3.0.

23 Penyediaan latihan semula ini secara tidak langsung merupakan salah satu perlindungan

keselamatan sosial kepada pekerja melalui peningkatan kemahiran bagi mencegah

pengangguran jangka panjang serta memastikan seseorang pekerja itu sentiasa bersedia

dan i segi kemahiran dan sahsiah semasa menyertai alam pekerjaan.

3. SYARAT KELAYAKAN PENYEDIA LATIHAN

3.1 Institusi atau Penyedia Latihan yang layak dilantik di bawah Sistem Insurans Pekerjaan

(SIP) dan Program Latihan PenjanaKerjaya 3.0 mestilah mempunyai salah satu kelayakan

seperti berikut:

I. Institusi latihan yang berdaftar di I? h mana-mana kementerian;


Institut latihan kemahiran ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan
co,
Kemahiran (JPK) atau 'Nfalaysian Qualifications Agency' (MQA);

IL Pusat latihan bertauliah yang diiktiraf oleh badan perakuan bertauliah tempatan

atau antarabangsa yang memberikan perakuan untuk menjalankan latihan;

Institut latihan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad

(PSMB); atau

v. Institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang berdaftar di bawah undang-

undang bertulis atau pihak berkuasa yang berkaitan.

32 Institusi atau Penyedia Latihan yang terlibat di bawah Program PenjanaKerjaya 3.0 adalah

Institusi atau Penyedia Latihan yang berkelayakan dan telah diIantik sebagai Penyedia

Latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan Program Latihan PenjanaKerjaya

2.0. Program, modul atau kursus yang ditawarkan oleh institusi dan Penyedia Latihan

hendaklah didaftarkan dan diluluskan terlebih dahulu oleh Pejabat SIP PERKESO.

2
33 Harga yuran latihan yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan mestilah berpatutan dengan

kursus ditawarkan. Pejabat SIP PERKESO mempunyai budi bicara dan kuasa mutlak untuk

meluluskan harga yuran latihan yang ditawarkan dan tertakluk kepada terma dan syarat

yang ditetapkan oleh PERKESO.

3.4 Tempoh kursus bagi yuran RM 4,000 dan ke bawah adalah minima 5 hari dan tempoh

kursus bagi yuran RM 4,001 dan sehingga maksima RM7,000 adalah minima 10 hari dan

tidak boleh melebihi 60 hari.

35 Bagi memenuhi matlamat program latihan di bawah SIP & PenjanaKerjaya 3.0 ini,

Penyedia Latihan yang dilantik hendaklah menawarkan kursus yang mempunyai nilai tinggi

dan bersesuaian yang boleh meningkatkan kebolehkerjaanpekerja, selaras dengan syarat

dan keperluan di dalam Garis Panduan mi.

3.6 Walau bagaimanapun bagi Penyedia Latilyiii yang ingin menawarkan kursus-kursus asas,
ez,V61.
keusahawanan/perniagaan dan sordid/I adalah dikehendaki untuk mengemukakan bukti
94.

surat sokongan dan komitmen majikan yang sah dan ditandatangani oleh

Pengarah/Pengurus Syarikat atau Pengurus/Eksekutif Sumber Manusia, beserta cop

rasmi majikan yang sah, nombor telefon penandatangan yang boleh dihubungi dan

Nombor Pendaftaran Syarikat (SSM) bersama lampiran Sijil Pendaftaran Syarikat/Borang


9 yang didaftar dan masih aktif sebelum 1 Januari 2021 untuk menggajikan pekerja yang
akan mengikuti latihan yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan yang tersebut untuk

pertimbangan dan kelulusan Pejabat SIP PERKESO.

17 Walau apa sekalipun, PERKESO juga boleh mencadangkan program dan kursus latihan

kepada Penyedia Latihan untuk ditawarkan sekiranya PERKESO berpendapat ia adalah

perlu bagi maksud pasaran buruh semasa. Namun demikian, PERKESO mempunyai kuasa

untuk meluluskan tawaran program dan kursus Latihan daripada Penyedia Latihan

3
berdasarkan keperluan pekerjaan (occupation) dan industri berkenaan serta tawaran kos

yang kompetitif, berkualiti dan bersesuaian dengan keperluan majikan dan pekerja.

3.8 Program latihan sedia ada yang telah diluluskan oleh PERKESO masih diteruskan dengan

mengikut terma dan syarat seperti yang telah ditetapkan di bawah Program Latihan

PenjanaKerjaya 2.0 dimana kursus yang mengenakan yuran melebihi RM4,000 dan

maksimum sehingga RM7,000 mestilah disertakan Sijil Kemahiran Tinggi atau Sijil

Kompetensi atau Sijil Profesional pada akhir tempoh kursus kepada peserta yang

berkelayakan.

39 Pertimbangan boleh diberikan kepada Penyedia latihan yang kompeten dan menawarkan

kursus-kursus yang diperlukan oleh majikan mengikut keperluan pasaran buruh semasa

walaupun tidak mempunyai sijil profesional / sijil kompetensi daripada badan yang

diiktiraf untuk diberikan pertimbangan dan kelulusan.

05.9t
3.10 Penyedia Latihan yang menawarkan us-kursus tanpa sijil kompetensi masih boleh
<09"
memberikan surat komitmen ,s4erti di Para 3.6 untuk pertimbangan dan kelulusan

Pejabat SIP PERKESO dan kursus-kursus terlibat adalah seperti :

I. Kursus Teknikal

Kursus Profesional
Kursus Kompetensi

Kursus ICT (High End)

Kursus keperluan industri

3.11 PERKESO juga boleh memberi pertimbangan terhadap kursus-kursus yang ditawarkan

oleh Penyedia Latihan yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Universiti Tempatan

dan Luar Negara sekiranya modul kursus ditawarkan diperakukan oleh Universiti

tersebut dan bukannya hanya menggunakan logo Universiti tersebut sahaja.

4
3.12 Bagi program kemahiran tinggi atau sijil profesional yang ditawarkan oleh Penyedia

Latihan, yuran latihan maksimum yang akan ditanggung oleh PERKESO hanyalah

sehingga RM7,000 sahaja (termasuk SST, makanan (sekiranya ada), ceramah,

pendaftaran, peperiksaan, insurans, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan)

tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditentukan oleh PERKESO.

3.13 Penyedia Latihan boleh menawarkan program latihan yang berkaitan/berhubung

kait/lanjutan ke tahap yang lebih tinggi atau program berserta peperiksaan tetapi

mestilah ditawarkan secara pakej dalam satu program dan kos yuran latihan tidak boleh

melebihi RM7,000 dan tempoh latihan tidak boleh melebihi 60 hari.

3.14 Bagi program kemahiran tinggi, pensijilan profesional mestilah mendapat pengiktirafan

daripada badan pensijilan dalam negara atau luar negara yang berkaitan. Bukti pensijilan

tersebut mestilah dikemukakan semasa Penyedia Latihan membuat permohonan

pendaftaran kursus kepada PERKESO. B?dan-badan pensijilan adalah seperti di


01
Lampiran A.
0""1

3.15 Program Latihan PenjanaKerjaya 3.0 juga menyediakan program latihan bagi perantis

yang digaji dan oleh itu majikan boleh memohon agar perantis yang digaji itu menjalani

program latihan. Yuran latihan bagi perantis yang akan ditanggung oleh PERKESO adalah

maksimum sehingga RM4,000 dan tempoh kursus tidak boleh melebihi 30 hari.

3.16 Majikan yang dalam masa yang sama telah berdaftar sebagai Penyedia Latihan adalah

tidak layak untuk memohon agar pekerja yang digaji olehnya untuk menjalani latihan

yang ditawarkan olehnya atas kapasiti sebagai Penyedia Latihan melainkan ia

mempunyai dua entiti yang berbeza iaitu Nombor Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM),

Business Registration Number (BRN) dan kod majikan PERKESO yang berbeza.

5
4. TATACARA PERMOHONAN OLEH PENYEDIA LATIHAN

4.1 Berikut adalah tatacara permohonan sebagai Penyedia Latihan.

Langkah Tindakan

Langkah 1 Membuat permohonan di Portal Penyedia Latihan PERKESO di laman

sesawang https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/trainingProvider/login

Langkah 2 Melengkapkan dan memuatnaik semua dokumen diperlukan di sistem.

Langkah 3 Mendaftarkan sekurang— kurangnya satu kursus di sistem.

Langkah 4 Hantar permohonan.

Langkah 5 Pegawai Latihan akan e-mel Templat Kursus dan Borang Pengiraan Kos Kursus

Jangka Pendek PERKESO ke alamat e-mel penyedia latihan.

Langkah 6 Penyedia Latihan e-mel Templat Kursus dan Borang Pengiraan Kos Kursus

Jangka Pendek PERKESO bersama contoh pensijilan kursus, surat komitmen


e.i.e9e
majikan (jika perlu/bagi Prpgrbm PenjanaKerjaya 3.0) dan dokumen lain
i
berkaitan ke e-mel latiflanyokasionalfterkeso.Roy.my. Senarai semak bagi

maklumat yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

Templet Senarai Kursus (dalam bentuk format excel)

Borang Pengiraan Kos Kursus Jangka Pendek PERKESO (bagi setiap

kursus ditawarkan)

Contoh/bukti Pensijilan Kursus Profesional/Kompetensi (bagi setiap

kursus ditawarkan)

Surat komitmen dani majikan bagi kursus softskill seperti kursus

berbentuk pengurusan, komunikasi, bahasa, khidmat pelanggan,

kepimpinan, keusahawanan, dan pemasaran digital).

Profil penceramah/pengajar bagi kursus berkaitan

Dokumen sokongan lain berkaitan (surat koloborasi bersama badan

pensijilan dan kandungan kursus)

6
*Dokumen-dokumen ini boleh diperolehi di laman sesawang:

https://eiscentre.perkeso.gov.my/apply-for-training/

Langkah 7 Pembentangan kursus penyedia latihan ke Mesyuarat Jawatankuasa Latihan

untuk kelulusan oleh urusetia latihan.

Langkah 8 Urusetia akan memaklumkan keputusan kursus/mesyuarat kepada penyedia

latihan dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Latihan melalui

e-mel.

Langkah 9 Pegawai Latihan muatnaik kursus yang lulus ke dalam Sistem PenjanaKerjaya

3.0 dan dan akan e-mel salinan kelulusan kursus kepada penyedia latihan (bagi

Program PenjanaKerjaya 3.0) dalam tempoh 5 hari bekerja bagi pihak penyedia

latihan. Bagi Program SIP Penyedia Latihan kemaskini/daftar kursus lulus

merujuk keputusan jawatankuasa di Portal Penyedia Latihan PERKESO.

Langkah 10 Majikan (lulus hiring incentive) buat permohonan latihan (Program

PenjanaKerjaya 3.0). Orang Beriniurans (0B) buat permohonan latihan


ke.
(Program SIP).

4.2 Sekiranya ada permohonan Program Latihan PenjanaKerjaya 3.0 oleh majikan yang

berjaya, su rat kelulusan ataupun "Guarantee Letter" yang mengandungi butiran peserta,

jenis kursus, yuran diluluskan berserta tempoh kursus akan dikeluarkan kepada Penyedia
Latihan. Salinan akan diberikan kepada majikan dan peserta melalui notifikasi e-mel.

4.3 Penyedia Latihan adalah dikehendaki menghubungi peserta latihan untuk menetapkan

tarikh kursus dalam tempoh 3 hari daripada tarikh terima surat kelulusan daripada

PERKESO. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi atau menolak kursus yang

ditawarkan, Penyedia Latihan hendaklah memaklumkan kepada Unit Latihan SIP dengan

kadar segera. Bagi kes yang berjaya dihubungi, Penyedia Latihan perlu memaklumkan

kepada Unit Latihan SIP berhubung tarikh mula kursus.

7
4.4 Penyedia Latihan tidak dibenarkan untuk menjalankan latihan selagi surat kelulusan

ataupun "Guarantee Letter" tidak diterima daripada PERKESO.

5 KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN UNTU MELAKSANAKAN


PROGRAM LATIHAN

5.1 Penyedia Latihan yang terlibat untuk melaksanakan program latihan ini hendaklah

mempunyai tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran dan kelayakan dalam bidang

berkaitan dan mampu menyampaikan latihan dengan balk.

5.2 Bagi Penyedia Latihan yang menjalankan mod kursus atau jenis latihan hybrid (gabungan

bilik darjah dan atas talian) pembahagian mod pembelajaran mestilah 70% bilik darjah

dan 30% secara atas talian.

5.3 Sekiranya program latihan dijalankan secaratas talian, Penyedia Latihan perlu merujuk

kepada Garis Panduan Bagi Latarviecara Atas Talian PERKESO. Bagi latihan yang

dijalankan secara langsung 'di premis Penyedia Latihan hendaklah mempunyai

infrastruktur yang baik seperti mempunyai kemudahan pejabat yang tetap dan fasiliti

latihan iaitu sekurang- kurangnya satu (1) bulk latihan atau makmal komputer atau

bengkel dilengkapi dengan kemudahan latihan asas yang boleh mengisi sekurang-

kurangnya 10 orang peserta.

5.4 Penyedia Latihan dibenarkan untuk menjalankan latihan di luar premis Penyedia Latihan

dengan persetujuan majikan dan makluman kepada PERKESO, contohnya di premis

majikan, hotel atau mana-mana tempat yang sesuai untuk menjalankan latihan.

5.5 Sepanjang pelaksanaan program insentif ini, Pegawai Latihan Vokasional

(Negeri)/Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO akan melakukan pemantauan dani

semasa ke semasa, termasuklah-

8
I. Mana — mana premis & kemudahan yang digunakan bagi latihan.

ii. Program latihan & tempoh latihan dijalankan seperti yangdipersetujui.

Dokumen & rekod berhubung kehadiran peserta.

iv. Dokumen & rekod berhubung tuntutan Yuran Latihan yang dikemukakan oleh

Penyedia Latihan kepada PERKESO.

PEMBAYARAN

6.1 Penyedia Latihan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan akhir

kursus dan inbois yang perlu dimuatnaik bagi tujuan pembayaran kepada Penyedia

Latihan tersebut. Laporan akhir kursus perlu merangkumi dokumen seperti bukti

kedatangan, gambar sesi latihan dijalankan dan rumusan penilaian akhir kursus.

6.2 Pembayaran yuran latihan akan dibayar,4411 PERKESO secara Electronic Fund Transfer

(EFT) kepada Penyedia Lathan ,stealra "one-off' setelah tamat tempoh kursus yang
dijalankan dan selepas tuntLitan yuran latihan yang lengkap diterima.

63 Penyedia Latihan perlu menyediakan dan menyimpan semua rekod kehadiran peserta

latihan dan laporan akhir kursus yang merangkumi sijil profesional serta bukti gambar

bagi tujuan pemantauan dan audit.

PEMAKAIAN

7.1 Program Latihan PenjanaKerjaya 3.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan

Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) meliputi semua Penyedia Latihan yang memenuhi

syarat pendaftaran Program ini dan Penyedia Latihan yang sedia ada dilantik di bawah

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang akan diluluskan oleh PERKESO untuk turut

berdaftar bagi menyediakan latihan di bawah Program mi.

9
7.2 PERKESO boleh mengeluarkan mana-mana kursus yang telah diluluskan di bawah

Program Latihan PenjanaKerjaya 3.0 dengan serta merta, sekiranya didapati

pemalsuan atau ketidakpatuhan Polisi PenjanaKerjaya 3.0.

7.3 PERKESO boleh menghadkan hanya 10 kursus sahaja yang boleh ditawarkan oleh

Penyedia Latihan di sepanjang pelaksanaan/beriangsungnya Program Latihan

PenjanaKerjaya 3.0 dan kursus ditawarkan mestilah di dalam bidang kepakaran

Penyedia Latihan tersebut.

7.4 PERKESO boleh mengubah atau meminda garis panduan ini dan i semasa ke semasa

bagi tujuan penambahbaikan dan kelancaran perlaksanaan Program Latihan Sistem

Insurans Pekerjaan (SIP) dan Program Latihan PenjanaKerjaya 3.0.

8. PENGGANTUNGAN, PENAMALAN DAN PEMBAYARAN BALIK


YURAN LATIHAN

8.1 PERKESO berhak pada bila-bila masa menggantung pembayaran Yuran Latihan kepada

Penyedia Latihan sekiranya terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai

bahawa Penyedia Latihan, majikan atau mana-mana pihak yang berkaitan, mengikut

mana-mana yang berkenaan, telah—

I. butiran palsu, tidak benar atau tidak betul;

Mengenakan sebarang caj, bayaran atau deposit pendaftaran dan apa-apa

bayaran ke atas majikan atau pekerja, sebelum memulakan kursus;

Hi. Meminta kata laluan sistem penjana majikan sama ada daripada majikan atau

pekerja;

10
Mengakses sistem pejana majikan dengan apa-apa cara sekalipun;

Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui laman

sesawang, menerbitkan data, menjual data, menggunakan data dalam

pentadbiran, menggunakan data untuk tujuan pemasaran, merekodkan data,

mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain serta

memusnahkan data daripada sebarang sistem PERKESO, yang bercanggah

dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010;

Tidak mematuhi Garis Panduan Penggunaan Logo PERKESO bagi Aktiviti

Promosi oleh Penyedia Latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan dan

melantik ejen untuk melakukan promosi. Penyedia Latihan juga akan

disenaraihitamkan jika didapati melakukan tindakan ini;

Memohon dan mendaftarkan latihan bagi pihak majikan berkenaan dengan

pekerjanya dengan apa-apa carpsekalipun kerana hanya majikan sahaja


505''
dibenarkan untuk membuitelfermohonan latihan; dan
,e

Menyamar sebagai ejen PERKESO dengan apa-apa cara sekalipun.

8.2 PERKESO akan menjalankan siasatan berkenaan dengan penggantungan itu. Jika

PERKESO berpuas hati bahawa Penyedia Latihan, majikan atau mana-mana pihak yang

berkaitan—

tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam perenggan 8.1, bayaran

yuran latihan yang telah digantung akan disambung semula dengan serta-merta;

atau

telah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam perenggan 8.1, bayaran

yuran latihan yang telah digantung akan ditamatkan dengan serta-merta.

11
83 PERKESO atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan boleh mengambil apa-apa

tindakan perundangan terhadap Penyedia Latihan, majikan atau mana-mana pihak

yang berkaitan sekiranya terdapat apa-apa perbuatan yang disebut dalam perenggan

8.1 dan yang berkaitan dengan pemalsuan, fraud atau pelanggaran syarat-syarat di

dalam program yang berkenaan yang menyebabkan bayaran yuran latihan tersebut

dibuat oleh PERKESO.

8.4 Jika Penyedia Latihan, majikan atau mereka yang berkaitan telah menerima apa-apa

bayaran yang dia tidak berhak kepadanya, dia hendaklah bertanggungan untuk

membayar balik jumlah yuran latihan yang terlibat kepada PERKESO dalam tempoh

dan dengan cara yang ditentukan oleh PERKESO.

KEMUSYKILAN

ab et.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pergi Latihan Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan,
Ajci-v
PERKESO (Cik Arthi a/p Ravindran, Cik Malahayati binti
Pejabat Sistem Insurans Pekerjp,

Zahlan & Pn. Nurul Najiehah binti Zainal Abidin) di talian 03-8091 5300 atau e-mel di

latihanvokasional@perkeso.gov.my.

TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini mula berkuat kuasa pada 15Julai 2021 dan tertakluk kepada pindaan yang

akan dimaklumkan dani semasa ke semasa oleh PERKESO.

12
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Pembudayaan Norma Baharu dalam Dunia Pekerjaan Sejagat"

(D RI DR. MOHAMMED AZMAN BIN DATO' AZIZ MOHAMMED)

Ketua Eisekutif

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Tarikh: 15 Julai 2021

13
Contoh — Contoh Badan Pensijilan Lampiran A

Agensi Pengeluar Sijil Perakuan Halal

Badan Pensijilan yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pengurusan Kualiti

(QMS)

Badan Pensijilan yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pengurusan Alam

Sekitar (EMS)

Badan Pensijilan yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pensijilan Produk

(PC)

Badan Pensijilan yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pengurusan


6 et
Keselamatan Dan Kesihatan Pekin (OSH)
,a6c-
Badan Pensijilan yang t9j,a+1 diakredit di bawah Program Sistem Pensijilan Hazard

Analysis and Critical Control Point (HACCP)

Badan Pensijilan Yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pengurusan

Keselamatan Makanan (FSMS)

Badan Pensijilan Yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pengurusan Hutan

(FMC)

Badan Pensijilan Yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pengurusan

Keselamatan Maklumat (ISMS)

Badan Pensijilan yang telah diakredit di bawah Program Sistem Pensijilan Individu

(PERSONNEL); dan

Lain-lain badan profesional dan pensijilan yang dipersetujui oleh PERKESO.

14

Anda mungkin juga menyukai