Anda di halaman 1dari 4

Laporan Program Panitia Pendidikan Seni Visual

Tarikh : 21 Jun 2022


Hari : Selasa
Masa : 10.40 pagi – 1.10 tengahari
Peserta: Semua murid

Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi setelah kehadiran diambil murid bergerak mengikut
kelas masing-masing. Cikgu Zalina menerangkan aktiviti yang bakal dijalankan. Murid Tahap 1
mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna manakala murid tahap 2 pula mengambil
bahagian dalam pertandingan melukis gambar burung.
Seterusnya, Cikgu Izwani membuat penerangan tentang pertandingan mewarna yang
melibatkan murid tahap 1. Murid dibenarkan menggunakan pelbagai jenis warna untuk
mewarna. Murid perlu menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Murid yang Berjaya mewarna
dengan cantik dan kemas dikira sebagai pemenang. Murid tahap satu bergerak ke meja makan
kantin untuk mula mewarna.
Aktiviti disambung pula dengan penerangan tentang Teknik melukis burung yang diterangkan
oleh cikgu Zalina. Murid diterapkan dengan Teknik melukis menggunakan teknik kotak. Murid
diajar cara melukis burung menggunakan Teknik kotak. Murid menyediakan bahan dan alatan
yang akan digunakan. Murid mula melukis burung mengikut Teknik yang dipelajari dan
kemudian mewarna mengikut kreativiti masing-masing.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama hasil lukisan masing-masing.
Semoga dengan aktiviti ini dapat memupuk minat murid dalam bidang seni lukisan serta dapat
mencungkil bakat terpendam murid dalam bidang seni lukis.

Disediakan oleh:

………………………………
(HALIZA BINTI HASSENI)
SU Panitia Pendidikan Seni,
SK Bagan Tuan Kechil.
LAPORAN BERGAMBAR

Murid sedang mewarna lukisan


Murid Tahap 2 sedang melukis gambar burung mengikut Teknik yang
telah diajar.
Murid Tahun 2 sedang kusyuk mewarna

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

Anda mungkin juga menyukai