Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan 2023
Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan 2023
Terbaru bantuan pesawah RM200 sebulan selama 6 bulan sementara menunggu hasil tuaian akan
dilaksanakan dan akan dimasukan kedalam Belanjawan 2023. Pengumuan itu dibuat oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob dalam satu majlis makan malam dan mesyuarat agung tahunan
NAFAS ke-48 semalam.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tambah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bantuan ini adalah sebagai menghargai
jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara.
Dalam masa yang sama, NAFAS mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) yang
berakhir Disember 2021 untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) sebanyak lapan peratus
membabitkan hampir 6,000 pelabur dengan keseluruhan nilai agihan dividen berjumlah RM8.5
juta.