Anda di halaman 1dari 3

TEKS DOA PERASMIAN PERTANDINGAN BAHAS GURU PIALA PUSINGAN

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA


GERAKAN MASSA: TERIMA KASIH CIKGU SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-50
TAHUN 2021

‫َّج ِيم‬
ِ ‫ان الر‬ ِ َ‫ ِم َن ال َّش ْيط‬ ِ‫َأ ُعو ُذ بِاهلل‬
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
َ‫ َومِدَاد‬،ِ‫ َو ِز َن َة َعرْ شِ ه‬،ِ‫ضا َن ْفسِ ه‬
َ ‫ َو ِر‬،ِ‫ َعدَدَ َخل ِقه‬،‫وب َحمْ دِه‬
ِ ‫هللا‬
ِ ‫سبحان‬
‫ َكلِ َما ِت ِه‬.
‫ وعلى أله‬،‫ والصالة والسالم على أشرف المرسلين‬،‫الحمدهلل رب العالمين‬
‫وأصحابه األجمعين‬.
Ya Allah, Engkaulah yang memiliki segala Kepujian, Kekuatan, Kekuasaan
dan Kesempurnaan.

Selawat dan salam atas Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW.

Kami bersyukur atas nikmat rezeki, ruang dan peluang yang Engkau
anugerahkan ini.

Sesungguhnya kami hamba-Mu yang lemah ini memohon agar Engkau


memimpin hati dan kerja buat kami agar sentiasa ikhlas kerana-Mu.

‫الَّلهُ َّم يَا َك ِري ُم يَا َر ِحيم‬....


Kami memohon kepada-Mu ya Allah agar Pertandingan Bahas Guru
Piala Pusingan Yayasan Guru Malaysia Berhad Peringkat Kebangsaan
Sempena Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu Bagi Sambutan Hari
Guru Kali Ke-50 Tahun 2021 dapat diadakan dengan sempurna,

pg. 1
TEKS DOA PERASMIAN PERTANDINGAN BAHAS GURU PIALA PUSINGAN
YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA
GERAKAN MASSA: TERIMA KASIH CIKGU SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-50
TAHUN 2021

mendatangkan impak yang bermanfaat, menjadi contoh teladan yang baik


kepada masyarakat, seterusnya memartabatkan profesion perguruan
bersesuaian dengan tugas seorang pendidik yang mulia.

Jadikanlah medan perbahasan guru ini sebagai titik tolak cetusan ilmu dan
menyuburkan pemikiran yang kreatif lagi kritis . Melihat perbezaan dan
persamaan buah fikiran itu sebagai ibrah, hikmah dan rahmat daripada-Mu,
serta akhirilah medan ini dengan kasih sayang-Mu ya Allah.

Ya Rahman, Ya Rahim:

Seperti mana Engkau memasukkan kami melalui pintu kebaikan, maka


Engkau akhirilah juga kami melalui pintu kebaikan dan reda-Mu ya Allah.

Berkatilah majlis ini Dengan izin-Mu, Jayakanlah segala usaha yang telah
kami usahakan,

Jangan Engkau tinggalkan kami walaupun sesaat cuma.

Kepada-Mu kami memohon pertolongan agar dijauhi segala cacat cela


perjalanan majlis sebelum,semasa dan sesudah majlis.

Jauhilah kami daripad sifat Mazmumah, suburkanlah kami dengan sifat


Mahmudah, hindarilah kami daripada segala kelalaian untuk berbuat taat
kepada-Mu.

Mudah-mudahan ,majlis ini menjadi asbab ketakwaan kami kepada-Mu.

pg. 2
TEKS DOA PERASMIAN PERTANDINGAN BAHAS GURU PIALA PUSINGAN
YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA
GERAKAN MASSA: TERIMA KASIH CIKGU SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-50
TAHUN 2021

Kepada-Mu jualah kami serahkan segala urusan.

T‫ة َوقِ َنا‬Tً ‫خ َر ِة َح َس َن‬


ِ ‫ة َوفِي اآل‬Tً ‫ َح َس َن‬T‫ فِي ال ُّد ْن َيا‬T‫ آ ِت َنا‬T‫َر َّب َنا‬
‫ار‬
ِ َّ
‫ن‬ ‫ال‬ ‫اب‬
T
َ َ
‫ذ‬ ‫َع‬

pg. 3

Anda mungkin juga menyukai