Anda di halaman 1dari 2

Doa Kursus / bengkel

‫ْي‬ ‫َس‬ ‫ْر‬ ‫َع َى َأ ْش َر ْا َأل ْن َي َو ُمْل‬ ‫َاْل َح ْم دُ ِ ِهلل َر اْل َع اِمَل ْي َن َو الَّص َال ُة َو الَّس َال ُم‬
‫ِف ِب اءِ ا ِل ن‬ ‫ل‬ ‫ِّب‬
‫َم‬ ‫ْج‬ ‫َأ‬ ‫َو َع َل ى َء ا َو َص ْح‬
‫عين‬ ‫ِب ِه‬ ‫ِل ِه‬

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,


segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan
salam kepada rasul junjungan s.a.w

Ya Rahman, Ya Rahim

kami bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami, menghadirkan


diri, emosi dan roh kami, sesungguhnya, pada hari ini kami
berhimpun dalam KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
TAHUN 2023 bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan
iltizam kami, untuk membangun, membina dan memartabatkan anak
bangsa supaya berbudi, berguna dan berjasa kepada agama, bangsa
dan negara.

Ya Allah Ya Fatihal Barakah,

berkatilah pertemuan kami, berkatilah usaha kami, ilhamkanlah


dalam minda kami, idea yang bernas, pandangan yang jelas dan
keputusan yang waras, kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu
yang berguna, dan kefahaman yang benar, satukanlah hati kami,
eratkanlah silaturahim dalam kalangan kami, berilah kami kekuatan
semangat, tidak berputus asa, bersungguh-sungguh dan rajin dalam
menuntut ilmu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia,


di pagi yang penuh keberkatan ini, ampunilah dosa-dosa kami, dosa
kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami serta seluruh umat Islam
yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Ya Allah peliharalah kehormatan kami, hiasilah diri kami dengan


akhlak terpuji, mantapkanlah keimanan kami, terangkanlah hati
kami untuk menerima dan memahami segala ilmu yang dicurahkan
kepada kami.

‫ًم‬ ‫ْو‬ ‫ُح‬ ‫ْر‬ ‫َم‬ ‫ًع‬ ‫ْم‬ ‫َج‬ ‫َا َّل ُه َّم ْج َع ْل َج ْم َع َن َه َذ‬
‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا ا‬ ‫ل ا‬
‫َّن‬ ‫َب‬ ‫َر َح َس َن َو َن َع َذ‬ ‫ِ َر َّب َن ا َء ا َن ا ي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو‬
‫ةً ِق ا ا ال ار‬ ‫األ‬
‫ِف ِخ ِة‬ ‫ي‬ ‫ِت ِف‬

‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬


‫َو اْل َح ْم ُد ِ ِهلل َر اْل َع اَل ـ ْي َن‬
‫ِم‬ ‫ِّب‬

Anda mungkin juga menyukai