Anda di halaman 1dari 9

Bab 6:KESULTANAN

JOHOR RIAU
~Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi
cabaran yang menggugat kedaulatannya dengan
menggunakan beberapa strategi.Antaranya termasuklah
memindahkan pusat pemerintahan,membina kota pertahanan
serta menjalinkan hubungan persahabatan dengan Belanda.
1.Pemindahan Pusat Pemerintahan
.Sebahagian besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor
Riau terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor.Semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim(1677-1685),kegemilangan
Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau
Lingga yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu.
Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi
Ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada
ancaman Portugis dan Acheh.
2.Membina Kota Pertahanan
*Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat
pemerintahan dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri.

Kota Kara
>Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan
Alauddin Riayat Shah I.
>Terletak di Kuala Sungai Telor.
>Pagar dibuat dengan pancang latu besar
Setinggi 40 kaki (12meter).
>Diperkuatkan dengan bedil dan meriam.
3.Menjalinkan Hubungan dengan Belanda
#Kepimpinan Kesultanan Johor Riau mengekalkan kedaulatan
kerajaan dengan mengadakan perjanjian persahabatan dengan
pihak Belanda.Dasar berbaik-baik dengan Belanda dilakukan
sebagai strategi untuk menghadapi
ancaman daripada Portugis di Melaka dan Acheh.
-Hubungan Johor-Belanda bermula pada tahun 1602
Apabila Belanda menawarkan bantuan kepada
Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) untuk
melindungi Johor daripada serangan Portugis dan
Acheh.
-Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani pada 17
Mei 1606 antara Admiral Belanda,Cornelis Matelief
De Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II di atas
kapal Belanda bernama Oranje.
}Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang
Melak.
}Johor mengambil bahagian dalam perang
Belanda-Portugis dengan memberikan bantuan
yang berikut:
-Membantu mengangkut peralatan perang.
-Membuat tapak meriam.
-Menggalj parit kubu.
-Menyekat musuh lari ke dalam hutan.
-Menaikkan semangat tentera Belanda.
}Johor membantu Belanda mengepung dan menyerang Portugis di Melaka
Sejak 2 Ogos 1640.
}Portugis di Melaka berjaya ditewaskan pada Januari 1641.
Rumusan
~Strategi memindahkan pusat pemerintahan ,membina kota pertahanan
dan mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda dapat
mengekalkan kedaulatan dan kestabilan Kesultanan Johor
Riau.Kewibawaaan dan kebijaksanaan pemerintahanya menggunakan
pendekatan ini telah melonjakkan kesultanan ini ke arah kegemilangan
dan keagungan di Alam Melayu.Kita perlu mempunyai keyakinan diri
dalam memepertahankan kedaulatan negara.
TAMAT~

Anda mungkin juga menyukai