Anda di halaman 1dari 1

Khazanah Ilmu Kita

Ilmu Umpama Manisnya Rasa Setitik Madu


Membuatkan Setiap Insan Tertarik Merasainya
Rasa Hebat Ini Kekal Menjadi Rebutan Semua
Kerana Khazanah Ilmu Harta Nilai Yang Tiada Tara
Memiliknya Hidup Pasti Disanjung
Martabat Sesebuah Bangsa Naik Menggunung
Mana Perginya Menjadi Penaung

Khazanah Ilmu Itulah Gemala Sakti


Sinarnya Secerah Tingginya Mentari
Semakin Memiliki Semakin Diingati
Sukar Bercerai Dengan Diri Sehingga Berganti Mati
Khazanah Ini Harganya Tidak Ternilai
Sehingga Sebuah Dunia Belinya Bukan
Kuasa Khazanah Ini Penentu Jaya Gagal Sebuah Bangsa
Didambakan Semua Insan Di Laut Atau Darat

Khazanah Ilmu Harta Tinggalan Terindah


Penyuluh Jalan Kepada Si Buta
Pembicara Setia Kepada Yang Tidak Mampu berkata
Penerang Jalan Kepada Yang Tersesat
Umpama Pelayar Dengan Rumah Apinya

Pentingnya Khazanah Ini Merangka Perubahan


Bekalan Mengharungi Cabaran Yang Tidak Diduga
Demi….
Melahirnya Bangsa Yang Berwawasan
Bangsa Yang Tidak Ketinggalan Zaman

Anda mungkin juga menyukai