Anda di halaman 1dari 8

BEST FM Q&A (These are only guidelines for speakers to answer)

Pengenalan redONE dan pelan postpaid

1. Boleh perkenalkan diri encik?


Speaker perkenalkan diri sendiri

o Nama, asal.
- Romy Faizal Bin Bakrin, Senang dipanggil Faizal. Asal Johor
o Jawatan yang dipegang / Pekerjaan
- Penasihat Jualan RedOne Primier
o Sedikit latar belakang tentang diri sendiri/pengalaman kerja
- Orang biasa2 aje
- Tidak pernah ada pengalaman dalam jualan
- Terjebak dalam RedOne baru je 6 tahun
- 3 tahun pertama part time je. Lps tu bukan part time. Anytime RedOne

2. Siapakah redONE?
redONE ialah sebuah syarikat Mobile Virtual Network Operator (MVNO) pertama di Malaysia
yang menawarkan pelan Pascabayar atau Postpaid serendah RM8 sebulan. Mula beroperasi
pada tahun 2012 dan kini sudah berada di pasaran selama 8 tahun dengan jumlah pengguna
sekitar 1.2 juta. MVNO bermaksud redONE tidak mempunyai rangkaian sendiri tetapi
menggunakan rangkaian dan infrastruktur Celcom sebagai pembekal utama. Pelanggan
redONE juga mendapat liputan 4G LTE dan panggilan suara yang jelas tanpa gangguan sama
seperti pengguna Celcom yang lain.

3. Berapakah anggaran pengguna redONE di Malaysia sekarang?


Pengguna tempatan rata-rata menyambut baik kehadiran redONE dalam pasaran
telekomunikasi di Malaysia. Pada tahun 2012, kami mempunyai hanya 5,795 pelanggan dan
terus meningkat kepada 437,000 di tahun 2014. Pada tahun 2017, redONE sudah
mempunyai 900,000 pelanggan aktif dan pada suku tahun ke-2 2018, kami telah berjaya
mencapai 1 juta pelanggan pelan postpaid. Untuk tahun 2020, kami mensasarkan 1.3 juta
pelanggan aktif.

4. Apakah itu pelan pascabayar atau postpaid?


Pelan postpaid ialah pelan langganan bulanan yang telah ditetapkan oleh syarikat
telekomunikasi, datang dengan syarat-syarat tertentu dan pelanggan akan dicaj pada akhir
bulan setelah mengambil kira semua penggunaan pada bulan tersebut.
5. Boleh ceritakan tentang produk redONE Postpaid?
Terdapat 3 produk utama untuk pelan Amazing redONE Postpaid – Amazing8, Amazing38, &
Amazing58

Amazing8 – RM8/bulan iaitu postpaid terendah di Malaysia menawarkan 1GB data 4G LTE,
panggilan tanpa had antara pengguna redONE Postpaid. Sesuai untuk mereka yang kurang
menggunakan data tetapi lebih suka bercakap telefon, terutamanya jika ahli keluarga atau
rakan-rakan juga menggunakan redONE. Dapat jimat duit kerana panggilan percuma.

Amazing38 – RM38/bulan untuk 33GB data. 8GB data 4G LTE, 10GB 4G LTE redSOCIAL, 15GB
data redVIDEO dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Penggunaan data yang
sederhana, sesuai untuk pelajar, anak-anak yang perlukan internet untuk belajar, atau ibu
ayah yang kurang melayari internet.

Amazing58 – RM58/sebulan untuk 60GB data. 20GB data 4G LTE, 10GB 4G LTE data
redSOCIAL, 30GB data redVIDEO dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Sesuai untuk
heavy data user yang sering melayari internet, tak boleh berenggang dengan telefon, yang
sentiasa nak tahu perkembangan terkini seperti golongan bekerja, pekerja gig dan
sebagainya.

6. Siapakah yang sesuai menggunakan pelan redONE Postpaid?


Sesuai untuk semua peringkat umur, seisi keluarga. Golongan sasaran yang luas kerana usia
18 tahun ke atas dah boleh melanggan. Warga emas yang mungkin kurang menggunakan
data tetapi lebih suka membuat panggilan boleh dapatkan pelan Amazing 8. Untuk remaja
yang masih bersekolah dan belajar, tak boleh selalu main telefon, boleh dapatkan pelan
Amazing38. Yang sering menggunakan data 4G LTE, social media dan selalu berhubung,
boleh dapatkan pelan Amazing68.

7. Apakah kelebihan redONE postpaid berbanding pelan lain yang ada di pasaran?
 Murah, mampu milik serendah RM8 sebulan.
 Pelanggan yang disenarai hitam pun boleh berdaftar dengan kami.
 Mempunyai kelajuan dan liputan rangkaian 4G LTE yang sama seperti telco lain.
 Panggilan percuma antara redONE Postpaid ke redONE Postpaid atau ke semua
rangkaian lain.
8. Bagaimana tanggapan / penerimaan redONE Postpaid oleh pengguna tempatan?
Terdapat pelbagai kempen dan usaha pemasaran yang telah dibuat oleh redONE untuk
mempromosikan jenama dan produk kita. Contohnya, anda boleh lihat iklan kami di
sepanjang lebuh raya di billboard, dalam surat khabar dan di radio. Antara kempen yang
telah kami jalankan ialah:
- We pay your bill --- pemenang bertuah harian mendapat tajaan bil bulanan selama
setahun oleh redONE.
- Dekat Di Jari, Dekat Di Hati – mempromosikan pelan Amazing38 & Amazing58
- 1GB PERCUMA PKP – memberikan 1GB data 4G LTE percuma kepada pelanggan
postpaid setiap hari, mengikut saranan kerajaan.
- TFC Snap & Win – program tangkap gambar dan menang. Peminat pasukan
Terengganu FC (tajaan redONE) berpeluang untuk menang hadiah eksklusif
dengan muat naik gambar dengan barangan TFC dan redONE di sosial media.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan lebih ramai rakyat Malaysia yang mula
mengenali produk dan jenama kami dan melanggan sebagai pelanggan.

Mengenai Program RPSA

1. Apakah program redONE Preneurs Sales Advisor (RPSA) ini sebenarnya?


Program RPSA ialah satu program pengambilan mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas
untuk dilatih menjadi Sales Advisor / Penasihat Jualan. Mereka yang menyertai program ini
akan dilatih sehingga boleh menjana pendapatan dengan menjual produk redONE iaitu
pelan-pelan postpaid. Antaranya ialah Amazing8, Amazing38, Amazing58, dan Data28. Ada
juga produk-produk lain seperti redCARE, redMALL dan redCARD.

2. Apakah syarat-syarat untuk menyertai RPSA?


 Warganegara Malaysia
 Berumur 18 tahun ke atas
 Pemohon perlu mendaftar satu talian redONE baharu dengan pelan Postpaid redONE
minimum RM38.
 Bayaran sebanyak RM100 perlu dibuat untuk membuka akaun e-wallet. Jumlah ini akan
dikreditkan kembali ke dalam akaun e-wallet anda setelah didaftarkan.

3. Siapakah yang sesuai untuk menyertai program RPSA?

Program eksklusif ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia daripada pelbagai latar belakang
dan kumpulan pendapatan termasuk mereka yang bekerja di sektor swasta, penjawat awam,
graduan baharu dan pekerja gig seperti penghantar makanan, pemandu e-hailing dan freelancer
untuk meningkat pendapatan bulanan dengan menjual pelbagai produk dan servis redONE.
Memandangkan sekarang ramai yang telah dibuang kerja akibat Covid-19, program RPSA ini juga
mengalu-alukan mereka yang telah dibuang kerja atau sedang mencari kerja untuk menyertai kami.
Tidak perlu modal yang tinggi dan boleh terus bermula pada bila-bila masa kerana waktu kerja yang
fleksibel.
4. Apakah kelebihan / faedah menjadi seorang Penasihat Jualan redONE?

 Pendapatan seumur hidup


Insentif berulang / recurring incentive bermaksud redONE memberikan insentif atau komisen
berterusan selagi pelanggan yang anda daftarkan di bawah redONE masih menggunakan
taliannya.

 Pendaftaran PERCUMA
Mulakan bisnes dengan mudah apabila yuran pendaftaran RM680 dikecualikan. Modal bisnes
yang paling rendah di Malaysia!

 Insentif menarik
Terima insentif pendahuluan yang tinggi sehingga RM100 dengan setiap pendaftaran talian
postpaid, pendapatan berterusan sehingga 4% dan menikmati komisen kutipan bil utility
pelanggan (lebih daripada 50 jenis bil utility yang ada) setinggi 2%. Bagaikan sama seperti SST!

 Pelbagai aliran pendapatan


Jana lebih banyak apabila anda bantu pelanggan untuk mendaftar kad kredit HSBC di redCARD,
membeli peranti mudah alih di redMALL, membeli insurans (Insuran kereta, insuran perjalanan
& takaful PA) dan di redCARE dan memohon pinjaman AEON Credit.

 Berpeluang menang kereta dalam Car Bonanza


Aktif menjual talian redONE Postpaid dan anda berpeluang untuk menang sebuah kereta
baharu dalam Car Bonanza Giveaway yang diadakan setiap tahun! Terdapat 20 buah kereta
untuk dimenangi pada 2020!

 Pinjaman redCASH
Sebagai Penasihat Jualan redONE Preneur, anda layak untuk memohon pembiayaan pinjaman
eksklusif jika ingin mengembangkan perniagaan.

 Latihan disediakan
Program latihan berstruktur dengan material pembelajaran dan mentor berpengalaman akan
bantu anda untuk berjaya.

 Kebebasan dan fleksibiliti masa


Bekerja bila-bila masa dan di mana sahaja! Tiada had masa atau tempat, anda boleh jana wang
mengikut keselesaan!
5. Boleh ceritakan lebih lanjut tentang pendaftaran percuma? Tawaran ini macam terlalu
bagus, sukar nak percaya!
Tawaran untuk menyertai program RPSA ialah terhad. Sebelum ini, untuk menyertai perlu
membayar RM680. Untuk RPSA, tidak perlu. Hanya perlu bayar RM100 untuk buka akaun e-
Wallet dan kami akan kembalikan semula RM100 tersebut ke dalam e-Wallet. Ibaratnya
anda tidak membayar apa-apa. Fungsi e-Wallet adalah sama seperti e-Wallet lain yang ada di
pasaran seperti Touch N Go, Boost dan sebagainya. Ia digunakan untuk membayar bil utiliti
pelanggan seperti bil air, astro, bil postpaid bulanan, caj Admin untuk pendaftaran baharu
dan banyak lagi. Kami ada applikasi mudah alih untuk e-Wallet ini.

6. Selain daripada pendaftaran percuma, apa lagi yang redONE bagi percuma untuk mereka
yang menyertai program RPSA?
Kit permulaan juga kita bagi PERCUMA. Tapi dengan syarat, Penasihat Jualan di bawah
program RPSA ini perlu mengaktifkan 10 talian pelan postpaid bermula harga RM38 ke atas,
dalam masa 6 bulan.

7. Item atau barang apa yang terdapat dalam Kit Permulaan RPSA untuk mereka mula
menjual?
10 unit Postpaid Multi SIM
1 unit Mykad Reader
1 unit redONE Generic Round Neck T-shirt
2 unit redONE Pen
1 unit redONE backpack
1 unit redONE Authorised Polo T-shirt
2 unit redONE Window Car Sticker
2 unit redONE Shopping Bag

8. Tadi ada sebut tentang peluang untuk menang kereta dalam Car Bonanza. Boleh ceritakan
lebih lanjut macam mana nak dapat kereta tu?
Setiap tahun sejak 2017, redONE menganjurkan Car Bonanza Giveaway di setiap acara
tahunan redONE Star Nite. Untuk tahun ini, sebanyak 20 kereta untuk dimenangi oleh ejen
redONE yang bertuah. Hanya aktifkan 100 talian daripada 1 Januari – 31 Disember 2020
untuk dapatkan satu tiket cabutan bertuah. Lagi banyak talian yang berjaya didaftarkan, lagi
tinggi peluang untuk menang kereta baharu! Sebagai RPSA, anda turut berpeluang untuk
menyertai Car Bonanza dan menang hadiah! Hadiah untuk tahun ini ialah:
- 2 unit Toyota Hilux
- 9 unit Proton X50
- 9 unit Perodua D55L

9. Berapakah jumlah pengambilan untuk program RPSA ini?


Hanya 50 slot RPSA diperuntukkan untuk setiap Kedai Premier redONE (PS) dan Virtual PS di
seluruh negara bersamaan dengan 10,000 tawaran pengambilan.
10. Boleh terangkan lebih lanjut tentang pinjaman redCASH untuk program RPSA?
redCASH menyediakan bantuan kewangan kepada Rakan Niaga tanpa cagaran. Melalui
portal redCASH, semua Rakan Niaga redONE boleh memohon pinjaman redCASH dan
menguruskan pinjaman mereka walau di mana berada dan pada bila-bila masa bermula 6
Julai 2020. Pinjaman ini boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan sebagai RPSA.

11. Adakah terdapat elaun atau sebarang pendapatan tetap untuk RPSA?
Ya. Ada. RPSA boleh menerima sehingga RM3,000 tambahan setiap bulan dengan Elaun
Sepenuh Masa berdasarkan prestasi kerja. Lebih banyak pengaktifan, lebih tinggi tahap
dedikasi yang ditunjukkan, berpeluang untuk dapat elaun sepenuh masa.

12. Latihan bagaimana yang disediakan dan bagaimana mentor membantu RPSA untuk
berjaya?
Selain daripada Kit Permulaan Percuma, kami turut memberikan latihan kepada RPSA
sehingga mereka yakin untuk membuat jualan. Latihan akan diberikan oleh PS yang
bertanggungjawab mendaftar RPSA dan mereka akan ajar tentang:
- Produk redONE. Supaya RPSA mempunyai keyakinan dan ilmu pengetahuan yang
betul mengenai produk-produk redONE.
- Pengiraan komisen. Supaya RPSA bersemangat untuk membuat jualan.

RPSA akan juga mendapat POSM seperti flyer, poster atau bunting daripada redONE untuk
rujukan dan sebagai alat jualan.

13. Boleh ceritakan lebih lanjut tentang cara pengiraan komisen dan apa yang dimaksudkan
dengan insentif berulang?
Insentif berulang / recurring incentive bermaksud redONE memberikan insentif atau
komisen berterusan selagi pelanggan yang anda daftarkan di bawah redONE masih
menggunakan taliannya. Contoh: Jika pelanggan Ahmad melanggan Amazing38 selama 5
tahun, selama 5 tahun Ahmad akan terus mendapat insentif. Pengiraan adalah seperti
berikut:
-Komisen berulang.
i. Amazing 8 (6%)
ii. Amazing48+, Amazing38C, Amazing28+ Data28, Amazing68, Amazing58 (4%)
iii. Amazing 8: Untuk caj panggilan IDD dan domestik, SMS dan MMS (6%)
iv. Amazing 8: Untuk Data Bundle, Caj perayauan, komitmen bulanan, kandungan
mudah alih dan lain-lain. (4%)
- Insentif Komisen Pelan postpaid daripada MNP bukan Celcom
i) Amazing 8(RM10/talian)
ii) Amazing28+,Data28, Amazing38C (RM15/talian)
iii) Amazing48+, Amazing68, Amazing58 (RM20/talian)

- Insentif Pendahuluan Ekstra untuk setiap talian

-Komisen e-Wallet untuk kutipan bil. Dapat 2% setiap kali customer bayar bill redONE.

Senario di mana jika RPSA mengaktifkan 30 talian Amazing38 dalam sebulan


14. Kenapa bidang jualan telekomunikasi boleh bantu menjana pendapatan?
Perkhidmatan telekomunikasi adalah tergolong dalam kategori “essential’, di mana semua
orang menggunakannya, tidak sukar mencari pelanggan dan anda hanya perlu menjual sekali
untuk menikmati keuntungannya setiap bulan. Terutamanya ketika kita dalam pandemik
melawan Covid-19, perkhidmatan telco sangat penting dan merupakan satu keperluan.
Setiap orang perlu mempunyai internet untuk mengetahui perkembangan terkini dan
redoNE memberikan 1GB 4G LTE percuma setiap hari. Akibat ramai juga yang terjejas
pendapatan akibat Covid-19, rakyat Malaysia rata-rata memilih untuk berjimat. Jadi pelan-
pelan redONE sangat sesuai dan berpatutan untuk semua orang. Tidak membebankan poket
anda setiap bulan.
15. Bagaimana cara untuk berjaya dalam industri ini?

 Berdedikasi tinggi
 Rajin
 Mempunyai BIG WHY atau matlamat dan tujuan yang jelas
 Tidak mudah berputus asa
 Kreatif dalam mencipta peluang
 Speaker boleh berikan contoh daripada pengalaman sendiri atau hasil kejayaan sendiri
bagaimana boleh berjaya pada hari ini

Sertai Program RPSA

1. Bagaimana untuk mendaftar sebagai Penasihat Jualan RPSA?


Layari laman web kami https://www.redone.com.my/telcopreneur atau hubungi (Speaker)
di talian 01155577699 atau emel di faizal.redone@gmail.com

2. Apa kata-kata akhir untuk diberikan kepada yang ingin menyertai RPSA?
Marilah kita bersama-sama menjana pendapatan ekstra dengan redONE. Jangan risau, kami
akan bantu sebaik mungkin untuk anda berjaya. Dengan pelbagai faedah yang anda akan
dapat, sangat rugi jika tidak menyertai RPSA kami. Cepat-cepat hubungi saya di XXX-XXXX
dan jangan lupa hebahkan juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mencari peluang
pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai