Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA JENAMA ANDA 2019

1.0 PENGENALAN

Bina JENAMA adalah elemen penting dalam memastikan perniagaan kita terus
hidup. Saya yakin ramai usahawan pasti ingin jenama mereka dikenali dan mereka turut
usaha untuk merealisasikan usaha mereka. Namun, bagi usahawan yang kurang
pendedahan dan masih lagi di peringkat bawah dalam perniagaan mereka mungkin
agak susah untuk melabur wang yang tinggi untuk mendapatkan ilmu.
Sasaran kami adalah usahawan kecil dan desa sama ada yang baru atau sudah
lama memulakan perniagaan namun masih belum dapat pendedahan membina
JENAMA mereka sendiri. Kami menawarkan program selama 2 – 3 jam ini dengan
harga yang sangat berbaloi supaya sasaran kami dapat turut serta dan balik dengan
ilmu dan memanfaatkan dalam bina empayar perniagaan mereka.

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dicadangkan:
1. Mohon kerjasama bersama Pusat Internet Bandar Baru, Teluk Intan
Untuk merealisasikan program BINA JENAMA ANDA 2019.

3.0 Matlamat

Matlamat kami untuk membantu usahawan kecil menggunakan plarform


Online (pemasaran online) untuk minimumkan kos pemasaran dan
meningkatkan keuntungan.

4.0 Objektif

1. Usahawan celik ilmu dan sentiasa ingin menambah ilmu perniagaan.


2. Usahawan dapat pelajari teknik Penjenamaan dan mengaplikasikan dalam
proses perkembangan perniagaan mereka.

5.0 Tarikh Cadangan Program

16/17 Mac 2019


6.0 Masa Program

10 am – 1pm

7.0 Tempat Program

Pusat Internet Bandar Baru, Teluk Intan

8.0 Penyertaan dan Yuran Penyertaan

20 orang peserta dan RM35 yuran penyertaan

9.0 Penutup

Program ini akan memberikan impak positif dalam perniagaan sekiranya usahawan
berjaya mengaplikasikan teknik-teknik yang diterangkan dalam program. Saya yakin
program ini juga “WIN WIN SITUATION” kepada Syarikat kami dan Pusat Internet
Bandar Baru, Teluk Intan kerana kedua-dua institusi dan syarikat ini mempunyai
persamaan iaitu kita ingin masyarakat gunakan saluran internet dan teknologi
dengan optimum dalam masa yang masa guna untuk kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai