Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN
Nuriz’s Cupcakes Enteprise telah mula beroperasi secara kecil-kecilan di sebuat
premis kecil di Lot 517, Wisman Arjuna, Lorong Durian 1, 89800 Beaufort, Sabah
pada tahun di 2011. Pada Pada awal peringkat perniagaan NCE hanya menjalankan
kegiaan membuat dan menjual kek cawan sahaja. Memandangkan sambutan
pelanggan yang amat menggalakkan, NZ juga telah menghasilkan produk-produk lain
seperti roti, dan biskut. Selain itu NZ juga menerima tempahan majlis-majlis
perkahwinan, harijadi, sambutan acara istimewa, hari keluarga dan sebagainya.

Pada peringkat awal, NZ hanya dijalankan oleh Pn Norizan bersama adik beliau iaitu
Pn Maznah, seorang juru kek dan seorang pembantu am. Para pekerja terdiri daripada
penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Oleh kerana
permintaan daripada pelanggan semakin meningkat, pada awal tahun 2012 NZE, telah
menambah 3bilangan pekerja menjadikan jumlahnya seramai 5 orang. Melihat kepada
pola permintaan pelanggan yang semakin meningkat, saiz ruang premis, bilangaan
mesin dan peralatan serta kurang bilangan tenaga pekerja menjadi kekangan bagi
NZE membuat pengeluaran yang memenuhi permintaan. Oleh yang demikian NZE
ingin mnyewa lot bersebelahan dengan premis bagi meluaskan premis perniagaan
sedia ada. Selain itu NZE juga ingin menambanh bilangan mesin, peralatan dan
pekerja.

Pemegang saham utama bagi syarikan perkongsian ini ialah Pn Norizan Bali dan Puan
Maznah Bali yang masing-maing menyumbang modal sebanyak RM25,000 tanpa
sebarang pinjaman. Berdasarkan prestasi NZE yang memberangsankan, NZE berja
mencatatkan keuntungan sebanyak RM119,208.00 bagi tahun 2011. Jumlah ini
dijangka terus meningkat pada pengujung tahun ini. Diharapkan dengan adanya
pinjaman kewangan dari BSN ini dapat membantu NZE untuk terus berkembang.
2.0 TUJUAN PERANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan rancangan perniagaan ini adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan
bagi meningkatkan pengeluaran perniagaan. Rancangan perniagaan ini ditujukan
kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk pembiayaan sebanyak RM 60,000 yang
dipohon di bawah skim Mikro Kewangan BSN. Pembiayaan ini diperlukan sebagai
modal untuk memperluaskan perniagaan. Dana inia kan digunakan untuk meluaskan
den mengubah suai premis perniagaan, sebagai modal pusingan membeli mesin,
peralatan dan bahan-bahan mentah perniagaan
Perniagaan yang saya usahakan ini diberi nama MESRA KASIH CLEANING
PROFESIONAL ENTERPRISE yang akan menawarkan perkhidmatan membersih dan
mencuci rumah ,untuk memastikan rumah pelanggan kekal bersih dan kemas pada setiap
masa dengan harga dan pilihan pakej yang berbaloi .Saya yakin perkhidmatan yang saya
tawarkan ini mampu meringankan beban , menjimatkan masa dan tenaga.
Memandangkan trend persekitaran semasa berkaitan permintaan perkhidmatan membersih
dan mencuci semakin meningkat dari semasa ke semasa. Perniagaan Mesra Kasih
Cleaning Profesional akan memastikan setiap pekerja memiliki sikap yang bermotivasi
tinggi, berwibawa dan dilengkapi dengan pengurusan yang cekap dan sistematik serta
persekitaran yang sentiasa positif.
Tujuan utama saya menyediakan rancangan perniagaan adalah untuk memohon pinjaman
daripada pihak bank iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank) sekaligus meyakinkan pihak
bank untuk meluluskan permohonan pinjaman ini.
Modal keseluruhan bagi memulakan perniagaan ini adalah sebanyak RM 100 000. Jumlah
tersebut dibahagikan kepada dua sumber iaitu sumber dalaman.Sumber dalaman yang saya
gunakan untuk merealisasikan perniagaan ini adalah daripada simpanan peribadi yang
berjumlah sebanyak RM 12 000 sahaja.Kira-kira hanya 12%. Saya menggunakan wang
daripada simpanan peribadi yang dipinjam dengan saudara mara serta keluarga kerana ia
sangat mudah untuk diperolehi.Tidak perlu membuat permohonan dan mengambil masa
yang lama.Dengan adanya simpanan peribadi dapatlah mengurangkan bebanan hutang
kepada saya.
Bagi mencukupkan modal yang diperlukan agar perniagaan saya ini mampu membangun
dengan baik saya juga berhasrat untuk membuat pinjaman dengan sumber yang kedua iaitu
sumber luaran sebanyak RM 88 000 daripada Maybank. Saya berminat untuk membuat
permohonan sumber pembiayaan dengan agensi tersebut kerana Maybank menjaminkan
kadar faedah yang terendah di pasaran.Seterusnya,semakan yang dibuat menunjukkan
syarat serta kelulusan dalam masa yang singkat iaitu satu hari.Selain itu,peratus keputusan
permohonan pinjaman diluluskan adalah tinggi sebanyak 95% dan pelan pembayaran balik
juga tidak terburu-buru dalam tempoh 3 bulan sehingga 48 bulan.
Sebelum saya membuat keputusan yang terakhir untuk memulakan perniagaan dalam
bidang perkhidmatan membersih dan mencuci ini. Saya juga turut menghadirkan diri ke
beberapa program berkaitan latihan dan usahawan.Salah satu daripada program tersebut
adalah Program Insken Business Coaching(IBC) & Business Enchancement(BEP) di bawah
kementerian pembangunan Usahawan dan Koperasi.Ilmu yang diperolehi daripada
program-program ini akan diguna pakai untuk mengendalikan perniagaan yang akan saya
jalankan ini dengan sebaik mungkin

Akhir kata,pinjaman yang diperoleh akan digunakan untuk memulakan perniagaan dan
menampung segala kos perbelanjaan mengubahsuai premis perniagaan saya.Premis
perniagaan saya perlu diubahsuai kerana sebelum ini premis tersebut beroperasi sebagai
Salon kecantikkan wanita serta untuk menampung segala keperluan yang berkaitan dengan
perniagaan yang saya usahakan ini.

Anda mungkin juga menyukai