Anda di halaman 1dari 7

IKHTIAR HIDUP

DEFINISI
Ikhtiar
1. Pilihan
2. Daya, upaya, usaha

Hidup
1. bernyawa/bernafas
2. tinggal/berkediaman

PENGENALAN

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk
keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan
sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain berusaha untuk terus
hidup, ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut iaitu seperti
ketika sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. Selain itu, rintangan cuaca yang
tidak mengizinkan pulang mengikut jadual dan apabila terselamat dalam nahas udara atau
laut.
Disamping itu, antara tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup ini ialah
kawasan hutan. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup.
Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan
untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat
demikian.
Akhir sekali, dalam konteks Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman
atau masalah kehabisan bekalan makanan.

1.0 DEFINISI

Ikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu


keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Ikhtiar hidup juga
merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan
bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini merujuk kepada
takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud usaha untuk terus hidup
dalam suatu keadaan genting. Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau
keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau
ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika
menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-
usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

2.0 TUJUAN/ OBJEKTIF IKHTIAR HIDUP

Kognitif
· Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di
hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan,
tempat perlindungan dan punca-punca air.
· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani
ikhtiar hidup.

Psikomotor
· Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk
terus hidup.
· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang
kurang baik.

Afektif
· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
· Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.
· Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat menikmati
keindahannya.

3.0 TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP


Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau
kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka
untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan
yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
g.Kehabisan bekalan makanan dan minuman
h. Ancaman binatang buas
i. Masalah perlindungan

4.0 PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP


Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang
untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan
sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka
mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-
peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-

1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat,


kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita
pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap
kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara
berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu
supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu
berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak
pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.
2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang
cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta
binatang buas dan serangga perlu di adakan.

3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan
dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin
kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi
keadaan tersebut.

4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup
khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di
bawah:-

a. Perubatan
i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.

b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-


i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin

5.0 TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN

Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini
kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-
tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup,
tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

5.1 UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN


Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak.
Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan
untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat
ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu.
Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu
berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak
semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang
mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit.
Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika
terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan
tersebut tidak boleh dimakan.
3. Bibir, Lidah dan Mulut.
Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak
merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung
lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhan tersebut dan
kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa
tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit.

Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga,
kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk
memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika
terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang

5. Makan sedikit.
Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan
memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi
selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

5.2 TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN

Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan
kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

6.0 TEMPAT PERLINDUNGAN

Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita
dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang
kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan
seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan
sumber-sumber hutan yang sedia ada.

6.1 MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN


Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu
dipertimbangkan.
1. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang
didapati dikawasan tersebut.
2. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3 . Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
4 . Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5 . Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

6.2 JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN


Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan
menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.

1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang
dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah
yang rata dan kering.

2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu
yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.

3. Pondok dalam kawasan Rawang.

Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang
(berpaya).Tempat perlindungan yang dibinahendaklah selamat dari air pasang

6.3 BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.

1. Atap . Salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam
hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat
di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz
yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa
yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan.
Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.

3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan
atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang
boleh diperolehi dari hutan.

7.0 Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri
dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada
pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin
keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Prinsip Ikhtiar Hidup


• Keselamatan
• Usaha
• Kawalan diri
• Kerjasama

1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa.
Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
keselamatan.
Contoh – Memakan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan
atau tidak kerana anda terlalu lapar.
Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika anda tidak mempedulikan soal
keselamatan.

2. Usaha
Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi
mengatasi masalah yang dihadapi.Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-
mata adalah sikap yang tidak membantu.Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara
yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih
cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikhtiar hidup mereka. Kebolehan
mereka ganti (improvisation) amatlah membantu.

3. Kawalan Diri
Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat
memberikan keputusan yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang
perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru.
Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah
penting. Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, ikhtiar hidup ini sewajarnya dipelajari oleh semua lapisan masyarakat
kerana ianya sangat berguna pada sesuatu masa. Walaupun pada pendapat kita, ikhtiar
hidup itu tidak begitu penting kerana pada masa sekarang dengan adanya duit semua
boleh dibeli dan tidak memerlukan ilmu dalam ikhtiar hidup.

Tetapi kita tidak memikirkan sekiranya kita tersesat di dalam hutan ataupun di mana
sahaja, ilmu ikhtiar hidup ini sangat penting. Apabila kita mempunyai ilmu ini, maka kita
akan mampu meneruskan hidup walaupun dalam keadaan sehelai sepinggang ketika
sesat di dalam hutan ataupun di tengah pulau.

Kepentingannya dapat dilihat untuk mencari makanan serta menyediakan tempat tinggal
sementara menunggu bantuan tiba. Apabila tiada ilmu untuk mencari makanan sewaktu di
dalam hutan,seseorang itu boleh mati dan kebuluran. Disamping itu juga, membina
khemah sementara untuk berteduh daripada hujan dan juga gangguan binatang buas juga
adalah penting untuk dipelajari.
Akhir sekali, mempelajari ilmu untuk ikhtiar hidup merupakan suatu kepentingan bagi
setiap orang untuk memastikan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang tidak diingini berlaku ke atas kita.

Anda mungkin juga menyukai